Anda di halaman 1dari 1

KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bert epi, sayang Tuhan

janji_Nya pasti. ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermus im dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada t erutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak di beri pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang 1-Kuat agamanya, Biar sibuk sekalipun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang ku at pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda. 2-Baik akhlaknya, Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia.Punya rasa ho rmat pada warga tua. 3-Tegas mempertahankan maruah, Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruah nya sebagai seorang Islam? 4-Amanah, Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia. 5-Pemurah tetapi tidak boros, Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Se tiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak. 6-Tidak liar matanya, Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang k etika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu. 7-Terbatas pergaulan, Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak meng amalkan cara hidup bebas. 8-Rakan pergaulannya, Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah tema n yang soleh. 9-Bertanggungjawab, Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia h idup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. 10-Tenang wajah, Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tena ng, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.