Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

Pendekatan 1 : Pendekatan Behaviourisme

Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.

Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926) sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat. Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.

Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang kreatif dan unik dari yang lain.

Pendekatan 2 : Pendekatan Humanistik

Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya. Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan.

Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu. Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu belajar dan jauh dari rasa ketegangan.

Pendekatan 3 : Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi

Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka. Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.

Pendekatan 4 : Pendekatan Teori Permodelan Bandura

Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya. Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.

Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik. Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.

Pendekatan 5 : Pendekatan Pembelajaran Gagne

Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri. Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi, kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.

Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk Pendekatan ini juga masalah dalam sesuatu untuk mendapatkan konsep dengan mudah menyelesaikan turut membantu pelajar situasi baru. Mereka akan menggunakan dan jelas. Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya pengajaran konsep iaitu:langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting masalah, menguji hipotesi dan membuat rumusan. menghuraikan istilah penting dan definisi konsep memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.

Pendekatan 6 : Pendekatan Pembelajaran Bruner

Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang, mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang berlainan.

Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

Pendekatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

1. PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek sematamatadan banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni tersebut.

2.PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: Secara perbincangan dan perbandingan. Secara proses inkuiri atau penemuan. Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni Secara membesarkan gambar. Secara mengolah bahan-bahan sebenar. Secara aktiviti permainan seni. Secara lawatan / pameran. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

3.PENDEKATAN CHAPMAN

Pendapat Chapman 1986 Terdapat 4 aspek utama dalam pendekatan Chapman iaitu : i. pemerhatian ii. penerokaan iii. penghasilan iv. apresiasi dan perlanjutan.