Anda di halaman 1dari 3

AMALI 5: Menyiasat Keperluan Fotosintesis

Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis.

Objektif: a) Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau. b) Untuk menunjukkan cahaya matahari diperlukan bagi proses fotosintesis. c) Untuk menunjukkan klorofil diperlukan bagi proses fotosintesis. d) Untuk menunjukkan karbon dioksida perlu bagi proses fotosintesis. e) Untuk menunjukkan oksigen dihasilkan semasa proses fotosintesis berlaku. Bahan dan radas: Daun hijau Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air Bikar Bell jar Corong turas Bag Polythene Tabung uji Jubin putih Metanol Larutan Iodin Air panas Kalsium klorida Kalium hidroksida

Kaedah:

(a)

Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau.

1. Petik sehelai daun yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama eberapa jam. 2. Masukkan daun ke dalam air mendidih bertujuan untuk membunuh dan melembutkan daun.

3. Masukkan methanol sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan masukkan daun hijau ke dalamnya. 4. Letakkan tabung didih di dalam bikar yang mengandungi air panas. Jangan nyalakan penunu bunsen kerana methanol mudah terbakar. 5. Selepas 5 minit, keluarkan daun dari tabung didih. Perhatikan daun yang telah dinyahwana. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanij. 6. Celupkan daun di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan daun. 7. Letakkan daun di atas jubin putih dan titiskan beberapa titis larutan iodin. 8. Rekodkan pemerhatian anda.

(b)

Mengkaji keperluan cahaya matahari untuk fotosintesis.

1. Letakkan sepasu tumbuhan di dalam bilik gelap selama 24 jam. 2. Petik sehelai daun. Pluck a leaf. 3. Uji kehadiran kanji pada daun. 4. Ulang langkah 2-6 dalam kaedah a. 5. Rekodkan pemerhatian anda.

(c)

Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.

1. Petik sehelai daun bervarigat yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama beberapa jam. 2. Lukis gambarajah menunjukkan taburan warna hijau pada daun. 3. Lakukan ujian kanji ke atas daun tersebut. Ulang langkah 2 hingga 6 pada kaedah a. 4. Rekodkan pemerhatian anda. Fikirkan

Soalan:

1. Apa yang anda boleh katakan berkaitan warna biru tua pada daun? 2. Bolehkah dikatakan hanya bahagian daun yang berwarna hijau sahaja yang menghasilkan kanji di bawah cahaya matahari. 3. Adakah fotosintesis berlaku hanya apabila klorofil hadir?

(d)

Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis.

1. Letakkan dua pasu tumbuhan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan kehadiran kanji. 2. Tutup pasu tersebut dengan bag politine. Kenapa?. 3. Letakkan tumbuhan di dalam balang kaca dan labelkan A dan B setiap satunya. 4. Dalam baIang A letakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida. Udara di dalam balang A bebas dari karbon dioksida. 5. Balang B mempunyai satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya. 6. Letakkan kedua-dua balang ini dibawah cahaya matahari selama beberapa hari. 7. Uji kehadiran kanji bagi daun dan ulang langkah 2 hingga 6 seperti kaedah a). 8. Rekodkan pemerhatian anda.

(e)

Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.

1. Letakkan Hydrilla sp. (Tumbuhan air tawar) dibawah corong turas yang diterbalikkan . Gunakan air kolam bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini. Corong turas ditinggikan sedikit dari bahagian bawah bikar untuk membolehkan pergerakan air yang bebas. 2. Terbalikkan tabung uji yang dipenuhi dengan air pada bahagian corong turas. Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji. Label set ini sebagai A. 3. Letakkan radas ini di bawah cahaya matahari selama beberapa jam. 4. Sediakan satu lagi set radas seperti di atas tetapi letakkan di tempat gelap. Radas ini bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B. 5. Uji gas yang terkumpul dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set B. Apa yang dapat diperhatikan. Namakan gas yang terkumpul.