Anda di halaman 1dari 6

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

REFLEKSI

Assalamualaikum w.b.t Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (SCE 3112) pada waktu yang telah ditetapkan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En Latif bin Hamzah kerana telah memberi sepenuh komitmen kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Makmal sains atau juga dikenali sebagai bilik sains amat sinonim dengan pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah. Sesi pengajaran dan pembelajaran Sains tidak akan lengkap secara teori dan praktikal tanpanya. Pengajaran secara teori tidak dapat memberikan input yang optimum kepada murid-murid. Mereka perlu menguji teori yang dipelajari dengan menjalankan amali dan di sinilah peranan makmal sains atau bilik sains digunakan. Untuk menguji teori yang agak abstrak, murid-murid perlu menjalankan aktiviti penyiasatan untuk membantu mereka memahami konsep yang ingin disampaikan dengan baik Untuk tugasan KKBI bagi subjek ini, ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Melukis carta organisasi panitia sains dan peranan ahli di dalam panitia, Melukis pelan makmal sains yang telah dilakukan penambahbaikan dan Menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang berkaitan dengan tajuk. Semasa proses menyiapkan tugasan yang diberikan berjalan, pelbagai masalah yang saya hadapi. Masalah-masalah yang dihadapi dapat dilihat dari dua aspek utama iaitu masalah dari segi pengurusan makmal dan masalah semasa menyiapkan tugasan.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

Bagi aspek pengurusan makmal, saya telah menghadapi beberapa masalah. Masalah yang pertama adalah keadaan makmal. Pertama kali saya memasuki makmal sekolah, keadaannya amatlah tidak memuaskan dimana hampir semua bahagian di dalam makmal tersebut kelihatan seperti tidak terurus dengan baik. Kebanyakan radas dan bahan di dalam makmal tidak disusun dengan baik dan ada sesetengah daripadanya tidak dilabel dan disimpan di tempat yang sepatutnya. Selain daripada itu, maklumat-maklumat seperti carta alir atau pergerakan murid ketika kecemasan, langkah-langkah keselamatan di dalam makmal dan peraturan-peraturan semasa di dalam makmal tidak dinyatakan dengan jelas. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana keselamatan murid semasa di dalam makmal perlu dititikberatkan oleh guru. Tetapi apabila maklumat seperti ini tidak disediakan, apa jaminan yang dapat guru berikan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini? Masalah yang seterusnya yang melibatkan makmal adalah keadaan beberapa alatan yang rosak dan tidak mencukupi. Alatan yang rosak tidak diasingkan dengan baik malah ada sesetengah daripada bahan yang rosak masih terdapat di dalam kabinet ataupun almari. Hal ini sangat berbahaya kepada guru mahupun murid-murid kerana penggunaan alatan yang rosak boleh mendatangkan kemungkinan untuk berlakunya kemalangan. Selain daripada itu, alat dan radas yang asas seperti bikar, tabung uji dan kelalang kon kelihatan seperti tidak mencukupi. Dengan bilangan murid di sekolah tersebut, saya andaikan masih ada alatan yang tidak mencukupi untuk digunakan oleh murid-murid. Selain daripada itu, terdapat beberapa alatan yang tidak disediakan di dalam makmal seperti kelalang kon dan salur kaca. Dengan ketiadaan beberapa alatan asas seperti ini, murid-murid tidak dapat menjalankan penyiasatan dengan berkesan. Masalah yang seterusnya ialah mengenai cara pengurusan makmal sains tersebut. Sepanjang pemerhatian saya, sekolah tersebut tidak mempunyai pembantu makmal. Oleh yang demikian, guru memainkan peranannya untuk menguruskan makmal. Atas beberapa faktor, makmal tersebut tidak dapat diuruskan dengan baik. Murid-murid bebas memasuki makmal semasa ketiadaan guru dan terdapat najisnajis haiwan di dalam makmal. Ini menunjukkan tahap pengurusan makmal di sekolah terbabit tidak memuaskan.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

Untuk masalah semasa menyiapkan tugasan pula, saya dapat menyenaraikan tiga masalah utama iaitu masalah tentang masa dan sumber maklumat. Seperti yang sedia maklum, semasa proses penyiapan tugasan ini berjalan, pelatih guru semester enam sedang menjalani praktikum fasa dua. Sebaik sahaja bermulanya tarikh praktikum, pelatih guru mula sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu dilakukan antaranya seperti menyiapkan rancangan pengajaran harian, alat bantu mengajar dan juga beberapa tugasan yang melibatkan pengurusan sekolah. Oleh sebab ini, saya dan rakan-rakan yang lain mempunyai masa yang cukup terhad untuk menyiapkan tugasan ini. Kami perlu membahagikan masa dengan baik dan jadual seharian kami menjadi agak padat. Selain daripada itu, akibat daripada kekangan masa ini, kami tidak dapat menjalankan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing pada masa yang diinginkan. Tambahan pula, saya dan beberapa orang rakan yang lain tinggal menyewa di luar kerana jarak sekolah dengan institut agak jauh. Faktor jarak ini juga memainkan peranan penting dalam menyumbangkan permasalahan ini. Masalah yang kedua ialah kekurangan maklumat yang ingin dijadikan rujukan. Pelbagai bahan dan sumber yang kami perlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Bahan dan sumber daripada buku amat sukar diperolehi kerana kedudukan sekolah yang agak jauh daripada Bandar. Walaupun terdapat perpustakaan di dalam kampung ini namun diyakini bahawa buku yang ingin dicari tiada di perpustakaan tersebut. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah diambil. Untuk mengatasi masalah di makmal, langkah pertama yang saya ambil adalah dengan

membersihkan dan menyusun semula alatan di dalam makmal. Saya dengan bantuan rakan saya bersama beberapa orang murid telah bersama-sama membersihkan makmal sekolah. Selain daripada itu, saya dan rakan saya juga cuba untuk menyusun alatan-alatan tersebut berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan seperti cara penyimpanan alatan yang mudah pecah dan menyusun alatan mengikut saiz. Selain daripada itu, kami juga mendapatkan kerjasama daripada guru-guru terutama sekali guru Sains untuk melakukan perubahan pada makmal tersebut. Saya

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

dan rakan saya sangat berbesar hati apabila guru-guru telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Kami juga telah membantu guru-guru menyenaraikan alatan-alatan yang rosak dan maklumat yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam rekod inventori dengan harapan alatan-alatan yang rosak akan diganti dengan yang baru. Untuk mengatasi masalah semasa menyiapkan tugasan pula, beberapa langkah telah diambil. Untuk mengatasi kekangan sumber atau bahan untuk emndapatkan maklumat, kami telah menggunakan alternative lain yang lebih praktikal dan berkesan iaitu mendapatkan maklumat dari sumber internet. Tidak dinafikan, banyak sumber dan bahan yang kami perolehi daripada internet dan ianya sangat membantu kami semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, saya sekali lagi mendapatkan bantuan daripada guru sains. Salah seorang guru sains di sekolah tersbut telah berkhidmat hampir 12 tahun di sekolah yang sama. Pengalaman yang beliau perolehi telah dikongsi bersama dengan kami dan perkongsian tersebut sangat berguna untuk dijadikan sebagai maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Disamping itu, bagi mengatasi masalah kekangan masa, saya telah mula merangka jadual saya setiap hari. Ini adalah untuk memastikan tugas saya sebagai guru praktikum dan pada masa yang sama sebagai guru pelatih di institut tidak terganggu. Jika dibandingkan dengan guru sepenuh masa, jadual mereka jauh lebih padat berbanding saya sebagai guru pelatih. Ditambah pula dengan komitmenkomitmen lain yang perlu dilakukan, saya dapat rasakan kehidupan mereka sangat sibuk namun realitinya mereka kelihatan gembira dengan tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, saya telah jadikan situasi tersebut sebagai dorongan atau motivasi bagi saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Seperti yang telah dinyatakan, peluang bagi saya untuk membuat kolaborasi bersama pensyarah pembimbing amatlah sukar atas faktor masa dan jarak. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mengadakan kolaborasi bersama rakan-rakan yang lain dan juga kolaborasi bersama guru-guru di sekolah. Alhamdulillah, banyak percambahan idea yang berlaku dan kerjasama yang diberikan amatlah baik dan berkesan.

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

Sepanjang tempoh berada di sekolah semasa menjalani praktikum fasa dua ini, pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi terutama sekali dalam aspek pengurusan makmal sains dan sumber. Banyak yang telah saya pelajari samada hanya dari pemerhatian sehinggalah bersama-sama guru dalam menguruskan makmal sains sekolah. Antara perkara yang telah dipelajari semasa di sekolah adalah cara atau prosedur penyimpanan alat dan radas, penghasilan organisasi panitia sains, cara untuk menginventori alatan, bahan, radas dan perabot di dalam makmal serta Melalui pengalaman-pengalaman yang dilalui sendiri ini, saya dapat merasai sendiri perasaan sebagai seorang guru yang bukan sahaja tugasnya mengajar namun pada masa yang sama turut terlibat dalam pengurusan makmal sains dan juga panitia. Segala apa yang hanya dipelajari secara teori sebelum ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengalaman yang diperolehi. Melalui pengalaman yang diperolehi ini, saya telah memahami bagaimana cara untuk melantik ahli dalam panitia dan juga peranan-peranan mereka. Daripada situ, saya dapat lihat bagaimana setiap ahli menjalankan tugas-tugas mereka dan seterusnya menggerakkan aktiviti-aktiviti panitia yang tekah dirancang. Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari selok-belok bagaimana cara pengurusan bagi sebuah makmal sains serta bahan sumbernya. Bermula dari merekod, menyusun bahan sehinggalah kepada penggunaan bahan dan sumber telah saya pelajari. Kefahaman mengenai pengurusan makmal sains dan bahan sumber yang sebelum ini terbatas telah diberikan pencerahan melalui pengalamanpengalaman yang dilalui sendiri semasa menyiapkan tugasan ini. Sehubungan itu, pengalaman-pengalaman yang diperolehi ini amatlah berguna bagi saya untuk meningkatkan kefahaman saya tentang pengurusan makmal sains dan bahan sumber dan seterusnya sebagai persediaan kepada saya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang kelak. Banyak yang dapat saya pelajari ketika menyiapkan tugasan ini. Salah satu daripadanya ialah saya dapat menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Melalui maklumat yang dikumpulkan, pelbagai ilmu baru yang saya perolehi. Selain daripada itu, saya juga dapat memperbaiki kelemahan saya dalam Sains terutama sekali

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

SCE 3112

ketika berada di dalam makmal iaitu tentang cara pengendalian bahan sumber dan juga dari aspek pengurusan makmal sains. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam usaha saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalas usaha mereka. Disamping itu, sekali lagi saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Latif bin Hamzah atas usaha yang beliau curahkan. Taklimat KKBI yang diberikan sangat jelas dan banyak membantu saya dan rakanrakanyang lain. Selain itu, saya juga menghargai masa yang diluangkan untuk berkolaborasi bersama. Dari situ, banyak permasalahan yang timbul dapat di atasi dengan mudah. Diharap, tugasan ini juga dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri saya, namun kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca.

Sekian, terima kasih.