Anda di halaman 1dari 6

Contoh karangan Lawatan dan Percutian Pengalaman menyertai lawatan/rombongan/perkelahan (a)Lawatan/rombongan (sekolah) (b)Perkelahan (keluarga)

Pendahuluan (a) Lawatan@rombongan Bila pergi melawat/berkelah Siapa yang menganjurkan lawatan tersebut Tujuan lawatan. Berapa ramai murid yang mengikuti-serta berapa orang guru pengiring

Contoh Pendahuluan (Lawatan) Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang berada di zoo Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut.

ISI ISI PENTING 1. Sebelum bertolak (jam 7.30 pagi)

Berhimpun di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat . Di bawa menaiki bas. Beratur semasa menaiki bas. Contoh ayat Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya berdisplin semasa berada di dalam kawasan zoo. Selepas memberi taklimat,

guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut. 2. Semasa berada di dalam bas

-berbual bual dengan kawan kawan - Menceritakan pengalaman masing masing -makan dan minum sarapan kuih dan air Contoh ayat Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut. 3. Setelah sampai

Waktu tiba siapa yang menyambut ketibaanpegawai bertugas memberi taklimat ringkas serta maklumat mengenai zoo negara Contoh ayat Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami. 4. Aktiviti- (apa yang di lihat dan di buat)

Melihat ..(pertunjukkan ,pameran,persembahan) mengambil gambar membeli cenderahati untuk di beri kepada ibubapa

Contoh ayat Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih. Banyak haiwan haiwan yang terdapat di zoo negara yang belum pernah saya lihat di depan mata seperti harimau dan zirafah.

Penutup Selepas makan tengahari -Waktu pulangtiba di sekolah di jemput ibubapaperasaan Contoh ayat Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu. Keseluruhan( Pendahuluan, 4 isi dan penutup) Pada sabtu minggu lepas saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan tersebut di anjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan haiwan haiwan yang terdapat di zoo. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring menyertai Lawatan tersebut. Sebelum bertolak ,murid murid beratur di tapak perhimpunan. Guru guru pengiring memberi taklimat dan nasihat supaya menjaga displin semasa berada di kawasan zoo Negara. Selepas memberi taklimat, guru guru pengiring membawa kami menaiki bas rombongan. Kami beratur semasa menaiki bas tersebut. Semasa berada di dalam bas kami berbual bual dengan rakan rakan. Ada juga rakan yang bercerita tentang pengalaman pernah ke zoo negara sebelum ini. Kami juga menikmati kuih muih dan air kotak yang di beri semasa di dalam bas untuk mengalas perut. Kami tiba di Zoo Negara pada jam 9.00 pagi. Selepas turun dari bas ,pegawai yang bertugas menyambut ketibaan kami. Beliau memberi taklimat ringkas serta maklumat tentang zoo negara kepada kami. Selepas itu, kami di beri peluang untuk melihat dari dekat binatang yang ada di dalam Zoo. Kami juga sempat melihat pertunjukkan singa laut yang telah di latih membuat pertunjukkan yang menghiburkan hati kami. Ada juga murid yang mengambil peluang mengambil gambar dan membeli cenderamata untuk di hadiahkan kepada ibubapa. Selepas menikmati makan tengahari kami pulang pada jam 1.00 petang. Tiba di sekolah ibubapa kami telah bersedia menjemput kami pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang ke rumah saya bercerita pengalaman yang menyeronokkan tersebut kepada ibu.

(b) Perkelahan bersama keluarga Pendahuluan Bila ,siapa dan kemana pergi Dengan apa Tujuan

Pada cuti persekolahan yang lalu kami sekeluarga pergi berkelah ke Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan. Kami ke sana dengan menaiki kereta yang di pandu oleh ayah . Kami ke sana kerana ingin bercuti di samping ingin merapatkan hubungan keluarga.

ISI ISI PENTING 1. Sebelum pergi -persediaanbawa bekalan makanan- bapa memeriksa kenderaanjam berapa bertolak

Sebelum pergi kami telah membuat persediaan yang rapi. Ibu menyiapkan bekalan makanan dan pakaian kami. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat di bawa dengan selamat. Akhirnya kami sekeluarga mula bertolak pada jam 7.30 pagi. 2. Semasa dalam perjalanan Berbual-bual, melihat pemandangan dari dalam keretaSemasa dalam perjalanan ke kami sekeluarga berbual bual. Saya pula mengambil peluang mengambil gambar keindahan alam semulajadi dari dalam kereta. Ada juga ahli keluarga saya yang tertidur di dalam kereta.

3. Tiba,suasana tempat tersebut dan aktiviti selepas tiba Waktu tiba- -mengeluarkan barang barang dari kereta- mencari tempat sesuai untuk berehat dan mendirikan khemah

Kami tiba di Port Dickson pada jam 9.00 pagi. Suasana di tempat tersebut sangat meriah dengan ramai orang membawa keluarga masing masing.Kami menolong ibu mengeluarkan barang barang perkelahan dan selepas itu menukar pakaian untuk mandi 4.Aktiviti aktiviti lain (kalau pergi 2 hari aktiviti hari pertama dan hari kedua perlu di ceritakan)-membeli cenderamataSelain mandi saya dan adik juga membina istana pasir. Setelah penat bermain dan mandi manda kami sekeluarga menikmati bekalan makanan yang di siapkan oleh ibu. Sebelum balik dari Port Dickson kami juga sempat membeli cenderamata untuk di jadikan kenang-kenangan. Penutup Hari dan waktu pulang. (kalau 1 hari. waktu jam pulang sahaja). Perasaan (gembira dan seronok). Waktu (jam) tiba di rumah Pada jam 6 petang kami mula bertolak pulang. Perasaan kami pada masa tersebut sangat gembira dan seronok. Akhirnya Kami tiba di rumah pada jam 9 malam.

Niat puasa Ramadhan Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa (harian)


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Taala.

Anda mungkin juga menyukai