Anda di halaman 1dari 2

Tajuk

: Bapa katak yang sombong.

Pada suatu hari, terdapat seekor anak katak yang sedang bermain di padang. Dia melompat ke sana ke sini dengan riang hati. Tiba-iba anak katak ternampak seekor lembu jantan yang sangat besar. Lembu sedang makan rumput di situ. Anak katak sangat terperanjat. Dia tidak pernah melihat binatang sebesar itu. Dia takut dan terus lari. Anak katak itu tiba di kolam. Ia melihat bapanya sedang berehat di atas daun teratai. Ayah, ayah!!, saya ternampak ada binatang yang sangat besar di dunia. Saya takut ayah, lalu saya lari. Betul ayah.Perutnya besar.Matanya merah. Ada kayu tajam di kepalanya. Betul agaknya kata anakku itukata bapa katak. Bapa katak mula menyedut udara. Perutnya menjadi besar. Oh tidak ayah! Ia lebih besar daripada perut ayah. Bapa katak marah mendengar kata-kata anak katak itu. Bapa katak terus mengisi angin di perutnya. Anaknya melihat apa yang dilakukan oleh ayahnya.

Adakah binatang itu sebesar perutku ini? Tanya bapa katak. Oh! Tidak ayah! Binatang itu jauh lebih besar daripada perut ayah. Bapa katak semakin marah. Dia mengisi angin dalam perunya lagi. Dia rasa,dialah binatang yang paling besar di dunia. Perut bapa katak bertambah besar seperti belon. Ia menjerit dengan sombong. Lihat sekarang akulah yang paling besar. Tidak ayah,kata anak katak. Bapa katak bertambah marah. Dia menyedut udara lagi ke dalam perutnya. Perut bapa katak menjadi semakin besar. Tiba-tiba perut bapa katak pecah.Booommmmmmm!!!!!!! Bapa katakpun mati. Anak katak sangat sedih kerana bapanya sudah tiada.