Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran Tarikh Masa Tunjang Pembelajaran Tajuk Sub Tajuk Tahun Bilangan Murid Hasil Pembelajaran

: Pendidikan Kesihatan : 31 Julai 2012 : 7.45 a.m 8.15 a.m : Kesihatan Diri Dan Keluarga : Kesihatan Diri : Sistem Pencernaan : 4 Utarid : 28 : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1) kognitif - Menamakan bahagian dan organ utama sistem pencernaan - Menyatakan fungsi bahagian dan organ pencernaan. 2) Afektif -Sedar akan kepentingan menjaga pengambilan pemakanan agar sistem pencernaan berfungsi dengan baik - Memupuk gaya hidup sihat di dalam diri melalui aspek pemakanan agar gangguan system pencernaan dapat dielakkan.

Pengetahuan sedia ada Bahan Bantu Mengajar Nilai Unsur Kemahiran Berfikir

: Setiap murid melalui proses pencernaan setiap kali pengambilan makanan. : Gambar sistem percernaan, teka silang kata : Menyayangi diri, mematuhi arahan, menghormati orang lain. :Membezakan fungsi bahagian organ pencernaan berdasarkan setiap organ pencernaan.

Langkah/ Masa Set induksi ( 5 minit ) -

Fokus Pembelajaran Murid duduk dalam keadaan selesa dan bersedia untuk belajar Guru bertanyakan kesihatan murid Guru bertanya kepada beberapa orang murid mengenai makanan yang mereka makan semasa berbuka semalam. Murid diajukan soalan agar dapat berfikir tentang:

Catatan/ Strategi/ Sumber BBM:Tiada TKP: Verbal linguistik,Ruang , Nilai murni :Bersyukur

Soalan guru: 1) Apakah yang terjadi sewaktu dalam badan kamu semasa kamu mengambil makanan tersebut? Langkah 1 ( 10 minit ) Guru menerangkan murid tentang apa yang berlaku semasa makanan diambil iaitu tentang berlakunya proses pencernaan. Murid turut diterangkan tentang organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan bermula dari mulut sehinggalah ke organ dubur. Murid seterusya diminta untuk melekatkan label bahagian organ pencernaan pada gambar sistem percernaan berdasarkan penerangan guru tentang proses yang berlaku. Murid diterangkan dengan permainan kotak beracun Guru menerangkan bagaimana permainan ini dijalankan. Pertama, murid dikehendaki menyerahkan kotak beracun apabila muzik dimainkan sehingga berhenti dan menjawab soalan yang diambil dari kotak beracun dan kemudian diteruskan sehingga tamat permainan..

BBM : Gambar organ pencernaan di atas kertas sebak. TKP : Ruang

Langkah 2 ( 10 minit )

BBM: Kotak Beracun Nilai murni : Bersungguh-sunguh

Penutup ( 5 minit )

Murid diberikan soalan kuiz oleh guru. Soalan guru: 1) Namakan organ pencernaan yang terdapat dalam badan kita? 2) Apakah fungsi sistem pencernaan? BBM : Tiada Nilai murni : Bersyukur

Dengan jawapan murid tersebut, murid dapat membezakan organ pencernaan berdasarkan fungsi-fungsi yang berbeza. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pemakanan seimbang. Murid diterapkan nilai murni supaya mengamalkan pemakanan seimbang agar penyakit sembelit dan cirit birit dapat dielakkan.

REFLEKSI