Anda di halaman 1dari 2

Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi Kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa Fonetik- mengkaji bunyi

i bahasa tanpa memerhatikan apakah bunyi-bunyi itu mempunyai fungsi sebagai pembeza makna atau tidak. Fonemik- mempelajari bunyi dengan memerhatikan fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna. Cabang Ilmu Perbezaan Definisi Fonetik Cabang ilmu dalam linguistik yang mempelajari bunyi yang dihasilkan oleh manusia fonetik artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya. fonetik akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara.

fonetik auditori yang mempelajari persepsi bunyi dan terutama bagaimana otak mengolah data yang masuk sebagai suara. Mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Berkisar tentang perbendaharaan fonem sebuah bahasa dan penyebaran bahasa itu.

Skop

Fonetik Fonologi Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.