Anda di halaman 1dari 2

duit mudah

Ini bukanlah cara untuk buat duit online, tetapi menipu dan memeras duit anda. Ini sekadar peringatan jika anda benar-benar membuat carian buat duit online. Saya yakin anda pernah terbaca kisah Irfan Khairi yang terkenal sebagai jutawan internet. Mungkin juga anda pernah melawat blog Gobala Krishnan yang telah berjaya menjana pendapatan lumayan dengan menggunakan internet. Hakikatnya, buat duit online bukan lagi mustahil.

Laman sosial seperti facebook dan twitter juga telah menjadi medan untuk buat duit online dengan menggunakan internet. Sekiranya anda aktif menggunakan facebook, sudah pasti anda pernah ditag pada gambar-gambar yang menunjukkan pendapatan rakan anda. Ada yang menjual produk, ada juga yang hanya dengan iklan. Tidak kurang yang menyatakan bahawa dengan hanya klik, sudah boleh buat duit. Anda juga pasti tertanya sama ada betul seseorang itu boleh buat duit dengan hanya berdepan dengan komputer. Saya juga pernah bertanya sebegitu. Tapi, tidak ada yang boleh memberi jawapan untuk persoalan tersebut, kecuali Google. Hasil dari tinjauan satu persatu laman web hasil enjin carian tersebut, saya dapati sudah ramai yang telah berkecimpung dalam bidang-bidang yang boleh buat duit dengan internet. Saya mempelajari banyak perkara seperti pemasaran affiliate, menulis blog, menjual barangan terpakai, membuat laman web, menulis artikel dan banyak lagi. Saya turut membaca tentang bagaimana buat duit dengan laman sosial seperti facebook. Saya bukanlah seorang guru buat duit online dengan internet. Saya masih mentah dalam bidang ini walaupun sudah melakukannya secara sambilan. Sebelum ini, duit yang saya dapat bukanlah banyak, cuma beberapa US Dollar sahaja, dan agak memalukan untuk dikeluarkan dari paypal. Saya gunakan duit tersebut untuk membeli produk-produk digital yang memberi tunjuk ajar cara buat duit online dengan internet. Saya juga mengikuti beberapa forum dan banyak belajar dari penulis-penulis blog yang telah berjaya.

Saya mempunyai pekerjaan yang tetap. Namun, semenjak mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata, perbelanjaan semakin bertambah dan duit gaji yang ada tidak lagi mencukupi. Apatah lagi dengan kenaikan harga barangan keperluan dan minyak semakin menghimpit keadaan kewangan keluarga. Bagi saya, berhutang atau membuat pinjaman bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Untuk menambah pendapatan, cara yang terbaik bagi saya ialah dengan menggunakan internet dan buat duit online. Ianya memakan masa dan bukannya semudah yang dijangkakan. Ia mengambil masa yang agak panjang serta kesabaran. Dalam usaha saya untuk buat duit online, ilmu yang saya telah pelajari saya gunakan

sebaiknya. Pendapatan pertama saya ialah dengan membuat laman-laman web dan rekaan grafik. Saya gunakan pengetahuan tersebut untuk membuat laman web yang boleh buat duit online di internet, tetapi bukanlah banyak dan tidak tetap. Cukuplah untuk membayar bil tertentu pada satu-satu masa. Saya sudah merasa sendiri bahawa buat duit online dengan internet boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang memiliki komputer dengan kemudahan internet. Sudah ramai yang dapat buat duit dengan internet, sekaligus membuktikan bahawa ianya tidak mustahil tetapi memerlukan usaha yang berterusan. Rezeki yang ada di internet boleh dinikmati oleh mereka yang berusaha untuk buat duit online. Bagi diri saya sendiri, ianya bukanlah susah seperti membanting tulang mengusahakan tanah. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan semangat yang gigih tanpa berputus asa.

Ada bermacam-macam cara untuk buat duit online di internet. Pada artikel ini, saya akan cuba menyenaraikan beberapa cara buat duit online yang popular. Ia boleh dibuat secara sambilan atau menjadi pekerjaan sepenuh masa. buat duit online

Anda mungkin juga menyukai