Anda di halaman 1dari 13

KOMPONEN WAJIB KESUSASTERAAN MELAYU

TINGKATAN LIMA

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Kelolaan :

Pn.Salma Bt Che Hassan


Guru Bahasa Melayu SPM
SMK Kamil, Pasir Puteh, Kelantan

(Pelajar-pelajar diingatkan agar membaca dahulu


keseluruhan novel ini sebelum meneliti peristiwa-
peristiwa penting yang terdapat dalam web ini.Hal ini
akan lebih membantu calon terutama untuk
menjawabkertas1103/2 soalan nombor empat )
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

BAB 1

i. Asal-usul negeri Pahang (Bagaimana situasi negeri Pahang pada

masa itu iaitu sekitar tahun 1937 - zaman pendudukan Inggeris di

Tanah Melayu )

ii Situasi negeri Pahang - peperangan berlaku antara orang Melayu

dengan orang Inggeris sebelum Pahang jatuh ke tangan mereka. Ramai

pahlawan Melayu terkorban .

iii. Pewaris kerajaan negeri Pahang lari ke hutan hingga sampai ke

gunung Tahan.
BAB 2

i. Kedatangan dua orang putih ke Tanah Melayu untuk mencari

tempat peranginan orang Inggeris ketika datang ke Tanah Melayu.

(Apakah ganjaran yang akan diperoleh sekiranya mereka berjaya

mendapatkan puncak gunung Tahan?)

ii. Tuan Robert dan Tuan William terpisah – Tuan.Robert ditawan

oleh orang Sakai ketika keluar mengambil gambar di dalam hutan.

(Bagaimana Tuan William mengetahui bahawa Rober telah diculik

oleh orang Sakai?)


BAB 3

i. Situasi Tuan.Robert ditawan oleh masyarakat Sakai. Di

perkampungan orang Sakai, Robert dikawal ketat secara bergilir-

gilir.

ii. Dilantik sebagai Datuk Batin Putih – bertujuan agar Robert tinggal

bersama mereka untuk memajukan kehidupan masyarakat Sakai..

(Adakah Robert gembira dengan pelantikan tersebut dan mengapa? )

BAB 4

i. Pertemuan Robert dengan perempuan tua di pondok perempuan

tua. Asal-usul perempuan tua diceritakan kepada Robert .

(Bagaimana perempuan tua boleh berada bersama masyarakat Sakai?)


– berasal dari Kampung Marhum, Pekan ,Pahang. Suaminya mati dalam

perjuangan menentang orang Inggeris – melarikan diri ke dalam hutan

.Ditinggalkan oleh rakan-rakan ketika sedang sarat mengandung lalu

dibantu oleh orang-orang Sakai.

ii. Tuan.Robert berusaha memujuk perempuan tua agar menjual kulit

harimau, taring dan kuku harimau putih kepadanya untuk dibawa

balik ke England.

(Apakah tujuan Robert berbuat demikian dan kesannya kepada

perempuan tua)

BAB 5

I. Tuan Robert dikenakan cenuai oleh perempuan tua akibat

menghina ajaran Islam dan merendah-rendahkan orang Melayu

dan orang Sakai.Akibatnya, Robert tergila-gilakan gadis Sakai.


iii. Watak Robert dimatikan dalam usaha cuba mendapatkan gadis

Sakai tersebut (jatuh dari pohon kelapa.)

BAB 6

i. Pengembaraan Tuan William seorang diri setelah terpisah dengan

Robert.

ii. Tuan William bertemu dengan Kusina(orang Bunian) iaitu

pengiring Ratu Bongsu yang tinggal di puncak gunung Tahan.

iii. Kusina membawa William bertemu dengan Ratu Bongsu. William

gembira kerana hajatnya untuk ke puncak gunung Tahan tercapai.

BAB 7

i. Tuan William menghadap Ratu Bongsu.Tuan.William

menceritakan tujuan kedatangannya iaitu ingin

mendapatkan puncak gunung Tahan di samping menyiasat

keelokan tanah, tumbuhan dan haiwan di puncak tersebut.


ii.Keengganan Ratu Bongsu untuk menyerahkan puncak gunung Tahan

kepada orang Inggeris.

Tuan William memujuk Ratu Bongsu agar menyerahkan puncak Gunung

Tahan kepada orang Inggeris. Tuan William memuji bagaimana

bangsanya telah memajukan negeri-negeri sekitar gunung Tahan.

(Apakah ganjaran yang akan diperoleh oleh Ratu Bongsu sekiranya

baginda menyerahkan puncak gunung Tahan tersebut kepada orang

Inggeris?)

BAB 8

i.Tuan William meminjam teropong terus milik Ratu Bongsu .

(Apakah yang dilihat oleh William melalui teropong ajaib itu?)

-kecurangan isterinya
-sikap orang Melayu yang terpengaruh dengan cara hidup barat. –Masjid

telah dijadikan pusat tari-menari yang dimiliki oleh Haji Adam dan dikenali

sebagai rumah Penglipur Lara.

-Pergaulan bebas lelaki dan wanita, sehingga ada yang mengandung tanpa

suami.

-Orang Melayu masuk Kristian – terdapat di gereja.

BAB 9

i.Tuan William meminjam’ beringin bercakap’ daripada Ratu Bongsu dan

mendengar perbualan isterinya dengan teman lelakinya itu.

ii.Tuan William meminjam “burung pesuruh jaya” untuk menghantar surat

kepada isterinya .

Surat dihantar kepada ketuanya di London untuk memberitahu keindahan

puncak gunung Tahan yang begitu cantik dan berharga tetapi sukar

diperoleh.William mencadangkan agar puncak gunung itu ditawan dengan

cara kekerasan iaitu menggunakan bahan letupan dan menyerang dengan dua

buah kapal terbang.


BAB 10

I.Ratu Bongsu mengetahui niat jahat Tuan William.

ii.Menggunakan tipu helah dan mengurung Tuan William ke dalam bilik

khazanah. Tuan William turut terkorban dalam serangan kapal terbang.

Rakyat diperintah agar berlindung.

iii.Dua buah kapal terbang menyerang.Semua penumpang terkorban kecuali

isteri William (Mem William)tercedera.

Ratu Bongsu menyelamatkan Mem William.

BAB 11

i. Ratu Bongsu jatuh cinta terhadap Mem William pada pandangan

pertama.
ii. Selepas tiga tahun berada di puncak gunung Tahan, barulah Mem

William membalas cinta Ratu Bongsu tersebut.

NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

Novel ini memaparkan semangat cinta akan tanah air atau semangat

kebangsaan atau semangat perjuangan mempertahankan tanah air daripada

cengkaman penjajah . Pengarang berharap, melalui penghasilan karya ini ,

dapat menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab sebenar dalam usaha

mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh bangsa asing .

Semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat menerusi watak-watak yang

ditonjolkan oleh pengarang dalam novel ini sama ada melalui watak utama ,

ataupun watak- watak sampingan.

Contoh:

1. Melalui watak utama iaitu Ratu Bongsu, yang enggan

menyerahkan puncak gunung Tahan kepada orang Inggeris


walaupun ditawar dengan beberapa ganjaran yang menarik dan

lumayan. Ratu Bongsu dan Kusina (pengikutnya) sama-sama

berusaha mempertahankan puncak gunung tersebut daripada

ditawan oleh orang Inggeris.

2. Pengarang memaparkan sikap benci dan antiInggeris dengan

mempermainkan dan memperbodohkan watak Tuan William

dan Tuan Robert _ (Talui nama-nama pejuang Melayu yang

disebut oleh pengarang dalam novel ini iaitu auan Robert

tergila-gilakan perempuan Sakai dan akhirnya mati terjatuh

dari pokok kelapa.

3. Pengarang mendedahkan sikap buruk penjajah melaui watak

Tuan William dan Tuan Robert yang tamak, bongkak dan

memandang rendah terhadap orang Melayu.

4. Pengarang juga menyebut tentang perjuangan pahlawan-

pahlawan Melayu seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tuk

Gajah dalam usaha untuk menentang penjajahan Inggeris di

Tanah Melayu.
(Pelajar-pelajar, sila bincangkan lebih lanjut tema ini dengan guru

masing-masing )

PERSOALAN

1.Pengaruh barat yang membawa kesan buruk kepada masyarakat.

(Orang Melayu bergaul bebas lelaki dan perempuan sehingga ada yang

mengandung tanpa nikah.

2.Pendirian tegas dan tidak mementingkan diri sendiri.

(Perempuan tua dan Ratu Bongsu tidak terpengaruh dengan kekayaan

yang ditawarkan oleh orang Inggeris sebagai ganjaran penukaran hak

milik gunung Tahan kepada orang Inggeris)

3. Persoalan tentang sikap bongkak dan tamak orang Inggeris yang

akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.


(Sikap Tuan Robert dan Tuan William yang tamak dan bercakap angkuh

iaitu membangga-banggakan bangsanya tetapi merendah-rendahkan

bangsa Melayu menyebabkan mereka terkorban .Hasrat untuk

mendapatkan puncak gunung Tahan akhirnya gagal.)