Anda di halaman 1dari 30

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP SEMESTER 7
TAJUK KAJIAN:

PENGAPLIKASIAN TEKNIK PETA MINDA DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU JENIS FAKTA DIKALANGAN MURID TAHUN 4

NAMA: WAN MUHAMAD SAIFUL BIN WAN HASAN (880719-03-5799) KUMPULAN/UNIT: PISMP - IPG 7C PENSYARAH PEMBIMBING: PUAN MIMMA SAYUTI BINTI MAT KHALID

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 2.0 ISU KEPERIHATINAN 3.0 LITERATUR KAJIAN 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 5.0 KUMPULAN SASARAN 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan 6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 7.0 PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 7.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan 7.2 Kos Kajian

2 3 4 8 9

9 11 12

21 21

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

22 25

1.0 PENDAHULUAN Bahasa Melayu Penulisan adalah pecahan daripada lima mata pelajaran teras yang wajib diduduki oleh murid semasa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sementelah itu, mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan wajib dipelajari oleh semua murid sekolah rendah yang telah diperkenalkan dan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut konsep atau jenis yang bersesuaian bagi tahap dua di sekolah rendah. Pada umumnya, Bahasa Melayu Penulisan terbahagi kepada dua bentuk penulisan karangan iaitu karangan berformat khusus dan karangan berformat umum. Karangan berformat khusus ialah karangan yang mempunyai suatu format tertentu atau format tetap dari segi penulisannya. Antara jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat khusus termasuklah surat tak rasmi, surat rasmi, laporan persatuan, minit mesyuarat, berita, rencana akhbar, ucapan, syarahan, ceramah, dialog, wawancara, forum. Tiap-tiap jenis karangan berformat khusus ini mempunyai format yang berbeza- beza yang harus dikuasai. Karangan berformat umum pula ialah karangan yang tidak mempunya format tertentu, iaitu bebas dari segi persembahan dan penulisannya. Antara jenis karangan yang tergolong dalam bentuk karangan berformat umum adalah karangan jenis keperihalan, karangan jenis cereka (imaginasi), karangan jenis fakta, karangan jenis perbincangan, pendapat, ulasan, karangan jenis perbahasan, dan karangan bertajuk peribahasa. Bagi menghasilkan penulisan karangan jenis fakta memerlukan seseorang murid itu pengetahuan yang luas berkaitan sesuatu tajuk yang diberi. Melalui pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai patriotik yang diajar dalam mata pelajaran ini, adalah diharapkan murid-murid akan menjadi warganegara yang sihat dari segi sahsiah dan tingkah laku. Justeru guru-guru yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid supaya mereka dapat memahami kehendak soalan.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Pengkaji merupakan guru pelatih pengkhususan Bahasa Melayu Pendidikan Rendah yang berasal dari Kelantan. Tahun 2012 merupakan tahun akhir pengkaji dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) sebelum pengkaji bergelar sebagai guru. Sepanjang lima tahun setengah pengkaji mengikuti kursus PISMP termasuk kursus persediaan, pengkaji telah menjalani tiga fasa praktikum. Ketika berada disekolah, pengkaji mendapati murid-murid mengalami masalah dalam bahagian penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta semasa praktikum. Semasa menulis karangan Bahasa Melayu jenis fakta, murid tidak mempunyai satu konsep khusus cara untuk menjana idea bagi mendapat isi seterusnya dapat mengolah karangan tersebut dengan baik dan tersusun. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membantu murid menguasai teknik peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta Tahun 4. Pengkaji mengaplikasikan penggunaan peta minda untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan tersebut. Pengkaji mengharapkan perubahan yang positif daripada murid setelah sekian lama murid tidak dapat menjana idea untuk merangka isi untuk menulis karangan tersebut. Di harap pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji selama ini dapat membantu mengkaji dan menganalisis sebaik mungkin.

2.0 ISU KEPRIHATINAN Kebanyakan guru mengajar secara penerangan, iaitu hanya menggunakan kaedah tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk penggunaan buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid kaedah tradisional ini tidak menarik dan membosankan. Keadaan inilah yang menyumbangkan kepada murid-murid tidak menguasai pengetahuan, kemahiran serta nilai-nilai patriotik yang akan mewatakkan mereka sebagai generasi yang berhemah dan berjati diri kelak. Pelajaran dan pendidikan bahasa serta cara berbahasa adalah penting berbanding dengan pelajaran untuk mata pelajaran lain. Hal ini berlaku disebabkan bahasa dan keupayaan berbahasa merupakan kunci untuk seseorang memebuka dirinya bagi berkomunikasi dengan orang lain serta ilmu yang ingin dikuasainya. Pelajaran dan pendidikan bahasa juga merupakan landasan untuk membolehkan seseorang itu mempelajari pelajaran-pelajaran lain serta menimba kemahiran daripada bidang tersebut. Kajian telah membuktikan tahap pencapaian yang rendah dalam penguasaan bahasa menyebabkan seseorang pelajar itu berada dalam keadaaan terbelakang dalam segala pencapaiannya. Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek. Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut. Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut. Sepanjang praktikum, pengkaji mendapati ramai murid yang merungut berkaitan dengan kerumitan untuk menulis karangan jenis fakta Bahasa Melayu Tahun 4. Sebahagian besar murid tidak dapat menjana idea untuk menghasilkan satu karangan jenis fakta yang berkualiti. Pengkaji melihat isi yang dihuraikan murid berulang-ulang dan terdapat juga murid yang kekurangan isi untuk menghasilkan karangan. Jika masalah ini tidak ditangani dengan secepat mungkin, murid tidak akan dapat menguasai kemahiran menulis dan ini secara tidak langsung menjejaskan keputusan ujian dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada masa akan datang. Tidak mustahil jika keadaan ini berlarutan akan mempengaruhi peratus ujian Bahasa Melayu diperingkat sekolah dan seterusnya akan menjatuhkan reputasi sekolah terbabit.
6

Oleh itu, saya telah mengambil beberapa inisiatif agar pengajaran saya dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian murid. Justeru, saya membuat keputusan untuk mengaplikasikan konsep peta minda bagi membantu murid tahun 4 menambahbaik penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta.

2.1 Fokus Kajian

Kemahiran menulis karangan merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid terutamanya untuk murid Tahap II. Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani praktikum pada fasa III, pengkaji mendapati kebanyakan murid tahun 4 lemah dalam penulisan karangan. Perkara ini disedari berdasarkan sesi pengajaran pertama pengkaji semasa mengajar karangan jenis fakta Bahasa Melayu pada 15 Februari 2012. Pada hari tersebut, murid-murid Tahun 4 Maju diminta menghasilkan karangan jenis fakta yang bertajuk Kepentingan Komputer. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, murid didapati amat lemah dalam menghasilkan karangan tersebut. Isi-isi penting yang dibina memperlihatkan bahawa murid tidak mampu untuk menjana idea serta mengolah isi dengan baik. Idea yang tidak tersusun menyebabkan pengkaji kurang memahami karangan yang dihasilkan oleh murid. Pengkaji melihat kelemahan ini begitu ketara dikalangan murid Tahun 4 Maju. Oleh yang demikian, pengkaji memikirkan satu teknik yang pernah diguna pakai pengkaji semasa di sekolah untuk mengolah karangan iaitu peta minda. Penggunaan peta minda merupakan salah satu teknik yang membolehkan seseorang membuat visualisasi keseluruhan idea. Secara tuntasnya, pemilihan fokus penyelidikan tindakan pengkaji ini amat penting sekali dalam usaha saya untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis fakta Bahasa Melayu Tahun 4.

2.2 Tinjauan Masalah

Pemerhatian telah dibuat terhadap responden semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Penulisan Bahasa Bahasa Melayu. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid untuk mengenal pasti dan mencatat isi-isi penting semasa menulis karangan Bahasa Melayu jenis fakta. Berdasarkan pemerhatian, didapati murid tidak mempunyai teknik yang khusus untuk menjana idea dalam penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta.
7

3.0 LITERATUR KAJIAN Otak manusia berbeza dari komputer . Komputer hanya bekerja secara terus, tetapi otak manusia bekerja secara dua hala iaitu secara terus dengan melakukan aktiviti membanding, menggabung dan menyatukan sepertimana ia dikehendaki. Menurut teori otak, bahan-bahan pembelajaran harus selari dengan arkitektur otak bagi meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar. Kepantasan pembelajaran berasaskan otak dipersetujui oleh Rose dan Nicholl (1997). Konsep peta minda adalah berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola (Buzan and Buzan, 1991). Melakar peta minda membolehkan seseorang mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar atau kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Kajian menunjukkan bahawa peta minda boleh dibentuk dengan penuh kreatif dan informal yang menggunakan warna, anak panah, rajah dan kod bagi menunjukkan kaitan penting dalam apa yang dipelajari. Pada masa yang sama, peta minda dapat membantu proses ingatan dan mempertingkatkan kreativiti seseorang. Secara tidak langsung, konsep peta minda menjurus kepada peningkatan ilmiah individu dalam sesi pembelajaran. Peta minda sebenarnya telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang. Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding, menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengahtengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan
8

sebagainya. Dalam pada itu, peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran. Sesungguhnya masa yang diperuntukkan pada era ini begitu berharga. Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat ....learn more, remember more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga. Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006) berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaram mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati. Penggunaan peta minda dalam Kajian Tempatan boleh membantu mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia Rohani Malik, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji dan menghafal pelajaran. Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran Daerah Samad 100 lakaran oleh A. Samad Said di Galeri Petronas, Suria KLCC. Menurut Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim, telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan
9

garisan-garisan halus mahupun cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan naratif. Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006), Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997). Begitu juga terdapat kajian yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berbantukan komputer oleh Kam Foo Kong (2006). Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2. Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya. Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7% dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al (2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik adalah berkesan.
10

Sim Ah Hock et.al (1997), telah menjalankan kajian tentang kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan maklumat Sains dengan berbantukan komputer ke atas 141 orang pelajar semester 3 di lima buah maktab perguruan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan bahawa, terdapat perbezaan min dalam ketiga-tiga pemboleh ubah bersandar antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan adalah signifikan, dengan kumpulan eksperimen memperolehi skor yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Oleh itu dapatan kajian menyokong pengintegrasian strategi pemetaan konsep untuk memproses maklumat dengan pembelajaran berbantukan komputer. Setelah meneliti secara mendalam teori-teori serta hujah tentang konsep dan penggunaan peta minda yang dikemukan ini, pengkaji membuat kesimpulan bahawa konsep yang ingin diguna pakai adalah sangat bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini kerana, peta minda dapat membantu murid dalam menjana idea dan menghubungkan ideaidea supaya menjadi satu karangan yang baik. Pengkaji juga menyokong teori dan konsep ini kerana dengan peta minda murid dapat melihat dengan lebih jelas hubungan antara idea-idea dan tidak tertinggal mana-mana idea lain yang ingin disampaikan. Pengaplikasian peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan pengkaji membantu murid menguasai kemahiran mengolah isi karangan jenis fakta. Peta minda ini juga menjadikan satu bahan rangsangan untuk murid menyampaikan idea yang lahir daripada mindanya.

11

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini adalah seperti di bawah:

1.

Mengenal pasti punca pelajar tidak dapat menjana idea untuk menulis karangan jenis fakta.

2. 3.

Mengenal pasti cara mengatasi kemerosotan murid semasa menulis karangan jenis fakta. Membincangkan teknik peta minda sebagai pengajaran dan pembelajaran murid untuk membolehkan pelajar menjana idea dengan baik semasa menulis karangan jenis fakta.

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian teknik peta minda dalam penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta di kalangan murid tahun 4.

Antara soalan kajian yang dikemukakan adalah :

1. 2.

Apakah punca pelajar tidak dapat menjana idea untuk menulis karangan jenis fakta? Apakah cara mengatasi masalah pelajar dalam menjana idea untuk menulis karangan jenis fakta?

3.

Adakah teknik peta minda sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran murid ketika mata pelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta?

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pengaplikasian teknik peta minda dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu jenis fakta di kalangan murid tahun 4 Maju di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamudin Alam Shah.

12

5.0 KUMPULAN SASARAN Sampel yang digunakan dalam kajian ini ialah murid Tahun 4 Maju daripada sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Seramai 20 orang murid Tahun 4 tersebut dijadikan responden dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan. Murid yang dipilih adalah yang berumur sepuluh tahun kerana dua tahun lagi murid ini akan memasuki Tahun 6 dan akan menduduki peperiksaan UPSR. Oleh itu, pada hemat pengkaji murid yang berumur sepuluh tahun adalah paling sesuai untuk dijadikan sampel bagi kajian ini. 6.0 PELAKSANAAN KAJIAN 6.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan Untuk mendapatkan data mengenai keberkesanan penggunaan teknik peta minda dalam pelajaran Penulisan Bahasa Melayu jenis fakta yang dilakukan oleh murid-murid, beberapa instrumen telah digunakan sepanjang kajian. Antara instrumen-instrumen tersebut ialah :

i. ii. iii. iv. v.

Pemerhatian Latihan Murid Temubual Soal Selidik Latihan Pelajar

Pemerhatian

Instrumen yang pertama ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan pengamatan secara sistematik mengenai suatu tingkah laku atau aspek yang dikaji. Justeru itu, pemerhatian juga merupakan salah satu cara daripada cara pungutan data. Pengkaji akan melakukan pemerhatian dari sudut kesungguhan pelajar menggunakan teknik peta minda yang dilakukan oleh pelajar secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, pemerhatian ini juga turut meliputi kepada sikap murid-murid semasa pengajaran dan pemebelajaran. Melalui pemerhatian inilah pengkaji dapat mengenal pasti punca murid tidak dapat menjana idea untuk menulis karangan Bahasa Melayu jenis fakta.
13

Latihan Murid

Instrumen yang kedua adalah melalui kaedah latihan murid, secara tidak langsung ianya dapat melihat gambaran awal murid semasa mengenal pasti dan mencatat isi-isi penting ketika menulis karangan jenis fakta. Selain itu, kesesuaian penggunaan teknik peta minda dalam menghasilkan penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta yang dilakukan oleh murid dapat dikenal pasti melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru mereka. Murid akan diberikan latihan karangan iaitu dengan menyediakan tajuk karangan jenis fakta dan dikehendaki

menyiapkan karangan tersebut. Melalui latihan murid ini juga pengkaji dapat mengenal pasti kaedah yang sebelum ini digunakan oleh murid ketika membina karangan tersebut. Pada masa yang sama, peningkatan dalam keberkesanan penggunaan teknik peta minda akan dinilai dari semasa ke semasa. Latihan yang konsisten akan menghasilkan keputusan yang positif daripada murid. Masalah yang dihadapi oleh murid sebelum dapat diselesaikan dengan adanya latihan-latihan yang diberikan.

Temubual

Instrumen ketiga yang pengkaji gunakan adalah melalui kaedah temubual. Melalui kaedah ini pengkaji dapat mengenal pasti sejauh mana kefahaman murid tentang konsep peta minda untuk menjana idea dan megolah isi penting.

Soal Selidik

Untuk mendapatkan data tentang masalah keberkesanan penggunaan teknik peta minda oleh murid ialah dengan menggunakan instrumen pemerhatian. Borang soal selidik akan diedarkan kepada murid tahun 4 Maju yang bertujuan untuk mengenal pasti sebab murid menggunakan teknik peta minda tersebut serta tingkah laku murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

14

Ujian

Selain daripada itu, instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah melalui ujian. Terdapat dua jenis ujian yang akan dilakukan iaitu praujian dan juga paskaujian. Murid-murid akan diberikan ujian di mana ujian tersebut adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan teknik peta minda dalam pelajaran Penulisan. Ujian pra akan diberikan pada hari pertama dan ujian paska akan diberikan pada hari terakhir iaitu pada minggu yang sama. Ujian yang digunakan meliputi aspek berkaitan dengan penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta. Pengkaji akan menilai melului markah yang murid diperolehi semasa ujian tersebut. Melalui ujian ini juga, pengkaji akan melihat kesan penggunaan teknik peta minda dalam membina karangan Bahasa Melayu Tahun 4 jenis fakta .

6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data Pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalansoalan yang diajukan, latihan aktiviti dan ujian pencapaian. Ujian Pencapaian Pengkaji memberikan ujian pencapaian pengkhususan kepada analisis penggunaan teknik peta minda dalam mata pelajaran Penulisan di kalangan murid tahun 4 yang sesuai dengan tahap umur dan mengikut Kurikulum sekolah Kebangsaan. Ini bertujuan mengetahui setakat mana pencapaian murid dalam penggunaan teknik peta minda dalam mata pelajaran Penulisan di kalangan murid tahun 4. Murid terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan berusia sepuluh tahun. Temubual Kaedah lain yang saya gunakan adalah temubual yang mana dilakukan secara tidak formal. Temubual ini secara tidak langsung dapat mencari punca sebenar murid tidak menguasai kemahiran berkenaan.
15

6.3 Cara Menganalisis Data Data akan dianalisis secara diskriptif dengan menentukan min serta peratus bagi mendapatkan perbandingan di antara praujian dan juga paskaujian. Sehubungan dengan itu, perisian Microsoft Excel 2007 digunakan untuk menganalisis data untuk pasca ujian. Data yang dianalisis akan menjawab soalan kajian iaitu pengaplikasian penggunaan teknik peta minda dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu jenis fakta.

Analisis Data Pra Ujian Selepas praujian dijalankan kepada murid-murid yang terpilih. Pengkaji menyemak dan menanda kertas jawapan bagi mengetahui jumlah markah yang diperolehi murid-murid tahun 4 terbabit. Kemudian pengkaji memasukan data markah praujian satu ke dalam satu jadual mengikut responden. Markah praujian yang diperolehi responden ditukarkan ke dalam bentuk peratus (%) bagi memudahkan pengkaji membuat penilaian ke atas kajian yang akan dijalankan.

16

Keputusan Pencapaian Ujian Awal

Responden Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 Murid 16 Murid 17 Murid 18 Murid 19 Murid 20

Ujian Awal 58% 48% 46% 52% 46% 42% 50% 40% 56% 50% 42% 42% 46% 50% 48% 40% 36% 46% 52% 42%

Jadual 1 : Jadual Keputusan Ujian Awal (lampiran 3)

17

markah (%)
60

50

40

30

20

10

markah (%) 1 2 3 4

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Rajah 1 : Carta Bar Keputusan Ujian Awal (Lampiran 3)

Hasil daripada data ujian awal markah bagi karangan yang bertajuk Kepentingan Kenderaan menunjukkan bahawa hampir keseluruhan murid-murid Tahun 4 Maju masih di tahap sederhana. Pengkaji merungkai data

18

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Pengkaji telah memilih untuk menilai murid melalui dua ujian diberikan iaitu ujian awal (lihat lampiran 3) dan ujian akhir (lihat lampiran 5). Ujian awal diberi tanpa pendedahan peta minda manakala ujian akhir diberi selepas murid diberi pendedahan berkenaan konsep peta minda. Tujuan ujian awal dilakukan bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal murid tentang tahap penguasaan mencari isi-isi penting semasa mengarang karangan Bahasa Melayu jenis fakta. Pada minggu akhir pengkaji menjalani praktikum, murid diminta menulis satu karangan jenis fakta yang bertajuk Kepentingan Kenderaan dengan cara sendiri. Semasa ujian awal ini dijalankan, pengkaji dapat memperhatikan bahawa terdapat murid menggenggam pen dan terus mula mengarang. Terdapat segelintir murid masih fikir apa yang harus ditulis. Ada juga murid yang berbincang dengan rakan-rakan di sebelah. Apa yang menarik pada ketika itu ialah pengkaji ternampak seorang murid mula memikir isi-isi penting dengan melukis peta minda. Terdapat beberapa orang murid menjana idea dengan kaedah Point Form dan yang lain tidak berbuat sebarang teknik sebelum mengarang. Mereka terus menulis apa yang ingin ditulis. Apabila pengkaji lihat keadaan ini berlaku, pengkaji memberi bimbingan kepada mereka yang tidak tahu sebarang ayat yang hendak tulis. Pada berikutnya, peta minda didedahkan oleh pengkaji dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mengarang karangan Bahasa Melayu jenis fakta tahun 4. Pengkaji memberi penerangan tentang pengguanaan konsep dan teknik peta minda. Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk rawatan akan dilakukan pada sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Sesi ini juga bergantung kepada keperluan pelajar berdasarkan tahap keberkesanan penggunaan teknik peta minda untuk menghasilkan karangan Bahasa Melayu Tahun 4 jenis fakta. Pengkaji juga menjelaskan kepada murid cara-cara untuk menjana idea dalam penulisan karangan jenis fakta. Pada masa yang sama, pengkaji meminta murid menghasilkan satu karangan lengkap yang bertajuk Punca-Punca Gejala Ponteng. Pengkaji membantu murid untuk mencari isi-isi penting berkaitan dengan tajuk yang diberikan dalam bentuk peta minda (lihat lampiran 4).

Ujian akhir pula dijalankan pada minggu akhir pengkaji menjalani Intership untuk mendapatkan maklumat sejauh manakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran
19

mencari isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta. Di samping itu, pemerhatian juga dijalankan di sepanjang proses selepas pengaplikasian penggunaan peta minda untuk meninjau sama ada ia dapat membantu murid ataupun tidak. Hasil analisis data daripada ujian akhir inilah pengkaji dapat menilai keberkesanan murid dalam menggunakan teknik peta minda ini.

Langkah kajian yang dicadangkan adalah seperti berikut :

Langkah Pertama : Ujian awal Pengkaji meminta murid untuk membina karangan yang bertajuk Kepentingan Kenderaan. Ujian awal ini bertujuan untuk melihat gambaran awal terhadap murid berkenaan dengan konsep peta minda yabg ingin pengkaji terapkan.

Langkah Kedua : Merancang Pelan Tindakan Pengkaji telah mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dengan berdasarkan hasil daripada tinjauan awal serta analisis daripada Ujian awal. Pengkaji merancang satu pelan tindakan untuk menangani masalah yang dikenal pasti dengan pengaplikasian penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta.

Langkah Ketiga : Melaksanakan Tindakan Saya melaksanakan tindakan dengan mengikut perancangan tindakan iaitu menggunakan dua waktu (1 jam) yang diperuntukkan oleh pentadbir sekolah pada hari Rabu untuk melaksanakan pengajaran penulisan Bahasa Melayu menggunakan peta minda.

20

Langkah Keempat: Ujian akhir dan Menganalisis Ujian akhir telah dijalankan pada minggu akhir pengkaji menjalani intership untuk mendapatkan maklumat sejauh manakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran menjana idea dan mencatat isi-isi penting dalam penulisan karangan Bahasa Melayu jenis fakta untuk murid Tahun 4. Di samping itu, pemerhatian juga dijalankan di sepanjang proses selepas pengaplikasian penggunaan peta minda adalah untuk meninjau sama ada teknik peta minda ini dapat membantu pelajar ataupun tidak.

Langkah Kelima: Mereflek dan menilai Pengkaji akan membuat refleksi dan menilai data-data yang dikumpulkan dan meninjau keberkesanan penggunaan peta minda yang telah dilaksanakan. Pengkaji akan melaksanakan kajian ini bermula dari awal bulan Ogos 2012. Pengkaji juga mengenal pasti 20 orang murid sebagai peserta kajian. Pengajaran menggunakan peta minda telah dilaksanakan untuk 2 waktu (1 jam) pada salah satu hari dalam minggu pertama. Satu waktu (30 minit) diperuntukkan untuk perbincangan dan satu waktu (30 minit) lagi untuk mengarang. Penilaian (Ujian Akhir) telah dibuat terhadap kesan teknik melalui ujian pada minggu akhir pengkaji menjalani intership disekolah terbabit.

21

7.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Perkara Ujian Awal Soal Selidik Latihan Mengumpul Data Ujian Akhir

Tarikh 12 April 2012 16 April 2012 Awal Bulan Ogos 2012 Awal Bulan Ogos 2012 Akhir Bulan Ogos 2012

7.2 Kos Kajian

BIL PERKARA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kertas A4 (1 rim) Dakwat Printer Petrol Makan dan minum Penginapan Bainding Kajian Runcit JUMLAH

JUMLAH RM 20.00 RM120.00 RM 150.00 RM 200.00 RM 500.00 RM170.00 RM 50.00 RM1210.00

22

RUJUKAN

Ab. Fatah Hassan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran. Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad

Nizar.(1997).

Sejauhmanakah

keberkesanan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran berbantukan komputer bagi mata pelajaran dalam operasi asas matematik muridmurid tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari aspek minat dan pencapaian.

Kertas Projek KSPK InstitutPerguruan Darulaman.

Altablig Ali.(2006). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan Perak.

sejarahPendidikan

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut Perguruan Perlis : 133-145. Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis &interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Bell, M.E. (1972). Learning and Instruction: Theory Into Practice. New York: Macmillan Publishing Company.

Bryan Coombs, (1999). Pengajaran Cemerlang. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Malaysia Berhad.

Negara

Canfield, A.A. (1977). Learning Style Inventory Manual. Plymouth: Humanies Inc.

Carmen, R.A. dan Adams, W.R. (1984). Study Skill. Canada: John Wiley & Sons, Inc.

23

Dunn, R. dan Stevenson , J.M (1997). Teaching Diverse College Students To Study A Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339.

Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.

Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). Planning Efective Instruction. Landon: Prentice-Hall.

Ee Ah Meng, (1997). Psikologi Pendidikan II. Selangor: Fajar Bakti Snd. Bhd.

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. K. Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Hargreave, D.J. (1996). How Undergraduate Students Learn. European Journal of Engineering Education, 21(4), 425-434.

Honey, P. dan Mumford, A. (1983). Using Your Learning Styles. Maidenhead: Peter

Honey.

Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian] http://www.tutor.com.my Ismail Zain, Dr. (13 Jun 2008). Belajar Berkesan dengan Peta Minda. Utusan Malaysia. (Kuala Lumpur)

Ab. Fatah Hasan, (2011). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2004).Sukatan Pendidikan Islam Tahun 5 Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nazamud-din Bin Alias. (2005). Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab Perguruan Batu Lintang. Atas Talian :
24

www.yahoo.com.my Carian: mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurlkkknalpapers/jurnal2005/nazjp2005.pdf (Tarikh: 20 April 2008).

Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran. Atas Talian: www.yahoo.com.my Carian: myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/bcb9. (Tarikh: 24 April 2010)

Prof. Madya Dr. Othman Lebar dan Nur Haziyanti Mansor. (2000). Pencapaian pelajar Mengiku Gaya Belajar dan Bentuk Pentaksiran. Atas Talian: www.yahoo.com.my Carian: jpnperak.edu.my/portal/modules.php (Tarikh: 20 April 2008).

Prof. Lourdusamy. (1994). Perbezaan Gaya Kognitif Individu dan Implikasinya Terhadap Pendidikan. Atas Talian:

www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/lourd/index.html (Tarikh: 20 April 2008).

Suppiah

Nachiappan,Ramlah

Jantan,Abdl

Aziz

Abdul

Shukor.(2008).Psikologi

Pendidikan:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shah Alam.

Yee Mei Heong (2002). Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik di Daerah Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia:

Laporan PSM. Tidak diterbitkan.

25

LAMPIRAN 1 BAHAGIAN A (LATAR BELAKANG RESPONDEN) Sila jawab semua soalan dan tandakan ( ) dalam ruangan yang disediakan. A1. Nama Pelajar _______________________________________________________ A2. Nama Sekolah _______________________________________________________ A3. Jantina 3.1 Lelaki 3.2 Perempuan A4. Membuat latihan Penulisan karangan. 4.1 Ya 4.2 Tidak A5. Membuat latihan karanagn menggunakan peta minda. 5.1 Ya 5.2 Tidak A6. Boleh mengingati semua fakta yang dibaca di majalah, surat khabar dan artikel. 6.1 Ya 6.2 Tidak A7. Selalu menggunakan warna untuk membuat nota pendek atau peta minda. 7.1 Ya 7.2 Tidak LAMPIRAN 2

26

BAHAGIAN B : SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN PENULISAN Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Penulisan. Sila nyatakan sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan berikut dengan menandakan ( ) pada ruangan yang telah disediakan. 1 = Sangat Tidak Setuju (STS) 2= Tidak Setuju (TS) 3 = Kurang Setuju (KS) 4 = Setuju (S) 5 = Sangat Setuju (SS)

BIL

ITEM

STS

TS

KS

SS

B1 Saya berpendapat mata pelajaran Penulisan adalah penting seperti mata pelajaran lain. B2 Saya mampu menjana idea dengan baik setiap kali membuat latihan diberikan oleh guru. B3 Teknik peta minda merupakan teknik yang sukar untuk dilakukan. B4 Teknik peta minda adalah menarik dan menyeronokkan pelajar. B5 Cara hafalan membuatkan saya mudah mengingati fakta.

LAMPIRAN 3

27

NAMA: .................................................................

TAHUN :..........................................

Tulis satu karangan yang bertajuk Kepentingan Kenderaan. Panjang karangan hendaklah tidak kurang 80 patah perkataan.

28

LAMPIRAN 4.

NAMA: .....................................................................

TAHUN :..........................................

Hasilkan satu karangan lengkap berdasarkan peta minda yang telah dibincangkan. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Isi 1 Pendahuluan 1- tidak hadir tanpa sebab munasabah. 2- wujud di kebanyakan sekolah. 1- kurangnya kawalan ibu bapa. 2- sibuk dengan tugas.

Isi 2 1- ibu bapa terlalu manjakan anak. 2- kurangnya minat untuk belajar

Punca berlakunya gejala ponteng di sekolah.


Isi 3 1- bekerja untuk menyara keluarga. Penutup 1- Semua pihak harus bekerjasama dan menggembleng tenaga 2- terpaksa mengabaikan pelajaran.

Isi 4 1- inginkan kebebasan. 2- pengaruh rakan 29

LAMPIRAN 5

LAMPIRAN 5

NAMA: .................................................................

TAHUN :..........................................

Tuliskan satu karangan yang bertajuk Faedah-Faedah Membaca. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

30

Anda mungkin juga menyukai