Anda di halaman 1dari 8

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN GIS 3183 AL-FIQH AL-ISLAMI 1 TAJUK KAJIAN

: PELAKSANAAN IBADAT AQIQAH DALAM MASYARAKAT ISLAM DI KAMPUNG TOK BALI, SEMERAK, PASIR PUTEH,KELANTAN .

NAMA PENSYARAH : DR. JAMALLUDDIN BIN HASHIM

NAMA PELAJAR: ZUNAIDAH BT MAT JUSOH (NO. MATRIK : 028664) I/C : 711127035202 KUMPULAN A

PENDAHULUAN

AQIQAH UNTUK ANAK Pengertian aqiqah dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah) Hukum Aqiqah Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Daging Aqiqah Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar.

Waktu Aqiqah Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Syarat sah aqiqah ialah:


Berniat aqiqah ketika menyembelih. Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

Memenuhi syarat-syarat sembelihan. Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh

Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut: Binatang Biri-biri/ Kambing Lembu/kenbau Unta Umur 1 tahun atau lebih 2 tahun atau lebih 2 tahun atau lebih 5 tahun atau lebih

Sunat-sunat Aqiqah ialah:


Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi) Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan Memberi nama yang baik kepada bayi Berdoa ketika hendak menyembelih Daging dimasak manis. Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak. Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak

Menggalakkan amalan sedekah. melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah. Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat. Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri. Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik membiasakan berkorban bagi orang tua

DAPATAN KAJIAN Saya telah membuat tinjauan tentang pelaksanaan aqiqah di Kampung Tok Bali,

Semerak Pasir Puteh Kelantan. Penduduk Tok Bali majoritinya berbangsa Melayu dan menganut agama Islam.Majoriti penduduknya adalah petani dan hanya

segelintir sahaja kakitangan awam yang bekerja sebagai guru,askar dan jururawat. Dari temubual dengan bilal kampung Tok Bali yang dikenali dengan Pak Su Noor pelaksanaan aqiqah di Kampung Tok Bali ini adalah mengikut fahaman individu akan melakukan aqiqah betul-betul

dalam masyarakat. Ada yang kuat agamanya

menurut hukum agama dan ada yang mengikut agama serta menambah dengan adat dalam masyarakat. Kebiasaan individu yang melakukan aqiqah mengikut agama, biasanya mereka yang ada pengentahuan aqiqah pada agama hari yang mendalam. kelahiran. Mereka Mereka kebiasaannya akan memilih akan dan dan

melakukan

ketujuh

menamakan dengan nama yang baik, mencukur keseluruhan rambut anak

upacara tahniq dilakukan iaitu menyuap buah kurma yang dicampur dengan air zam-zam . Kebiasaanya jika anak perempuan mereka akan menyembelih seekor kambing dan jika anak itu lelaki mereka akan menyembelih dua ekor kambing. Daging kambing itu akan dimasak dan dijamu kepada seluruh penduduk kampung. Upacara tahniq

Bagi individu yang melakukan aqiqah mengikut agama serta ditambah dengan adat, biasanya mereka yang berpendidikan rendah, berpendapatan rendah dan kurang pengentahuan agama.Kebiasaannya mereka melakukan aqiqah agak lewat dari tarikh kelahiran. Ada yang melakukan aqiqah ketika anak berusia dua bulan, enam bulan, setahun , ada juga sampai anak sudah bersekolah rendah baru dilakukan aqiqah dan ada juga yang menghimpun dua tiga hingga tujuh orang anak baru mereka membuat aqiqah.Mereka akan aqiqahkan seekor lembu untuk tujuh orang anak mereka sekali gus .Biasanya mereka akan lakukan pada hariraya qurban. Ada juga dikalangan mereka melakukan aqiqah pada hari raya qurban. Pada hari aqiqah mereka menyembelih seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki dan ada juga dari golongan berada menyembelih seekor lembu untuk anak lelaki mereka.Daging aqiqah akan dimasak gulai kari. Biasanya waktu aqiqah dilakukan selepas waktu zohor.Mereka akan menjemput waris-waris dan penduduk kampung untuk meraikan majlis mereka.Sebelum

jamuan makan, diadakan majlis selawat keatas nabi sambil itu bapa kepada bayi yang diaqiqahkan akan mendukung bayi mereka lalu disuakan kepada jemaah

untuk digunting sedikit seorang rambut bayi tersebut. Selepas itu barulah para hadirin dihidangkan dengan jamuan.

ULASAN DAN KESIMPULAN

Sebagai masyarakat Islam, masyarakat Tok Bali

melakukan aqiqah mengikut atau

merujuk kepada syariat Islam.Namun begitu terdapat juga di kalangan penduduk yang melakukan apa yang dikehendaki oleh adat. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah orang yang disunatkan melakukan aqiqah bagi seorang bayi ialah orang yang berkewajipan menanggung nafkahnya. Kerana itu, harga aqiqah dibebankan

kepadanya, bukan kepada bayi. Jika ia melakukan aqiqah dengan mengambil dari harta/wang bayi, maka wajib diganti. Ini kerana aqiqah itu tergolong dalam tabarru (derma) dan ditegah wali/penjaga melakukan tabarru (derma) dengan harta anak di bawah jagaannya.

Disunatkan mengaqiqahi anak apabila mampu. Ukuran kemampuan ialah sebelum tamat tempoh nifas yang terpanjang bagi ibu yang melahirkan bayi tersebut. Jadi, jika seorang wali/penjaga yang menanggung nafkah bayi tidak ada kemampuan untuk melakukan aqiqah semasa anak dilahirkan, namun jika sebelum tamat tempoh nifas terpanjang itu ia mendapat kesenangan dan mampu melakukan aqiqah, maka sunat aqiqah itu masih dituntut ke atasnya. Namun jika sepanjang tempoh nifas tersebut ia masih susah (yakni masih tidak mampu), maka gugurlah tuntutan aqiqah itu darinya.

Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari; jika ayah dari anak yang lahir dalam keadaan tidak mampu, maka sunat bagi datuknya yang mampu melaksanakan aqiqah cucunya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ke atas cucunya Hasan dan Husin kerana yang memberikan nafkah kepada keduanya adalah Rasulullah kerana orang tuanya tidak mampu.

Ibu tidak sunat mengaqiqahi anaknya kecuali apabila ayah tidak mampu. Anak zina yang wajib memberi nafkahnya adalah ibunya, maka sunat bagi ibu mengaqiqahi anaknya. Ini adalah Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli. Adapun Syeikh Khatib Syarbini berpendapat; tidak sunat bagi ibu mengaqiqahi anak yang dilahirkan kerana zina sekalipun ia wajib menaggung nafkahnya kerana melaksanakan aqiqah akan

menambah malu kepada anak itu. Disini saya dapat rumuskan bahawa Islam Tok Bali, agak faham tentang tanggungjawab mengaqiqahkan anak ini. Sekian,wallahualam

masyarakat

bissawab.

RUJUKAN
1.(al-Fiqhul-Manhaji, jil. 4, hlm. 56) 2.Al-Majmu, jil. 8, hlm. 320. 3.Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 841. 4.Al-Fiqh al-Manhaji, jil. 3, hlm. 55. 5.Al-Majmu, jil. 8, hlm. 321. 6.Al-Fiqh al-Manhaji, jil. 3, hlm. 55. 7.Temubual penduduk Tok Bali ( Pak Su Noor )

Website a. [ http://darkbatman.com/aqiqah-dalam-islam-dan-hikmahnya/ ]

b. [http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/kolumnis/ustazah-maznahdaud/876-beberapa-kekeliruan-tentang-akikah] c. [http://gooku.proboards.com/index.cgi?board=general&action=print&thread=63

Anda mungkin juga menyukai