Anda di halaman 1dari 56

Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.

Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej yang ingin disampaikan.

1. Penguasaan Cara yang semula jadi, sama seperti cara kanakkanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui penggunaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna. Cth: komunikasi terbuka di rumah. 2. Pembelajaran Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pembetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari. Pembelajaran subjek bahasa di sekolah.

Kelas diasaskan kepada tugasan bagi memenuhi keperluan murid. Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran dengan berkesan. Matlamat yang ditetapkan tidak menekankan kepada penguasaan bentuk dan struktur ayat tetapi mengutamakan kepada penguasaan murid untuk berkomunikasi secara tepat berdasarkan situasi.

Objektif khusus bergantung kepada keperluan murid dalam kemahiran bahasa (lisan, bacaan atau tulisan) Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran, murid harus dapat bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa sasaran tanpa mengalami apa-apa kesulitan dan masalah, berkebolehan membaca teks dengan bantuan kamus dan berkemampuan memperbaiki keupayaaan diri.

Mula dari kelas rendah Sejak murid dari pra sekolah atau tahun 1. Penekanan kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Fokus kepada objek yang terdapat di dalam kelas. Peranan murid berubah ikut tahap perkembangan linguistik Murid boleh berlakon, kenal pasti rakan Guru merupakan sumber utama Input pemahaman boleh berlaku. BBM : brosur, iklan, peta, jadual, buku yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, permainan.

Menggunakan alat visual seperti gambar bagi memperkenalkan perbendaharaan kata yang baharu. Menggunakan nama dan ciri fizikal sesuatu dalam menyelesaikan masalah. (permainan teka-teki atau soal jawab)

Kaedah nahu tradisional / kaedah klasik Penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur. Tidak mementingkan fonetik, tetapi menekankan ejaan dan penulisan dalam bahasa. Pengajaran dan perbendaharaan kata diberikan pada awal sesi pengajaran. Kata-kata disusun dalam ayat mengikut hukum tatabahasa. Hukum-hukum ini dihafaz sebagai cara menguasai bahasa itu.

Murid diperkenalkan dengan hukum-hukum tatabahasa. Guru memberi penerangan kepada murid mengenai hukum tatabahasa diikuti contoh. Murid perlu menghafaz hukum-hukum atau rumus tatabahasa. Murid diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Murid membina ayat dengan menggunakan perbendaharaan kata.

Murid murid faham tatabahasa sesuatu bahasa. Melatih murid menulis dengan bahasa yang betul. Murid dapat menterjemah bahasa asing ke dalam bahasa natif/jati dan sebaliknya. Melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan dalam penulisan. Murid boleh menikmati nilai kesusasteraan melalui bahan yang dibaca.

Tidak menggunakan masa yang panjang dalam kelas. Tidak memerlukan pembiayaan yang banyak Kurang membebankan guru dalam menyediakan alat bantu. Latihan intensif yang lama tidak diperlukan. Tidak menghadkan saiz kelas Murid belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

Sukar untuk membuat terjemahan Memberi tanggapan salah kepada murid terhadap bahasa. Beranggapan kajian fonetik atau bunyi-bunyi bahasa itu tidak penting dipelajari. Murid memikirkan bahawa pembelajaran struktur bahasa itu tidak penting.

Murid diperkenalkan dengan undang-undang / hukum tatabahasa. Guru beri penerangan mengenai hukum tatabahasa diikuti contoh. Murid dikehendaki menghafaz hukum dan rumus tatabahasa tersebut. Murid diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz. Murid membina ayat menggunakan perbendaharaan kata berdasarkan hukum yang telah dipelajari.

Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah yang digunakan oleh tentera untuk melatih tentera dan diplomat dalam perang. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera adalah kemahiran lisan. Kemahiran menulis tidak menjadi matlamat penting. Dikenali juga sebagai kaedah askar.

Latih tubi digunakan secara intensif melalui guru bahasa. Ditiru untuk mengajar pasukan sukarelawan Amerika untuk belajar bahasa asing. Utamakan prinsip prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak kanak. Sesuai untuk pengajaran bahasa kedua. Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak kanak. Pengajaran digunakan dengan menggunakan benda benda atau objek konkrit.

Hubungan secara lansung antara perkataan dengan benda. Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada. Harus menimbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan. Pengajaran harus berpandu kepada lunas lunas kanak kanak mempelajari bahasa ibunda mereka. Mengutamakan bahasa lisan, kemahiran mendengar harus mendahului kemahiran bertutur.

Murid murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung. Tidak mempelajari sebarang undang undang tentang bahasa yang hendak dipelajari. Sebutan yang betul diutamakan dan oleh kerana itu kaedah ini memerlukan ilmu pengetahuan fonetik. Ulangan dan pengukuhan harus diperbanyakkan. Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan. Pengajaran bermula dari senang ke susah.

CIRI-CIRI UTAMA KAEDAH TERUS


Menurut Raja Mukhtaruddin (1980) : Kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari Menggunakan banyak perkara baharu dalam pelajaran yang sama supaya bahasa lisan menjadi natural dan perbualan buasa dapat digalakkan. Tatabahasa diajar melalui keadaan. Pengajaran tatabahasa secara lisan. Tatabahasa ditunjukkan melalui penyampaian visual. Beberapa minggu pertama khusus untuk latihan sebutan. Semua bahan bacaan disampaikan secara lisan pada awalnya.

Menurut Juriah Long (1984) :

Membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.

PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH TERUS


Menghubungkan murid terus kepada bahasa yang hendak

dipelajari. Semasa pengajaran dijalankan terjemahan tidak sekali digunakan. Segala makna yang tidak difahami murid akan dijelaskan oleh guru dengan cara berikut: 1. Mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar. 2. Mengaitkan perkataan perkataan atau ayat ayat dengan gambar, rajah rajah, lukisan atau sebagainya. 3. Menggunakan perkataan perkataan seerti atau yang berlawanan. 4. Menggunakan aksi atau lakonan (terutama bagi perkataan perkataan kata kerja). 5. Memberikan huraian atau bercerita. 6. Menjelaskannya dalam ayat ayat dan sebagainya.

KELEBIHAN
Mengutamakan bahasa lisan kerana penganjuran kaedah ini menganggap bahawa pembelajaran bahasa pertama kanak-kanak ialah belajar secara lisan.

KEKURANGAN
Kemahiran bahasa dan kemahiran lisan tidak dapat dijalankan serentak.

Murid dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. Terjemahan tidak digunakan langsung .
Guru perlu menguasai ilmu fonetik.

Murid tidak dapat menulis dengan betul.

Memerlukan masa yang panjang dan guru yang terlatih . Penerimaan murid tidak sama dengan maksud sebenar perkataan. Murid-murid lemah akan ketinggalan. Murid kurang mahir dalam kemahiran lain seperti menulis.

KAEDAH AJUK HAFAZ


Diperkenalkan dalam Rancangan Bahasa Intensif oleh Persatuan Cendikiawan Majlis Amerika (American Council of Learned Societis). Kaedah ini khusus diberikan kepada pegawaipegawai tentera secara intensif oleh angkatan bersenjata Amerika Syarikat pada masa Perang Dunia kedua. Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah InformatDrill atau Kaedah Audio-Lingual.

PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH AJUK HAFAZ


Pengajaran dibahagikan kepada 2 cara :
Demonstrasi: berkaitan tatabahasa, pertuturan perbendaharaan kata. Latih tubi: penutur jati akan baca beberapa ayat dan akan mengajuk ayat berkali-kali supaya boleh dihafal.

TEKNIK PENGAJARAN KAEDAH AJUK HAFAZ


Murid tidak perlu menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari, murid membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahasa ibunda pula. Contoh diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Murid mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas bagi latihan mendengar.

Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya. Kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah penting. Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang betul kepada murid murid. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan bahasa yang baik dan sempurna. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan.

CONTOH LATIHAN PERTUTURAN


Latihan bercakap Karangan-karangan lisan
Latihan-latihan cara menyebut sesuatu perkataan Menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran Murid menggunakan ayat yang betul.

Golongan mentalis ( Chomsky bahasa sebagai satu kreativiti mental. Menekankan bentuk makna bahasa. Individu perlulah mengetahui sistem bahasa yang didasarkan pada hukumhukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa.

Diller (1971 ) - Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturanperaturan. a) Boleh digunakan untuk berfikir. b) PeraturanPeraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. c)Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.

Kemahiran lisan kurang diberi penekanan. Penekanan utama- membaca dan menulis. Aspek tumpuan utama ialah sintaksis diikuti morfologi dan fonologi. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung yang boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif. Proses pnp haruslah menggalakkan murid berfikir secara kreatif. Amat mementingkan makna pengertian dan huraian dalam pnp bahasa perlu diwujudkan. Menggunakan aplikasi tatabahasa transformasigeneratif.

Linguistik suatu sains yang mengkaji bahasa dan mengandungi teori-teori dan teknik-teknik menganalisa bahasa yang dipelajari. Dr. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd . Dain (1970)ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai bahasa yang memenuhi syaratsyarat yang diperlukan dalam pengkajian sainssains yang lain seperti mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan cara-cara tertentu.

Ferdinand de Saussure (1913) - adalah orang yang pertama menekankan bahawa linguistik bukanlah kumpulan unit-unit yang lintangpukang susunannya tetapi merupakan unitunit yang tersusun menurut struktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. Kaedah linguistik- kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu membandingkan antara dua bahasa iaitu bahasa ibunda dan bahasa-bahasa lain. Pengetahuan bahasa tertumpu pada bentuk dan fungsi bahasa di samping aspek lain seperti bunyi, jenis ayat, makna dan lain-lain.

Kaedah ini mendahulukan bentuk daripada makna. Pengetahuan fonetik adalah amat penting. Guru haruslah mengajar berdasarkan kepada bahasa ibunda murid terlebih dahulu. Pemilihan perkataan- mendahulukan perkataan yang serupa atau hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa seperti tea dan teh. Tujuan- membolehkan murid menggunakan bahasa baharu daripada bunyi yang telah diketahui.

Guru mengajarkan sebutan bunyi perkataan yang mempunyai persamaan dengan bahasa baharu yang dipelajari. Kemudian guru membuat latih tubi membunyikan perkataan yang mempunyai perbezaan dengan bahasa baharu.

Penyediaan bahan adalah tersusun dan teratur. Membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas dan tepat. Kanak-kanak dapat bertutur dan membina ayat mengikut bentuk-bentuk bahasa yang ada dalam bahasa ibunda.

Undang-undang bahasa yang sentiasa berubahubah menyukarkan murid membaca kerana bahan bacaan kebanyakannya ditulis dalam bahasa tulisan. Memerlukan guru-guru terlatih dalam bidang ini dan memerlukan perbelanjaan dan kos yang tinggi. Murid dapat bertutur dengan baik tetapi bahasa tidak dapat diperkembangkan dengan baik. Memerlukan masa yang lama.

Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakanrakannya. Kaedah CLL ini berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing ( Teknik Kemanusiaan).

La Forge ( 1983 ) - mengesahkan bahawa teori bahasa bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa.
pembelajaran Whole Person. - berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan murid dalam satu interaksi. - kejayaan dalam memperoleh sesuatu bahasa berhubung kait dengan perhubungan baik antara murid dan sesama murid.

Murid memajukan daya dan pengetahuan linguistik yang sesuai Murid berasa selamat untuk dikritik
Murid bebas bercakap dan bina identiti sendiri

Kebolehan murid berdikari daripada ibu bapa

Peringkat kelahiran

Terjemahan Kerja kumpulan Rakaman Tranksripsi Analisis Gambaran Pemerhatian Pendengaran Perbualan Bebas

Falsafah pembelajaran melalui kaedah ini ialah komitmen di pihak murid sebelum proses pemerolehan bahasa dapat berfungsi dimana kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan keadaan hubungan baik guru dengan murid dan sesama murid. Menggunakan psikologi dalam kaunseling ( teknik kemanusiaan ) Menekankan bahawa pembelajaran manusia melibatkan faktor kognitif dan afektif.

Satu kaedah kemahiran mendengar dan bertutur (lisan) Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Menggunakan teknik dialog untuk menghafaz. Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul. Alat pandang dengar digunakan secara meluas. Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransur-ansur. Setelah murid kuasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis.

Murid dapat memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur ( lisan ), membaca dan menulis. Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran ini dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan menulis.

Murid boleh belajar mengenai kebudayaan asing melalui pengalaman bahasa yang dipelajari.

1) Guru memperdengarkan sebutan penutur jati melalui pita rakaman. 2) Murid-murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengari daripada pita rakaman sehingga lancar. 3) Aktiviti boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan.

4) Apabila murid sudah mahir menyebut perkataan atau rangkai kata, baharulah latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur bahasa yang diberikan kepada murid.
5) Akhir sekali, berikan teks untuk dibaca oleh murid-murid.

6) Latihan menulis diberikan kepada murid apabila murid sudah mahir membaca teks.

Kelemahan
Bebankan guru

Tumpuan kepada oral sahaja Murid hilang keyakinan diri

Masa yang panjang

proses pembelajaran bahasa ialah satu proses mekanik yang melibatkan pembentukan perlakuan. kemahiran bahasa mampu dikuasai sekiranya dipelajari bentuk-bentuk lisan dahulu sebelum mengetahui bentuk-bentuk penulisan. cara menganalogi bahasa lebih kukuh daripada cara menganalisis. Pengertian kata-kata dalam sesuatu bahasa dapat dipelajari dengan mengetahui budaya tempat bahasa itu digunakan.

Sekian, Terima kasih