Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MELAKA 2012

1. Rasional Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti- aktiviti utama kegiatan ko- kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini , unsur- unsur asaspembangunan kemanusiaan dipupuk secara “hand on” dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertolenrasi , bertolak ansur , tolong menolong berdisiplin, dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan parapeserta kepada cabaran - cabaran fizikal dan mental secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing - masing.

2. Latar Belakang Selaras dengan rasional diatas , Sekolah Kebangsaan Batang Melaka akan menganjurkan Perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita - cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek.

Program ini juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk intergrasi dikalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan mengemban gkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancan g sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani , emosi , dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri , masyarakat , bangsa , negara dan agama .

Untuk membantu mereslisasikan matlamat utama diatas , maka perlaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar berwawasan, mempunyai imej kendiri positif , berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masal ah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan , adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip - prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi , membina sahsiah yang berdaya saing , berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi , menghargai dan mencintai nilai - nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4.

Objektif

4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek - aspek asas perkhemahan

4.2 Melatih para peserta berkomunikasi dia antara satu sama lain.

4.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti- aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.

4.4 Mendedahkan para pelajar denga n pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan- latihan lasak dan mencabar.

4.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing - masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

4.7 Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun - rukun beragama dan kehidupan bermoral.

5. Tema “ Cintai Alam Sekitar”

6. Konsep Pelaksanaan. Perkhemahan ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep “Pembelajaran Melalui Aktiviti” . Untuk mempraktikan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur- unsur berikut: -

6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

6.2 Penerapan nila - nilai murni kemanusiaan.

6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

6.4 Pengukuhan disiplin kendiri.

6.5 Pengukuhan disiplin berpasuk an.

6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan.

6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi.

6.8 Penyemaian ciri- ciri kepimpinan berwibawa.

6.9 Menjana kerinagan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis.

6.10 Memupuk cita - cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan rekacipta

7. Aktiviti. Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa pertandingan dan aktiviti pertandingan.

SENARAI AKTIVITI TANPA PERTANDINGAN

BIL

AKTIVITI

PENGENDALI

1

Ikatan

Pengakap

2

Balutan

PBSM

3

Kawad kaki

KRS

4

Senaman pagi

J/ K

5

Kuliah Maghrib / Subuh

J/K

6

Istiadat pagi

Kem Komandan

SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN

BIL

AKTIVITI

PENGENDALI

1

Kawad kaki

KRS

2

Masakan Rimba

J/K

3

Aspresasi Seni

J/K

4

Memasang khemah

Pengakap

5

Sarapan pagi

J/K

8. Ketetapan dan Pelaksanaan

8.1 Tarikh

8.2 Hari

8.3 Tempat

: 2 dan 3 November 2012

: Jumaat & Sabtu

: Kawasan Sekolah

Sek Keb Batang Melaka.

8.4 Majlis Perasmian Penutup

a. Tarikh

: 3 November 2012

b. Hari

: Sabtu

c. Masa

: 12.00 tgh

d. Tetamu Kehormat : YDP PIBG Sek Keb Batang Melaka

9. Maklumat Penyertaan Setiap badan uniform akan diwakili oleh semua pelajar tahun 4 , 5 dan 6. Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 80 orang.

Bilangan ahli Unit Uniform 2012

Unit

Lelaki

Perempuan

 

Beruniform

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

Pengakap

           

PBSM

           

KRS

           

Puteri

           

10. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2012

Pengerusi

: Tn Hj Mohamad Nor b. Yos Guru Besar SK Btg Melaka

Naib Pengerusi

: En Nor Kahar b. Mohamed GPK Ko Kurikulum

Naib Pengerusi 2

: Pn Rafeah bt. Md Dah GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3

: En. Mohamad b. Lasim GPK Kurikulum

Setiausaha

: Pn Nurizaidawaty bt. Md Nawi S/U Kokurikulum

Pen. Setiausaha

: En Mazlizam b. Ramli Penyelaras Unit Badan Beruniform ( Kem Komandan )

Bendahari

: Pn Rohana bt. Seman

Ahli Jawatankuasa

: Siaraya

: Hadiah / Cenderahati

: Persiapan Tempat Aktiviti

: Makan / Minum

: Sijil Penyertaan / Buku Program

: Kerohanian

: Tapak Perkhemahan

: Aspresiasi seni

: Keselamatan / Kecemasan

: Dokumentasi

11. Perbelanjaan

Anggaran Perbelanjaan

BIL

PERKARA

BUTIRAN

JUMLAH

1

Makan murid

   

2

Hadiah Pertandingan

   

3

SijilPenyertaan

   

4

Peralatan

   

5

Cenderahati

   

6

Kos luar jangka

   
 

JUMLAH BESAR

   

12. Jadual Aktiviti Perkhemahan

Masa / Hari

Jumaat

Sabtu

5.30

am

 

Bangun, Siap diri, Solat subuh, Kuliah Subuh

7.30

am

 

Bersenam , Pemeriksaan pagi, Sarapan pagi

8.30

am

Pendaftran

Membersihkan tapak perkhemahan dan menurunkan khemah

9.30

am

Mendirikan khemah

12.30

tgh

Rehat, Ma kan, Solat Jumaat

Majlis Perasmian penutup dan penyampaian hadiah

2.00

pm

Pelajaran Ikatan Pelajaran Balutan

BERSURAI

4.00

pm

Pertandingan kawad kaki

5.00

pm

Pertandingan memasak

7.00

pm

Mandi, Solat Magrib , Kuliah Magrib dan Makan malam

9.00

pm

Pertandingan Apresiasi Seni

11.00

pm

Tidur / padam lampu

13. Peraturan Peraturan tetap perkhemahan :

a. Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga.

b. Semasa peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai perkhemahan.

c. Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan di layan.

d. Tiada sesiapa dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan keizinan dan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.

e. Membawa sebarang senjata atau peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang.

f. Peserta juga dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan - kawasan larangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh jawatankuasa pelaksana termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas dan kawasan peserta berlainan jantina.

g. Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan- arahan yang dikeluarkan dari masa kesemasa , khususnya semasa melaksanakan aktiviti - aktiviti di sepanjang perkhemahan.

h. Semua p eserta dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang berharga , termasuklah peralatan elektronik .

i. Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata - rata tempat.

j. Semua pesert a perlu sensitif kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

k. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

l. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang telah ditetapkan oleh kem komandan.

m. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran diluar khemah masing - masingselepas jam 12.00 tengah malam.

n. Peraturan- peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa jika difikirkan perlu.

14. Harapan Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan,

DISEDIAKAN OLEH

……………………………………