Anda di halaman 1dari 16

SENAMAN adalah alat bantu kecergasan yang mempunyai peranan besar dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang.

Malah, dengan bersenam ia mampu membina stamina individu, menghindari daripada penyakit berbahaya dan motivasi rohani dan jasmani.

Dapat meningkatkan kelembutan otot dan membina kekuatan otot kita (dapat mencegah kecederaan). Menguatkan tulang, otot dan sendi. peredaran darah meningkat, kadar nadi turut meningkat dan mencegah pengerasan arteri dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan fungsi jantung kita dan seterusnya paru-paru dan peredaran darah. keupayaan badan untuk mengawal paras glukosa. mengawal berat badan takdelah nampak chubby sgt.

Terdapat 5 asas senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan dan riadah.

Pilihan senaman yang bertepatan mampu menjamin kualiti hidup yang lebih sempurna dan mengelak daripada kecederaan tulang, sendi dan otot.
Namun, harus diingatkan senaman mempunyai manfaat yang berbeza-beza dan ia harus dilakukan secara perlahan-lahan dan mengikut teknik yang betul bagi mengelakkan sebarang kemudaratan pada kesihatan tubuh.

Isometrik

Anaerobik Isotonik

Jenis Jenis Senaman

Aerobik

Isokinetik

Senaman ini hanyalah untuk menegangkan otot anda selama 5 hingga 10 saat sambil menghentikan sedutan nafas. Contohnya gerakan menolak dinding dengan sekuat tenaga sambil memanjangkan semua otot. Senaman ini menyumbang kepada ketahanan otot dan jantung serta sistem peredaran darah. Ia Cuma berperanan dalam meningkatkan kekuatan otot

Senaman ini menggerakkan otot yang menegang atau mengecut. Contohnya senaman angkat berat, sit-up, berlari, berjoging, berenang, berbasikal, push-up dan sebagainya.

Dalam melakukan aktiviti senaman-senaman ini adalah diingatkan supaya melakukannya secara berperingkat kerana untuk menghasilkan otot yang tahan, kekuatannya harus dibina terlebih dahulu. Contohnya dalam melakukan sit-up bermula dari 5 kali setelah 3 kali senaman, berpindah kepada 10 kali dan sebagainya. Senaman ini meningkatkan kekuatan otot, ketahanan dan kelenturannya begitu juga ketahanan jantung

Dalam senaman ini, otot digunakan untuk mengangkat atau menggerakkan halangan dengan arah dan gerakan tertentu seperti yang dilakukan oleh alat-alat di gymnasium.

melakukan senaman dengan menggunakan oksigen yang disedut sepenuhnya dari peparu dalam tempoh masa tertentu. Maksudnya, senaman adalah yang dilakukan berterusan tanpa henti selama 15 hingga 30 minit. Contohnya menari aerobik, mengayuh basikal dengan kayuhan tetap, berengan dengan jarak tertentu atau berjalan laju. Senaman aerobik ini amat bermanafaat untuk kecergasan jantung.

American College of Sports Medicine (ACSM) mengesyorkan aerobik selama 15 hingga 60 minit 3 hingga 5 kali seminggu untuk mencapai kecergasan tanpa terlalu mencederakan otot melalui jenis senaman yang lain.

Senaman yang kita lakukan sehingga menghabiskan simpanan oksigen dalam badan dan tenaga terhasil melalui simpanan bukan oksigen. Tahap ini dicapai apabila senaman yang kita lakukan menghasilkan semput dan sesak nafas selepasnya, seperti lari pecut, atau melakukan senaman isotonik berulangkali dan sebagainya. Senaman ini tidak begitu bernilai di dalam meningkatkan ketahanan jantung.