Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.

Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah

d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni visual sekolah rendah. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. CONTOH Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Tarikh : 26 Februari 2009 Hari: Khamis Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual Bilangan pelajar : 40 orang Waktu : 10.30-11.30 pagi Tahap : 2 Kelas : 4 Seroja Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Kegiatan : Topeng Tajuk : Topeng Mata Kemahiran : Membuat topeng,membuat keseimbangan dan guntingan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Menghasilkan topeng mata yang mempunyai ciri-ciri atau prinsip-prinsip rekaan. 2. Menguasai kemahiran membentuk, menggunting dan membuat topeng,membuat keseimbangan dalam proses membuat topeng. 3. Murid berasa bangga kerana dapat menghasilkan topeng mengikut kreativiti murid-murid. Pengalaman Sedia Ada Murid pernah melihat drama zorro,batman atau drama-drama yang menggunakan topeng sebagai penyamaran diri. Penerapan Nilai 1. Murid dapat menghargai alam flora dan fauna yang ada disekeliling mereka 2. Berfikir secara kritis dan kreatif 3. Penekanan dari segi kekemasan dan kebersihan Alat Bantu Mengajar a) Persediaan Guru i. Gambar topeng ii. Hasilan guru iii. Carta langkah iv. Gunting b) Persediaan murid i. Gam dan gunting ii. Kad manila iii. Kertas warna iv. Bahan-bahan seperti manik Kbkk Murid-murid akan menggunakan prinsip-prinsip senilukis dan senireka dalam proses penghasilan topeng mat

1 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL PENGENALAN Rancangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini terutama yang lebih jelas dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan keilmuan dan kemahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi dan juga kepada alam kehidupan selepas persekolahan. Kandungan kur ikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual. Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu: 1. Per kembangan nilai diri telah dikenalpasti iaitu: pendidikan dengan aktif. 2. Penguasan kemahiran dan teknologi buatan serta Penghasilan Seni Visual. 3. Per kembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi sejarah dan apresiasi seni visual. Modul ini merupakan panduan kepada guru dan jurulatih untuk memberi penerangan tentang kurikulum Pendidikan Seni Visual. Butiran dalam modul ini adalah sedutan daripada beberapa bidang kandungan atau butiran kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Oleh kerana dokumen rasmi untuk memperjelaskan modul adalah daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, maka guru dan jurulatih sepatutnya memahami dan menghayati dokumen tersebut sebelum menyampaikan kandungan modul ini. Untuk tujuan itu, modul ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian 1 Penerangan ber kaitan Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Elemen Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

Bahagian 2 Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang mewakili bidang kegiatan dan kandungan Pendidikan Seni Visual bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Contoh rancangan Pengajaran dan Pembelajaran di antaranya 2 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL menampakkan strategi pengajaran yang menerapkan elemen generik yang dinyatakan dalam bahagian 1. Sekolah Rendah Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan w arisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekolah Menengah Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membentuk keperibadian Generasi Malaysia/insan y ang: Celik budaya/harmonis Nilai estetik tinggi Imaginatif Kritis Kreatif

Inov atif Inv entif/produktif Tingkatkan rasa: Kesyukuran Hargai keindahan Hargai warisan budaya Menyumbang ke arah pembangunan: Diri Keluarga Masyarakat Negara 3 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL ORGANISASI KURIKULUM murid pelbagai kegiatan seni visual 4 bidang menggambar membuat corak dan rekaan membentuk dan membuat binaan mengenal kraf tradisional Memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual Pengetahuan yang dapat dimiliki: Mengenai bahan, alat dan teknik Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Yang dipentingkan: 1. pemerhatian secara aktif

2. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan 3. apresiasi seni visual secara mudah 4. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Sekolah Rendah 4 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL Sekolah Menengah 1. Penghasilan Seni Visual Murid berpeluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih memberatkan pernyataan idea ber kaitan diri, masyarakat dna negara dalam berkarya. Bidang Penghasilan Seni Visual: a) Asas Seni Reka Unsur Seni Prinsip Rekaan b) Seni Halus c) Komunikasi Visual d) Reka Bentuk e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru 2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual Bidang ini memberi peluang murid membuat kajian pemahaman terhadap hasil seni dalam budaya tempatan dan negara lain. Kajian perbandingan boleh dibuat untuk memperlihatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa melakukan sesi apresiasi dan kritikan seni. a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia Seni Halus Kraf Tradisional dan Pr ibumi b. Peralatan c. Alat Permainan d. Seni Bina e. Kenderaan f. Pakaian g. Perhiasan 5 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL Sekolah Rendah 1. Menggambar

Menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan kemampuan murid dalam kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik. 2. Membuat Corak dan Rekaan Peluang murid memahami pelbagai cara menghasilkan corak tidak terancang dan corak terancang serta mengaplikasinya menjadi rekaan. kegiatan menggambar secara catan kolaj resis montaj stensilan cetakan percikan gosokan lukisan mozek capan poster gurisan Corak tidak terancang pualaman tiupan titisan Ikatan dan celupan renjisan dan percikan Corak terancang lukisan catan resis cetakan kolaj capan kaligrafi lipatan & guntingan 6 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL 3. Membentuk dan Membuat Binaan Menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek 3D. Pelbagai bahan, alat dan teknik pembuatan boleh digunakan. 4. Mengenal Kraf Tradisional Murid diperkenalkan dengan beberapa kraf. Antaranya:

Bidang ini member i kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Murid diperkenalkan dengan fungsi, proses dan teknik pembuatan, alat dan bahan,corak dan hiasan yang digunakan. Namun alat. Bahan dan teknik yang akan digunakan murid boleh dipilih alternatifnya berdasarkan suasana dan fizikal tempat atau daerah sekolah ditempatkan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai proses pembelajaran melalui cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan penceritaan. Membentuk & membuat binaan arca timbul asemblaj mobail topeng stabail origami model diorama boneka Kraf Tradisional alat domestik batik tembikar tekat anyaman alat pertahanan diri tenunan perhiasan diri ukiran alat permainan 7 Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL Sekolah Menengah 1. Penghasilan Seni Visual Bidang ini memberi peluang mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan asas seni reka dengan pelbagai teknik. Bidang Penghasilan Seni Visual: a) Asas Seni Reka Unsur Seni garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan

dan w arna Prinsip Rekaan harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama & pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. b) Seni Halus lukisan, catan, arca dan cetakan c) Komunikasi Visual reka bentuk grafik dan multimedia. d) Reka Bentuk reka bentuk industri, reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan lanskap) e) Kraf Tradisional dan Dimensi Baru tembikar/seramik, batik, ukiran kayu, anyaman, tenunan dan tekat 2. Sejarah dan Apresiasi Seni Visual a) Perkembangan Seni Visual di Malaysia Seni Halus Gerakan Seni Halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan Kraf Tradisional dan Pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan b) Peralatan senjata dan domestik c) Alat Permainan gasing, w au dan alat muzik tradisional d) Seni Bina kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman e) Kenderaan darat, laut atau sungai f) Pakaian baju kurung, baju Melayu, baju Kedah, baju Cekak Musang g) Perhiasan hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang

Anda mungkin juga menyukai