Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2 Air Kencing Berbau Ammonia Air kencing berbau ammonia adalah masalah yang biasa dihadapi oleh

sejumlah manusia di setiap pelusuk dunia. Warna air kencing seseorang yang sihat berwarna kuning. Kencing tersebut juga tidak berbau. Penyebab Bau Ammonia Yang Kuat di Dalam Air Kencing Pengambilan makanan yang kaya dengan nitrogen Salah satu penyebab bau yang kuat dalam air kencing ialah pengambilan makanan yang kaya dengan nitrogen seperti daging, telur, asparagus, dan sebagainya. Apabila pengambilan makanan ini dikurangkan, bau ammonia akan berkurangan. Dehidrasi Seseorang yang tidak meminum air dalam kuantiti yang cukup akan membuatkannya mengalami dehidrasi. Sehubungan dengan itu, air kencing yang dikeluarkan akan menjadi pekat dan mempunyai bau ammonia yang kuat. Hal yang sama juga akan terjadi jika kuantiti air yang mencukupi tidak diminum sebelum, semasa dan selepas bersenam. Oleh itu, individu yang mempunyai gaya hidup yang aktif haruslah berhati-hati agar mereka tidak mengalami dehidrasi. Jangkitan Buah Pinggang Air kencing yang berbau ammonia juga boleh disebabkan oleh jangkitan pada buah pinggang. Seiring dengan baunya, air kencing tersebut juga akan dinyahwarnakan. Dalam kes ini, pesakit perlulah meminum air dalam kuantiti yang banyak pada jangka masa yang tertentu agar jangkitan tersebut dapat dikeluarkan. Dalam sesetengah kes juga, pesakit diberikan antibiotic. Masalah Hati Tugas hati adalah untuk menyahkan toksin dan racun daripada system. Hatilah organ yang membantu dalam menyahkan ammonia melalui proses yang kompleks. Hati yang bermasalah menyebabkan ammonia tidak dapat dinyahkan dengan baik. Jangkitan Bakteria Salah satu penyebab air kencing berbau ammonia ialah jangkitan bakteria. Jangkitan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki disebabkan oleh struktur wanita. Jarak bukaan urethral dan pundi kencing adalah sangat dekat dan begitu juga dengan bukaan vagina dan rectal. Hal ini membawa

kepada jangkitan. Wanita dikatakan mengalami jangkitan sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat mereka. Menopaus Wanita yang telah mencapai menopaus berpeluang untuk mengalami air kencing berbau ammonia. Dalam pada itu, terdapat dua sebab yang berbeza. Salah satunya ialah pertukaran diet yang kerap dan penambahan berat badan semasa waktu tersebut. Mereka juga kurang mengambil perhatian terhadap kuantiti air yang diminum dan akhirnya mengakibatkan kencing mereka berbau ammonia. Sebab-sebab lain Kebanyakan orang tidak membuang air kecil pada selang masa yang kerap. Hal ini mengakibatkan mendapan di dalam pundi. Air kencing berbau ammonia bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia disebabkan oleh kelainan metabolisme. Penyakit jangkitan seks juga salah satu penyebabnya. Ubat-ubatan untuk penyakit tertentu juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Rawatan Bagi Masalah Air Kencing Berbau Ammonia Rawatan bagi masalah ini bergantung pada penyebabnya. Perkara pertama yang boleh diubah ialah dengan meminum 10-12 gelas air dalam sehari. Hal ini demikian agar air kencing tidak menjadi pekat. Dalam banyak kes, meminum air dalam kuantiti yang berpatutan membantu mengurangkan masalah ini. Selain itu, pemakanan juga harus diambil berat. Pengambilan makanan yang kaya dengan nitrogen harus dikurangkan. Sekiranya cara yang dinyatakan tidak berkesan dalam beberapa hari, tindakan berjumpa dengan doctor perlulah diambil. Simptom-simptom yang ada perlulah dikenal pasti bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Air kencing yang berbau ammonia tidak seharusnya diabaikan. Keadaan tersebut hendaklah diberi rawatan awal agar ia tidak merebak ke tahap yang lebih serius.