Anda di halaman 1dari 18

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) BML3083 SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU GROUP: UPSI11(A112PJJ)

PENSYARAH: DR. HJ. MOHD RASHID BIN MD. IDRIS NAMA: KAMARUL AZIZI BIN DOLAH NO. MATRIK: D20102045270

TUGASAN A Pengertian Metafora Perkataan metafora berasal dari bahasa Yunani iaitu metaphora yang membawa maksud memindahkan. meta membawa erti melebihi manakala pherein pula bermaksud membawa. Menurut Dale, metafora membawa maksud membuat perbandingan antara dua hal atau benda untuk menciptakan suatu kesan mental yang hidup, walaupun tidak dinyatakan secara implisit dengan penggunaan kata-kata bak, seperti, laksana, ibarat, umpama, sebagai sepetti pada perumpamaan. ( Dale (et al),1971:224 ) Manakala menurut Moeliono pula, metafora ialah perbandingan antara implisit jadi tanpa kata seperti atau sebagai di antara dua hal yang berbeda. ( Moeliono; 1984:3) Menurut Tarigan pula, metafora ialah sejenis majas ( bahasa kias ) perbandingan yang paling singkat, padat, tersusun rapi. Di dalamnya terlibat dua ide: yang satu adalah suatu kenyataan, sesuatu yang dipikirkan, yang menjadi obyek; dan yang satu lagi merupakan perbandingan terhadap kenyataan tadi; dan kita menggantikan yang belakangan ini menjadi yang terdahulu tadi. ( Taringan; 1983:141 ) Di dalam Ensiklopedia Amerika ( 1994 ) menjelaskan bahawa metafora adalah digambarkan sebagai suatu perbandingan tersirat antara dua hal berlainan, suatu analogi yang secara khayalan mengindentifikasikan satu objek dengan yang lain dan yang lain dianggap berasal daripada kualiti terbaik yang kedua atau yang pertama dengan erti tambahan. Manakala pada pandangan Wahab ( 186:11), metafora merupakan ungkapan kebahasan yang tidak dapat diertikan secara langsung dari lambang yang dipakai, melainkan dari prediksi yang dapat dipakai baik oleh lambang mahupun oleh makna yang dimaksudkan oleh ungkapan tersebut. Di Malaysia, Profesor Abdullah Hassan mentakrifkan metafora sebagai kiasan yang tidak menggunakan bagai, bak, ibarat, laksana, macam, seakan-akan, seolah-olah, seperti dan umpama. ( Profesor Abdullah Hassan; 2001:336)
2

Berdasarkan kepada pendapat-pendapat tersebut, maka bolehlah disimpulkan bahawa metafora merupakan kiasan langsung yang dipakai untuk menggambarkan sebagai suatu perbandingan tersirat antara dua hal yang berlainan. Secara kesimpulannya, metafora merupakan salah satu daripada bunga-bunga bahasa, atau bahasa kiasan atau istilah Inggerisnya idiom. Selain metafora, bentuk-bentuk bahasa kiasan di dalam bahasa Melayu ialah peribahasa, perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, bidalan, personafikasi dan hiperbola. Metafora juga merupakan bahasa kiasan yang tidak menggunakan perkataan seperti bagai, seperti, laksana, macam, seakan-akan, umpama dan sebagainya. Bahasa kiasan tergolong dalam dua jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Metafora merupakan salah satu daripada bahasa kiasan yang tergolong dalam bukan peribahasa. Bahasa kiasan dicipta oleh semua penutur sesuatu bahasa sewaktu mereka bertutur atau menulis. Tiap generasi akan melahirkan bahasa kiasan mereka sendiri terutamanya metafora.

Peta minda bahasa kiasan Bahasa Melayu

Biadalan

Pepatah

Simpulan bahasa

Perumpamaan

PERIBAHASA

BAHASA KIASAN

BUKAN PERIBAHASA

Personafikasi Hiperbola

Metafora

Jenis-jenis Metafora Berdasarkan pada pandangan Wahab ( 1995:75) metafora boleh dipecahkan kepada beberapa kategori berdasarkan pandangan sintaksis. Berdasarkan kepada pendapat tersebut, metafora boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :

Metafora

Metafora

Metafora

Metafora

Metafora Nominatif Metafora nominatif merupakan metafora yang hanya terdapat pada ayat nomina. Ini kerana, posisi nomina di dalam ayat berbeza-beza. Metafora nominatif juga boleh dipecahkan kepada dua jenis iaitu metafora nominatif subjektif dan metafora nominatif objektif. Ianya lazim disebut berturutturut sebagai metafora nominatif komplementatif.

Metafora Predikatif Dalam metafora berbentuk predikatif, ekspresi metaforikal ditempatkan pada prediktif ayat, manakala yang sebahagian lain pula diekspresikan secara harfiah. Metafora Kalimatif

Metafora sintaktis ataupun metafora kalimatif merupakan metafora dalam bentuk ayat. Ini bermaksud, keseluruhan ayat tersebut diekspresikan secara metafora dan membawa maksud yang bertentangan dengan ayat tersebut. Contoh metafora, ayat metafora serta penjelasannya 1. Angin membisikkan pada telingaku tentang dirimu Contoh ayat : Setelah sekian lama tidak bertemu, angin membisikkan pada telingaku tentang kerinduan dirimu terhadap diriku. Penjelasan : Kata angin dalam ayat di atas tidak membawa maksud angin yang sebenarnya. Angin di dalam ayat tersebut hanya sebagai simbolik sahaja. Angin tersebut adalah subjek ayat. Angin digunakan untuk membandingkan antara pemesan yang membawa khabar berita tersebut. Manakala, pada telingaku tentang kerinduan dirimu terhadap dirimu dinyatakan secara jelas ataupun harfiah dan bukan secara metaforikal. Sekiranya perkataan bak ditambah pada pangkal ayat tersebut, maka ayat tersebut tidak lagi menjadi metafora tetapi menjadi perumpamaan. 2. Chef itu memecahkan rekod dunia Contoh ayat : Chef itu memecahkan rekod dunia dalam pertandingan membina kek terpanjang di festival itu. Penjelasan : Kata memecahkan adalah predikat ayat yang menandakan metafora. Kata memecahkan merupakan kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya. Objek yang diperlukan untuk kata memecahkan mestilah objek yang nyata dan jelas. Namun, dalam contoh yang diberi, frasa rekod dunia merupakan benda yang abstak dan tidak boleh dipecahkan secara fizikal. Oleh itu, dalam frasa rekod dunia dibandingkan ke benda konkrit seperti batu-bata, gelas dan sebagainya. Manakala, sebahagian lagi daripada ayat tersebut dinyatakan secara jelas ataupun disebut harfiah.

3. Malam sedang menanti sinar mentari Contoh ayat : Kejayaan anaknya ke menara gading malam sedang menanti sinar mentari yang mampu merubah kehidupan keluarga itu. Penjelasan : Kata malam digunakan untuk menggambarkan keadaan kesedihan, kesusahan atau kesukaran manakala kata mentari ataupun matahari digunakan untuk menggambarkan kesenangan, kegembiraan dan hidup baru. Sifat malam yang gelap dijadikan sebagai medium bagi menyampaikan maksud kesukaran atau kepayahan tersebut. Manakala mentari yang bersifat memberi cahaya digambarkan kehidupan yang kesenangan ataupun hidup baru. Kata menanti adalah metafora kerana kata tersebut hanya boleh digunakan untuk benda yang tidak hidup dan menyarankan antara perbandingan malam dan orang. Kata malam merupakan bukan benda hidup dan tidak boleh ditunggu atau dibilang. Sekiranya ditambah kata umpama , ibarat ataupun bak maka, ayat tersebut akan berubah menjadi perumpamaan. 4. Ayah menjadi singa di rumah Contoh ayat : Oleh kerana sikap endah tak endah kami adik beradik, ayah menjadi singa di rumah. Penjelasan : Kata ayah merujuk kepada kata ganti nama diri. Kata ayah dalam ayat merujuk terus kepada maksud yang jelas. Frasa menjadi singa di rumah merupakan metafora kerana frasa tersebut bukan bererti ayah bertukar menjadi haiwan iaitu singa tetapi merujuk kepada kemarahan yang amat sangat terhadap sikap yang ditonjolkan oleh anak-anak. Kata singa melambangkan haiwan yang garang dan ganas, maka dalam ayat tersebut ingin menyatakan bahawa ayah amat marah terhadap sikap anak-anaknya sehingga kemarahannya itu umpama seekor singa.

5. Budak itu lembu Contoh ayat : Budak itu lembu kerana tidak pernah membantah segala arahan yang diberikan kepadanya walaupun sedar bahawa arahan tersebut salah. Penjelasan : Kata budak merujuk kepada kata nama am. Manakala kata lembu di dalam ayat tersebut merupakan metafora. Secara harfiahnya sifat lembu adalah bodoh dan hanya akan sentiasa mengikut arahan yang ingin digambarkan oleh penutur. Maksud ayat menjelaskan bahawa budak yang dinyatakan di dalam ayat tersebut bodoh seperti seekor lembu. Sekiranya kata umpama ditambah di dalam ayat tersebut seperti Budak itu umpama lembu, maka ayat ini tidak lagi menjadi metafora.

Rujukan 1. Tatabahasa Bahasa Melayu:Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar; Prof. Abdullah Hassan;2001 2. Pengajaran Semantik;Prof. Dr. Henry Guntur Taringan;1986
3. http://azemi09.wordpress.com/2011/03/06/metafora-hiperbola/ 4. http://fdausamad.blogspot.com/2010/10/metafora-sarcacsm-sound-derek-dan.html 5. http://muhd-arif.livejournal.com/1712.html 6. http://zurinahhassan.blogspot.com/2011/01/menyusur-metafora-dalam-sungai-

hayat.html

TUGASAN B Setiap perkataan di dalam Bahasa Melayu dikatakan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Menurut Abdullah Hassan ( 1981 ) kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata. Tiap-tiap kata dalam sesuatu bahasa mempunyai hubunga yang erat. Ini berlaku kerana banyak faktor yang melibatkan interpretasi makna. Namun, ianya agak sukar dipastikan ketepatan maknanya. Hubungan antara makna perkataan berdasarkan: i.Kata Sinonim ii.Kata Antonim iii.Kata Homonim iv.Kata Polisim v.Kata Hiponim Hubungan antara makna ini boleh di tunjukkan seperti dalam peta minda berikut : Hubungan Antara Makna Perkataan

Kata Sinonim Kesamaan Makna

Kata Antonim Perbezaan makna

Kata Homonim Kesamaan Ejaan dan Sebutan 10

Kata Polisim Banyak Makna

Kata Hiponim Struktur Makna

Kata Sinonim Kata sinonim atau disebut juga kesamaaan makna. Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu anoma dan syn yang membawa erti dengan. Sinonim secara tepatnya ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain dalam beberapa atau semua konteks. Memang diakui adalah sukar untuk mencari makna seratus peratus sama, maka memadailah sekiranya kita mencari makna yang terdekat sahaja. Sebagai contohnya, frasa sungai tak tentu gaungnya bersinonim dengan frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya. Hal ini kerana, kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama. Frasa sungai tak tentu gaungnya merupakan peribahasa, manakala frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya pula ialah maksud kepada peribahasa tersebut. Sungguhpun begitu, kedua-dua frasa ini masih dapat dikatakan bersinonim jika dilihat dalam konteks yang berasingan. Walaupun frasa sungai tak tentu gaungnya dan orang yang tidak tentu asal usulnya terbentuk daripada perkataan yang berlainan, namun keduaduanya masih berupaya menyampaikan makna yang sama. Sebagi contoh ayatnya adalah seperti berikut :
a. Kita hendaklah berhati-hati apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali

kerana ada sungai tak tentu gaungnya.


b. Ibu bapa sering risau hendak melepaskan anak mereka kepada orang yang tidak tentu

asal-usulnya. Namun harus juga diingat bahawa, terdapat beberapa perkara tentang gejala sinonim yang harus diberi perhatian : 1. Tidak semua perkataan dalam Bahasa Melayu mempunyai sinonim Contohnya : beras, salji dan batu
11

2. Ada perkataan hanya bersinonim pada bentuk dasar sahaja, tetapi tidak bersinonim pada bentuk terbitan Contohnya : Kata benar bersinonim dengan betul. Namun, kata terbitan kebenaran tidak bersinonim dengan kebetulan. Kedua-dua kata terbitan ini membawa maksud yang berlainan. 3. Ada perkataan yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar, tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan Contohnya : Kata jemur tidak mempunyai sinonim. Namun, apabila kata jemur ditambah dengan imbuhan menjadi menjemurkan, maka kata terbitan tersebut bersinonim dengan mengeringkan. 4. Terdapat perkataan yang mengikut erti sebenarnya tidak mempunyai sinonim, namun dalam serti kiasan mempunyai sinonim Contohnya : Kata hitam, tidak mempunyai sinonim namun dalam erti kiasan ada beberapa maksud seperti gelap, buruk, dan jahat 5. Interpretasi perkataan berbeza dari seorang ke seorang Contohnya : Kata sila sinonim dengan jemput

Kata Antonim

12

Antonim ialah hubungan pertentangan makna antara suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan dengan frasa, ayat, atau ungkapan lain. Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu anoma yang membawa erti nama dan anti yang bererti melawan. Secara kesimpulannya, antonim ialah perkataan yang dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain.
i.

Bagi perkataan yang tergolong dalam kata sifat, perkataan lawannya mudah dikaji dan diperolehi. Tetapi, bagi kata kerja tidak semua kata kerja mempunyai lawan. Contohnya, kita tidak akan mampu memberikan antonim bagi perkataan bermain, memasak, mandi dan sebagainya.

ii. iii.
iv.

Pertentangan makna ini juga bergantung kepada konteks dan budaya. Contohnya perkataan tinggi mungkin berantonim dengan rendah atau pendek. Bagimanapun, kita boleh mempertentangkan perkataan seperti menolakmenerima, keluar-masuk, menangis-ketawa, dan sebagainya. Bagi perkataan nama, kita juga boleh melawankan perkataan tersebut seperti langit, ibu, kakak, malam dan sebagainya tetapi bagi perkataan seperti perang, kertas, cawan, dan sebagainya, kita tidak boleh mendapatkan antonimnya.

v.

Perkataan-perkataan mungkin mempunyai hubungandari segi analogi iaitu pertalian perkataan. Contohnya dari segi segi jenis, sebab dan akibat, asosiasi, tujuan, symbol dan sebagainya. Contohnya : v.i hubungan dari segi jenis keli ikan nyatuh kayu v.ii hubungan sebab dan akibat luka sakit panas berpeluh v.iii hubungan dari segi asosiasi
13

muram sedih ketawa gembira v.iv hubungan dari segi tujuan malas kemiskinan rajin kejayaan v.v hubungan dari segi simbol biru perpaduan putih kesucian

Kata Homonim
14

Kata homonim bererti kata yang hampir sama sebutannya namun mempunyai makna yang berbeza. Perkataan homonim berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu anamo yang bermaksud nama dan homo yang bererti sama. Secara kesimpulannya, kata homonim bermaksud, ungkapan, perkataan, frasa atau ayat yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama. Contohnya perkataan perang. Perang i. membawa erti warna coklat Perang ii. Suasana yang tidak selamat atau kacau bilau Di dalam kamus, perkataan homonym akan ditandai dengan angka roman. Homonim terpecah kepada dua jenis iaitu : 1.1 Homonim homofon 1.1 Homonim homofon Perkataannya dilihat dari segi bunyi. Contohnya kata tari dengan gari. 1.2 Homonim homograf Perkataannya dilihat dari segi tulisan ataupun ejaan. Contohnya, perkataan bang ( azan ) dengan bank ( institusi kewangan ) 1.2 Homonim homograf

Kata Polisim Kata polisim ialah hubungan pergandaan makna suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan. Kata polisim juga merujuk kepada kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya apabila digunakan di dalam konteks yang berlainan. Contohnya perkataan alamat yang membawa erti (1)sesuatu yang dianggap ( ditafsirkan dsb) sebagai menandakan bahawa sesuatu kejadian dan lain-lain yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda, (2) ( Selangor ) matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan, (3) butir keterangan seperti nombor
15

rumah, nama jalan, nama bandar dan lain-lain, (4) (Komp) kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dan lain-lain dalam sesuatu sistem komputer.

Kata Hiponim Kata hiponim merujuk kepada kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya di dalam konteks yang berlainan. Selain itu, Fromkin dan Rodman ( 1998:168 ) mentafsirkan hiponim sebagai hubungan ketercakupan makna antara suatu perkataan, frasa, ayat dan ungkapan, yang maknanya dianggap merupakan bahagian daripada makna suatu perkataan, frasa, ayat, atau ungkapan lain Contohnya, kata cengal merupakan hiponim terhadap perkataan kayu, oleh sebab cengal adalah termasuk makna jenis kayu. Cengal sememangnya kayu tetapi, kayu buka sahaja cengal, sebaliknya meliputi pelbagai jenis kayu seperti kayu meranti, kayu nyatuh, dan sebagainya. Antara contoh hiponim adalah seperti perkataan sungai dan laut dalam dua rangkap pantun di bawah : Pantun 1 Pergi ke sungai membeli buah, Mari dikait sarang tempua, Kalau Jengal tanda bertuah,

16

Kutumpang duduk gelak ketawa. Pantun 2 Pergi ke Makkah lalu Madinah, Singgah bermalam di tengah laut, Dengarlah ratapan Siti Fatimah, Dengarlah suara Nabi Allah Daud. Perkataan sungai dalam pantun 1 dan perkataan laut dalam pantun 2 merupakan sebahagian daripada bentuk air semula jadi. Secara kesimpulannya, sungai dan laut berhiponim terhadap bentuk air semula jadi.

Rujukan : 1. Modul KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu, Pusat Pendidikan Luar UPSI 2. Jurnal Pembinaan Dan Pengembangan Bahasa, Julai 2000, Dewan Bahasa
3. http://generasikertasmaya.blogspot.com/2010/12/sinonim-antonim-hiponim-polosemi-

dan.html
4. http://esty-17.blogspot.com/2010/05/kata-kata-sinonim-dan-antonim.html 5. http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm 17

18

Anda mungkin juga menyukai