Anda di halaman 1dari 4

KOMEN DAN CADANGAN Walaupun terdapat banyak perkara atau teknik-teknik dapat dipelajari oleh saya dalam tempoh

latihan itu,namum begitu,saya masih percaya terdapat banyak perkara yang belum dipelajari dan dikuasai sepenuhnya oleh saya kerana skop aktiviti bagi setiap bahagian adalah sangat komplek dan sukar untuk dipelajari keseluruhannya dalam masa yang begitu singkat. Setelah menjalani latihan industri selama dua bulan ini di YaaHu Advertising, saya sebagai seorang pelajar UPSI telah mendapat banyak pertolongan dan layanan serta sokongan yang baik daripada semua pihak di firma ini.Ini telah menyebabkan latihan industri saya dapat dijalankan dengan lancar.Namun begitu,saya ingin menyediakan ruangan ini untuk memberi cadangan yang saya rasa dapat membantu para pelajar yang akan menjalani latihan industri pada masa yang akan datang.

CADANGAN KEPADA PELAJAR

Setiap pelajar haruslah melengkapkan diri masing-masing sebelum menjalani Latihan Industri.Semasa berada di firma,pelajar haruslah menunjukkan sikap yang baik, berdisiplin tinggi,rendah diri dan professional,maka pelajar akan diberi kepercayaan bagi melakukan sesuatu tugas yang akan diamanahkan. Pelajar haruslah berkomunikasi dengan baik dengan pekerja di firma dan jangan menunjukkan rasa malu untuk menanyakan sesuatu perkara dalam mempelajari sesuatu teknik tentang kerja.Sentiasa berbincang dengan pekerja senior atau lain sekiranya terdapat masalah dan kemusykilan dalam menjalankan tugas. Selain itu,pelajar haruslah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik,ini kerana dalam bidang ini banyak penggunaan Bahasa Inggeris dalam membaca pelan dan rujukkan apabila melakukan kerja. Oleh itu,sebelum pelajar ditempatkan untuk latihan industri,dia perlu memperbaiki sebaik mungkin diri dan pertuturan.Pelajar harus berusaha sedaya upaya untuk membentuk kecemerlangan dirinya.

CADANGAN KEPADA UNIT LATIHAN INDUSTRI

Unit Latihan Industri haruslah memastikan penempatan pelajar yang akan menjalani Latihan Industri bersesuaian dengan bidang mereka ceburi supaya apa yang dipelajari dapat dipraktikkan di firma atau sebagainya.Unit Latihan Industri menyediakan satu jadual atau rangka kerja latihan industri yang lengkap dan senang difaham bagi memudahkan pelajar menjalankan serta membuat kerja semasa latihan.

Selain itu,masalah kekurangan masa juga merupakan cabaran ketika membuat tugasan.Tempoh masa untuk menyiapkan projek yang diberikan selalunya adalah singkat. Maka kerja-kerja merekabentuk,memasang dan mengedit projek selalunya dilakukan dengan tergesa-gesa dalam keadaan yang tertekan.Tambahan lagi,tempoh masa yang diberikan ini selalunya tidak mencukupi dan seterusnya projek juga tidak dapat disiapkan tepat pada masa yang dijadualkan.Maka pihak atasan akan memberi tekanan kepada pekerja yang berkenaan selepas tempoh masa penghantaran.Ini akan menjejaskan emosi dan kesungguhan pekerja tersebut untuk melakukan kerja yang diberikan.Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar mencadangkan supaya pihak universiti membuat perbincangan menghadapi masalah ini.Masalah masa pula perlu diselesaikan dengan menambahkan tempoh latihan industri.Perbincangan perlu dijalankan antara pihak atasan dan pihak yang berkenaan. Dengan ini, projek dapat dijalankan dengan lancar tanpa tekanan kepada mana-mana pihak.

CADANGAN KEPADA FIRMA

Pihak firma haruslah menyediakan satu jadual waktu yang sesuai dan lengkap untuk para pelatih.Ini adalah untuk memastikan pelatih dapat mempelajari semua kemahiran yang dapat dipelajari daripada firma tersebut. Ini juga dapat memberikan satu pembahagian masa yang mencukupi untuk para pelatih membelajari kemahiran tersebut.Pihak firma harus juga mempertimbangkan setiap tugas yang hendak diberikan kepada pelajar bersesuaian dengan tahap pelajar.Pelajar yang menjalani latihan bukan untuk membuat kerja sampingan tetapi untuk belajar apa bidang yang diceburi dan kaitan dengannya. Selain itu,bayaran elaun amat dihargai dan hendaklah bersesuaian dengan taraf hidup masyarakat sekeliling.Firma juga harus prihatin pada pelajar yang tinggal berjauhan dan kesukaran untuk mendapatkan tempat tinggal.Pihak firma harus mengadakan perundingan atau perbincangan dengan para pelatih dari semasa ke semasa.Ini membolehkan para pelatih dapat mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi dan dapat diatasi dengan mudah dan secepat mungkin.Perbincangan dan perhubungan yang lebih erat perlu diwujudkan di antara pihak firma dengan pihak Universiti.Ini dapat memudahkan pihak firma dapat menempatkan para pelajar ke bahagian-bahagian yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dari Universiti. Di samping itu,pihak firma seharusnya mengadakan lebih banyak aktiviti mingguan mahupun bulanan bagi merapatkan hubungan sesama pekerja.Firma boleh memperbaiki keadaan kadar pusing yang tinggi ini kerana kadar pusing yang tinggi akan menyebabkan syarikat kekurangan staf-staf yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi serta berkebolehan.

Anda mungkin juga menyukai