Anda di halaman 1dari 3

Saki-Baki Agama Hanif

Filed under: Sirah Nabawiyyah Ini juga satu muqaddimah penting yang mesti dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai kefahaman mengenai pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh ke belakang kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini kepada mereka yang melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh dengan berbagai tuduhan palsu melalui sangkaan palsu.

Khullasah kepada hakikat ini, ialah bahawa Islam itu tidak lain dan lanjutan kepada agama Hanif yang mudah dan lapang ruangnya, Allah telah mengutuskan bapa juga datuk kepada para Nabi, iaitu Ibrahim Alaihi salam membawa agama ini, telahpun dijelaskan oleh Allah mengenai ini melalui banyak ayat-ayatNya, di antaranya: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini. (Al-Hajj: 78) Katakanlah (wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik. (Aali Imran: 95) Memang sudah ada di pengetahuan anda bahawa orang orang Arab itu adalah anak-cucu Nabi Ismail Alaihi salam, maka semestinya mereka mewarisi agama bersama selok-beloknya, iaitu agama yang telah Allah utuskan kepada datuk mereka, membawa Tauhid dan perintah beribadat kepada Allah, tidak mencerobohi batas laranganNya, mentaqdis dan menghormati semua yang disuruh menghormatinya, dan yang utama sekali ialah menghormati dan mentaqdiskan Baitul Haram, menghormati segala syiarnya,mempertahankannya, melaksanakan perkhidmatan terhadapnya, serta menabir (kelambukannya). Tetapi dengan berlalunya zaman, kurun demi kurun, mulalah orang Arab itu mencampur-adukkan yang batil dengan yang haq, haq yang mereka pusakai dan datuk nenek mereka diadukkan dengan batil yang datang dengan tidak disedari, lalu cacat dan tercelalah seluruh bangsa Arab bila diselubungi kejahilan, hanyut dan sesatlah mereka bersama mereka orang-orang yang terpukau dan terpedaya oleh kepalsuan, yang dengan itu menyusup masuklah syirik ke dalam mereka, dan akhirnya menyembah berhala sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, keruntuhan akhlaq dan perkara-perkara batil juga ikut sama menyusup masuk. Dengan kerana itu maka jauhlah mereka dan suluhan Tauhid dan ciri-ciri agama Hanif, akhirnya setelah jangkamasa yang panjang menyeluruhlah jahiliyyah yang ketat, yang sukar hendak dilekangkan, dan berikut itulah mereka berhadapan dengan kebangkitan Muhammad Shallallahu alaihi Wasallam.

Orang yang pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa Arab menyembah berhala ialah Amru Bin Luhay Bin Qamah; nenek moyang kepada suku Khuzaah. Ibnu Ishaq meriwayatkan dari Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: Saya dengar Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al-Kuzai, mafhumnya: Saya lihat Amru Bin Luhay Bin Qamah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam neraka, saya lihat dia itu benar-benar menyerupai engkau. Lalu kata Aktsam: Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai Rasulullah? Tidak, kerana engkau adalah orang Mumin dan Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan Hami (tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati, tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana. (Sirah Ibnu Hisham) Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala ke dalam bangsa Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab dalam daerah Baiqa yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq - Amaliq ertinya anak cucu Amliq Bin Lawaz Bin Sam Bin Nuh alaihi Sallam - Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya: Apa bendanya yang kalian sembah ini? Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami minta pertolongan ia memberi pertolongan. Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang Arab untuk mereka sembahnya? Lalu diberikan kepada Amru satu berhala yang dinamakan Hubal, berhala itu dibawa pulang ke Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul-Kalabi. H. 8-9.) Begitulah cara berkembangnya penyembahan berhala di tanah Arab, dan tersebarnya syirik dalam bangsa Arab. Dengan itu bertukarlah keadaan asal mereka yang dulunya berada di atas Aqidah Tauhid pusaka dan Ibrahim dan Ismail Alaihimas salam kepada kepercayaan syirik, dan akhirnya sampai ke peringkat sesat dan beraqidah buruk seperti bangsa bangsa lain yang sesat. Pendorong utama mereka kepada yang demikian itu semua, ialah ketandusan pengetahuan dan buta huruf yang mereka miliki, dan pengaruh persekitaran mereka dan berbagai qabilah dan berbagai bangsa.

Namun demikian ada juga di kalangan mereka orang orang yang masih kekal berpegang dengan aqidah tauhid, walaupun hanya sedikit tetapi tetap berada di atas manhaj agama hanifnya, tetap mempercayai kebangkitan Nabi, tetap mempercayai hidup semula sesudah mati dan tetap yakin bahawa Allah pasti memberikan ganjaran pahala kepada orang yang taat, balasan siksa kepada orang yang derhaka. Golongan ini memang benci kepada segala apa yang diada-adakan oleh orang orang Arab, seperti penyembahan berhala dan cara pemikiran yang sesat, mereka yang terkenal dengan pegangan ini memang banyak, di antara mereka seperti Qais Bin Saidah Al-Ayadi, Riab Ash-Shamii, dan Buhaira Ar-Rahib. Walaupun begitu keadaannya orang-orang Arab, namun prinsip-prinsip dan syiar-syiarnya sejak Nabi Ibrahim masih kekal saki-bakinya dalam adat dan budaya mereka. Syiar dan prinsip itu biasanya muncul dalam bentuk rupa yang buruk dan jahat, seperti menghormati Kabah, bertawaf, menunaikan haji, umrah, wuquf di Arafah dan sebagainya. Kebanyakannya adalah berasal dari syariat yang mereka warisi sejak zaman Nabi Ibrahim alaihissalam, tetapi mereka campur-adukkan dengan beberapa perkara yang bukan asal, seperti Talbiyah mereka di masa melakukan Haji dan Umrah mereka tambahkan: Melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang dia miliki. Mereka tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala itu milik Allah, mengikut riwayat Ibnu Hisham. Ringkasnya: Perkembangan sejarah Arab dan mula hingga akhirnya adalah dalam pangkuan agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim Alaihi salam. Bangsa Arab ini sudah pernah dilimpahi aqidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tetapi kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit, dengan berlalunya zaman berkurun-kurun lamanya, maka keadaan bertukar, di mana kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta kejahilan yang laksana banjir telah menenggelamkan mereka, di samping itu mereka tetap juga mengekalkan saki-baki petunjuk yang benar dan prinsip-prinsip yang tulen yang lama tersembunyi dalam perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka, semakin lemah bersama zaman, semakin kurang para pendokongnya dan tahun ke tahun. Tetapi tatkala bersinar kembali obor agama Hanif dengan kebangkitan Khat

Anda mungkin juga menyukai