Anda di halaman 1dari 21

KEGAGALAN CERUN

MOHD HARUN B.SALIMBANGUN AB060129

MUHAMMAD HIZAMI B.MOHD JAFRI AB060032

MOHD AZWAN B.TALIB AB060062

MOHD ZAIMI B.MOHD NADZRI AB060065

MUHAMAD ZAKI B.SHAPIEE AB060009


Jenis-Jenis Kegagalan

Cerun
Terdapat pelbagai mekanisma pergerakan
cerun yang berlaku.

• Antara kriteria utamanya adalah


mengetahui punca dan bentuk runtuhan
pergerakan dalam tanah.

• Pergerakan tersebut mungkin berbentuk


runtuhan (falls), gelinciran (slides) dan
aliran (flow).
Pergerakan Gelinciran
(Sliding)
• Ia melibatkan pergerakan tanah
pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.

• Ia melibatkan pergerakan tanah


pada satah kegagalan yang
mengalami ricih yang tinggi.

1. Antara punca kegagalan gelinciran ini berlaku adalah kerana


terdapatnya keretakan pada permukaan asal.

1. Tanah yang runtuh kemudiannya akan bergerak


hingga melebihi kaki cerun dan terkumpul pada
kaki cerun.
Jenis Gelinciran Putaran
(Bagi Tanah Jeleket).
1. Gelinciran dalam bentuk putaran ini secara
keratan boleh membentuk lengkuk bulat atau
sebaliknya.

3. Gelinciran putaran yang membentuk keratan


bulat selalunya berlaku pada tanah cerun yang
homogen dan keratan yang tidak membentuk
bulat berlaku pada tanah yang tidak homogen
(Craig, 1986).

5. Dalam keadaan gagal, tanah akan meretak dan


pecah secara bersiri kepada beberapa bahagian
yang lebih kecil.
1. Kegagalan dalam bentuk ini biasanya terjadi
pada tanah butiran halus.
2. Kegagalan jenis ini mempunyai garis
lengkung kegagalan yang melengkung ke atas
memberi kesan condong kepada jisim yang
bakal gelincir.
3. Ini menyebabkan tanah di bahagian atas
cerun menggelangsar menuruni permukaan
gelinciran.
4. Kegelinciran putaran mempunyai permukaan
gelincir berbentuk bulat (circular), tidak bulat
(non-circular ) dan cetek.
Bentuk – bentuk kegagalan
cerun jenis kegelinciran
Jenis Gelinciran Lurus / Peralihan
(Bagi Tanah tak Jeleket)
1. Gray dan Leiser (1982) mengkategorikan permukaan tanah
yang mempunyai satah kegagalan yang bertindak selari
dengan lapisan tanah sebagai mengalami kegagalan dalam
bentuk gelinciran peralihan.

3. Kegagalannya adalah dipengaruhi oleh kehadiran stratum


bersebelahan yang mempunyai kekuatan yang jauh berbeza
antara satu sama lain dan stratum ini mempunyai
kedalaman yang cetek di bawah permukaan cerun.
1. Lazimnya, gelinciran peralihan wujud di kawasan
cerun yang mempunyai tekstur tanah yang kasar
dan berpasir.

5. Faktor:
• Tanah di bahagian permukaan menjadi longgar
akibat tindakan cuaca dan proses luluhawa.
• Cerun yang homogenus dan mempunyai tanah
bertekstur kasar dan berpasir.
• Tanah yang lemah di permukaan cerun tetapi
tanah dasar cerun terdiri daripada stratum yang
kuat.
Kegelinciran Peralihan
Jenis Gelinciran Majmuk

1. Gelinciran ini adalah gabungan antara gelinciran


putaran dan peralihan.

3. dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan


yang mempunyai perbezaan kekuatan yang tinggi
seperti gelinciran peralihan.

5. Namun gelinciran majmuk ini berbeza


memandangkan stratum yang terlibat mempunyai
kedalaman yang besar sehingga menyebabkan
kegagalan membentuk permukaan lengkuk dan
bersatah
Pergerakan Baji (Wedge)
1. terjadi apabila terdapat persilangan antara dua
permukaan satah ketakselanjaran dan mewujudkan
blok batuan yang berkeadaan ‘daylight’ pada muka
cerun.

3. maksud istilah ‘daylight’ ialah apabila titik


persilangan antara dua ketakselanjaran dapat
dilihat pada muka cerun.

5. Blok batuan yang berbentuk baji ini berpotensi


untuk menggelincir mengikut garis persilangan
antara dua satah ketakselanjaran.
Pergerakan Baji
Pergerakan Satah
1. kegagalan yang disebabkan oleh satu satah
ketakselanjaran yang berkeadaan ‘daylight’
pada muka cerun.

3. Kegagalan jenis ini terjadi apabila


kecenderungan satah yang menggelincir
mestilah lebih besar daripada sudut geseran
satah.

5. terdapat dua kegagalan satah yang


dipertimbangkan iaitu kegagalan satah
berdasarkan graviti dalam keadaan kering
dan kegagalan satah berdasarkan graviti
dalam keadaan kehadiran air permukaan
Pergerakan Hakisan (Erosion)

1. hakisan mempunyai dua proses asas:


• proses pelonggaran partikel-partikel tanah yang biasanya
diakibatkan oleh impak titisan-titisan hujan.
• proses pengangkutan partikel-partikel tanah.

5. Hakisan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu hakisan


geologikal dan hakisan terpecut (accelerated erosion).

7. Hakisan goelogikal ialah proses penghasilan tanah dan


proses hakisan ini berada dalam keadaan keseimbangan.

9. Hakisan terpecut pula ialah proses hakisan yang biasanya


terjadi akibat daripada aktiviti tindakan manusia.
Jenis Hakisan
1. Terdapat pelbagai jenis hakisan yang terjadi hasil
daripada mekanisma luar yang bertindak terhadap tanah
iaitu hakisan hentaman hujan, hakisan lapis, hakisan
alur dan gaung.

3. Butiran air hujan menghentam terus permukaan tanah


atau menghentam lapisan air yang nipis yang terdapat
diatas permukaan tanah.

5. Hentaman hujan akan memecahkan ketulan tanah dan


menghasilkan butiran-butiran halus.

7. Butiran halus ini akan menutup rongga-rongga di


permukaan. Penutupan ini akan mengurangkan kadar
penyusupan air ke dalam tanah dan meninggikan kadar
air larian permukaan.

9. Kesan hentaman ini akan berkurang jika permukaan


tanah dilindungi tumbuhan atau bahan lain.
1. Hakisan lapis adalah pemindahan sekata lapisan nipis
tanah dari permukaan.

3. Peleraian butiran tanah dan aliran lapisan air


dipermukaan menghasilkan hakisan lapis.

5. Hakisan ini mudah terjadi dikawasan yang tanah atasnya


longgar dan lapisannya nipis manakala lapisan bawahnya
padat.

7. Hakisan alur adalah hakisan yang menghasilkan lorong


atau parit yang nyata disepanjang laluan tumpuan air
larian permukaan.

9. Hakisan gaung menghasilkan lorong yang lebih besar


serta lebih dalam daripada yang dihasilkan oleh hakisan
alur.

11.Hakisan gaung adalah peringkat akhir perkembangan


hakisan alur.
Pergerakan Aliran (Flow)
1. Kegagalan secara aliran lazimnya berlaku di Malaysia
dalam bentuk aliran lumpur (mudflow) yang mana
dikaitkan dengan kandungan air dalam sesuatu tanah
(earthflow).

3. Ianya akan berlaku apabila sesuatu bahan terpecah dan


bergerak tanpa tumpuan perpindahan pada sempadan
ricih.

5. Kejadian aliran akan berlaku dalam tanah yang berjelekit


jika kandungan lembapan melebihi had cecair.

7. Bagi tanah yang berjelekit, pergerakan aliran boleh


berlaku walaupun kandungan lembapan tidak melebihi
had cecair.
Kegagalan Cerun
Jenis Aliran
Pergerakan Runtuhan (Fall/Toppling)
1. Pergerakan jenis ini biasa berlaku pada cerun yang sangat
curam. Kejatuhan merupakan keadaan apabila tanah
tertanggal terus dari cerun dan jatuh.

3. Kegagalan runtuhan melibatkan pusingan lapisan batu.

5. Dalam kes yang lain, runtuhan ini bermula dengan


pemisahan lapisan disebabkan oleh pergerakan mengikut
arah galian.

7. Pemisahan lapisan mungkin berlaku dengan cepat atau


dalam jangka masa yang panjang.

9. Pemisahan yang cepat disebabkan oleh berat blok dan daya


tekanan perbezaan ketinggian antara bukit dan lembah.

11.Pemisahan yang lambat pula kebiasaannya mempunyai


hubungan dengan proses alam sekitar seperti pembekuan.