Anda di halaman 1dari 18

Merivet

Rivet merupakan alat pengikat kekal yang dibuat daripada logam. Rivet sering diguna dalam pembinaan dandang dan kapal. Merivet pula merupakan proses menyambung dua atau lebih kepingan logam. Proses ini memberikan ikatan atau sambungan yang kuat. Rivet digunakan kerana sambungan yang kuat dan tahan lama diperlukan, terdapat bahagian yang tidak boleh dikimpal dan, bahagian kepingan logam yang tidak dapat dibuat kelim dan dipateri.

Bahan Rivet dibuat daripada bahan yang mempunyai sifat tempa yang baik. Biasanya untuk kerja berat seperti pembinaan jambatan dan membuat dandang, rivet keluli digunakan. Untuk kerja ringan, rivet tembaga, loyang atau aluminium sesuai digunakan. Jenis kepala rivet Rivet dikategorikan mengikut bentuk kepalanya. Saiz rivet ditentukan mengikut panjang batang (L) dan diameter batang D, seperti dalam Rajah 24. Bentuk kepala rivet adalah seperti dalam Rajah 4.25.

Rajah 24 Penentuan saiz rivet

Rajah 4.25 Bentuk kepala rivet Spesifikasi rivet Saiz dan jarak rivet penting untuk mendapatkan sambungan yang kukuh dan selamat. Panduan berikut boleh digunakan untuk tujuan tersebut: a. Jarak rivet - Jarak rivet diukur daripada pusat rivet ke pusat rivet yang bersebelahan (Rajah 4.26). Rumus yang diguna untuk menentukan jarak rivet ialah: Jarak rivet= 5x t t ialah tebal kepingan plat yang akan disambung.

Rajah 4.26 Jarak dan diameter rivet b. Diameter rivet P Untuk menentukan diameter rivet, rumus berikut digunakan:: D=1.5 x t Untuk plat yang nipis rumus ini akan memberi saiz rivet yang kecil. Oleh yang demikian saiz rivet boleh disesuaikan dengan kerja. C. Panjang batang rivet, L (Rajah 4.27) untuk menentukan panjang batang rivet, rumus berikut digunakan bagi semua bentuk kepala rivet kecuali rivet kepala benam. L=1.5D +nt n ialah bilangan kepingan plat.

Rajah 4.27 Panjang rivet kepala bulat Cantoh Kira panjang rivet kepala bulat yang diperlukan untuk menyambung dua keping logam yang tebal setiap satu 2.0 mm. Diameter rivet yang digunakan ialah 3.0 mm. L = 1.5D+nt = (1.5)(3) + (2x2) = 4.5+4 = 8.5mm

Untuk merivet kepala benam, (Rajah 4.28) panjang batang L ialah: L = 0.750+ nt

Rajab 4.28 Panjang rivet kepala benam d. Jarak minimum pusat rivet dan tepi plat logam = 2 D (Rajah 4.29).

Rajah 4.29 Jarak minimum rivet dan tepi plat logam e. Diameter lubang -Untuk mendapatkan ikatan yang kukuh, lubang yang digerudi mestilah padan dengan diameter rivet. Rumus berikut digunakan untuk mendapatkan saiz lubang yang digerudi. Diameter lubang = (1/16) D + D Contoh Kira diameter lubang yang perlu digerudi untuk rivet yang mempunyai diameter 4.0. Diameter lubang = (1/16 )D + D = (1/16 ) 4 +4 = 1/14 + 4 = 4.25 mm

Set rivet Set rivet digunakan untuk merapatkan plat dan membentuk rivet kepala bulat (Rajah 4.30). Set rivet dibuat daripada keluli alat dan panjangnya di antara 100 mm hingga 150 mm. Pada bahagian bawah terdapat satu lubang kecil yang dalam dan menembusi ke tepi set rivet. Setelah rivet dimasukkan ke dalam lubang yang telah digerudi pada plat, hujung batang rivet yang terkeluar dan plat dimasukkan ke lubang kecil tersebut, dan set rivet diketuk untuk merapatkan plat. Serpihan yang terhasil semasa merapatkan plat dikeluarkan melalui bahagian lubang kecil yang menembusi tepi set rivet. Satu lagi lubang berbentuk cekung dan cetek. Fungsi lubang ini ialah untuk membentuk kepala bulat.

Rajah 4.30 Set rivet dan penggunaannya Jenis sambungan rivet Plat boleh dirivet dengan beberapa kaedah, bergantung kepada kegunaan sambungan. Beberapa kaedah sambungan rivet digambarkan seperti pada Rajah 4.31.

Rajah 4.31 Jenis sambungan rivet

Rajah 4.32 Merivet panas

Kaedah merivet Merivet boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu merivet panas dan merivet sejuk. i. Merivet panas Setelah rivet dimasukkan ke dalam lubang, bahagian batang yang terkeluar dipanaskan ke suhu tempa. Bentukkan kepala rivet dengan menggunakan tukul dan set rivet sebelum rivet menjadi sejuk. Merivet panas dapat memberikan beberapa kebaikan iaitu ikatan yang dihasilkan lebih kuat. Ikatan yang kuat mi diperoleh kerana rivet mengembang apabila dipanaskan dan mengecut serta menarik kepingan logam supaya menjadi lebih rapat lagi (Rajah 4.32). Di samping itu pembentukan kepala rivet menjadi lebih mudah kerana kepala rivet bersifat plastik dalam keadaan panas. Satu ketetapan dibuat sama ada merivet panas atau merivet sejuk. Sekiranya diameter rivet kurang daripada 8.0 mm rnaka gunakan proses merivet sejuk. Untuk saiz rivet yang lebih besar daripada 8.0 mm gunakan proses merivet panas. ii. Merivet sejuk Proses merivet sejuk dilakukan dalam keadaan suhu bilik. Dalam proses merivet sejuk, rivet tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu.

Rajali 4.34 Lubang biasa dan lubang benam

Rajali 4.35 Merapat rivet kepala bulat

Rajah 4.36 Merapat rivet kepala benam

Rajah 4.37 Membentuk kepala bulat dengan meriggunakan set rivet

RajaIs 4.38 Proses merivet Berikut disenaraikan proses merivet dua keping plat. a. Tandakan kedudukan lubang di atas satu daripada plat dan tebukkan dengan penebuk pusat. b. Kapitkan kedua-dua plat tadi dengan menggunakan ragum tangan.

Rajah 4.33 Menggerudi lubang untuk men vet c. Gerudikan lubang dengan menggunakan saiz mata gerudi yang betul. (Rajah 4.33). Jika hendak merivet dengan rivet kepala benam buatkan lubang benam dengan menggunakan mata gerudi lubang benam (Rajah 4.34). d. Masukkan rivet kedalam lpbang yang telah digerudi. Dengan menggunakan set rivet, rapatkan kedua-dua plat tadi. Rivet kepala bulat diletakkan di atas blok perivet untuk mengelak kepalanya daripada rosak (Rajah 4.35). Letakkan rivet kepala benam di atas andas (Rajah 4.36). Ketukkan set rivet dengan tukul kepala rata untuk merapatkan plat tadi. e. Keluarkan set rivet. Ketukkan bahagian batang rivet yang terkeluar dengan menggunakan tukul kepala bulat supaya menjadi hampir bulat. f. Bentukkan kepala rivet supaya menjadi lebih elok dengan menggunakan set rivet (Rajah 4.37). Untuk rivet kepala benam ketukkan bahagian batang rivet yang terkeluar supaya memenuhi setiap ruang di dalam lubang benam (Rajah 4.38). Kikir bahagian yang berlebihan supaya menjadi lebih rata (Rajah 4.39).

Rajak 4.39 Perhatian Untuk merivet plat yang lebar: i. Kamu tidak boleh menggerudi keseluruhan lubang, kerana dikhuatiri lubang yang digerudi tidak sejajar di antara plat atas dan plat bawah (Rajah 4.40). Oleh yang demikian sekali lubang digerudi, sekali proses merivet dilakukan.

Rajah 4.40 ii. Bagi mengelakkan sambungan tidak rapat, kamu tidak boleh merivet satu hujung sahaja. Rajah 4.41 dan Rajah 4.42 menunjukkan contoh aturan merivet yang disyorkan.

Rajah 4.41

Rajab 4.42

Kecacatan sambungan Berikut ialah kecacatan dalam merivet dan akibat- akibatnya. Kecacatan Lubang terlalu kecil Akibat-akibatnya Rivet tidak dapat keluar. sepenuhnya kerana batang terlekat. Ikatan menjadi lemah. Kepala tidak dapat dibentuk dengan baik. Rivet menjadi bengkok. Lubang tidak disi sepenuhnya. Kepala menjadi lemah dan tidak dapat dibentuk dengan baik. Terlalu banyak bahan untuk membentuk kepala. Lubang terlebih isi. Lubang tidak diisi sepenuhnya. Tidak cukup bahan untuk membentuk kepala. Permukaan plat menjadi rosak Plat-plat tidak boleh dirapatkan. Batang rivet tidak cukup untuk membentuk kepala. Rivet berubah bentuk dan tidak mengisi lubang sepenuhnya. Sambungan meniadi lemah.

Lubang terlalu besar

Rivet terlalu panjang Rivet terlalu pendek

Gerigis gerudi tidak dikikir Kedudukan ubang tidak sejajar

Memateri lembut Proses memateri lembut adalah cara yang cepat untuk menyambungkan kepingan logam yang diperbuat daripada keluli, kuprum atau loyang. Bahan pateri lembut tidak sesuai digunakan untuk membuat sambungan yang memerlukan kekuatan, pada keadaan yang bergetar atau yang bersuhu tinggi. Rajah 4.43 menggambarkan satu sambungan pateri lembut untuk dua keping logam kuprum. Apabila permukaan kuprum dibasahi oleh bahan pateri yang

dileburkan, satu lapisan aloi yang terdiri daripada kuprum dan timah daripada bahan pateri dihasilkan. Maka pembentukan aloi akan menyambungkan kedua-dua keping logam kuprum.

Rajah 4.43 Satu sambungan pateri lembut untuk dna keping kuprum Bahan pateri lembut Bahan pateri lembut adalah aloi yang terdiri daripada timah dan plumbum. Untuk kerja am, bahan pateri lembut terdiri daripada 50% timah dan 50% plumbum. Bahan mi melebur pada suhu hampir 200oc. Takat lebur logam yang hendak disambung mestilah lebih tinggi daripada takat lebur bahan pateri. Bahan pateri lembut boleh didapati dalam bentuk bar panjang 300 mm dan bentuk dawai (Gambar Iota 4.1). Bahan pateri lembut jenis dawai lazimnya digunakan untuk keda elektrik.

Gambar foto 4.1 Bahan pateri lembut jenis bar dan dawai Fluks untuk pateri lembut Satu syarat penghasilan sambungan pateri lembut yang baik ialah kebersihan permukaan logam. Permukaan logam yang bersih membolehkan pateri lembut yang lebur mengalir dan membasahi permukaannya. Kekotoran dan lapisan oksida akan menghalang pembentukan sebatian atau lapisan aloi. Permukaan logani yang kotor mengakibatkan pateri lembut menjadi bijiannya. Walaupun permukaan logam itu bersih, lapisan oksida akan terhasil apabila permukaan logam itu dipanaskan. Untuk mengelakkan pembentukan oksida tersebut dan membantu membersihkan permukaan logam, bahan kimia yang dinamakan fluks digunakan. Fluks boleh didapati dalam bentuk adunan atau cecair (Rajah 4.43).

Gambar foto 4.2 Fluks jenis adunan dan cecair Terdapat dua kumpulan fluks: 1. fluks yang boleh membersihkan permukaan serta melindunginyadaripadapembentukan oksida, dan 2. fluks yang hanya melindungi permukaan yang telah bersih. Fluks kumpulan pertama adalah yang paling berkesan. Zink kiorida, ammonium kiorida dan zink ammonium klorida adalah jenis utama dalam kumpulan mi. Jenis fluks dalam kumpulan kedua ialah damar, vaselin, minyak zaitun dan lain-lain lagi.

Alat pemateri Kepala alat pemateri dibuat daripada kuprum. Kuprum adalah pengalir haba yang balk dan membolehkan haba dialirkan daripada kepala alat pemateri ~ kepada logam yang hendak dipateri. Kuprum mudah dialoi dengan timah. Sifat ml membolehkan hujung kepala alat pemateri disalut dengari satu lapisan pateri lembut. Proses mi dinamakan menimah. Jenis alat pemateri yang lazim digunakan ialah: a. Alat pemateri kepala lurus b. Alat pemateri kepala kapak c. Alat pemateri elektrik Alat pemateri jenis kepala lurus ( Gambarfoto 4.3) dan kepala kapak (Gambar foto 4.4) dipanaskan dalam sebarang dapur gas (Rajah 4.44), atau dapur arang batu. Alat pemateri elektrik (Gambar foto 4.5) pula dipanaskan dengan menggunakan kuasa elektrik. Bentuk kepala alat pemateri berbeza-beza mengikut kesesuaian kerja.

Gambar foto 4.3 Alat pemateri kepala lurus

Gambar foto 4.4 Alat pemateri kepala kapak

Rajab 4.44 Dapur gas

Gambar foto 4.5 Alat pemateri elektrik Membuat satu sambungan Langkah untuk membuat satu sambungan dengan alat pemateri adalah seperti berikut: a. Bersihkan kotoran di bahagian yang hendak disambung dan sapukan fluks

Rajah 4.45 Menyapu fluks b. Panaskan kepala alat pemateri hingga hampir panas merah; c. Bersihkan kepala alat pemateri dengan kikir dengan segera; d. Timahkan kepala alat pemateri dengan mencelupkan kepalanya ke dalam fluks dan kemudian gosokkan bahan pateri lembut ke hujung kepala alat pemateri (Rajah 4.46).

e. Timahkan kedua-dua bahagian yang hendak disambung secara berasingan dengan menyentuhkan hujung kepala alat pemateri yang telah ditimahkan ke atas permukaan logam tersebut (Rajah 4.47). Tambahkan fluks dan pateri lembut jika perlu sehingga terdapat satu lapisan pateri lembut. f. Kedua-dua permukaan yang hendak disambung ditemukan dan sapukan sedikit fluks.

Rajab 4.47 Menirnah bahagian yang hendak dipateri g. Gerakkan alat pemateri yang masih panas secara perlahan-lahan di sepanjang permukaan yang bertemu. Bahan pateri lembut dan kedua-dua permukaan akan berpadu dan menghasilkan satu sambungan. h. Bersihkan sambungan dengan mengalirkan air ke atasnya. Memateri keras Memateri keras adalah satu proses kimpalan yang menggunakan logam penambah daripada logam bukan besi atau aloi. Takat lebur logam penambah melebihi 550 OC tetapi kurang daripada takat lebur logam yang hendak disambung. Proses memateri keras juga melibatkan pembentukan aloi daripada logam penambah dan logam asas di permukaan logam yang disambung. Sambungan pateri keras adalah lehih kuat daripada pateri lembut. Logam penambah Logam penambah yang digunakan dalam pateri keras adalah loyang (aloi kuprum dan zink) dalam bentuk rod. Kandungan logam penambah bergantung kepada logam yang hendak dipateri. Jadual berikut menunjukkan kandungan dan takat lebur logam penambah. Logam yang Takat Logam penambah disambung lebur Kuprum % Takat lebur Zink

Keluli Kuprum

1530C 65 10800C 60

35 40

915C 900C

Jadual 4.1 Logam penambah pateri keras Kebersihan merupakan perkara yang paling asas Untuk pateri keras. Justeru itu fluks diperlukan untuk menghapuskan oksida dan mengelakkan pengoksidaan pada permukaan yang hendak disambung. Apabila dipanaskan hingga merah, fluks akan mengkaca di atas permukaan logam dan menghalang sebarang tidak balas atmosfera. Haba untuk memaferi keras Haba untuk memateri keras biasanya diperoleh dengan pembakaran gas asetilena atau gas butana dan udara. Satu sumpitan api (Gambar foto 4.6) digunakan untuk mengarahkan haba ke bahagian yang hendak dipateri keras.

Gambar Iota 4.6 Sumpitan api Langkah memateri keras a. Bersihkan permukaan yang hendak dipateri dengan sempurna. b. Dekatkan kedua-dua bahagian tersebut, tinggalkan sedikit ruang untuk logam penambah (Rajah 4.48). c. Sapukan sedikit fluks ke atas permukaan yang telah dibersihkan. d. Panaskan permukaan tersebut hingga merah tua dengan menggunakan sumpitan api. e. Panaskan logam penambah sehingga cair dan biarkan mengalir ke atas permukaan yang hendak disambung (Rajah 4.49). Gerakkan logam penambah dan sumpitan api secara perlahan di sepanjang permukaan yang hendak disambung. f. Tambahan fluks apabila perlu. g. Jika perlu ulangi langkah e dan f sehingga sambungan sempurna.

Rajah 4.48 Dua keping logam dirapatkan untuk dipateri keras

Rajah 4.49 Pen7anasan logam penarnbah dan permukaan logam h. Padamkan api dan biarkan sambungan itu sejuk. Jangan celup sambungan ke dalam air kerana fluks akan menjadi keras serta retak dan mungkin mengakibatkan kecacatan ke atas sambungan.

Anda mungkin juga menyukai