Anda di halaman 1dari 20

1.0 1.

Teori-teori dalam pembelajaran Teori pembelajaran behavioris berfokus kepada pembolehubah yang boleh

dilihat, dinilai dan yang boleh dimanupulasikan. Ahli behavioris tidak melibatkan diri dengan sesuatu yang berlaku dari kesedaran dalaman seperti proses mental.Menurut Dr Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), pada dasarnya teori ini menyarankan kepercayaan bahawa tingkah laku seseorang disebabkan dan dipengauhi oleh persekitarannya. Ia berdasarkan prinsip bahawa ransangan dari persekitaran membawa tindak balas pada tingkah laku.Menurut beliau juga, teori ini menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan secara ulang dilakukan sehingga ianya menjadi kebiasaan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan. Ahli-ahli pakar behavioris yang terkenal ialah Ivan P Pavlov (1849-1936), John B. Watson (1878-1958), Thorndike (1874-1949) dan B.F Skinner (1904-1990). Aspek penting teori behavioris yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan guru adalah dominan.Melalui teori ini, guru perlu menilai tahap kesediaan murid-murid sebelum melaksanakan sesuatu pengajaran. Pengajaran sukatan pembelajaran disusun mengikut kesediaan murid-murid. Ini seterusnya member peluang dan ruang kepada murid-murid bersedia sebelum guru mengajar sesuatu konsep yang baru.Ransangan kepada murid-murid dapat dipelbagai carakan untuk mencapai objektif pengajaran.Ia diperkukuhkan lagi melaui latihan dan ulangan. Guru dapat memotivasikan murid-murid melaui denda dan peneguhan.

1.2

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat

dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanakkanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu muridmurid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Ahli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Melalui teori ini kajian-kajian proses mental digunakan untuk memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini mendorong naluri murid-murid untuk ingin tahu. Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan. Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitif terdiri daripada Wolfgang Kohler, Max Wertheimer, Kurt Lewin, Jean Piaget, David Ausubel, Jerome Bruner dan Robert Gagne. Melalui teori Gestalt Wolfgang Kohler(188-1967), guru dapat membantu murid-murid untuk menyusun maklumat-maklumat terasing sebagai satu organisasi. Seterusnya murid-murid akan menggunakan celik akal untuk menambahkan maklumat kepada pengalaman dan input melalui anggota deria untuk menghasilkan gambaran baru. Selain itu, guru dapat membantu murid-murid melalui pemadanan
3

perhubungan di antara aras-aras pembelajaran dengan corak-corak pengajaran yang sesuai.Idea-idea murid juga dapat disusun dengan melihat perkaitan di antara mereka. Konsep celik akal ini amat penting sekali kepada murid-murid. Dalam hal ini muridmurid perlu menimbulkan motivasi instrik dalam dirinya sendiri. Sebagai contoh, muridmurid menyelesaikan kerja rumah dengan sempurna tanpa diarah oleh ibubapa atau orang lain. Kepentingan yang seterusnya ialah didedahkan kepada pelbagai latihan untuk melihat unsur-unsur yang berkaitan dari persekitaran dan membuat keputusan yang munasabah. Kesimpulannya, melalui proses kognitif ini kepentingan yang utama ialah murid-murid akan mudah untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, mereka dapat mengaplikasikan pelajaran dengan lebih baik dan berkebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.

1.3

Di antara tokoh-tokoh yang yang menyokong mazhab atau teori sosial, Albert

Bandura adalah tokoh yang paling terkenal(Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Beliau menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan permodelan. Empat unsur yang membantu pembelajaran permodelan ialah memberi perhatian, mengingat, mengulang dan reproduksi, peneguhan dan motivasi. Demonstrasi oleh guru amat penting. Demonstrasi membolehkan murid-murid dapat meniru dengan tepat. Rakan sebaya juga berperanan penting sebagai model peranan kepada rakan yang lain. Teori ini juga membolehkan guru menyediakan bahan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid-murid. Penerapan nilai-nilai murni dan watak-watak bersejarah yang terkenal dapat dipersembahkan melalui teknik main peranan dan simulasi. Melaui teori ini ia membantu guru merencanakan strategi pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan perkembangan emosi murid-murid selain memupuk kecekapan muridmurid meniru kerja guru melalui latih tubi.

1.4

Teori berikutnya pula ialah teori Humanis. Mazhab humanis menegaskan

cara pembelajaran manusia bergantung kepada pematuhan kehendak individu mengikut perkembangan emosi dan potensinya. Pemikiran baru ini muncul dalam 1960an di samping pergerakan pemikiran masyarakat untuk mengutamakan hak peribadi manusia, iaitu kebebasan, maruah serta potensi individu(Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012).Di antara kepentingannya teori ini kepada guru ialah guruguru perlu mingikut keperluan murid-murid dan membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang bermakna.Guru harus mengutamakan pendidikan afektif berasaskan ilmu pengetahuan, memupuk nilai murni dan penghargaan kendiri. Selain itu, tumpuan guru-guru juga harus dititikberatkan kepada emosi dan perasaan murid-murid semasa di dalam bilik darjah. Selain itu,melalui teori ini juga guru dapat memberikan fokus kepada kaedah pembelajaran inkuiri penemuan dan projek yang dapat memperkembangkan potensi murid-murid. Mazhab humanisme berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya.Ahli Mazhab humanisme ialah Carl Rogers dan Maslow.Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Carl Rogers (1902-1987)

Ciri-ciri Khusus Mazhab Humanis i. ii. iii. Pengalaman dan psikologi manusia berlainan dengan haiwan. Kajian tema akur dengan kehidupan manusia yang bermakna. Kajian tingkah laku manusia merangkumi proses dalaman yang subjektif serta tingkah laku luaran. iv. v. vi. Kajian berdasarkan teori psikologi dan psikologi gunaan. Pertimbangan asas- perbezaan individu. Mazhab ini mengharapkan kehidupan manusia yang bermakna dan sejahtera. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi.Teori pembelajaran Humanisme mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn)iaituPembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity)keberkesanan pembelajaran dicapai apabila pelajar mengambil insiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru hendaklah membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dkaitkan dengan hidup nyata demi memupuk kemahiran hidup pelajar.Pembelajaran paling berkesan ialah belajar bagaimana belajar (learning to learn).
6

Pembelajaran berkesan bergantung kepada motif pelajaran sendiri.Motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan.Keperluan adalah kehendak manusia untuk menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam diri.Konsep asas Teori Keperluan Maslow terbahagi kepada dua iaitu: tidur, rehat ) Keperluan psikologi keperluan sekunder (lahir dari perhubungan dan interaksi antara orang dan persekitaran keselamatan, kasih sayang, sempurna kendiri dll.) Antara Teori Humanis,iaitu Maslow(1997) yang mengkaji peranan keperluan dalam menentukan motivasi berpendapat keperluan merupakan keadaandeprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat.Motivasi Intrinsik iaitu kuasa dalaman yang berada dalam ini perkembangan fisiologikal dan Keperluan fisiologi asas (makanan, minuman, oksigen, kepuasan deria,

psikologikalmanusia.Kuasa

dalaman

mendorong

manusia

mengejar

kecermelangan.Wujudnya perkaitan antara motivasi dengan hiraki keperluan.Apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu hiraki, keperluan kepada hiraki yang lebih tinggi berlaku secara semula jadi.sebagai contoh,mempunyai kawan karib dan suka menolong orang,mengamalkan demokrasi dan mempunyai sifat berjenaka,disamping boleh menanggung konflik di antara perasaan kegembiraan dengan kepahitan. Teori pembelajaran Humanisme sentiasa memastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.Bilik darjah dijadikan sebagai bilik darjah yang kondusif.Guru hendaklah bersifat penyayang dan hendaklah memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan yang posirif. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mengikut kebolehan pelajar.Motivasi diri melalui bimbingan hendaklah diwujudkan supaya pelajar memahami dan menerima diri serta terlibat aktif dalam aktiviti sosial. Teori pembelajaran Humanis juga mementingkan perkembangan potensi individu,strategi dan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.Teori ini

lebih mementingkan pengajaranberpusatkan murid, kaedah individu, inkuiri penemuan, kerja praktik serta pengayaan dan pemulihan.Guru sebagai fasilitator/pembimbing.

1.5

Konstruktivisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah

aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu. Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna( Jonassen,1996 ; Jones et al, 1993). Melalui teori konstruktivisme ini, ia dapat membantu guru dalam menjalankan strategi memusatkan murid seperti kaedah inkuiri penemuan dengan mengelolakan teknik kajian dan eksperimen. Pembelajaran koperatif dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri sepenuhnya secara praktikal (hands on) dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam menyelesaikan masalah untuk sesuatu soalan, murid-murid akan mencari sendiri hubungan dan perkaitan di antara soalan dan juga jawapan. Guru bertindak sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemahaman terhadap sesuatu konsep lebih mudah dan bermakna kerana murid-murid dapat memahaminya melaui pemerhatian mereka sendiri. Justeru, melalui teori ini ia secara tidak langsung dapat menjimatkan masa guru untuk menerangkan sesuatu konsep atau sebagainya kepada murid-murid.

2.0 2.1

Teori-teori dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Teori sosial dapat dipraktikkan di dalam matapelajaran Pendidikan

Jasmani.Contohnya di dalam menguasai kemahiran menggelecek bolasepak.

Objektif Pengajaran Am

Murid dapat pengetahuan dan selok belok menggelecek bola sepak ketika bermain bola sepak.

Satu Objektif Pengajaran Khas

Di akhir pengajaran ini, murid-murid akan dapat:

1) Menggelecek bola dalam bentuk zig-zag tanpa melakukan kesalahan.

Alat Bantu mengajar / Bahan Bantu Mengajar


9

1. 5 biji bola 2. Wisel

Perkembangan Gerakerja /Masa Pendahuluan (1 minit) Larian setempat

Pengelolaan

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Alatan/ Catatan Bola sepak & Wisel

Beramairamai

Guru menyuruh murid berlari setempat dan membentuk kumpulan dalam barisan. Guru menasihatkan murid-murid supaya mengikut arahan. Guru menggunakan wisel dimana perlu.

Tunjukcara: Langkah 1 7 minit

Guru

Murid-murid beratur ikut 5 barisan. Guru membuat tunjuk cara. Guru menggelecek bola dalam bentuk zig-zag melintasi barisan murid. Sambil memberi penerangan. Guru bertanya dan minta seorang murid melakukan menggelecek bola.

Bola sepak & Wisel

menggelecek melakukan bola aktiviti menggelecek dan memberi penerangan

Tarik nafas Penutup 2 minit

Beramairamai

Guru mengarah muridmurid menarik nafas, menahan nafas dan melepaskannya. Beratur dan balik ke kelas

Wisel

10

Menerusi teori ini, guru bertindak sebagai role model kepada murid-murid. Murid-murid akan cuba meniru gaya yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan menunjukkan demonstrasi cara-cara menggelecek yang betul. Aktiviti ini akan mengaplikasikan unsur-unsur Bandura (1986 ) iaitu pemerhatian, mengingati, reproduksi, peneguhan dan motivasi. Murid-murid akan memerhatikan cara menggelecek yang betul yang telah ditunjukkan oleh guru.Kemudian mereka akan cuba mengingati kemahiran tersebut. Seterusnya murid-murid akan reproduksi kemahiran menggelecek bola tersebut. Dalam peringkat ini, murid-murid harus berupaya melakukan secara praktikal kesemua tingkah laku yang ditiru dengan menggunakan maklumat yang telah diperolehi. Unsur yang terakhir ialah peneguhan dan motivasi. Guru akan memberi kata-kata pujian kepada murid-murid yang berjaya melakukan kemahiran menggelecek dengan betul. Peniruan kemahiran menggelecek bola ini tidak akan diulangi jika ia didenda atau ditegur mahupun mendapat peneguhan negatif.

2.2

Teori seterusnya yang boleh diguna pakai untuk diaplikasikan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ialah teori Humanis.Melalui teori ini teori Maslow merupakan suatu teori yang amat berguna untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.Maslow(1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam kehidupannya. Justeru itu, guru mesti melihat muridmurid sebagai insan yang baik dan mulia dan mempunyai dorongan untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan mereka untuk rasa yakin, berkebolehan, berguna kepada komuniti dan dapat berjasa kepada masyarakat. Teori ini dapat diaplikasikan di dalam matapelajaran matematik. Contohnya dalam membimbing murid-murid menguasai kemahiran menambah. Beberapa implikasi teori ini dalam bilik darjah yang perlu ditekankan oleh guru. Implikasi-implikasi tersebut ialah keperluan asas, murid-murid yang berbeza, suasana yang selamat, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru sebagai pembimbing dan fasilitator. Keperluan-keperluan asas murid untuk belajar hendaklah dicukupi. Selain daripada buku teks bahan bantu mengajar juga hendaklah lengkap agar murid11

murid akan lebih memahami konsep penambahan itu sendiri. Tahap perkembangan murid adalah berbeza dan unik. Justeru itu, sebagai guru yang prihatin soalan-soalan latihan penambahan hendaklah disediakan mengikut 3 aras iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Guru membahagikan murid-murid mengikut 3 kumpulan yang terdiri daripada 3 aras pencapaian tadi. Guru bertindak hanya sebagai fasilitator sahaja. Kaedah inkuiri penemuan ditekankan.Contohnya guru membekalkan beberapa dekak sepuluh-sepuluh (gambarajah)

Di dalam kumpulan murid-murid akan melibatkan diri dengan aktif untuk melakukan aktiviti penambahan. Pada lembaran kerja guru perlu menyediakan soalan kepada 3 kategori mengikut tahap kemampuan murid iaitu kumpulan cemerlang, lemah dan sederhana.

12

2.3

Teori yang ketiga yang dapat diaplikasikan di dalam matapelajaran matematik

ialah teori konstruktivisme. Dalam proses konstruktivisme, seseorang murid akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain. Setiap murid yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Topik atau kemahiran yang sesuai diterapkan melalui teori ini ialah bentuk tiga matra. Di dalam topik ini, murid-murid dikehendaki memahami ciri-ciri bentuk tiga matra dan bentangan.bentuk-bentuk bentangan terdapat pada gambarajah-gambarajah di bawah. 1) Kuboid

2)

Kubus

3)

Piramid

13

Di dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki untuk mencantumkan bentangan untuk membina pepejal-pepejal seperti gambarajah di atas. Strategi berpusatkan murid digunakan. Murid-murid melibatkan diri sepenuhnya secara praktikal (hands on ) dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid akan berbincang di dalam kumpulan untuk membentuk dan mencantum bentuk-bentuk bentangan menjadi pepejal( bentuk tiga matra).Guru akan bertindak selaku fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Main biasanya dianggap sebagai aktiviti yang tidak berfaedah, tetapi sebenarnya melalui bermain, kanak-kanak belajar pelbagai perkara. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad ( 2012) ).Justeru itu, aktiviti ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk kuiz atau pertandingan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik. Murid-murid akan bekerjasama di dalam kumpulan untuk menghasilkan bentuk pepejal dua matra. Ini bersesuaian dengan teori konstruktivisme yang mana ia merupakan teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

14

3.0 3.1

Masalah dan cadangan Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya pelbagai masalah semasa

mengaplikasikan teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran Behavioris, Kognitif, Sosial, Humanis, dan Konstruktivisme. Antara masalah utama semasa mengajar teknik menggelecek bola yang betul di dalam sesi pengajaran pendidikan jasmani ialah faktor kesediaan psikomotor fizikal murid-murid. Tahap perkembangan otot, tulang sendi, kordinasi dan kawalan pergerakan tubuh badan murid-murid tidak sama. Terdapat sesetengah murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menggelecek bola menggunakan teknik yang betul. Malah ada juga murid-murid yang tidak pernah bermain bolasepak. Justeru ini akan menyukarkan guru kerana murid tidak mempunyai pengetahuan sedia ada. Masalah ini berlaku apabila mengajar di kalangan murid-murid tahap 1. Murid-murid tahap 1 juga tidak mempunyai pengalaman bermain bolasepak semasa di rumah bersama rakan-rakan mereka. Justeru itu, untuk menarik minat murid terhadap permainan bolasepak ini terutamanya dalam kemahiran menggelecek, guru mengubah strategi dan kaedah. Guru tidak menggunakan skital lagi sebaliknya memberikan kebebasan kepada murid menggelecek bola dalam kawasan padang yang luas sambil guru memberi arahan dan memerhati serta mengawasi muridmurid. Murid-murid akan menggelecek bola dan apabila wisel dibunyikan murid-murid tersebut akan memberhentikan bola menggunakan bahu, lutut dan kepala. Kaedah ini akan membuatkan murid-murid berasa lebih yakin malah bebas bergerak menggunakan kawasan padang yang luas. Namun begitu, guru memerlukan jumlah bola yang banyak kerana setiap murid akan menggelecek menggunakan sebiji bola setiap seorang. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu menyediakan jumlah bola yang mencukupi. 3.2 Semasa menjalankan aktiviti menambah menggunakan dekak sepuluh-sepuluh

pula, guru mendapati masalah utama ialah kematangan sosial. Aktiviti ini memerlukan kematangan sosial murid untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Terdapat segelintir murid yang pasif dan mempunyai masalah interpersonal. Interpersonal amat penting kerana ia melibatkan kemahiran berbual, berkongsi idea dan pemikiran serta kebolehan untuk menyampaikan idea-idea
15

secara fasih dan lancar dalam aktiviti-aktiviti kumpulan(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad ( 2012) ). Murid-murid ini tidak memiliki kematangan sosial yang positif, tahap kesediaan murid-murid untuk mengikuti strategistrategi pengajaran yang melibatkan kerjasama dan interaksi di antara guru dengan murid-murid atau di kalangan murid-murid tidak dapat berlangsung dengan berkesan. Murid-murid yang mempunyai kematangan sosial yang tinggi biasanya menunjukkan konsep kendiri dan keyakinan yang tinggi. Kematangan sosial murid-murid dapat menentukan kadar kejayaan kaedah pembelajaran koperatif dan kolaboratif yang dijalankan oleh guru. Oleh itu, antara cadangan yang berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah guru akan memastikan murid-murid yang pasif dan mempunyai kematangan sosial yang rendah untuk menyertai kumpulan yang dianggotai dengan murid-murid yang lebih periang dan peramah.Langkah ini diambil supaya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Justeru itu, guru perlu peka kepada faktor kematangan sosial anak-anak muridnya kerana ia akan mempengaruhi kesediaan afektif dan intelek mereka. Selain itu, sebagai fasilitator guru juga akan selalu berinteraksi dan bertanya soalan kepada murid-murid yang mempunyai masalah kematangan sosial yang rendah ini. Untuk memberikan pengajaran yang lebih bermakna kepada mereka sewajarnya guru memberikan peneguhan yang positif sebagai motivasi dan meningkatkan lagi keyakinan murid-murid yang mengalami masalah sebegini. 3.3 Semasa mengaplikasikan teori konstruktivisme di dalam matapelajaran

matematik iaitu membina model pepejal bentuk tiga matra daripada bentangan yang disediakan, masalah yang dihadapi ialah tahap kematangan intelek. Kematangan intelek merujuk kepada tahap perkembangan otak individu untuk menerima pembelajaran tahap tinggi yang abstrak (high order level thinking). Setiap murid mengalami perkembangan kematangan intelek yang berlaku dalam urutan yang tertentu dan spesifik. Segelintir murid gagal mengimiginasikan bentuk bentangan kepada bentuk model pepejal. Malah,terdapat di kalangan mereka terpaksa meminta bantuan rakan dari kumpulan yang untuk membina model yang diberi. Untuk mengatasi masalah ini, guru akan cuba mengasah daya tahap imiginasi mereka dengan memberikan pembacaan tambahan, latihan serta proses ulangan. Guru juga perlu peka
16

kepada keperluan murid-murid dan dapat mengenali dengan cepat di antara muridnya yang mempunyai perkembangan intelek yang tinggi dengan mereka yang tidak. Bahanbahan pengajaran dan strategi yang lebih mudah perlu disediakan oleh guru kerana murid-murid dengan kematangan intelek yang rendah tidak bersedia untuk menerima tahap pembelajaran yang lebih sukar. Langkah seterusnya yang sesuai dan berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah menggalakkan proses bimbingan rakan sebaya di mana murid-murid yang kurang bersedia akan dibantu oleh mereka yang lebih bersedia. Guru hendaklah memberikan perhatian dan tumpuan kepada murid-murid yang memerlukan bimbingan semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Selain itu, untuk menarik minat dan meningkatkan kefahaman murid-murid yang lemah ini, alat bantu mengajar juga dapat membantu. Sebagai contoh, pengintegrasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kesediaan intelek muridmurid(Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad ( 2012) ). Proses membentuk pepejal daripada bentangan dapat diperinci dan diperjelaskan melaui grafik dan sebagainya. Di sini akan memberikan kesan ingin tahu murid-murid terhadap pemerhatian mereka. Langkah seterusnya yang difkirkan wajar untuk dilaksanakan ialah guru hendaklah mempertingkatkan kesediaan emosi murid-murid dan juga pengagihan ahli kumpulan secara berpasangan. Murid-murid dibenarkan memilih sendiri rakan-rakan mereka untuk sesuatu aktiviti pembelajaran supaya keselesaan belajar dapat dirasai oleh murid-murid. Contohnya, dalam aktiviti membina model pepejal ini, murid-murid diberi peluang dan kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Aktiviti ini tidak dijalankan dalam kumpulan yang terdiri dari ahli kumpulan yang ramai sebaliknya dijalankan secara berpasangan. Strategi seperti ini dapat meningkatkan kematangan intelek murid-murid dan meningkatkan emosi para murid yang tidak suka bekerja secara sendirian.

17

4.0

Refleksi Syukur alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya juga saya

menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Pelbagai masalah dan faedah yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing Dr Siti Zabidah. Setelah memahami isi tugasan, internet menjadi bahan rujukan utama di samping buku-buku yang saya perolehi dari perpustakaan. Perbincangan bersama pasangan rakan sekelas penting kerana ianya mencetuskan pelbagai idea dalam menyiapkan tugasan ini. Masalah utama saya menyiapkan tugasan ini ialah sumber-sumber rujukan yang terhad. Pada mulanya saya ketandusan idea, namun syukur berkat tunjuk ajar senior akhirnya saya dapat mencari dan mengumpul maklumat-maklumat berguna. Melalui tugasan ini sedikit sebanyak ia telah membuka pengetahuan saya untuk memahami teori-teori pembelajaran. Teori ini dapat saya aplikasikannya untuk muridmurid di sekolah. Teori pembelajaran penting bagi membantu guru memilih strategi dan membantu pelajarsecara optimum.Teori pembelajaran behaviorisme, sosial, kognitif, konstruktivisme dan humanism dapat dimanafaatkan pada semua peringkat pembelajaran. Peneguhan positif memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan rangsangan di kalangan pelajar yang secara tidak langsung dapat mengekal dan mengukuhkan tingkah laku.

Akhirnya, tugasan ini membuka minda saya bahawa sebagai seorang guru, kita seharusnya kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid untuk belajar. Sejajar dengan itu, ia akan menghasilkan kepuasan yang maksima kepada guru mahupun murid-murid.

18

BIBLIOGRAFI Arbak Othman. (1985). Pengajaran lawan Pendidikan Bahasa Satu perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Chang H.W. (1997). Teori Seni Tampak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. (1989). Pedagog : Satu Pengenalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (2003). Ilmu pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas(Semester 1). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mook Soon Sang. (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Noriati A.Rashid,Boon Pon Ying,Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

19

20

Anda mungkin juga menyukai