Anda di halaman 1dari 3

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1. Guru hendaklah menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.
2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif hendaklah khusus. Satu objektif bagi satu langkah kecil. 3. Buat analisis tugasan. Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah-langkah kecil.

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya. 5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku. Peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai. Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah 6. Aplikasi hukum kesediaan. Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Sediakan situasi yang merangsangkan. Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan. Banyakkan pengulangan dan latih tubi. Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai. 8. Aplikasi hukum kesan/ akibat. Adakan aktiviti pengukuhan. Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. Amalkan teknik hukuman dan ganjaran. 9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. Amalan rutin belajar. Amalan rutin keceriaan. Peraturan bilik darjah yang positif. Amalan dinamika kumpulan. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

Anda mungkin juga menyukai