Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH KEBANGSAAN MULONG 2 KOTA BHARU, KELANTAN

Bahasa Melayu Tahun Tiga Tajuk : Buah-buahan Tempatan


Objektif:
SET INDUKSI LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 PENUTUP END

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat: 1. Bercerita secara spontan mengenai buahbuahan tempatan dengan nada, intonasi dan gaya yang sesuai. 2. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. 3. Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

SET INDUKSI

LANGKAH 1 AKTIVITI 1
Berbincang mengenai buah-buahan tempatan.

LANGKAH 1 AKTIVITI 2
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3

LANGKAH 1 AKTIVITI 3
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kumpulan 1 Kumpulan 2 Kumpulan 3

LANGKAH 2 AKTIVITI 1
Membaca dan memahami teks

LANGKAH 3 AKTIVITI 1

Membina dan menulis ayat

PENUTUP

Menyanyi Lagu Buah-buahan

Bahasa Melayu Tahun Tiga


Khasiat buah-buahan tempatan
Nama : Wan Zarina bt. Wan Yaacob Nombor K/P : 670904-03-5074 Nombor Matrik : IPGKB:B70M-1106-0398 Kelas : BM1 Pensyarah : Puan Sakila bt. Dollah
http://petuaseharian.blogspot.com/2012/07/khasiat-buah-buahan-tempatan.html

Khasiat buah-buahan tempatan Makanan adalah penting untuk tumbesaran dan kehidupan harian manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikan badan kita kuat dan sihat. Kita perlu memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan.

Walau bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan buahbuahan dengan berkhasiat di samping berjimat? Oleh itu kita hendaklah mencari buah-buahan alternatif lain bagi memastikan kita mendapatkan khasiat makanan seimbang yang diperlukan.

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan tropika. Buah-buahan tempatan ini bukan sahaja sedap, berkhasiat tinggi. Kita dapat membeli buah-buahan tempatan yang lebih segar dengan harga yang lebih murah daripada buah-buahan yang diimport. Jika rumah anda mempunyai kawasan halaman yang besar, anda juga boleh menanam buahbuahan tempatan seperti betik dan pisang yang mempunyai khasiat tinggi dan mudah ditanam.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan

Khasiat Buah Betik - Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar. - Mengandungi antioksidan. - Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik. untuk proses pencernaan makanan. - Baik untuk jantung. - Membantu dalam pemulihan luka.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan

Khasiat Pisang - Memberi sumber tenaga yang segera. - Membantu untuk mengatasi masalah sembelit. - Mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang membolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :) - Boleh merangsangkan pengeluaran haemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan

Khasiat Jambu Batu - Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah. - Bahan antioksidan yang berkesan. - Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit. - Baik untuk sembelit - Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.

Khasiat Tembikai - Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kanser prostat dan penyakit kardiovaskular. - Biji tembikai ialah sumber protin yang baik - Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit. - Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga - Dapat mengawal tekanan darah.

Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.

Khasiat Nenas -Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah. - Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan. - Membantu untuk membina tulang yang sihat. - Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat. - Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi. - Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Namakan buah-buahan di bawah.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberi. batuk, kolesterol, tulang, betik, pisang, serat, luka, glukosa, tenaga, vitamin B, 1. Buah................. mempunyai ................ yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar. 2. Buah ............. membantu untuk mengatasi masalah sembelit 3. Buah jambu batu berkesan dalam menurunkan kadar ................... dan tahap ............... dalam darah. 4. Tembikai kaya dengan ................ yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. 5. Buah nanas membantu untuk membina ............... yang sihat. 6. Buah betik membantu dalam pemulihan .............. 7. Buah pisang memberi sumber ............... yang segera. 8. Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit ............ dan selesema.

Jawab soalan-soalan berikut. 1. Apakah salah satu makanan yang penting dan berkhasiat? 2. Mengapakah kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan? 3. Bagaimanakah kita boleh mendapatakan buahbuahan yang berkhasiat disamping berjimat?. 4. Di manakah kita boleh menanam buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang? 5. Pada pendapat kamu, mengapakah buahbuahan tempatan lebih murah daripada buahbuahan yang diimport?

Warnakan gambar buah-buahan di bawah.

Anda mungkin juga menyukai