Anda di halaman 1dari 54

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar (2004), bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu.

Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa juga merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Oleh hal yang demikian, menurut S. Nathesan, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya.

Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat iaitu penyusunan kata dalam ayat dan lain-lain. Secara umumnya, tatabahasa Bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu bidang Morfologi iaitu kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan dan bidang Sintaksis iaitu kajian tentang pembentukan ayat.

Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara 1

bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah

Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar (2004), aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan (2006) dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim (1996). Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Bidang morfologi meliputi tiga (3) aspek iaitu i) Penggolongan Kata ii) Proses Pembentukan Kata iii) Bentuk Kata Terhasil

Seperti yang kita sedia maklum bahawa morfologi ialah bidang kajian linguistik yang mengkaji bahasa dari aspek pembentukan dan penggolongan perkataan. Namun begitu, secara amnya, penggolongan kata dalam bahasa Melayu masih rencam atau masih kabur kerana terdapat beberapa penggolongan kata yang masih belum tuntas (sempurna). Ini sedikit sebanyak akan menimbulkan salah faham dan perbezaan pendapat di kalangan ahli dan pelajar bahasa berhubung penggolongan kata.

Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat (4) bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, 2

dan

bentuk kata ganda.

Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut

prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Para sarjana bahasa mempunyai pandangan yang agak sama mengenai penggunaan kata ganda dalam pembentukkan ayat. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar (menyatakan bahawa kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman (1985) menyatakan bahawa

penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Jika dilihat pada pandangan tentang pembentukan kata ganda atau proses penggandaan kata yang dinyatakan oleh ahli bahasa seakan-akan sama maknanya. Namun terdapat beberapa perbezaan sebenarnya dari segi penggolongan kata ganda diutarakan oleh kalangan ahli bahasa, dan ini telah menimbulkan pertindihan antara golongan kata ganda yang berbeza.

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. Melalui proses demikian, kata dasar hanya akan mengalami tiga proses penggandaan, iaitu ia boleh mengalami proses penggandaan penuh, penggandaan berentak atau penggandaan separa. Namun dalam buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata ganda berimbuhan.

Asmah Hj. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata akar, penggandaan suku kata pertama, penggandaan suku kata akhir, penggandaan berima dan penggandaan menyaling. 3

Teks klasik Hikayat Hang Tuah adalah satu bahan bacaan bahasa klasik yang dijadikan bahan rujukan dalam pembelajaran sama ada di sekolah, di universiti atau juga oleh individu-individu tertentu dari semasa ke semasa. Terdapat banyak kajiankajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dalam teks HHT ini. Namun didapati tiada kajian yang dibuat untuk mengkaji kata ganda yang melibatkan teks bahasa Melayu klasik ini.

Di sini, pengkaji lihat kepentingan untuk mengkaji tentang kata ganda yang terdapat di dalam Hikayat Hang Tuah ini, di mana pengkaji telah menggunakan proses penggandaan yang diambil daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) kerana perinciannya lebih mudah pada pandangan pengkaji.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan terhadap kata ganda yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah secara terperincinya adalah untuk.. i) menganalisis kata ganda mengikut jenis-jenis kata ganda seperti kata ganda seluruh, kata ganda separa, kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak mengikut peratusan. ii) menganalisis kekerapan penggunaan bagi setiap kata ganda. iii) menganalisis peranan kata ganda mengikut pergolongan kata di dalam ayat.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian-kajian terhadap teks klasik Hikayat Hang Tuah telah banyak dilakukan. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pengkajian sebelum ini hanya tertumpu kepada bidang pragmatik, semantik dan juga kajian dari aspek sosial dan ekonomi masyarakat Melayu, sikap dan pemikiran serta watak-watak pahlawan Melayu yang ada hubungannya dengan kedudukan teks tersebut. Oleh yang demikian, dalam kajian yang dibuat ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang ilmu bahasa khususnya yang berkaitan dengan penghuraian berkenaan kata ganda dalam bahasa Melayu.

Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat memenuhi dan melengkapkan tatabahasa Melayu dengan cara mengenal pasti semua jenis kata ganda yang terdapat dalam bahasa Melayu iaitu kata ganda seluruh, kata ganda separa, kata ganda berimbuhan dan kata ganda berentak dengan lebih mendalam serta menjelaskan fungsi-fungsinya dalam kajian linguistik. Dengan yang demikian, ini dapat membantu dalam kefahaman tentang kata ganda dengan lebih baik dan berkesan.

Kajian ini juga berkepentingan untuk memberi manfaat kepada pengguna bahasa Melayu secara umumnya. Secara khusunya, ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar yang sedang mempelajari makna dan jenis-jenis kata ganda yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Bagi guru-guru bahasa Melayu, kajian ini diharap dapat membantu mereka menjelaskan dan menerangkan jenis-jenis dan fungsi penggunaan kata ganda yang sesuai dengan lebih efektif agar mudah difahami oleh pelajar. Bagi penggubal

kurikulum pula mdiharapkan kajian ini mampu memberi panduan yang jelas dan membantu mereka menentukan hala tuju pendidikan bahasa Melayu yang berkaitan dengan penggunaan kata ganda dalam tatabahasa Melayu secara jitu dan seterusnya memberi manfaat terhadap kepentingannya.

Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menjadi satu landasan dan panduan untuk kajian-kajian akan datang, sama ada ingin menambah atau meluaskan kajian kepada aspek-aspek nahu yang lain.

1.5

SKOP KAJIAN

Secara amnya, pengkajian terhadap teks klasik Hikayat Hang Tuah ini sangat luas dan sentiasa terbuka kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian. Melalui pembacaan dan perbincangan-perbincangan yang diadakan, pengkaji mendapati bahawa penelitian permasalahan kajian terdahulu banyak memfokuskan kepada aspek semantik, morfologi, kesusasteraan dan nilai-nilai budaya serta senario kehidupan masyarakat Melayu lama berdasarkan penceritaan dalam teks klasik ini.

Kajian pada teks klasik Hikayat Hang Tuah ini adalah kajian dalam bidang morfologi iaitu untuk pembentukan dan pergolongan kata sahaja iaitu Kata Ganda. Ia tidak melibatkan pengkajian keseluruhan teks. Skop kajian hanyalah pada sepuluh (10) halaman terawal, sepuluh (10) halaman di pertengahan dan sepuluh (10) halaman terakhir pada teks Hikayat Hang Tuah, di mana pengkaji hanya menyenaraikan kesemua kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30) halaman yang dinyatakan untuk dianalisis secara kuantitatif mengikut jenis kata ganda, kekerapan

penggunaannya dan peranan kata ganda itu dalam ayat.

1.6

DEFINISI KAJIAN

1.6.1. Definisi dan Konsep Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagianbahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda iaitu:a) Penggandaan penuh - proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantikcantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih dan sebagainya.

b) Penggandaan separa - proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa

boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak - proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah, di mana penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya: sayur-mayur, selok-belok, hina-dina. ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya : gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda. iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya; susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata iaitu:i) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya mejameja, bukit-bukau. ii) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu. iii) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula. iv) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih. v) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

1.6.2. Definisi Hikayat Hang Tuah

Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Ia merupakan epik Melayu yang bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh rantau Nusantara. 7

Manuskrip Hikayat Hang Tuah ini menggambarkan wira agung Melayu yang diperlihatkan mempunyai ciri-ciri hebat sebagai seorang wira pada zaman kesultanan Melayu iaitu Hang Tuah. Beliau merupakan seorang laksamana yang terutama serta pahlawan Melayu yang amat taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.

Di dalam Hikayat Hang Tuah ini mencatatkan keperwiraan Hang Tuah di samping gambaran bangsa Melayu dalam tiga zaman. Zaman permulaan sesebuah kerajaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhannya diperikan secara jelas dalam hikayat ini. Hang Tuah mewakili zaman dan bangsanya merupakan tokoh yang

gemilang dari segi perjalanan hidup dan pencapaiannya.

Hikayat Hang Tuah pada dasarnya juga menceritakan sejarah serta kenyataan hidup bangsa Melayu itu sendiri. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849. Manuskrip ini juga telah diiktiraf sebagai Memory of the World pada tahun 2001.

1.7

KERANGKA ILMU

Dalam konteks disertasi, kajian yang dipilih ini merupakan satu kajian yang berbentuk kajian diskriptif. Maksud kajian diskriptif ialah kajian yang telah ditetapkan (set) untuk melihat dan melaporkan perkara seperti adanya (to determine and report the way things are now). Kajian ini tidak cuba untuk mengawal pemboleh ubah (does not try to control a variable). Dengan sebab itu, pengkaji hanya mengumpulkan maklumat iaitu kata ganda dan juga ayat-ayat yang mengandungi kata ganda yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah untuk dianalisis dan dilaporkan dengan dua cara iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif.

Sehubungan

itu,

untuk

menghasilkan

satu

kajian

yang

boleh

dipertanggungjawabkan atau disahkan hujahnya, maka perlulah bersandarkan kepada data yang komprehensif dan releven dengan perkara yang dikaji.

Labov (dalam Harimurti 1988:23) telah menyifatkan bahawa terdapat lima kaedah memperolehi data dan di antaranya ialah mengikut teks, intuisi dan juga pemerhatian. Dengan hal demikian, Kamus Tatabahasa Edisi Keempat terbitan DBP serta beberapa buah buku rujukan tatabahasa Bahasa Melayu telah pun dijadikan oleh pengkaji sebagai bahan teks yang banyak memberi input tentang maklumat morfologi, khususnya berkenaan kata ganda yang hendak dikaji.

1.8

KESIMPULAN

Di dalam linguistik atau tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi iaitu kajian tentang struktur kata dan

pembentukan kata, pergolongan kata dan imbuhan manakala bidang sintaksis iaitu kajian tentang pembentukan dan struktur ayat. Morfologi suatu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, pembentukan dan penggolongan kata. Struktur kata

bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Pembentukan kata pula ialah merupakan unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kata ganda merupakan kata yang terhasil daripada hasil penggandaan sesuatu perkataan. Kata Ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata

dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Dengan kata lain, kata ganda ialah kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagianbahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Manuskrip Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka. Ia adalah epik Melayu yang bukan sahaja terkenal di kalangan bangsa Melayu tetapi juga di seluruh rantau Nusantara. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849 dan manuskrip ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Memory of the World pada tahun 2001. 9

Hasil dapatan daripada kajian kata ganda dalam teks Hikayat Hang Tuah ini adalah mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) ini adalah untuk menganalisis jenis kata ganda mengikut dan kekerapan penggunaannya dan peranan kata ganda itu mengikut pergolongan kata dalam sesuatu ayat dalam bahasa Melayu.

10

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Bahasa terdiri daripada pelbagai komponen. Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan dan pergolongan kata dalam Bahasa Melayu, kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang

mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Morfologi ialah bidang kajian linguistik yang mengkaji bahasa dari aspek pembentukan kata dan penggolongan perkataan. Salah satu golongan perkataan

bahasa Melayu ialah kata ganda. Amnya penggolongan kata dalam bahasa Melayu masih rencam (kabur) kerana terdapat beberapa penggolongan kata yang masih belum tuntas (sempurna). Ini menimbulkan salah faham dan perbezaan pendapat di kalangan ahli dan pelajar bahasa berhubung penggolongan kata.

Seperti yang kita ketahui, penggolongan kata dalam bahasa Melayu telah mengenalpasti beberapa golongan perkataan. Antaranya ialah kata ganda yang

terhasil daripada proses penggandaan. Penggandaan merupakan antara proses umum pembentukan perkataan bahasa Melayu yang terbahagi kepada penggandaan penuh, separa, berima dan bebas (juga dikenali sebagai penggandaan berentak bebas (Nik Safiah et al, 2006).

11

Pembentukan kata dalam bahasa Melayu juga mempunyai beberapa cara dalam membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, Di samping itu, terdapat perkataan yang

contohnya rumah, tinggal dan putih.

dibentuk adalah hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah sapu Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara

tangan dan kapal terbang.

penggandaan ialah masing-masing dan kereta-kereta.

Penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, kata ganda adalah merupakan kata yang terhasil melalui proses mengulangi kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar itu atau juga digandakan secara berima.

2.2

Literatur Dari Aspek Linguistik

Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau belajar ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Dalam The New Oxford

Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics, comparative linguistics, and structural linguistics. Petikan di atas membawa maksud kajian saintifik bahasa dan struktur, termasuk kajian tatabahasa, sintaksis, dan fonetik. Pecahan tertentu linguistik

termasuk sosiolinguistik, dialektologi, psikolinguistik, linguistik pengiraan, bahasa perbandingan, dan linguistik struktur.

Ilmu bahasa yang dipelajari keika ini bermula dari penelitian tentang bahasa sejak zaman Yunani (abad 6 SM). Secara amnya, belajar tentang bahasa dapat 12

dibezakan antara tatabahasa tradisional dengan linguistik moden.

Seterusnya,

linguistik dapat dibahagikan kepada beberapa cabang atau bidang iaitu, bidang fonologi, bidang morfologi, bidang sintaksis, dan bidang semantik. Jadi, dapatlah

disimpulkan di sini bahawa morfologi adalah merupakan satu cabang kepada linguistik iaitu untuk mempelajari pola pembentukan kata dalam bahasa, dan berusaha merumuskan aturan yang menjadi acuan pengetahuan penutur bahasa tersebut.

2.2.1 Tinjauan Literatur Di Malaysia

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010:43). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), morfologi membawa maksud gabungan atau kesatuan bunyi yang mengandungi atau menyampaikan pengertian atau makna tertentu. Struktur kata yang dimaksudkan dalam definisi morfologi di atas adalah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Ia juga mendefinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan.

Menurut Ahmad Khair Mohamad Nor (2009), morfologi bermaksud bidang ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi kajian. Ia merupakan satu cabang ilmu linguistik yang merujuk kepada kajian tatakata yakni bagaimana sesuatu kata dibentuk.

Mengikut Kamarudin Haji Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa (1997:83) morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

Abdullah Hassan (2006) pula menegaskan bahawa morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjamkan daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Menurut beliau lagi, ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, 13

penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu - Perkataan, (1996:17) telah menyatakan satu teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah

merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara

pembentukkannya.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut

morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. Perubahan Struktur Kata Contoh : beri pemberian

MORFOLOGI

Perubahan Golongan Kata

Contoh : cari pencarian

Perubahan Maksud Kata

Contoh : tupai tupai-tupai

Rajah 1 : Huraian tentang morfologi mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

14

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), terdapat enam bidang kajian morfologi iaitu morfem, alomorf, morfem kosong, struktur kata, penggolongan kata dan pembentukan kata. Justeru, dapat dirumuskan bahawa bidang morfologi adalah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai proses pembinaanya, menjadi bentuk kata yang kukuh.

Mengikut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , (2004 :43) berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama.

Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu. Tumpuan utama

kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat definisi, asal-usul, jenis dan ciri binaan kata ganda. kepada tiga Dapatlah dirumuskan disini bahawa, kata ganda boleh dibahagikan jenis iaitu kata ganda penuh, separa dan berentak kerana ketiga-

tiga elemen ini sudah kukuh dan tidak dapat disangkal lagi.

Kajian yang dijalankan ini adalah berada di bawah aspek penggolongan kata iaitu proses untuk menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan atau persamaan fungsi. Kata nama dipilih kerana ia merupakan salah satu kelas kata yang penting dan sering kali wujud dalam komunikasi harian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah

15

untuk mengenal pasti dan menjelaskan jenis-jenis dan struktur kata ganda dan melihat kekerapan penggunaan kata ganda dalam teks Hikayat Hang Tuah.

2.2.2 Tinjauan Literatur Di Luar Negeri

Pada peringkat awal, usaha mengkaji penggolongan kata dalam bahasa Melayu telah dilakukan oleh sarjana Barat. Usaha ini telah dilakukan sejak awal abad ke-19 lagi, antaranya Marsden (1812), Crawfurd (1852), Maxwell (1882), Winstedt (1927), Payne (1970) dan Lewis (1969). Ia merupakan bahagian dari kompetensi linguistik termasuk pengetahuan mengenai morfologi bahasa, yang meliputi pembentukan kata, pengucapan kata tersebut, maknanya, dan bagaimana unsur-unsur tersebut digabungkan (Fromkin & Rodman, 1998:96).

Selain itu, usaha menggolongkan kata turut dilakukan oleh orang-orang Melayu. Menerusi buku-buku tatabahasa yang dihasilkan golongan kata dihuraikan secara ringkas, antaranya Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah Abdul Rahman; Senjuh Suratan, (1922) oleh Mohd. Shah Yusof; Kitab Punca

Bahasa, (1928) oleh Abdullah Talib: Kitab Penanggam Bahasa, (1936) oleh Syed Muhammad Othman Yahya; Jalan Bahasa Melayu, (1937) oleh Md. Said Sulaiman, dan Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, (1940) oleh Zainal Abidin Ahmad. Di

samping itu, Kitab Pengetahuan Bahasa (1857), yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji turut memuatkan penggolongan kata (dalam Harimurti Kridalaksana, (1975: 526-532).

O`Grady & Guzman (2000:121) menyatakan pendapat dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya, (2004:36) iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa barat juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor, menyatakan bahawa morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentukbentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi katakata dan bahagian kata.

16

Antara penahu-penahu dan pengkaji barat yang tergolong dalam peringkat pergolongan dan pembentukan kata dalam menghuraikan kata ganda adalah seperti Abdullah Hassan (1974, 1984), Arbak Othman (1981), Hashim Musa (1993), Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Nik Safiah Karim et.al (1997), Zaba (2000), W. Marsden (1812), R.O Winstedt (1917, 1957) dan C.N Maxwell (1932,1933). Kesemua mereka bersetuju mengkategorikan kata ganda kepada kata ganda penuh, berentak dan separa (Nor Hashimah Hj. Jalaluddin, (2003:27).

Dalam buku tatabahasa kini, khususnya buku untuk kegunaan sekolah aspek golongan kata turut dibincangkan dan huraiannya memperlihatkan pendekatan ilmu linguistik moden. Lazimnya, golongan kata ini dibincangkan bersama-sama aspek lain seperti imbuhan, penggandaan, pemajmukan dan sintaksis.

Antara yang membincangkan aspek ini juga ialah Abdullah Hassan, The Morphology of Malay, (1972); Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia, (1986); Asmah Hj. Omar, Words Classes in Malay, (1968/1993a); Nahu Melayu Mutakhir, (1993b); Arbak Othman, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981); Nik Safiah Karim et al., Tatabahasa Dewan, (1986) dan Hashim Musa, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif, (1993). Bagaimanapun, buku-buku ini hanyalah menyatakan golongan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu, tetapi kriteria penggolongan kata tidak banyak dibincangkan.

Menurut Teeuw (1962:412), kriteria atau kaedah penggolongan kata dalam bahasa Melayu hanya dihuraikan pada tahun 1949 oleh Gonda menerusi artikelnya Proglegomena tot een theorie der woordsoorten in Indeonesische talen. Bagaimanapun, hasil kerja Gonda ini tidak sistematik kerana kriteria semantik, sintaksis dan morfologi yang digunakan olehnya terlalu arbitrari sifatnya. Oleh sebab itu, Teeuw sekali lagi telah menghasilkan artikel lain yang bertajuk Some Problems In The Study of Word Classes in Bahasa Indonesia (1962). Bagaimanapun, kaedah yang dikemukakan oleh Teeuw hanya atau lebih tertumpu kepada kata sifat tanpa membincangkan golongan kata yang lain.

2.3

Literatur Dari Aspek Teks Hikayat Hang Tuah 17

Menurut Kassim Ahmad, Hikayat Hang Tuah ini mempunyai pengaruh yang besar kepada jiwa, pemikiran dan cara hidup orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu mengetahui cerita Hang Tuah. Mereka mengaguminya kegagahan perwira Melayu seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Intipati utama teks ini ialah mengenai sifat dan ketokohan individu yakni sumbangan keperwiraan kerana menumpaskan segala ancaman musuh dari dalam dan luar negeri sehingga telah mengharumkan nama kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah negara-empayar yang kuat dan besar. Di samping itu, teks ini turut

mengandungi unsur-unsur pergolakan politik dalaman, seperti perselisihan dua sabahat Tuah dan Jebat kerana perbezaan pendapat mengenai erti konsep taat setia dan penderhakaan kepada pemerintah.

2.3.1 Kajian Berkaitan Hikayat Hang Tuah (HHT)

Hikayat ini juga telah menarik minat para sarjana dari luar negeri untuk menelitinya dari pelbagai aspek dan pendekatan, seperti Valentijn (1726) dan Overbeck (1920) di mana mereka menyifatkan hikayat ini sebagai khazanah sastera Melayu paling berharga dan mempunyai mutu seni sastera yang tinggi, serta berjaya menggambarkan keperwiraan orang Melayu. Parnikel (1960) dengan pendekatan Marxisnya melihat hikayat ini sebagai gambaran perjuangan antara kelas pemerintah feudal yang diwakili oleh Hang Tuah dan kelas yang diperintah (rakyat) yang diwakili oleh Hang Jebat.

Crawford (1820) pula menyifatkan hikayat ini sebagai suatu yang tidak masuk akal dan bersifat dongeng. Winstedt (1939) berpendapat bahawa hikayat ini bukan karya Melayu asli kerana terdapatnya pengaruh asing menguasai jalan ceritanya. Teeuw (1964) bersependapat dengan Crawford dan Winstedt - menganggap hikayat ini banyak mengandungi unsur-unsur khayalan dan mitos, meskipun hikayat ini telah berjaya menggambarkan keperwiraan pahlawan Melayu.

Menurut Parnikel (1976), keistimewaan teks HHT, selain sebagai teks Sejarah Melayu adalah terletak pada kejayaan mengungkapkan pelbagai persoalan dan nilai18

nilai budaya orang Melayu abad ke-15. Terdapat dua nilai budaya utama orang Melayu disampaikan dalam HHT iaitu konsep kesetiaan kepada raja (melalui watak Hang Tuah) dan konsep penderhakaan (melalui watak Hang Jebat). Kassim Ahmad & Abu Hassan Sham melihat HHT menjadikan konsep keperwiraan sebagai persoalan utama. Mohd. Taib Osman melihat HHT sebagai karya yang berjaya mengambarkan sistem budaya hidup masyarakat Melayu secara realistik. Watak Hang Tuah lahir dan merupakan pahlawan sebuah masyarakat feudal yang mempertahankan dan mendaulatkan feudalisme itu sendiri. Inti ketokohan ini menurut Sulastin Sutrisno, terletak pada petikan ayat pertama dalam naskhah tertua iaitu Cod. Or 1762 yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, berbunyi; Inilah hikayat Huah Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Petikan ayat tersebut menjelaskan tema utama cerita HHT iaitu kebaktian Hang Tuah terhadap rajanya. Ia juga bererti kepahlawanan dan kecintaannya kepada kerajaan Melaka. Zaaba berpendapat, HHT merupakan lambang kesatriaan dan kepahlawanan bangsa Melayu dan Hang Tuah adalah satu contoh yang tinggi dan mulia dalam mengabdikan diri kepada raja dan negara. Secara amnya, menurut Sulastin Sutrisno (1983), sebilangan besar para sarjana luar negeri melahirkan rasa kekaguman mereka terhadap HHT dan menganggapnya sebagai sebuah epik yang penting.

2.3.2 Pelbagai Versi Teks

Teks Hikayat Hang Tuah (HHT) yang bertulis sudah dikenali sejak dari abad ke-18 lagi dan ianya semakin mendapat tempat istimewa pada abad ke-20 apabila ia menjadi satu bahan kajian para sarjana luar. Terdapat lebih kurang dua puluh (20) versi HHT yang bertulisan tangan telah ditemui dan kumpulkan dan berada di England dan Netherlands.

19

Menurut Sulastin Sutrisno (1983), kebanyakan naskhah HHT tidak lengkap sebagai sebuah hikayat dan setakat ini hanya 3 buah edisi sahaja yang lengkap ceritanya telah diterbitkan iaitu Edisi Shellabear, Edisi Balai Pustaka dan Edisi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Edisi Shellabear yang diterbitkan pada tahun 1909 adalah

berdasarkan naskhah yang dimiliki oleh Raja Muda Perak iaitu Raja Abdul Jalil, Putera Sultan Idris. Walau bagaimanapun, menurut Sulastin Sutrisno, terdapat 3 buah naskhah di Perak, iaitu naskhah Wan Muhammad Isa (orang kaya Menteri negeri Perak), naskhah Muhammad Salleh (Orang Kaya Sri Andika Raja Negeri Perak), dan naskhah R.J.Wilkinson (setiausaha Residen British di Perak).

Edisi Balai Pustaka pula berdasarkan naskhah kepunyaan Koninklijik Bataviaasch Genootschap yang ditulis dalam tulisan Jawi, Edisi DBP yang diterbitkan pada tahun 1964 berdasarkan naskhah yang pada asalnya dimiliki oleh Almarhum Tengku Ibrahim Ibni Tengku Muhammad @ Tengku Seri Utama Raja iaitu anggota kerabat Diraja Kelantan.

Menurut Sulastin Sutrisno lagi, ketiga-tiga edisi HHT tersebut memiliki struktur cerita, susur galur peristiwa, perwatakan yang baik serta gaya bahasa yang sama. Pada dasarnya, semua naskah HHT sama ada tersimpan di dalam dan luar negara memiliki banyak persamaan. pengubahsuaian dari versi yang asal. Pendek kata, tidak banyak berlaku

2.4

Penghuraian Proses Penggandaan Dan Kata Ganda

Proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Kata ganda pula ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses menggandaan kata dasar yang disebut penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri, pensyarah-pensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura dan pelbagai lagi. Di bawah ini dihuraikan proses penggandaan kata dalam bahasa Melayu.

2.4.1

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008).

20

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terbitan DBP, proses penggandaan dalam bahasa Melayu merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ; i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa, dan iii) Penggandaan berentak.

2.4.1.1 Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :Penggandaan penuh yang melibatkan kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal. Contohnya : sekolah makan besar baju sekolah-sekolah makan-makan besar-besar baju-baju

Penggandaan penuh yang melibatkan kata dasar berimbuhan. Contohnya : Berimbuhan dengan awalan pelari kekasih pelatih pelari-pelari kekasih-kekasih pelatih-pelatih

Berimbuhan dengan akhiran amalan lakonan amalan-amalan lakonan-lakonan

21

jaring

jaringan-jaringan

Berimbuhan dengan apitan perbualan Kemalangan Kejadian perbualan-perbualan kemalangan-kemalangan kejadian-kejadian

2.4.1.2 Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar iaitu:i) Pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut : jari Siku Sungut Pohon Laki jejari sisiku susungut popohon lalaki jejari sesiku sesungut pepohon lelaki

ii) Pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar. Kata Dasar Berimbuhan tersenyum bercakap setinggi Imbuhan tersenyum-senyum bercakap-cakap setinggi-tinggi 22

membantu mencuit menari mengejar

bantu-membantu cuit-mencuit tari-menari kejar-mengejar

2.4.1.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :a) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal b) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan c) Penggandaan Berentak Bebas

a) Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Dalam penggandaan jenis ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal, Contohnya : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif sayur-mayur, lauk-pauk gotong-royong, cerai-berai ramah-tamah

b) Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu, Contohnya : Kata Nama kayu-kayan, tanah-tanih

23

Kata Kerja Kata Adjektif

kumat-kumit huru-hara

c) Penggandaan Berentak Bebas Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri persamaan pada bunyi vokal mahupun bunyi konsonan. Contohnya : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif anak-pinak ulang-alik simpang-siur

2.4.2 Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini

Dalam Nahu Kemas Kini (2008), terdapat enam jenis penggandaan iaitu: i) Penggandaan Seluruh Kata ii) Penggandaan Kata Akar iii) Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa iv) Penggandaan Suku Kata Akhir v) Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak vi) Penggandaan Menyaling

2.4.2.1 Penggandaan Seluruh Kata Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan seluruhnya. Misalnya: anak-anak, makan-makan, cantik-cantik, satu-satu dan sebagainya. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Bagi kata polimorfemik iaitu kata terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan.

2.4.2.2 Penggandaan Kata Akar Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja. Contohnya, bermainmain, melambai-lambai, dibelek-belek dan seumpamanya. 24

2.4.2.3 Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang serupa itu, dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah + Kata Akar. Ini bermakna bahawa < le- > setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi sebagai awalan. Oleh itu, kata-kata demikian adalah kata kompleks. Ini berdasarkan struktur fonologi kata gandaan: S + S + X (misalnya lelaki) S = suku kata pengulang S = suku kata yang diulang X = suku kata lainnya S + X = kata akar (A) Laki > lalaki > lelaki

Rumusannya, ada penggantian < a > dengan < e >, yakni e-pepet. Perubahan pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang dihasilkan.

Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada kata pengulang. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama

misalnya tetamu, lelipan, lelangit, kekura, lelabu, sesiku, bebawang, pepijat, jejari, bebenang dan pelbagai lagi. Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Di samping itu, ia boleh mendapat akhiran-an seperti dedaunan, bebuahan.

Namun mengikut perspektif Abdullah Hassan (2007), penggandaan separa juga berlaku terhadap kata kerja, kata adverb dan kata adjektif. Contohnya lelari (kata kerja), lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif).

2.4.2.4 Penggandaan Suku Kata Akhir

25

Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis ini iaitu segala-gala dan pertama-tama. Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan ini, sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}.

Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan di sini, suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan bahagian keseluruhan kata. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan apabila sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan.

2.4.2.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak

Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar, tetapi pada masa yang sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau kedua-duanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. Penggantian bunyibunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi keindahan bunyi atau euni.

Menurut Asraf (2007), penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan. Ia boleh berlaku dalam tiga keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggar-binggar, seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan keadaan ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas. Contohnya: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan awan-gemawan, sorak-sorai bongkar-bangkir, kumat-kamit serba-serbi, compang-camping lintang-kedak, serta-merta

Di samping itu, terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan. Misalnya dolakdalik, porak-peranda dan huru-hara. 26

2.4.2.6 Penggandaan Menyaling

Dalam proses ini, unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan menghasilkan unsur pengulang (B).
A karang sayang sebelah tutup kasih B mengarang menyayangi menyebelahi menutupi mengasihi

Melalui penggandaan ini, makna yang timbul adalah menyaling atau perbuatan menyaling. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika Rumusannya,

digunakan sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang.

gandaan ini lebih sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya {me-} pada unsur B membuktikan hakikat ini.

2.4.3 Penggandaan Berimbuhan

Berdasarkan Asraf (2007), kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan baik berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Antara contohnya: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan jadi-jadian, rumah-rumahan berura-ura, bertikam-tikaman keanak-anakan, kecil-kecilan buat-buatan, setidak-tidaknya

2.4.4 Kata Ganda Bilangan

Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu, Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan 27

tidak khusus. Kata adjektif, kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh memperlihatkan ketidakkhususan maknanya. Contohnya adalah seperti berikut:-

Kata Nama (Khusus) siapa apa mana Kata Kerja (Khusus) main gila makan Kata Adjektif (Khusus) gemuk sakit tinggi

Kata Ganda (Tidak Khusus) siapa-siapa apa-apa mana-mana Kata Ganda (Tidak Khusus) main-main gila-gila makan-makan Kata Ganda (Tidak Khusus) gemuk-gemuk sakit-sakit tinggi-tinggi

Rumusannya, siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada fokus yang spesifik. Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus tergambar di sini. Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu.

2.5

Kesimpulan

Daripada huraian di atas, penelitian tentang pembentukan kata bukanlah suatu kajian yang baru, malahan, aspek ini telah dikaji sejak zaman Yunani lagi. Bagi bahasa Melayu, aspek pembentukan kata merupakan salah satu aspek yang telah lama dikaji oleh ahli-ahli bahasa sama ada ahli bahasa barat mahupun tempatan. Menerusi bukubuku tatabahasa yang dihasilkan, didapati aspek ini telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Sejak itu, aspek ini terus dibincangkan dalam menentukan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan beberapa kaedah serta perananya telah diterapkan.

28

29

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian mengkaji tentang kata ganda yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Berdasarkan tujuan kajian, maka bab ini menerangkan mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur menganalisis data.

3.2

Rekabentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk satu kajian diskriptif. Maksud kajian diskriptif ialah kajian yang telah ditetapkan (set) untuk melihat dan melaporkan perkara seperti adanya (to determine and report the way things are now). Kajian ini tidak cuba untuk mengawal pemboleh ubah (does not try to control a variable). Dengan sebab itu, pengkaji hanya mengumpulkan maklumat iaitu kata ganda dan juga ayat-ayat yang mengandungi kata ganda yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah untuk dianalisis dan dilaporkan.

Kajian ini juga tidak melibatkan pengkajian pada keseluruhan teks. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan, pengkaji telah menyenaraikan kesemua kata ganda dan juga ayat yang mengandungi kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30) halaman yang dikaji iaitu pada sepuluh (10) halaman terawal, sepuluh (10) halaman di pertengahan dan sepuluh (10) halaman terakhir pada teks Hikayat Hang Tuah untuk dianalisis secara kuantitatif mengikut jenis kata ganda, kekerapan penggunaannya serta peranan kata ganda itu mengikut pergolongan kata dalam sesuatu ayat dalam bahasa Melayu.

30

3.3

Populasi Dan Sampel Kajian

Oleh kerana kajian ini merupakan kajian diskriptif, tiada responden dilibatkan sebagai sampel dalam kajian ini. Ini merupakan salah satu masalah jika pengkaji menjalankan penyelidikan diskriptif di mana kajian jenis ini akan melibatkan kurang responden atau langsung tidak melibatkan responden manakala hasil atau keputusan yang didapati juga adalah merupakan keputusan yang biasa.

3.4

Instrumen Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, oleh kerana pengkaji hanya menggunakan kaedah perpustakaan, maka hanya bahan-bahan bacaan atau rujukan yang diperolehi daripada internet atau buku-buku sahaja yang digunakan sebagai instrumen kajian iaitu: i) Bahan bacaan Bahasa Melayu iaitu manuskrip Hikayat Hang Tuah. ii) Bahan Rujukan Bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terbitan DBP. iii) Buku-buku ilmiah seperti linguistik, morfologi dalam BM dan sumber-sumber dari internet.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur bermaksud kaedah atau cara yang sistematik digunakan oleh penyelidik atau pengkaji sama ada berupa individu atau berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam suatu kajian, kaedah yang hendak digunakan tidak ditetapkan.

Pengkaji sendiri boleh memilih atau menetapkan apa kaedah yang ingin digunakan olehnya dalam menjalankan kajiannya. dengan kajian yang dijalankan. Ia adalah bergantung kepada kesesuaian

Untuk menyiapkan kertas kerja ini saya telah membuat rujukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku dan artikel telah saya guna sebagai bahan rujukan dan panduan. Segala maklumat yang diperolehi daripada

pelbagai sumber telah dianalisis dan disusun mengikut keperluan sub-topik kertas kerja ini. 31

3.6

Prosedur Analisis Data

Data yang dikumpul dari instrumen kajian telah dianalisis oleh pengkaji dengan dua cara iaitu kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif ialah Ia hanya

penyelidikan yang tidak memerlukan penggunaan pendekatan statistik.

memerlukan pengkaji menganalisis ayat yang mengandungi kata ganda untuk dianalisis atau dikategorikan mengikut peranan atau mengikut pergolongan kata dalam bahasa Melayu. Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif iaitu analisis yang melibatkan kuantiti data yang diperolehi. Data-data yang diperolehi telah dianalisis oleh pengkaji mengikut peratusan. Dalam analisis ini, pengkaji telah menggunakan jadual dan juga carta bagi menunjukkan hasil dapatan kajian.

3.6

Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang kata ganda dalam teks Hikayat Hang Tuah. Kajian adalah untuk menganalisis kata ganda mengikut jenis kata ganda,

kekerapan penggunaan satu-satu kata ganda serta peranan kata ganda mengikut pergolongan kata dalam ayat. Kajian ini merupakan kajian diskriptif di mana tiada langsung responden yang dilibatkan sebagai sampel kajian dan hanya menggunakan instrumen kajian. Pengumpulan data adalah melalui kaedah perpustakaan dan data dianalisis dengan dua cara iaitu data mengikut peratusan dan peranan kata ganda dalam ayat mengikut pergolongan kata.

32

BAB IV

ANALISIS KAJIAN

4.1

Pendahuluan

Bab ini mengandungi analisis dan hasil kajian yang diperolehi berdasarkan teks Hikayat Hang Tuah tertumpu kepada kata ganda yang terdapat pada halaman-halaman 3 hingga 12 iaitu sepuluh (10) halaman terawal, halaman 270 hingga 279 iaitu sepuluh (10) halaman pertengahan dan halaman 540 hingga 549 iaitu sepuluh (10) halaman terakhir sahaja. Kajian telah dilakukan berdasarkan halaman-halaman tersebut dan didapati bahawa pada setiap halaman muka surat tersebut ada mengandungi kata ganda dan telah pun dikategorikan kat-kata ganda tersebut mengikut jenis dan kekerapan penggunaannya.

4.2

Analisis Jenis Kata Ganda Dan Kekerapan

4.2.1 Kata Ganda Seluruh

Kata Ganda Seluruh digunakan pada kata dasar yang diulang atau digandakan seluruhnya, contohnya dewa-dewa, tuan-tuan dan sebagainya. Cara penulisan kata ganda ini mesti diberi tanda sempang (-). makna.... a) b) c) d) Jamak atau banyak, contohnya tuan-tuan. Tunggal atau satu, contohnya laki-laki. Banyak yang bersifat, contohnya indah-indah dan besar-besar. Menguatkan keterangan, contohnya sangat-sangat dan baik-baik. Ia juga digunakan untuk menyatakan

Di bawah ini, dihuraikan dapatan daripada analisis kata ganda seluruh.

33

Jadual 1 menunjukkan Senarai Kata Ganda Seluruh Jenis Kata Nama Kata Ganda Seluruh raja-raja tuan-tuan dewa-dewa laki-laki siapa-siapa Kekerapan 10 5 2 8 1 Data 5 daripada 20 kata ganda.

Kata Adjektif

indah-indah besar-besar sama-sama kaya-kaya baik-baik sedikit-sedikit tua-tua

9 6 3 2 2 1 1

7 daripada 20 kata ganda.

Kata Kerja

baling-baling kira-kira

1 2

2 daripada 20 kata ganda.

Kata Keterangan

masing-masing kalau-kalau sangat-sangat

9 3 1

3 daripada 20 kata ganda.

Kata Bilangan

satu-satu berapa-berapa tiga-tiga

1 2 1 70

3 daripada 20 kata ganda.

Bilangan perkataan Kata Ganda Seluruh

20 kata ganda

34

Berdasarkan analisis kata ganda seluruh mengikut peratusan pada jadual di atas, sebanyak lima daripada 20 kata ganda seluruh adalah melibatkan kategori kata nama manakala dalam kategori kata kerja mencatat 2 perkataan kata ganda. Kata adjektif pula menunjukkan bilangan kata ganda yang tertinggi dengan 7 perkataan dan bagi kategori kata keterangan dan kata bilangan masing-masing mencatat 3 perkataan kata ganda.

Analisis kekerapan penggunaan kata ganda yang terdapat pada tiga puluh (30) halaman yang dianalisis dalam teks Hikayat Hang Tuah ini, terdapat lima kata ganda yang termasuk di dalam kategori kata nama iaitu kata ganda raja-raja paling banyak ditulis iaitu sebanyak 10 kali penggunaan, diikuti dengan penggunaan kata laki-laki iaitu sebanyak 8 kali, manakala kata ganda tuan-tuan dan dewa-dewa masingmasing ditulis sebanyak 2 kali dan kata siapa-siapa didapati hanya sekali penggunaannya. Analisis kekerapan bagi kata adjektif pula, kata ganda indah-indah adalah sebanyak 9 kali penggunaan, diikuti kata besar-besar digunakan sebanyak 6 kali manakala sama-sama sebanyak 3 kali. Bagi kata ganda kaya-kaya dan baik-baik masing-masing mencatat 2 kali penggunaan dan bagi kata ganda sedikit-sedikit dan tua-tua didapati hanya mencatat sekali penggunaanya.

Dalam menganalisis kata ganda seluruh bagi kategori kata kerja, terdapat hanya dua sahaja perkataan kata ganda iaitu kata ganda baling-baling yang mencatat hanya sekali penggunaan dan 2 kali penggunaan bagi kata ganda kira-kira.

Analisis kekerapan penggunaan kata ganda bagi kategori kata keterangan, kata ganda masing-masing dicatat sebanyak 9 kali, kalau-kalau dicatat 3 kali manakala sangat-sangat hanya sekali penggunaan. Bagi kategori kata bilangan pula, kata ganda berapa-berapa dicatat sebanyak 2 kali manakala kata ganda satu-satu dan tiga-tiga didapati hanya ada sekali penggunaan.

35

Rajah 1: Analisis Bilangan Kata Ganda Seluruh Mengikut Peratusan

15%

20% Kata Nama

15%

Kata Adjektif Kata Kerja 10% Kata Keterangan 35% Kata Bilangan

Daripada dapatan kajian dalam rajah 2 mengikut peratusan, data menunjukan bahawa bilangan kata ganda seluruh yang tertinggi adalah daripada kategori kata adjektif iaitu sebanyak 35% daripada bilangan perkataan, diikuti dengan kata ganda seluruh dari kategori kata nama iaitu sebanyak 20% bilangan perkataan. Bagi kata ganda dalam kategori kata keterangan dan kata bilangan, masing-masing mencatat 15% bilangan perkataan manakala kata ganda seluruh dari kategori kata kerja hanya mencatat 10% daripada bilangan perkataan kata ganda seluruh.

4.2.2 Kata Ganda Separa (Berimbuhan)

Kata Ganda Separa Berimbuhan adalah merupakan kata ganda yang diberi imbuhan pada kata dasarnya. Kata ganda berimbuhan mesti disertai tanda sempang (-).

Imbuhan boleh diletakkan..

a) b) c) d)

Di awal, Di akhir, Di awal dan di akhir (apitan), dan Di tengah sebagai sisipan.

36

Jadual 2 menunjukkan Senarai Kata Ganda Berimbuhan Imbuhan Di awalan Kata Ganda Berimbuhan Beribu-ribu Berseri-seri Bermain-main Bersama-sama Berjaga-jaga Sehari-hari Sekali-kali Bersungguh-sungguh Berlari-lari Digertak-gertak Sekonyong-konyong Berdebar-debar Berkata-kata Perlahan-lahan Bergurau-gurau Digurau-gurau Berganti-ganti Tertawa-tawa Bertambah-tambah Beribu-ribu Bertimbun-timbun Semata-mata Sejauh-jauh Berturut-turut Seikut-ikut Berpuluh-puluh Sehabis-habis Beratus-ratus Berketi-keti Digamak-gamak Dipertubi-tubi Kekerapan 1 1 3 5 1 1 2 4 3 2 4 1 1 1 1 1 1 1 3 2 5 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 37 Data 31 daripada 48 kata ganda

Di akhiran

Bunyi-bunyian Kayu-kayuan

7 1

2 daripada 48 kata ganda

Dengan apitan

Berumbai-umbaikan Berkata-katalah Berkasih-kasihan Bersuka-sukaan Bersembur-semburan Mengalu-alukan Kemalu-maluan Dihayam-hayami Beranggap-anggapan Kebudak-budakan Dikedang-kedangkan Berkasih-kasihkanlah Terkira-kirakan

2 1 4 1 1 1 3 1 1 1 1 1 1

13 daripada 48 kata ganda

Dengan sisipan

Saudara-bersaudara Anak-beranak

1 1

2 daripada 48 kata ganda

Bilangan Berimbuhan

perkataan

Kata

Ganda 84 48 kata ganda

Jadual 1 di atas menunjukan senarai kata ganda berimbuhan yang didapati pada 30 halaman dalam teks HHT yang dikaji. Dapatan kajian menunjukan bagi analisis kekerapan perkataan yang digunakan secara keseluruhan, kata ganda bunyibunyian mencatat kekerapan yang tertinggi digunakan iaitu sebanyak 7 kali, diikuti dengan kata ganda bersama-sama dan bertimbun-timbun iaitu sebanyak 5 kali digunakan. Bagi kata ganda bersungguh-sungguh, sekonyong-konyong dan berkasih-kasihan menunjukkan kekerapan penggunaan sebanyak 4 kali, kata ganda 38

bermain-main, berlari-lari, bertambah-tambah dan kemalu-maluan mencatat 3 kali penggunaan. Bagi kata ganda sekali-kali, digertak-gertak, beribu-ribu, semata-mata dan berumbai-umbaikan menunjukkan 2 kali penggunaan manakala kata ganda yang selebihnya, setiap satu kata ganda berimbuhan itu masing-masing hanya menunjukkan sekali penggunaan.

Rajah 2: Analisis Kata Ganda Separa Berimbuhan

Analisis Kata Ganda Separa Berimbuhan


Dengan Sisipan Dengan Apitan Di Akhiran Di Awalan 0% 20% 4% 65% 40% 60% 80% 4% 27% Kata Ganda Berimbuhan

Berdasarkan carta di dalam rajah 2 di atas, analisis kata ganda separa berimbuhan menunjukkan bahawa kata ganda separa berimbuhan di awalan menunjukkan peratusan 65% iaitu peratusan bilangan kata yang tertinggi sekali di mana sebanyak 31 kata ganda telah dicatatkan, diikuti dengan kata ganda berimbuhan dengan apitan sebanyak 27% atau 13 kata ganda, manakala bagi kata ganda berimbuhan di akhiran dan dengan sisipan masing-masing mencatat bilangan yg sama iaitu sebanyak dua kata ganda atau 4 peratus.

4.2.3 Kata Ganda Berentak

Kata Ganda Berentak ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima), contohnya, a) Di pangkal Contoh: batu-batan, lalu-lalang, keluh-kesah 39

b) c)

Di Hujung Contoh: kuih-muih, comot-momot, segar-bugar Seluruhnya Contoh: kusut-masai, rumput-rampai, huru-hara

Cara menulis kata ganda berentak ini juga mesti disertai dengan tanda sempang (-).

Jadual 3 menunjukkan Senarai Kata Ganda Berentak Bunyi Berentak Di pangkal Kata Ganda Berentak Tiada Data / Peratusan Tiada / 0%

Di hujung

Tiada

Tiada / 0%

Seluruhnya

huru-hara

1 kata ganda / 100%

Bilangan perkataan Kata Ganda Berentak

1 kata ganda / 100%

Mengikut jadual 3 di atas, kata ganda yang didapati daripada 30 halaman atau muka surat yang dikaji dalam manuskrip Hikayat Hang Tuah, perkataan yang termasuk dalam kategori kata ganda berentak hanya terdapat satu perkataan sahaja iaitu kata ganda huru-hara di mana perkataan ini mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonannya. Kata ganda huru-hara ini merupakan kata ganda Bagi kata ganda berentak di

berentak dalam golongan pengulangan konsonan.

pangkal atau pun berentak di hujung, tidak didapati kewujudan perkataan pada halaman yang dikaji.

4.3

Analisis Keseluruhan Kata Ganda

Keseluruhan data di atas telah digabungkan oleh pengkaji untuk dianalisi secara keseluruhan mengikut jenis kata ganda. Jadual 4 di bawah ini menunjukkan analisis keseluruhan mengikut jenis kata ganda.

40

Jadual 4 : Analisis Keseluruhan Kata Ganda


JENIS KATA GANDA Kata Ganda Seluruh Kata Ganda Separa Kata Ganda Separa Berimbuhan Kata Ganda Berentak JUMLAH KESELURUHAN BILANGAN 20 kata ganda 0 kata ganda 48 kata ganda 1 kata ganda 69 kata ganda

Dalam jadual 4 di atas, jumlah keseluruhan jenis kata ganda yang terdapat pada 30 muka surat yang dianalisis dalam teks Hikayat Hang Tuah menunjukkan bahawa kata ganda berimbuhan mencatat bilangan kata ganda tertinggi iaitu sebanyak 48 kata ganda daripada 69 kata ganda yang disenaraikan. Jumlah kedua tertinggi dari jenis kata ganda seluruh iaitu sebanyak 20 daripada 69 kata ganda yang tersenarai, manakala bagi jenis kata ganda berentak hanya 1 kata ganda yang tersenarai. Bagi kategori kata ganda separa, tiada langsung kata ganda yang didapati dalam teks HHT iaitu pada muka surat yang dikaji.

Rajah 3: Peratus Keseluruhan Mengikut Jenis Kata Ganda


80 70 60 50 40 30 20 10 1% 0 Seluruh 0 Separa Berimbuhan Berentak 29% 70%

Berdasarkan carta dalam rajah 3 di atas, jumlah keseluruhan jenis kata ganda yang terdapat pada 30 muka surat yang dianalisis dalam teks Hikayat Hang Tuah ini menunjukkan bahawa kata ganda berimbuhan mencatat peratusan yang paling tinggi

41

iaitu sebanyak 70%. Diikuti dengan jumlah kedua tertinggi iaitu dari jenis kata ganda seluruh iaitu sebanyak 29% bilangan kata ganda direkodkan. Peratusan bilangan kata ganda bagi kata ganda berentak secara keseluruhannya hanya 4% dan bagi kategori kata ganda separa, tiada langsung kata ganda yang didapati pada muka surat yang dikaji dan ini memberikan peratusan sifar.

4.4

Analisis Kata Ganda Dalam Ayat Mengikut Pergolongan Kata

Kata Ganda dalam bahasa Melayu ialah kata yang melalui proses mengandakan kata dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu

berdasarkan rentak bunyi tertentu. Di bawah ini, ditunjukkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi tentang peranan atau kategori kata ganda dalam suatu ayat.

4.4.1 Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :-

4.4.1.1 Penggandaan penuh kata dasar sahaja

Penggandaan penuh kata dasar sahaja adalah penggandaan yang melibatkan kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal. Di dalam kajian yang dijalankan ini, didapati terdapat sebanyak dua puluh (20) perkataan kata ganda yang termasuk dalam kategori penggandaan penuh yang hanya melibatkan kata dasar ini.

Antara ayat yang mempunyai kata ganda penuh ini ditunjukkan di bawah di mana ianya telah dianalisis mengikut pergolongan kata:-

a) Kata nama

Perkataan kata ganda raja-raja, tuan-tuan, dewa-dewa, laki-laki adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata nama. 42

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

1) Raja itu terlalu besar kerajaannya pada segala raja-raja indera seorang pun menyamai dia, sekalian menurut titahnya. (m/s 3, p.1)

Hai tuan-tuan, berlengkaplah keluar esok hari, kita hendak pergi berburu. (m/s 5, p.3)

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu menengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak dengan pakaiannya terlalu indahindah. (m/s 6, p.2)

Seorang jua tiadalah helat lagi daripada laki-laki dan perempuan. (m/s 540, p.3)

Kata Adjektif

Perkataan kata ganda indah-indah, besar-besar, kaya-kaya, baik-baik, sedikit-sedikit dan tua-tua adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata adjektif. Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

Setelah sudah, maka Tuan Puteri Kemala Pelinggam pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang indah-indah dari keinderaan. (m/s 6, p.3)

Syahadan Bendahara Tun Mat dan Temenggung Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim dengan segala menteri pegawai orang besar-besar Melaka itu. (m/s 546, p.4)

Demikianlah perinya kebanyakkan rakyatnya dan saudagar dan orang kaya-kaya dan nakhoda dalam negeri Melaka itu. (m/s 545, p.3)

Tinggallah tuan baik-baik, peliharakan segala menteri pegawai dan rakyatmu itu. (m/s 540, p.1)

43

Daulat Tuanku Andika Betara, patik memohon ampun dan kurnia, adat hulubalang minum juga sedikit-sedikit. (m/s 274, p.2)

Maka Laksamana pun beriwayatlah, akan hal megat Terengganu itu habis dipersembahkannya, kemudian dari itu maka Laksamana pun beriwayatlah pula akan perintah orang tua-tua dahulu kala itu. (m/s274, p.2)

Kata Kerja

Perkataan kata ganda baling-baling dan kira-kira adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata kerja. Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda dalam pergolongan kata ini ialah:-

Maka dilihat oleh Barit Ketika orang mengamuk datang seperti baling-baling. (m/s 271, p.2) Bermula Puteri Gunung Ledang lari itu kira-kira sepuluh hari perjalanan jauhnya ke negeri Melaka itu. (m/s 546, p.2)

Kata Tugas (Keterangan)

Perkataan kata ganda masing-masing, kalau-kalau dan sangat-sanga adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata keterangan. Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda dalam kata ini ialah:Setelah sudah dilihatnya, maka masing-masing pun menggerakkan kepalanya. (m/s 4, p.2)

Kerana ayahanda bonda menaruhkan kalau-kalau sungguh seperti kata ahlul nujum itu, tuan kelak beroleh kebesaran dan kemuliaan, supaya adalah nama ayahanda dan bonda disebut orang akhir zaman. (m/s 5, p.2)

44

Maka kata Laksamana Hai Rangga, adapun akan segala hulubalang Melayu itu nama turunnya dibawa ke sebuah negeri hendaklah sangat-sangat hormat dan takut akan nama tuannya itu. (m/s 270, p.3)

Kata Tugas (Bilangan)

Perkataan kata ganda satu-satu, berapa-berapa dan tiga-tiga adalah merupakan kata ganda penuh yang berperanan sebagai kata bilangan. Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini:-

Jikalau satu-satu peri surat nama tuannya itu, hingga mati sudahlah, yang memberi itu sekali-kali tiada diperoleh, kerana negeri Majapahit ini negeri besar. (m/s 270, p.3)

Maka berapa-berapa kali pun disuruh larang oleh bendehara dan temenggung tiadalah didengarnya. (m/s 544, p.4)

Maka diisinya ubat peluru tiga-tiga butir pada sepucuk meriam itu. (m/s 545, p.2)

Penggandaan penuh kata dasar berimbuhan.

Penggandaan penuh kata dasar berimbuhan adalah kata diletakkan imbuhan pada kata dasarnya dan diulang atau digandakan keseluruhannya. Setelah dianalisis kata ganda yang terdapat pada kesemua halaman yang dikaji, didapati tiada kata ganda yang boleh dimasukan dalam kategori penggandaan penuh berimbuhan ini sama ada imbuhan pada awalan, akhiran atau apitan pada kata dasar.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini: :- TIADA

4.4.2 Penggandaan Separa

45

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :

Penggandaan Separa pada kata dasar tunggal

Penggandaan Separa pada kata dasar tunggal ini lazimnya penggandaan atau kata ganda yang melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Hasil daripada analisis kajian HHT ini, tiada kata ganda yang boleh dimasukan dalam kategori ini.

Antara ayat di dalam HHT yang mengandungi kata ganda jenis ini

- TIADA

Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan.

Penggandaan separa pada kata dasar yang berimbuhan adalah merupakan penggandaan separa yang berlaku dengan hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Awalan. Penggandaan separa berimbuhan dengan awalan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di hadapan kata dasarnya. Di dalam kajian yang dijalankan, didapati

terdapat sebanyak tiga puluh satu (31) perkataan kata ganda yang terdiri daripada pelbagai imbuhan awalan seperti yang telah pun dijelaskan dalam data di bahagian analisis data di atas. Di bawah ini, ditunjukkan beberapa contoh ayat yang dipilih berdasarkan jenis imbuhan. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan ber - di dalam HHT.

46

Maka sekali persetua maka Sang Sapurba hendak pergi berburu bermain-main pada sisi Bukit Seguntang itu. (m/s 9, p.3)

Perkataan main sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Maka kapitan kapal itu pun menyuruhkan kelasinya turun ke kapalnya mengambil rial, dibawanya naik persembah akan raja bertimbun-timbun. (m/s 544, p.2) Perkataan timbun sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Maka penjurit itu pun berlari-lari sambil mengunus kerisnya lalu mengamuk di tengah pesara itu. (m/s 271, p.1)

Perkataan lari sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan se - di dalam HHT.

Maka raja pun jagalah daripada pengsan itu lalu berjalan pula, tiadalah henti lagi, seikut-ikut diberi Allah Taala kakinya berjalan itu dengan sangat ia insaf akan dirinya. (m/s 542, p.3) Perkataan ikut sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Yang lari itu tiadalah ia ingat hendak membawa hartanya lagi, melainkan semata-mata hendak melepaskan tubuhnya juga. (m/s 546, p.1) Perkataan mata sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Ditariknya empat persegi tanah itu sehabis-habis tali belulang sebidang itu, maka diperbuatnya sebuah gedung terlalu besar dan tingginya. (m/s 544, p.3) Perkataan habis sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan di - di dalam HHT.

47

1. p.1)

Jangan digurau-gurau di hadapan utusan Melayu ini.

(m/s 275,

Perkataan gurau sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

2.

Hanya keris panjangnya juga yang digamak-gamaknya. (m/s 274, p.3)

Perkataan gamak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

3. Patih dan temenggung pun sebagai beranggap kepada Laksamana, dipertubi-tubinya anggap, tetapi Laksamana (m/s 278, p.5) Perkataan tubi sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan per - di dalam HHT. tiada mabuk.

Hatta maka penjurit itu pun perlahan-lahan datang ke belakang laksamana, disendalnya keris pendua Laksamana itu dapat ke tangan penjurit itu. (m/s 274, p. 3) Perkataan perlahan adalah kata dasarnya yang berperanan sebagai kata adjektif. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan ter - di dalam HHT.

Maka Seri Bertara pun suka tertawa-tawa melihat Patih menari itu. (m/s 278, p.5). Perkataan tawa sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Akhiran. Dalam Bahasa Melayu terdapat hanya tiga (3) imbuhan akhiran ini iaitu an , kan dan - i sahaja. Di dalam kajian yang dijalankan, didapati terdapat hanya dua (2) perkataan kata ganda yang termasuk dalam kategori penggandaan separa berimbuhan akhiran iaitu imbuhan an . Di bawah ditunjukan contoh ayat.

48

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan an di dalam HHT.

Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu menengar bunyi-bunyian. (m/s 6, p.2) Perkataan bunyi sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas.

Setelah sampai dilihat baginda bukit itu terlalu baik dan kayu-kayuannya pun semuanya berbuah bermasakan. (m/s 8, p.2) Perkataan kayu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama. kan di dalam

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan HHT. Contoh ayat : TIADA

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan HHT. Contoh ayat : TIADA

i di dalam

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Apitan. Kata separa imbuhan dengan apitan ialah kata ganda yang diapit oleh dua (2) imbuhan iaitu di hadapan dan di belakang kata dasarnya. Daripada hasil kajian yang

dijalankan, didapati terdapat sebanyak tiga belas (13) perkataan kata ganda yang termasuk dalam kategori ini yang telah pun dijelaskan dalam data di atas. Di bawah ini, ditunjukkan beberapa contoh ayat yang dipilih berdasarkan jenis imbuhan. ke an di dalam

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan HHT.

Setelah Seri Betara menengar sembah Laksamana demikian itu, maka Seri Betara pun kemalu-maluan. (m/s 275, p.3)

Perkataan malu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif. 49

Maka Seri Betara pun suka tertawa-tawa melihat Patih menari itu, lakunya kebudakbudakan. (m/s278, p.5, b.38)

Perkataan budak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan ber an di dalam HHT. Beranggap-anggapanlah tuan-tuan sekalian. Tuanku. (m/s 278, p.4) Perkataan anggap sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata tugas. Maka sembah Laksamana, Daulat

Maka Sang Petra Dewa pun duduklah pada pulau itu bersuka-sukaan dengan isterinya dan segala pewiranya. (m/s 7, p.1)

Perkataan suka sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif.

Setelah sudah, maka Sang Perta Dewa pun berkasih-kasihan laki isteri dan barang sesaat pun tiada bercerai. (m/s 7, p.3)

Perkataan kasih sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif. be an di dalam

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan HHT.

Maka baginda pun turun mandi dengan segala pegawai ke dalam kolam itu, terlalu ramai besembur-semburan. (m/s 9, p.3)

Perkataan sembur sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan ber kan di dalam HHT. Hendak berkasih-kasihkanlah orang Wolanda, tiada lagi hendak mendatangkan khianat orang Johor. (m/s 547, p.1)

Perkataan kasih sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif. 50

Di dudukkannya di atas singgasana yang bertatahkan ratna mutu manikam dan berumbai-umbaikan mutiara. (m/s 10, p.3)

Perkataan umbai sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata adjektif. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan meng kan di dalam HHT.

1) Maka Sang Sapurba pun segera keluar dari istananya bondanya. (m/s 10, p.3)

mengalu-alukan ayahanda

Perkataan alu sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja. di kan di

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan dalam HHT.

1. Setelah itu maka dikedang-kedangkan tangannya apabila ia melompat ke kiri dan kanan. (m/s 279, p.1) Perkataan kedang sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan ter kan di dalam HHT.

1. Maka terlalulah banyak orang Wolanda dan orang Johor beroleh rampasan itu, tiada terkira-kirakan lagi bedil senjata dan harta bertimbun-timbun.

(m/s 548, p.2) Perkataan kira sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja. Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa berimbuhan di i di dalam HHT.

51

1. Setelah dilihat oleh Perwala akan Laksamana itu, diikutnya dihanyam-hanyami dari jauh. (m/s 277, p.1) Perkataan hanyam sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata kerja.

Penggandaan Separa Berimbuhan dengan Sisipan. Kata separa imbuhan dengan sisipan ialah kata ganda yang mempunyai imbuhan di tengah-tengah kata dasarnya. Daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati terdapat hanya dua (2) ayat yang mengandungi perkataan kata ganda yang termasuk dalam kategori ini yang telah pun dijelaskan dalam data di atas. Di bawah ini, ditunjukkan contoh ayatnya.

Antara ayat yang mempunyai penggandaan separa dengan sisipan di dalam HHT.

Maka anak raja keempat itu pun terlalu berkasih-kasihan saudara-bersaudara itu. (m/s 12, p.2) Perkataan saudara sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

Kasad hatinya hendak bermohonkan anak raja itu hendak merajakan supaya datang pada akhir zaman pun anak-beranaknya hendak diperbuatkan juga.

(m/s 12, p.2) Perkataan anak sebagai kata dasar yang berperanan sebagai kata nama.

4.4.3 Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :-

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal. 52

Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan. Penggandaan Berentak Bebas

4.4.3.1 Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal Dalam penggandaan jenis ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal. Di dalam dapatan kajian, tiada perkataan kata ganda yang diperolehi termasuk dalam ketegori ini. Contohnya : TIADA

4.4.3.2 Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan Dalam penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang mempunyai ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu dan di dapati hanya satu (1) sahaja kata ganda dalam kategori ini iaitu kata ganda huru-hara. Ayat yang terdapat dalam HHT ialah : Maka orang Melaka pun terkejutlah terlalu huru-hara, beribu-ribu yang mati dan luka kena bedil: ada kena peluru kena pegawai rumahnya, ada yang kena pagar, ada yang kena pegawai jambatan. (m/s 545, p.3)

4.4.3.3 Penggandaan Berentak Bebas Penggandaan jenis ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi ciri persamaan pada bunyi vokal mahupun bunyi konsonan. Di dalam dapatan kajian, tiada perkataan kata ganda yang diperolehi termasuk dalam ketegori ini. Contohnya : TIADA

53

54

Anda mungkin juga menyukai