Anda di halaman 1dari 3

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

WUDUK
ERTI WUDUK Wuduk ialah membasuh bahagian anggota badan yang tertentu dengan niat untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Taala. SYARAT-SYARAT WUDUK Syarat-syarat wuduk ada 5 perkara iaitu: 1. Beragama Islam. 2. Mumaiyiz (boleh membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk). 3. Suci dari hadas besar. 4. Tiada sesuatu yang menghalang air daripada sampai kepada anggota wuduk yang diwajibkan. 5. Menggunakan air mutlak. RUKUN WUDUK Rukun wuduk ada 6 perkara iaitu: 1. Niat. 2. Membasuh muka. 3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku. 4. Membasuh sebahagian kepala. 5. Membasuh sebahagian kaki hingga buku lali. 6. Tertib. ALAT UNTUK BERWUDUK 1. 2. Air. Tanah (untuk tayammum sahaja).

CARA BERWUDUK 1. 2. 3. 4. 5. Membaca Bismillah. Membasuh kedua pergelangan tangan (3 kali). Berkumur-kumur (3 kali). Memasukkan sedikit air ke dalam hidung (3 kali). Berniat sambil membasuh muka. Lafaz Niat:


Sahaja Aku Berwuduk Kerana Allah Taala 6. 7. 8. 9. 10. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku (3 kali). Menyapu sebahagian kepala(3 kali). Membasuh kedua-dua belah telinga (3 kali). Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali(3 kali). Membaca doa wuduk selepas selesai mengambil wuduk.

DOA WUDUK

Anda mungkin juga menyukai