Anda di halaman 1dari 10

PROJEK SEJARAH TINGKATAN 2 PERMAINAN TRADISIONAL DI MALAYSIA WAU

Nama Kelas

: :

WAN NUR KAMALIAH BINTI WAN ROSLAN 2 BUDI

Senarai Kandugan 1.Tajuk kajian * 2.Senarai Kandugan 1 3.Penghargaan 2 4.Objektif Kajian 3 5.Kaedah Kajian 4 6.Hasil kajian 5-18 7.Lampiran 19-20 8 Rumusan 21 9 Rujukan 22

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Di kesempatan ini saya ingin menguc apkan. Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pen gumpulan maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan kh ususnya kapada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sep anjang kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Zuraidah Na wawi, guru sejarah tingkatan 2 Budi yang telah banyak memberi panduan, nasihat s erta bimbingan sepanjang kajian dijalankan. Akhir kata, ribuan terima kasih kepa da semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am : 1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3 Objektif Khusus : 1. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia 2. Mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji 3. Mengenalpasti asal usul Permainan Tradisional yang dikaji 4. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.In i akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul ,jelas dan tepat. 5. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di k alangan masyarakat mengikut adat Melayu. 6. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tr adisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan se tiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

KAEDAH KAJIAN Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 5 kaedah iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. Orang sumber TV Akhabr Majalah Internet

Melalui kaedah orang sumber pula, saya menemubual ayah dan nenek saya yang beras al dari Kelantan mngenai permainan wau yang terkenal di negeri pantai timur. Sa ya dapat memperoleh banyak bahan melalui Internet,. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat. Dan akhir sekali saya meenggunakan kaedah TV atau pandang dengar denga n menonton rancangan permainan tradisional di TV dan majalah 3 yang disiarkan di TV3.

4 NAMA Wau. yang pang

PERMAINAN Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-la di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai Permaian masa la bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.

LATAR BELAKANG Asal-Usul Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh ser ta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor me mpunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Lay ang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layan g-layang di Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara Chi na. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan wau dikatakan berasal da ri perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis d an Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pa ntai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raj a Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat D Raja, dan ti dak pula disebut bermain wau. 5 Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama. Negeri yang Mempopularkan Permainan ini Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri -negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang a tau wau dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tug as sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermai n permaian ini iaitu wau.

Kaum yang Terlibat Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu.Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samp ing itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha , kaum cina dan india. Tujuan Dimainkan Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan seba gai pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji kemahiran kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan salah sa tu tarikan pelancong di Malaysia. 6 Alat-Alat yang Digunakan Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut bulu h untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tula ng belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunaka n benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditamp al dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan p ertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan be rcorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah dite buk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihias i dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Bus ul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bu nyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk se perti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belaka ng sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

7 Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar ku run kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercaya i ada kaitan di antara semangat angin dan langit. Jenis Wau Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wa u bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang di hasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih meng ekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ian ya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding. Wau bulan

Wau Kucing

Wau puyuh

9 Membuat Wau Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut bulu h untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tula ng belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunaka n benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lut sinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapis an kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak p ucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula cora k berlainan yang telah ditebuk ditampalkan. Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dih iasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia at au mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang bel akang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

10 Cara Bermain Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin be rtiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menari k talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Teknik Pembuatan Wau Tradisional Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit r otan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk men ghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk me nghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan menta h, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi mema stikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh te rutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

11 Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh dan Menebang Buluh 1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai s emangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh sepe rti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. 7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu 8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. 9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah di tebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak ak u tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.

12 Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi ran gka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh dar ipada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan ku at ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. 2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. 3. Menyalai kepingan buluh pada bara api. Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan sepert i ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada be ntuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestila h benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

13 Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut d an sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sent imeter 4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. R autan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter u tkmemudahkan ia dibentuk.Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah sem ua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir. Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tula ng rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipo tong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, sa tu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tenga h-tengah kepingan buluh.

14 Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau 1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagia n tersebut. 2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu 3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang 4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah. 5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap 6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut me mbentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan bulu h yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pingga ng wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasa n kepala wau. 7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripa da kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

15 Proses Memasang Tanah Wau Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pad a wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas terse but lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langk ah :1. Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dar i rangka bingkai. 3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V. 4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau ter sebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat : 1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian e kor. 2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongk

an satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak ya ng hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap. 3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.

16 4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyap u gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu un tuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lemb ap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiann ya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi. 5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya. 6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada b ahagian tepinya sahaja. Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisa n. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kec acatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan w au yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya m empunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunya i sehingga lapan warna. Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas crepe yang dipotong dengan gunting secara memanjang untu k membentuk rambu 17 Proses Membuat Serta Memasang Belalai Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau Proses Membuat Serta Memasang Busur Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdi ri daripada empat komponen iaitu bok, daun ibus, inas dan buluh penyepit. 1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau. 2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaia n bunyi yang dikehendaki. 4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua se ntimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur. 5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

18 Lampiran 1

Di Kelantan, merupakan di mana tempat mereka memainkan permainan tradisional ini . 19 Lampiran 2 Pesta layang layang antarabangsa di Pasir Gudang.

20 Rumusan Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini h aruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebua h negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tid ak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga t elah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-lay ang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

21

Laman Web

1.http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx 2.http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm 3. http://www.tradisional-bib.blogspot.com/ 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Permainan_tradisional_dari_Malaysia

22

Anda mungkin juga menyukai