Anda di halaman 1dari 11

Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita.

Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa kita membina tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan di sini ialah perkembangan kepada golongan belia. Dalam dunia yang semakin maju ini terutama dalam abad ke-21, harapan rakyat terutama sekali di kalangan belia adalah sangat tinggi. Kewujudan teknologi yang canggih menjadikan kehidupan belia sekarang lebih maju seiring dengan golongan belia di negara-negara maju yang lain. Disebabkan kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan golongan belia pada zaman sekarang sudah mengubah cara hidup sehingga membawa kesan negatif kepada cara hidup mereka. Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir terhadap penerimaan kewujudan teknologi. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah,

kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya cukup berkesan. Selain kewujudan blog ini, banyak lagi contoh teknologi komunikasi yang membantu dalam perubahan cara hidup golongan belia. Salah satunya ialah penggunaan telefon bimbit yang kini sudah sebati dengan golongan belia. Telefon bimbit kini menjadi keperluan hidup bagi mereka kerana mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit juga boleh mewujudkan kesan buruk akibat penyalahgunaannya. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya kewujudannya mendatangkan kebaikan kepada mereka. Seharusnya, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan anak-anak mereka. Kewujudan teknologi yang pelbagai ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya agar kita dapat memanfaatkan penggunaannya. Kesimpulannya, kewujudan teknologi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Hal ini disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita. Mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan identiti mereka sebagai belia Malaysia. Oleh sebab itulah,

belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya mereka mendapat faedah daripada kewujudan teknologi tersebut. Belia perlu bijak mengatur masa hadapan mereka supaya mereka menjadi belia yang cemerlang dan berkualiti

BELIA TANPA TEKNOLOGI Belia tanpa teknologi. Pelbagai persoalan boleh timbul dari penyataaan ini sama ada dari sudut pandangan yang positif mahupun negatif di kalangan masyarakat masa kini. Jadi, bolehkah belia masa kini hidup tanpa teknologi? Apakah kesannya kepada masyarakat dan juga negara jika belia tanpa teknologi? Bagaimana pula kesannya jika belia hidup dengan adanya teknologi? Mengapa perlunya teknologi kepada belia? Sejauhmana pentingnya teknologi kepada belia? Oleh yang demikian kita akan kupas sejauhmana benarnya pernyataan ini. Sepertimana yang kita ketahui, pada masa kini terdapat pelbagai jenis peralatan yang berteknologi telah dicipta untuk memudahkan masyarakat

bagi melancarkan sebarang urusan sama ada rasmi atau tidak rasmi. Dengan adanya teknologi, masyarakat negara ini terutamanya di kalangan belia akan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi tahap pembangunan negara yang meliputi pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Ini adalah kerana belia merupakan golongan yang paling aktif dan jumlah belia yang terdapat di negara ini adalah merangkumi separuh daripada jumlah penduduk negara kita. Namun, yang pastinya belia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara seperti melahirkan idea-idea yang bernas dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang yang unik serta dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Selain itu, belia turut menampilkan budi pekerti serta akhlak yang mulia dalam membentuk masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan sebagainya untuk meningkatkan kemajuan dan kemakmuran di negara ini. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dikalangan 1,936 orang generasi muda berumur 15 hingga 26 tahun menunjukkan 58% menyatakan mereka mahir menggunakan internet. Bagi generasi muda masa kini, teknologi bukan sekadar gadget atau maklumat tetapi ia sudah menjadi satu

keperluan dan kemestian sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Namun begitu, masih terdapat segelintir golongan masyarakat terutamanya di kalangan belia yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi masa kini seperti merakam, menonton dan menyebarkan gambar yang berbentuk audio visual atau video yang berunsurkan seks seperti gambar lucah kepada masyarakat yang lain. Ini mengggambarkan sikap masyarakat yang kurang sopan dan tindakan yang kurang bijak yang seterusnya melahirkan masyarakat yang tidak berwibawa. Selain itu, masih ada juga di kalangan masyarakat yang sanggup melihat orang lain menderita dan terseksa kerana perbuatan mereka yang sanggup menyebarkan gambar atau video wanita yang kurang sopan kepada masyarakat. Apa motif mereka sebenarnya? Adakah sekadar untuk keseronokan, membalas dendam atau mengaibkan orang? Di manakah nilai-nilai murni masyarakat kita masa kini yang sepatutnya memartabatkan golongan wanita dan bukannya untuk menjatuhkan martabat golongan wanita? Permasalahan seperti ini akan sudah pasti akan memberi impak negatif bukan hanya kepada masyarakat malahan juga kepada negara. Jadi, beginikah sikap belia pada masa kini yang sanggup memusnahkan masa depan negara? Mereka sepatutnya membantu dan menyumbang tenaga serta buah fikiran untuk

meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara agar setaraf dengan negara maju yang lain di dunia. Tetapi penggunaan teknologi juga sebenarnya penting di kalangan belia untuk membantu mereka bagi mendapatkan maklumat dan informasi dari semua aspek dan bidang yang dikehendaki. Penggunaan teknologi di kalangan belia juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan ilmu dalam diri mereka agar mereka dapat membentuk sahsiah serta peribadi yang baik disamping mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dalam membentuk masyarakat masa kini. Justeru itu, golongan belia juga boleh mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan mereka seperti memiliki laptop dan broadband secara peribadi bagi memudahkan mereka melaksanakan sebarang urusan sama ada urusan pejabat mahupun pelajaran. Di samping itu, terdapat tempat atau lokasi yang tertentu yang menyediakan kemudahan wireless yang merupakan salah satu daripada teknologi pada masa kini yang dapat memudahkan belia dan juga masyarakat yang lain untuk mengakses maklumat melalui internet tidak kira di mana sahaja mereka berada. Ini dapat memberi gambaran bahawa masyarakat terutamanya golongan belia bukan hanya sekadar mendengar siaran radio mahupun membaca suratkhabar atau majalah, malahan mereka juga boleh mendapatkan semua jenis maklumat yang diperlukan melalui internet. Ini kerana dengan adanya

internet, masyarakat dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga untuk perolehi maklumat yang dikehendaki. Jadi, ia dapat memudahkan perjalanan bagi masyarakat masa kini untuk mendapatkan informasi bagi membentuk masyarakat dan negara yang maju selaras dengan peredaran globalisasi masa kini. Teknologi sebenarnya merupakan satu alat atau kaedah yang digunakan untuk membantu masyarakat dan juga negara bagi meningkatkan pembangunan sesebuah negara. Jadi, tanpa teknologi mustahil sesebuah negara dapat membangun dengan cepat dan baik kerana tanpa teknologi sudah pasti negara kita akan ketinggalan jauh ke belakang berbanding negara-negara lain yang semakin pesat membangun. Namun, dengan adanya teknologi juga, sesebuah negara boleh menjadi mundur bukan sahaja dari segi pembangunan negara malahan dari segi pemikiran dan akhlak masyarakatnya kerana penyalahgunaan teknologi boleh memusnahkan masa depan masyarakat dan juga negara dalam sekelip mata. Jelas sekali dapat digambarkan bahawa belia pada generasi masa kini akan menentukan arah tujuan pembangunan dan corak kepimpinan negara masa akan datang kerana mereka merupakan aset yang paling penting dan sangat bernilai bagi sesebuah negara untuk meneruskan

perjuangan bagi memartabatkan maruah bangsa, agama dan negara. Di samping itu, golongan belia dapat membangunkan dan memajukan negara agar dapat dikenali dipersada dunia. Tanpa teknologi, golongan belia pada masa kini tidak mungkin akan dapat merealisasikan matlamat mereka serta kerajaan mahupun negara dalam mencapai wawasan 2020.

Friday, February 27, 2009 SEJAUHMANA TEKNOLOGI MASA KINI MEMBERI IMPAK KEPADA BELIA TERHADAP KEHIDUPAN MEREKA Alat komunikasi merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada zaman kini. Pembangunan sains dan teknologi membolehkan negara maju sepenuhnya di mana semua warganegara hidup dalam keadaan aman, selesa, bersih dan moden yang merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Hasil penerokaan dalam teknologi moden telah memberi kemudahan terhadap manusia untuk berhubung dan menyebarkan maklumat dengan pantas dan mudah ke seluruh dunia. Sistem media masa di pelopori oleh kuasa Barat di dalam penyiaran maklumat terkini. Pengaruh media Barat yang luas telah menimbulkan kesan-kesan yang positif dan negatif terhadap pelbagai golongan masyarakat dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.

Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenisasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi bukan saja didominasi oleh ekonomi tetapi juga merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city culture) menurut landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagai medan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.

Media Barat banyak memainkan peranan di dalam memberikan pengaruh terhadap masyarakat dunia tanpa batasan sama ada sosial, budaya, bangsa dan agama dalam menyalurkan nilai-nilai Barat terhadap masyarakat dunia terutamanya golongan remaja dengan unsur-unsur perilaku negatif. Sifat ingin tahu manusia turut menyumbang kepada pengaruh dan mengikut arah aliran Barat, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tatu dan masalah gejala sosial yang lebih serius. Belia menjadi semakin individualistik dan materialistik. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat. Contoh tradisi yang semakin pupus yang boleh dilihat ialah dalam urusan kendurikendara. Mayarakat kini lebih menggunakan katering, manakala peralatan sama ada disewa atau dibeli. Kebanyakan masyarakat ketika ini juga bersikap 'materialistik' untuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Media Massa - Media massa merupakan sumber maklumat yg cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melaluinya, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk semua peringkat umur. Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan menuruti hal yang dilihat di sekeliling mereka seperti paparan adegan-adegan negatif dari filem barat.

Internet - Melalui internet, masyarakat akan lebih mudah terpengaruh dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam internet yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif. Institusi Kekeluargaan Yang Goyah - Dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa yang diluangkan untuk keluarga sangat terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekurangan kasih sayang. Cara Berpakaian - Pakaian golongan muda kini cukup memalukan dan bertentangan dengan cara berpakaian adat Timur. Ini sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam.

Namun begitu, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi juga turut menyumbang kepada pelbagai kebaikan dan memberi kesan yang positif seperti :

Menjadikan teknologi maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Menyedarkan dan menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju. Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional. Mendekatkan dunia dengan banyak cara perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pergerakan merentas sempadan yang semakin bebas dan rangkaian media global yang merebak. Interaksi antara negara dan masyarakat juga semakin kerap dan melebar berbanding dahulu. Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) berperanan penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara.

Oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya untuk menolak sebarang bentuk teori atau pandangan yang berbentuk andaian atau agakan yang tidak tepat, tidak logik dan bertentangan dengan kefahaman umum. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini-sebab kejahilan kamu mengenainya-sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah dilakukan. (Surah al-Hujarat, 49: 6)