Anda di halaman 1dari 3

HAK BELAJAR , HAK KAMI

Saya nak memasukkan aduan saya dalam etika staf tapi tak jumpa ptj. Jadi saya masukkan dalam ptj tak pasti. Ini aduan saya. Saya menggunakan perkhidmatan bilik 24 jam dari pukul 9.00 malam 4.10.2012 menjangkau 2.30 pagi 5.10.2012. Ramai pelajar Diploma yang membuat kumpulan perbincangan untuk menghadapi peperiksaan. Saya merasa gembira kerana pelajar telah manfaatkan kemudahan di universiti untuk tujuan pembelajaran tanpa had masa dan berlumba-lumba membaiki diri mengejar kejayaan. Pada lebihkurang 1.30 pagi, seorang lelaki berbaju biru dengan vest hijau memasuki bilik tersebut, mundar-mandir. Kemudian ada jeritan di ruangan sebelah kanan sebelum lelaki tersebut kembali ke ruangan tempat saya. Kemudian dari jauh lelaki tersebut menjerit mengarahkan dua pelajar siswi di bahagian saya berpindah ke ruangan sebelah kanan. Pelajar siswi tersebut berkata, kami belajar, esok nak exam. Jawapan ini dibalas dengan kasar oleh lelaki tersebut. Akhirnya siswi-siswi itu kemas-kemas dan terus balik. Dalam mengemas tu siswi tersebut sempat bertanya rakan-rakannya habis tu kita nak belajar kat mana? menunjukkan semangat yang kuat untuk menimba ilmu. Saya berasa amat sedih anak Melayu diperlakukan oleh bangsa sendiri. Langkah ini diikuti oleh beberapa kumpulan sehingga lengang bilik 24 jam tersebut dan kedengaran pintu bilik 24 jam dihempas dengan kuat. Melepaskan perasaan anak muda yang protes, marah dan malu diperlakukan begitu oleh pegawai keselamatan universiti. Adakah ini penyuburan budaya ilmu mengikut kehendak universiti? Belum cerita budaya penyelidikan, budaya eksplorasi dll. Memang sekuriti tu gembira melihat bilik 24 jam yang hampir kosong tu. Tetapi natijahnya, hampir kosong bilik 24 jam itu petanda jelas manifestasi hati sekuriti tersebut yang tidak cintakan ilmu dan tidak gembira apabila ada orang menuntut ilmu. Isu : NOTIS PENGASINGAN GENDER selepas 11.00 malam di bilik 24 jam. Pesoalannya: 1. Perlu ke peraturan ni berkuatkuasa? Setakat mengasingkan itu jelas. Siswa ruangan A, Siswi ruangan B. Kalau untuk jamuan makan memang sesuai sebab kalau disatukan siswi malu nak makan depan siswa. Tapi untuk belajar, perlu ke? Saya kemukakan alasan keperluan belajar.

A. RAKAN SEKURSUS. Pelajar belajar dengan rakan sekursus atau sejurusan dengan mereka. Sekiranya diasingkan mengikut jantina, adakah jantina yang sama itu sekursus dengannya atau boleh membantunya? B. KECERDASAN PELAJAR. Kecerdasan pelajar adalah mengikut kebolehan individu. Tidak ada kajian mengatakan jantina yang sama mempunyai kecerdasan yang sama. Mereka saling memerlukan untuk berbincang, belajar dan bertukar-tukar ilmu. Sekiranya pelajar berlainan jantina diasingkan, bagaimana pemindahan ilmu berlaku? 2. Adakah tarikh penguatkuasaan dilakukan dalam tempoh yang sesuai atau tergesagesa? Penguatkuasaan peraturan ini dilakukan pada minggu peperiksaan pelajar diploma di mana pelajar perlu sangat berbincang untuk memahami dan membantu satu sama lain dalam pelajaran. Mengapa perlu tergesa-gesa? Tunggu selesai peperiksaan diploma, baru dikuatkuasakan. Tindakan tergesa-gesa universiti ini seperti mensabotaj pelajar diploma yang sedang dalam minggu peperiksaan. 3. Adakah pengasingan ini menyelesaikan masalah pelajar atau menambahkan lagi masalah? Untuk makluman, NOTIS PENGASINGAN GENDER selepas 11.00 malam ini peraturan baru. Pelajar perlu masa membiasakan diri. Oleh itu tak perlu hendak menggunakan pendekatan jerit-herdik untuk menakutkan pelajar dan menunjukkan kuasa sangat. Selain itu, apa pandangan pelajar antarabangsa dengan peraturan ini? Ini bukan masjid atau surau, tempat solat mengikut gender. Bukan bilik air, siswi masuk bilik air wanita dan siswa masuk bilik air lelaki. Ini bilik terbuka untuk belajar menambah ilmu sehingga pandai. Jadi apa salah siswi tu? Dia cuma belajar secara berkumpulan. Belajar dalam kumpulan merupakan teknik belajar yang telah lama diterapkan di sekolah-sekolah dan menjadi amalan menguasai sesuatu topik dan pembelajaran. Tiba-tiba di universiti teknik ini menjadi jenayah besar pula. Ini universiti, bukan penjara. Pelajar perlu tempat untuk berbincang dengan rakan mengenai pelajaran; menjelaskan yang kusut, mengingatkan yang lupa, mengukuhkan ingatan. Belajar sehingga pandai tanpa had adalah idaman mereka. Sebab itu pukul 1.00 pagi masih ramai pelajar di bilik 24 jam, belajar tanpa jemu. Di universiti, bilik 24 jam patut dianggap kawasan neutral untuk pembelajaran. Apa yang pihak universiti takut dengan pelajar dalam bilik 24 jam ini sedangkan bilik ini mempunyai kamera CCTV yang boleh dikawal di bilik gerakan? Kalau berlaku perkara yang tidak diingini dan mencurigakan, pegawai keselamatan dapat bertindak pantas. Pelajar pun rasa selamat berada dalam kawasan universiti. Masalahnya kedatangan pegawai keselamatan pagi itu bukannya sebab berlaku pergaduhan, kecurian atau laku musnah harta universiti, cuma nak halau pelajar je.

Agaknya ini KPI unit keselamatan UTHM. Generasi Y sekarang ni sangat nekad. Hempasan pintu yang dilakukan adalah luahan hati protes terhadap univerisiti. Nak jadi apa, jadilah, aku tak peduli. Sekiranya sekatan ini diteruskan, pelajar tentu mengambil alternatif lain, belajar di kedai makan AZHAR, Mc Donald, rumah sewa berlainan jantina atau hotel hotel untuk kemudahan wifi, sedangkan bilik 24 jam UTHM pun ada. Kenapa perlu cari kat luar? Jawapannya kat bilik 24 jam berlaku pengasingan jantina, tak boleh berbincang dan kena jerit-herdik dengan sekuriti. Akhirnya berlaku zina, LGBT, mengandung anak luar nikah dan pembuangan bayi melibatkan siswa siswi UTHM, selesai ke masalah atau tambah masalah? Saya mencadangkan pengasingan ruangan siswa dan siswi di bilik 24 jam selepas 11.00 malam dibatalkan. Tujuan pelajar datang ke bilik 24 jam hingga lewat pagi adalah untuk belajar, berbincang, membuat tugasan, sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Pemantauan boleh dibuat oleh CCTV di dalam bilik 24 jam tersebut dan CCTV lain sekitarnya. Belajar itu bukan jenayah tetapi satu anugerah. Sila hormati hak pelajar iaitu belajar. Akhir kata "kami nak belajar di UTHM, HAK BELAJAR, HAK KAMI."