Anda di halaman 1dari 17

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

4 MAZHAB U TA M A
PERENIALISME ESENSIALISME

TRADISIONAL

PROGRESIVISME REKONSTRUKSIONISME

MODEN

PERENIALISME
BERASASKAN PEMIKIRAN ARISTOTLE DAN PLUTO. BERPERDAPAT KEBENARAN ADALAH SEJAGAT DAN TIDAK BERUBAH DARI SATU GENERASI KE GENERASI YANG BERIKUTNYA.

TUJUAN PENDIDIKAN MENCARI KEBENARAN YANG BERKEKALAN SEPANJANG PERADABAN MANUSIA.


ILMU YG. TERKUMPUL DIJADIKAN ASAS. LATIHAN UTK. MEMPERKEMBANGKAN MENTAL MANUSIA

PERENIALISME
KURIKULUM : SAMA UTK. SEMUA PELAJAR BERPUSATKAN M/PELAJARAN KESUSASTERAAN, KEMANUSIAAN, BAHASA, SEJARAH & MATEMATIK GURU ORANG YG. BERAUTORITI DLM. BIDANGNYA.

ESENSIALISME
TOKOH WILLIAM BAGLEY, THOMAS BRIGGS & FREDERICK BREED.

TUJUAN PENDIDIKAN MENYAMPAIKAN WARISAN BUDAYA DAN SEJARAH YANG TERKUMPUL DAN BERKEKALAN BUAT SEKIAN LAMA. PENDAPAT ILMU PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI & SIKAP ADALAH PENTING UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA GENERASI MUDA.

ESENSIALISME
KURIKULUM : BERPUSAT MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH FOKUS KEMAHIRAN 3M SEKOLAH MENENGAH FOKUS TERHADAP M/PELAJARAN MATEMATIK, SAINS, BAHASA, KESUSASTERAAN & ILMU KEMANUSIAAN. PERANAN GURU PENTING PAKAR DLM. SEMUA BIDANG DAN ROLE MODEL

PROGRESIVISME
PELOPOR CHARLES PIERCE, WILLIAM JAMES & JOHN DEWEY. MELETAKKAN PERSEKITARAN DAN MANUSIA SEBAGAI FAKTOR PENTING DLM. PEMBENTUK GENERASI MASA DEPAN. KURIKULUM : FOKUS M/PELAJARAN SAINS SOSIAL & MERENTAS DISIPLIN.

PROGRESIVISME
MURID ORANG YG. MAMPU MENGENAL PASTI KEPERLUAN DAN MINAT SENDIRI. GURU : FASILITATOR

REKONSTRUKSIONISME
PELOPOR GEORGE COUNTS & HAROLD RUGG. MEMBERI PERHATIAN TERHADAP PEMBENTUKAN SEMULA MASYARAKAT PERUBAHAN & REFORMASI SOSIAL. TUJUAN PENDIDIKAN MENYEDARKAN PELAJAR TENTANG MASALAH SOSIAL, EKONOMI & POLITIK.

REKONSTRUKSIONISME
KURIKULUM DISEDIAKAN MENGANDUNGI MASALAH SOSIAL, EKONOMI & POLITIK. PERANAN GURU PEMBIMBING PERANAN SEKOLAH AGENSI UTAMA DLM. PEMBINAAN SEMULA MASYARAKAT.

FALSAFAH ISLAM
Falsafah dalam Islam adalah berteraskan kepada ketetapan Allah swt. Falsafah bermaksud penaakulan bijaksana untuk mencari kebenaran dan kebenaran itu perlulah diamalkan. Kebenaran hendaklah menjadi amalan dalam setiap aktiviti kehidupan manusia agar hidup bermakna dan mendapat kebaikan.

Dari sudut metafizik - kewujudan alam dan makhluknya adalah berdasarkan ketentuan Allah swt. Setiap yang berlaku boleh dirujuk kepada al-Quran atau wahyu Allah swt. Epistemologi dalam falsafah Islam menjadikan ilmu wahyu sebagai sumber utamanya kerana keterbatasan kemampuan akal manusia

sudut aksiologi, nilai adalah bersifat mutlak. Suatu nilai yang baik adalah seperti yang telah ditentukan oleh Allah swt dan nilai ini kekal dan tetap tanpa mengira masa dan tempat. Nilai seperti ketentuan Allah swt adalah tidak bertentangan dengan penerimaan akal manusia.

Dari segi logik - manusia boleh menggunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik dan rasional, namun manusia tidak boleh menggunakan pemikiran logik semata-mata. Setiap tindakan hendaklah merujuk kepada konsep ketuhanan kerana pemikiran logik manusia adalah terbatas walau sebijak mana sekalipun seseorang itu.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al -Quran. Pernyataannya seperti berikut: Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA


salah satu aspek penting yang diberi perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dengan tiga kaum utama yang ada iaitu Melayu, Cina dan India.

Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA


Ekoran peristiwa 31 MEI 1969, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima prinsip seperti berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA MALAYSIA


Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.