Anda di halaman 1dari 26

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

PLEASE WAIT

START

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Kegagalan membantu pelajar mencari hubungkait:


Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Antara sekolah dengan dunia luar Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yg lain Antara pengetahuan lepas dengan pengetahuan baru.

Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini?

PENGENALAN

KELEMAHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

TEORI PEMBELAJARAN

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

KONTEKSTUAL
CARA MELAKSANAKANNYA

KEPENTINGAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM P&P

CARA MELAKSANAKAN

PENGENALAN
Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.

Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Kontekstual membawa pengertian yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung .

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?


Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit melalui aktiviti hands-on dan minds-on.

Pengalaman Harian Individu

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

PERSEKOLAHAN

Apakah pandangan tokoh-tokoh tentang pendekatan pembelajaran kontekstual?

Pengajaran kontekstual dapat menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, di mana proses interaksi berlaku di antara pelajar dengan pelajar yang lain berkenaan isi pelajaran. Situasi pengajaran di kelas juga disimulasikan sebagai tempat kerja yang akan dilalui oleh pelajar setelah dewasa. Pelajar juga disediakan dengan aplikasi amali untuk dipelajari (HullD.,1995).
Menurut kajian selidik yang dibuat oleh John W. Wilkinson, kebanyakan guru menyatakan bahawa pembelajaran melalui pendekatan kontekstual lebih releven kepada kehidupan sebenar pelajar menyebabkan pelajar lebih memahami konteks pembelajaran mereka

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pembelajaran

hanya

berlaku

apabila

pelajar

dapat

memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pengetahuan baru

Pengetahuan sedia ada

KEPELBAGAIAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


Kepelbagaian persekitaran pembelajaran membantu dalam menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Psikologi Budaya Fizikal

Bilik Darjah Kehidupan Seharian

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL (Hull D., 1997).

R E

RELATING (MENGHUBUNGKAIT) Menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup

EXPERIENCING (MENGALAMI) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.

A C T

APPLYING (MENGAPLIKASI) Menggunakan pengetahuan atau informasi dalam situasi lain COOPERATING (BEKERJASAMA) Belajar secara bekerjasama, berkomunikasi dan memberi maklum balas Transfering (Memindahkan) Belajar dalam konteks sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui.

RELATING (MENGHUBUNGKAIT)
Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar.

Membolehkan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian

EXPERIENCING (MENGALAMI)
Guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta (Wan Absah Wan Kadir,1997).

Pelajar dapat melibatkan diri dengan uji kaji secara menyeluruh dan membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas.

APPLYING (MENGAPLIKASI)
Guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi dalam alam pekerjaan pada masa akan datang.

Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar

COOPERATING (BEKERJASAMA)
Pelajar boleh berkongsi pengetahuan, memberi respons dan berkomunikasi antara satu dengan lain.

Contoh: Guru membahagikan pelajar ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu yang di mana setiap ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai tahap kecerdasan. Justeru itu aktiviti yang dianggap kompleks dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat

TRANSFERING (MEMINDAHKAN)
Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan dalam kaedah pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik.

Contoh: Pelajar dapat mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Pelajar boleh memindahkan pengetahuan bahawa segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan

STRATEGI HIBRID C-C


Constructivisme dan Contextual. Model konstruktivisme yang digunakan terdiri daripada lima fasa iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan renungan kembali (Needham, 1987). Sementara dalam pengajaran secara kontekstual pula terdapat lima ciri iaitu perkaitan, pengalaman, aplikasi, kerjasama dan pemindahan (Hull D., 1997). Penggunaan strategi HIBRID C-C membolehkan pelajar membina kefahaman mereka sendiri mengenai sesuatu perkara menerusi persepsi dan pengalaman serta pengetahuan sedia ada dan melibatkan individu menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar.

BAGAIMANAKAH CARA MELAKSANAKANNYA?

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi strategi berikut:

MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar IMBASAN KEMBALI DAN PENILAIAN Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan

PEMAHAMAN Penerangan konsep dan perbincangan kelas


KEMAHIRAN APLIKASI
Aktiviti Hands-On Penyelesaian masalah

MERASA Pembelajaran secara konkrit

MELAKUKAN

Gaya pembelajaran berkesan melalui:

MELIHAT

MEMIKIRKAN Pembelajaran secara abstrak

KEPENTINGAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL DALAM P&P


Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran

Pembelajaran menjadi semakin menarik Lebih releven kpd kehidupan sebenar pelajar

Dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

PELAJAR GURU

INDUSTRI

KELEBIHAN KEPADA PELAJAR


Dapat mengaitkan ilmu pembelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Berupaya memindah kemahiran dengan mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Dapat mengaitkan ilmu pembelajaran dengan pengalaman harian Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit

Belajar secara bekerjasama

KELEBIHAN KEPADA GURU


Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya Dapat menjadi penhubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri

Guru

KELEBIHAN KEPADA INDUSTRI


Tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan

Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

KELEMAHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Sukar untuk memindahkan konsep kepada konteks yang lain kerana ia memerlukan penerangan yang jelas.

Cara pembelajaran mengambil masa yang lama

Anda mungkin juga menyukai