Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Fonetik

Kaedah fonetik merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara hurufdengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Penggunaan kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanakkanak peringkat ini, malah menyusahkan kerana lambat untuk menguasainya, mengelirukan dan membebankan memori mereka.

Konsep kaedah fonetik


Membaca mengikut kaedah fonetik memerlukan seseorang murid itu bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh menyebutnya dengan baik serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lama. Seterusnya mereka perlu kena huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang dilafazkan. Lazimnya seorang kanak-kanak yang normal boleh mengecam dan membezakan bunyi dan bentuk seawal usia tiga tahun. Penggunaan teknik yang betul membolehkan kanakkanak mengenal bunyi dan mengaitkannya dengan bentuk huruf yang ditunjukkan kepada mereka dengan cepat dan pantas. Mereka juga dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan dengan itu, apabila anakanak melihat huruf ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii(iaitu bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai). Satu lagi teknik mengajar bunyi yang boleh diperkenalkan guru adalah menggunakan asosiasi, iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Contoh asosiasi bunyi; untuk membunyikan aa, guru bolehlah mengaitkannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku di persekitaran murid-murid seperti terkena makanan panas, iaitu melalui jeritan aaaaaa panasnya, bunyi ee dikaitkan dengan rasa gelid an jijik melihat kotoron, iaitu eeeeeeee kotornya atau bunyi oo dikaitkan dengan bunyi ooooooo macam tu sebagai tanda setuju terhadap sesuatu tindakan yang disenangi dan sebagainya. Manakala asosiasi gambar pula, guru bolehlah menggunakan kad imbasan seperti gambar ayam untuk bunyi aa, gambar emak untuk bunyi ee dan sebagainya. Melalui teknik asosiasi ini, murid-murid dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Guru juga tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekali gus tetapi memadai dengan beberapa bunyi asas dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf

konsonan dengan huruf vocal, maka wajarlah bunyu-bunyi a, i, u diperkenalkan terlebih dahulu. Hal ini kerana, a, i, u lebih banyak penggunaannya berbanding e, dan o. Manakala bunyi-bunyi konsonan yang perlu diperkenalkan dahulu dan mudah ialah seperti k, s, t, d, r, l, m, g dan n. Justeru, guru perlu perkenalkan bunyibunyi yang senang disebut oleh murid-murid terlebih dahulu berbanding bunyi sukar.

Kelebihan
Ada empat kelebihan guru menggunakan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu: a) Murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi. b) Mengurangkan bebanan kepada memori murid-murid. c) Tidak perlu perkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekali gus. d) Penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepat proses mengingat.

Kelemahan
Ada empat kememahan kaedah fonetik,iaitu: a) Tidak sesuai untuk murid-murid slow learner. b) Sesuai untuk murid-murid pandai. c) Murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca. d) Murid perlu mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. e) Hanya sesuai untuk murid-murid yang telah mahir menyebut dan boleh mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Anda mungkin juga menyukai