Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN TEKNIK DAN STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2 EKONOMI ASAS SPM 1) Kertas 1 : 3757/1 Soalan Objektif : 40 soalan Masa

asa : 1 Jam 15 minit ( 1 soalan = 1.8 minit ) bentuk soalan : (a) aneka pilihan (b) aneka pilihan pelengkap (c) pilihan betul-salah (d) soalan pengiraan Wajaran konstruk pengetahuan dan kefahaman 60% - Kemahiran 40 % Cakupan konteks Semua bab Ting. 4 dan 5 Aras kesukaran R : S : T = 5 :3 : 2 Alatan Tambahan Kalkulator saintifik

(a) Bentuk soalan aneka pilihan

Gambar 1 menunjukkan satu contoh kumpulan barang dalam ekonomi

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri kumpulan barang tersebut? A Kos lepas sifar B Penawaran tidak terhad C Dikeluarkan oleh kerajaan D Dikenakan bayaran

Apakah masalah asas ekonomi yang sedang difikirkan oleh petani tersebut? A Apa barang yang hendak dikeluarkan B Untuk siapa barang tersebut dikeluarkan C Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan D Bagaimana barang tersebut hendak dikeluarkan

(b) Aneka pilihan pelengkap

Antara berikut, yang manakah cara kerajaan memperoleh pinjaman dari luar negara? I. Menerbitkan sijil pelaburan II. Membuat pinjaman projek III. Menerima kredit pembekal IV. Menerbitkan bil-bil perbendaharaan A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV (c) Pilihan betul-salah I Keanjalan harga penawaran tidak anjal apabila pekali keanjalan lebih daripada satu II Penawaran komoditi kelapa sawit adalah tidak anjal Soalan 2 I Pinjaman kerajaan bertujuan untuk Soalan 1 menampung kekurangan hasil negara. 1

II Pinjaman kerajaan diperoleh daripada sumber dalam negeri dan sumber luar negara. Soalan 3 I Tabungan di bank perdagangan memberi pulangan yang lebih tinggi daripada pelaburan. II Tabungan di bank perdagangan lebih berisiko daripada membuat pelaburan.

Soalan 4 I Beban cukai pendapatan syarikat boleh dipindahkan kepada pelanggan syarikat. II. Semua syarikat berhad dikenakan cukai pendapatan syarikat sama ada memperoleh keuntungan atau kerugian

(d) Soalan Pengiraan -PELAJAR PERLU INGAT RUMUS PENGIRAN

Contoh soalan kos purata:

Maklumat di atas menunjukkan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sebuah firma. Hitungkan jumlah keluaran firma tersebut. A. 50 unit C. 200 unit B. 150 unit D. 400 unit

Berdasarkan rajah di atas, jika tingkat harga berubah 50%, kira keanjalan harga permintaan barang tersebut. A. 2.8 C. 1.16 B. 1.42 D. 0.7 2

Kertas 2 : 3757 / 2

1. Soalan esei : 6 soalan - jawab 4 (100 MARKAH) Bahagian A : 5 soalan - jawab 3 Bahagian B : 1 soalan wajib ( situasi ) 2. Masa : 2 Jam (30 minit setiap soalan ) Setiap soalan 25 minit 3.Wajaran konstruk - pengetahuan dan kefahaman = 20% - Kemahiran = 75% - Nilai = 05% Aras Kesukaran -R:S:T = 5:3:2

markah ( 25

Untuk mendapat markah yang BAIK, calon mestilah: MEMAHAMI : FAKTA-FAKTA PENTING / FORMULA yang terdapat dalam setiap bab Pemilihan soalan Kertas 2: Membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting. Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dan dapat memberikan fakta yang banyak berdasarkan peruntukan markah. Elakkan membuang masa dengan memilih soalan yang salah. Jika boleh menjawab - > 4 soalan sebagai altenatif bagi jawapan yang anda rasa tidak memuaskan. Semua jawapan akan diperiksa - hanya 4 soalan yang mendapat markah terbaik akan dipilih MEMAHAMI KATA TUGAS

KATA TUGAS ialah kata kerja (selalunya pada awal soalan) yang memberikan arahan
bagaimana dan skop soalan itu

Kata tugas yang berlainan berfungsi untuk mengukur kemahiran yang berlainan pada calon. Oleh
itu, memerlukan teknik menjawab yang berlainan juga.

Kata tugas yang biasa digunakan ialah:o o o o o o o o o Namakan Nyatakan Apakah Terangkan Lengkapkan Bandingkan Hitungkan Huraikan Bincangkan

Tugas calon ialah mengenal pasti Kata Tugas dalam soalan dan kemudian memberikan jawapan
yang menepati arahan atau kehendak Kata Tugas

Kata Tugas Bandingkan

Makna Perlu menyatakan persamaan dan perbezaan antara 2 atau lebih perkara Nota: 1. Jawapan lebih banyak tertumpu kepada aspek perbezaan dan memadai hanya menyatakan 1 atau 2 persamaan shj. 2. Jika tidak menyatakan persamaan, pelajar tidak akan mendapat markah penuh untuk soalan tersebut Menyatakan kelainan/ ketidaksamaan antara 2 atau lebih perkara Cara jawab perbezaan boleh guna 3 cara: Guna jadual atau bentuk T Beri perbezaan setiap isi penting secara perenggan demi perenggan

Contoh Soalan Bandingkan cukai langsung dengan cukai tidak Langsung. (4 markah) Jawapan: * Persamaan * Perbezaan

- 1 markah - maksimum 3 markah

Bezakan

Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat (SPM 2007 No.1 (d)

Apakah / Nyatakan / Berikan / Senaraikan Tunjukkan

Hurai semua isi bagi satu persoalan dan diikuti dgn semua isi bagi persoalan kedua . Memberi maklumat yang khusus atau spesifik. . Tidak perlu memberi penjelasan / penerangan lanjut . Calon hanya perlu memberi jawapan ringkas

Apakah sistem ekonomi X. [SPM 2007] Nyatakan 5 ciri wang yang baik.[SPM2004]

Memperkenalkan sesuatu secara ringkas atau secara kasar Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab. Menulis fakta-fakta penting mengenai sesuatu perkara secara ringkas Melukis atau membentuk jadual, graf atau keluk yang dilabelkan dengan betul. Memberikan penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami.

Terangkan

Tuliskan catatan ringkas Lukiskan/ bentukkan Jelaskan

Tunjukkan bagaimana keluk penawaran pasaran boleh diperoleh daripada kelukkeluk penawaran individu Terangkan 3 faktor yang menjelaskan peralihan keluk permintaan ke kiri. (SPM 2007 N0.3a Tuliskan catatan ringkas mengenai: (a) Imbangan perdagangan (b) Imbangan pembayaran Bentukkan keluk permintaan pasaran dengan menggunakan jadual yang sesuai 1. Jelaskan 5 ciri barang ekonomi.(SPM 2007) 2. Jelaskan maksud rizab tunai dan rizab berkanun.(SPM 2008) Huraikan 2 ciri lain sistem ekonomi campuran. [SPM2007) Huraikan tiga jenis wang yang terdapat dalam ekonomi. [SPM2008] . Mengapakah pertukaran barang antara Abu dan Sulaiman tidak berlaku.(SPM2007)

Huraikan

Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan lebih terperinci.

Mengapakah Namakan Tafsirkan Bagaimanakah Kirakan / Hitungkan

Memberi sebab-sebab untuk menyokong jawapan. calon hanya perlu memberi jawapan ringkas menerangkan maksud/sesuatu secara terperinci Memperihalkan / memberikan penerangan tentang cara/keadaan/langkah ( memberi fakta + huraian) Perlu formula, kaedah pengiraan serta jawapan

Kirakan pendapatan boleh cukai En Amir

CONTOH SOALAN ESEI BAB 2: PENDAPATAN INDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU (TINGKATAN 4)

1. a) Apakah yang dimaksudkan dengan penddapatan boleh guna? (5m) b) Jika En Amir hendak menghitung pendapatan boleh guna, bagaimanakah dia mengiranya? (14m) c) Bayaran pindahan ialah sebahagian daripada pendapatn individu. Terangkan maksudnya dan berikan empat contoh bayaran pindahan. (6m)
SKEMA PEMARKAHAN

Ceraian (a) pendapatan boleh guna ialah pennddapatan sebenar yang boleh digunakan oleh individu selepas ditolak potongan wajib. [2m] jenis-jenis potongan wajib [2m] (KWSP, CUKAI, ZAKAT DAN PERKESO) Dibelanjakan oleh pengguna untuk memuaskan keperluan dan kehendak [1m]

Ceraian (b) Pengiraan pendapatan boleh guna Encik Amir adalah seperti jadual di bawah:
RM i. Jumlah pendapatan RM 20 000[2m]

Jumlah pendapatan diperoleh daripada upah, faedah, sewa, untung dan bayaran pindahan. [1m] Caruman KWSP 11% daripada jumlah pendapatan pekerja [1m] Cukai pendapatan dapat dikira selepas ditolak jumlah pelepasan (diri sendirri, isteri dan anak, KWSP dan insurans) [2m] Zakat 2.5% dikenakan atas jumlah keuntungan atau nilai harta pendapatan Encik Amir yang beragama Islam [1m] PERKESO ditubuhkan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja swasta terhadap kejadian luar jangka seperti keilatan dan kematian
Ceraian (c)

Tolak: Potongan wajib Caruman KWSP Cukai pendapatan Bayaran zakat PERKESO ii. Jumlah potongan wajib iii. Pendapatan boleh guna

2 200 1 000 250 1 500 [3m]

4 950 [1m]

bayaran pindahan diberikan kepada individu yang tidak menyumbangkan apa-apa kegiatan pengeluaran. [2m] bayaran pencen dan ganjaran persaraan [1m] biasiswa [1m] skim bantuan buku teks [1m] wang pampasan

15 050 [2m]

GRAF/KELUK Aspek-aspek yang perlu ada: 1) Tajuk 2) Paksi Betul Dilabel 3) Skala paksi Julat betul Skala munasabah Skala dilabel lengkap Unit skala betul 4) Titik persilangan / koordinat betul 5) Garisan keluk Melalui titik koordinat Berkesinambungan Satu garisan

6) Kebolehan membuat tafsiran 7) Membuat analisis yang betul

KELEMAHAN-KELEMAHAN CALON EKONOMI ASAS (KERTAS2) 1. Jawapan yang ditulis tidak mengikut peruntukan markah yang diberi oleh soalan tersebut 2. Tidak menjawab semua ceraian-ceraian dalam satu-satu soalan yang menyebabkan kehilangan markah. 3. Tidak menjawab 4 soalan yang dikehendaki, sebaliknya hanya menjawab 2 atau 3 soalan sahaja. 4. Tersalah tafsir kehendak soalan. Jawapan terpesong dan tidak menjawab mengikut kehendak skema peperiksaan. 5. Tidak mengaitkan konsep dengan teori ekonomi. Jawapan terlalu umum dan kurang jelas 6. Calon kurang mahir menggunakan dan menerangkan formula serta keluk-keluk dalam jawapan mereka 7. Kurang fakta jawapan terlalu ringkas dan huraian kurang lengkap, terutamanya untuk soalan jenis huraian dan terangkan. 8. Bagi soalan perbezaan atau perbandingan, calon kurang mahir membandingkan dua perkara serentak 9. Calon mencampurkan ceraian-ceraian dalam soalan yang berbeza 10. Calon menjawan keenam-enam soalan. Ini membuang masa dan menyebabkan jawapan erlalu ringkas 11. Tidak cekap membahagikan masa untuk setiap soalan. Sepatutnya pemberatan masa adalah mengikut markah yang diperuntukkan. 12. Membuat pilihan yang kurang bijak menjawab soalan yang kurang difahami 13. Tidak mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. Contoh-contoh adalah penting dalam keadaan tertentu 14. Rajah tidak lengkap. Tiada kemahiran berfikir. Kata kunci soalan tidak difahami. Calon tidak mampu berfikir bagi soalan dua lapis. STRATEGI MENJAWAB SOALAN KERTAS 2 EKONOMI ASAS 1. Baca semua soalan (6 soalan) dengan teliti sebelum memilih 3 soalan (1 soalan wajib) yang hendak dijawab. 2. Pastikan setiap soalan dijawab dalam masa 30 minit. 3. Gunakan 2 atau 3 minit untuk merangkakan jawapan. Ini akan memastikan calon tidak tertinggal sebarang fakta penting. 4. Rangka jawapan itu juga akan membantu calon mengemukakan fakta-fakta dalam susunan yang baik 5. Jawap mengikut kehendak soalan. Menulis jawapan yang panjang lebar tetapi bukan dikehendaki oleh soalan tidak akan memberi markah tambahan 6. Sekiranya calon tidak dapat menghabiskan jawapan bagi satu-satu soalan dalam masa 30 minit, tinggalkan beberapa baris supaya calon dapat menghabiskannya jika ada masa. Calon dinasihatkan beralih ke seolan seterusnya. 7. Sekiranya calon tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan terakhir, calon bolehlah menjawab dengan hanya mencatat fakta-fakta penting dalam bentuk poin sahaja. 8. Jawapan yang diberikan haruslah dalam bentuk esei lengkap dengan beberapa perenggan. Setiap satu fakta boleh merangkumi satu perengggan. Calon boleh juga menulis nombor untuk mewakili setiap fakta. 9. Pendahuluan dan penutup tidak perlu jika soalan tidak berkehendakkannya 10. Elakkan daripada menulis jawapan yang tiada kaitan dengan soalan. Markah hanya diberi kepada isi-isi berkaitan sahaja. 11. Perhatikan perkataan-perkataan yang digunakan dalam soalan tersebut. Perketaan seperti terangkan, huraikan, bincangkan atau jelaskan memerlukan jawapan yang agak terperinci. 12. Jika jawapan memerlukan keluk, pastikan calon melebalkan paksi X dan Y dengan betul dan jelaskan nama keluk-keluk yang dilukis. 13. Pilih soalan yang memerlukan jawapan pendek dan ringkas jika calon tidak mempunyai maklumat lengkap untuk satu-satu fakta.

14. Elakkan memilih soalan yang memperuntuukakkan markah yang tinggi, jika calon kurang yakin / kurang fakta dan huraian seperti yang dikehendaki oleh soalan 15. Pastikan jawapan yang diberi adalah seimbang dengan markah yang diperuntuukan dan masa yang digunakan 16. Berikan contoh-contoh yang sesuai apabila perlu. Ini dapat membantu mengukuhkan jawapan soalan. 17. Jika soalan melibattkan pengiraan, tunjukkan formula yang digunakan dan langkah-langkah pengiraan yang jelas. SKEMA PEMARKAHAN

KONSEP 2. (a) apakah pendapatan boleh guna? [3m] Pendapatan boleh guna ialah jumlah pendapatan sebenar atau pendapatan boleh belanja oleh seseorang individu dari pendapatan yang diterima [1m] Setelah ditolak pelbagai potongan wajib seperti KWSP, cukai, zakat dan PERKESO. [1m] Pendapatan sebenar ini digunakan oleh seseorang individu untuk memperoleh barang dan perkhidmatan atau memuaskan keperluan dan kehendaknya. [1m]

4. (a)(i) Apakah wang? Wang adalah sebagai alat perantaraan atau media pertukaran yang diterima umum untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. [2m] Contoh-contoh wang ialah seperti wang kerttas, wang syiling dan wang logam [1m]

KUANTITATIF

2. Jaduak 1 menunjukkan pendapatan buruh, harga daging dan harga beras bagi tahun 1970 dan 1998. Tahun Pendapatan buruh Harga daging sekilogram RM2.50 RM12.00 Harga beras sekilogram

1970 1998

RM300 RM630

RM0.50 RM2.00

(a) Hitungkan pendapatan benar bagi tahun 1970 dan 1988 serta nyatakan rumusan anda. [4m] 1070 RM300 RM1.50 = 200 unit [1m]

1988

RM630 = 90 unit [1m] RM7 Pendapatan benar tahun 1998 lebih rendah / semakin sedikit / kurang daging dan beras yang dapat dibeli. [1m] Kadar peningkatan harga adalah lebih besar daripada kadar peninggkatan pendapatan. [1m]

PERBINCANGAN

2. (b) Dalam jadual di atas, buruh menerima pendapatan dalam bentuk upah. Adakah benar faktor buruh sahaja yang menerima peendapatan? Bincangkan. [13m] Jawapan: Tidak benar [1m] Tanah [1m] menerima pendapatan dalam bentuk sewa [1m] Bayaran yang diterima kerana menggunakan factor pengeluaran yang terhad penawarannya. [1m] Pembayaran ke atas penggunaan tanah yang dimiliki oleh orang lain. [1m] Factor modal [1m] menerima pendapatan dalam bentuk bunga/faedah [1m] Ganjaran yang diperoleh kerana menangguhkan perbelanjaan masa kini [1m] Pendapatan yang diperoleh kerana menyimpan modal wang di institusi kewangan [1m] Factor usahawan [1m] menerima pendpattan dalam bentuk untung [1m] Ganjaran yang diterima kerana menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan / menanggung risiko. [1m] Diperoleh apabila jumlah hasil melebihi jumlah kos [1m] Bayaran pindahan [1m] Ganjaran yang diterima oleh individu yang tidak menyumbangkan tenaga secara fizikal mahupun mental dalam bentuk proses pengeluaran [1m] Contoh: pencen yang diterima oleh pesara, biasiswa yang diterima oleh pelajar, wang saku isteri yang diberi oleh suami [1m] [4 fakta X 3M = 12 + 1M = 13M]

BANDING BEZA

1. (C) Bezakan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat CIRI-CIRI Hak milik sumber pengeluaran Pilihan SISTEM KAPITALIS/PASARAN Semua factor pengeluaran dan harta persendirian bebas dimiliki oleh individu dan sector swasta _ individu bebas membuat pilihan terhadap barangan dan perkhidmatan untuk memaksimumkan kepuasan. _ sector swasta bebas memilih untuk mengeluarkan barang yang meningkatkan keuntungan Keputusan ekonomi ditentukan oleh individu dan firma menerusi mekanisma harga pasaran Bermotifkan keuntungan maksimum dan kos minimum Wujud persaingan yang kuat dikalangan firma-firma untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan Tingkat harga umum tidak stabil/ditentukan oleh pasaran

[12m]

SISTEM PERANCANGAN PUSAT Semua sector pengeluaran dimiliki oleh kerajaan _ pengguna tiada hak memilih atau tidak bebas membuat pilihan kerana semuanya ditentukan oleh kerajaan _ sector swasta tidak bebas memilih untuk mengeluarkan barang kerana telah ditentukan oleh kerajaan Semua keputusan dan kegiatan ekonomi ditentukan oleh kerajaan Tiada motif keuntungan; bermotifkan kebajikan Tiada wujud persaingan antara firma dalam ekonomi Tingkat harga umum stabil dan dikawal oleh kerajaan

Keputusan ekonomi

Motif pengeluaran Persaingan

Tingkat harga

6x2 = 12 markah Pemberian markah adalah 2 atau 0

KELUK

3 (a) Berdasarkan jadual dibawah, lukiskan rajah keseimbangan pasaran di atas kertas graf dan jelaskan bagaimana titik keseimbangan dicapai. [12m

Jadual

Keluk

Skema: Rajah lengkap [4m] Penerangan Lebihan penawaran harga jatuh [2m] Lebihan permintaan harga naik [2m]

Keseimbangan permintaan = penawaran [2m] Menyatakan harga dan kuantiti keseimbangan [2m]

GAMBARAJAH 1. (b) dengan bantuan gambar rajah aliran, terangkan aliran fizikal dan aliran wang dalam ekonomi 2 sektor. [10]

PENDAPATAN FAKTOR (UPAH, SEWA, BUNGA & UNTUNG) FAKTOR PENGELUARAN (BURUH, TANAH, MODAL & USAHAWAN

ISI RUMAH [1M] FIRMA [1M]

BARANG & PERKHIDMATAN PERBELANJAAN

Aliran fizikal; Meliputi aliran factor-faktot pengeluaran; isi rumah menawarkan faktor2 pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan usahawan [1m] Meliputi aliran barang dan perkhidmatan: input2 digunakan oleh firma untuk menghasilkan output [1m]

Aliran wang; Meliputi aliran pendapatan dariapa penggunaan faktor2 pengeluaran seperti sewa, upah, untung dan faedah [1m] Meliputi aliran perbelanjaan pednggunaan isi rumah iaitu melalui pembelian barang2 dan perkhidmatan daripada pendapatan yang diperoleh [1m]

10

FAKTA

4. (a) terangkan ciri-ciri wang yang baik i) Diterima umum [1m]

[10]

Orang ramai yakin wang itu boleh ditukarkan dengan perkhidmatan / menjelaskan hutang [1m] [1m]

ii) penawaran terhad -

Wang yang beredar dalam pasaran dikawal oleh bank pusat dan tidak mudah dicetak sewenang-wenangnya [1m] [1m]

iii) Tahan lama -

Wang mestilah dibuat dari bahan yang tidak mudah rosak dan susut nilai untuk mempertahankan nilainya [1m] [1m]

iv) Mudah dibawa -

Wang mestilah ringan dan mempunyai saiz dan bentu yang mudah dibawa walaupun dalam kuantiti yang banyak [1m] [1m] [1m]

v) Keseragaman -

Wang mestilah mempunyai kualiti yang setara bagi wang yang sama nilainya [1m]

vi) Kestabilan nilai -

Nilai wang tersebut tidak mudah berubah-ubah dan dikawal oleh kerajaan [1m]

Pilih mana-mana 5 isi

KUANTITATIF

5. (a) Jadual 5 menunjukkan maklumat perdagangan antarabangsa sebuah negara dalam tahun 1998 Eksport/import Eksport sawit Eksport kayu balak Import jentera Import kereta Pindahan kredit Tambang dan insurans Pengakutan Perjalanan Pelancongan RM(juta) 500 600 300 400 -70 -590 -40 70 -110

11

Berdasarkan jadual 5, hitungkan: (i) (ii) Imbangan dagangan [3m] Imbangan akaun semasa [3m]

Jawapan: 5(a)(i) imbangan dagangan = eksport Nampak import Nampak [1m] = (eksport sawit + balak) (import jentera + kereta) = (RM500 juta + RM600 juta) (RM300 juta +RM400 juta) = RM1100 juta RM700 juta = RM400 juta {1m} [1m]

- TIADA RM (SALAH)

(iii)

Imbangan perkhidmatan = eksport tak Nampak import tak Nampak [1m] = tambang & insurans + pengangkutan + perjalanan + pelancongan = (-RM590 juta RM40 juta RM110 juta + RM70 juta) [1m] = - RM670 juta [1m] Imbangan akauan semasa = imbangan dagangan + imbangan perkhidmatan + pindahan bersih [1m] = RM 400 juta RM 670 juta [1m] =- RM270 juta [1m]

12

Anda mungkin juga menyukai