Anda di halaman 1dari 3

Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.

Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan. Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser. Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik). Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit. Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati . Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah. Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa. Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis. Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik. Mengurangkan berat badan dan mengecilkan perut. Bantu kesihatan dan kewangian mulut/gusi.

http://www.rawatanislam2u.com/2012/01/rahsia-penyembuhan-buah-lemon-1001.html Serai termasuk dalam golongan tumbuhan rempah di kalangan masyarakat Melayu, kerana ia digunakan secara meluas dalam masakan. Serai mudah ditanam dan tumbuh berumpun. Bahagian yang digunakan adalah bahagian pangkalnya. Baunya yang harum menyebabkan sesuatu masakan itu terasa lebih sedap. Dalam masyarakat Melayu, serai juga mempunyai fungsi dalam amalan perubatan tradisional. 1. Sesak Nafas. Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. 2. Memutihkan Gigi. Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. 3. Melegakan Pening dan Lesu. Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik (agen yang merangsang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan selera makan ), febrifuge (rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam ) vermifuj ( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai tonik dari rawatan imsonia . Buah longan juga boleh meningkatkan stamina kerana mempunyai sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asid tartaric. Bagi ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin dikatakan baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.

Lemon soda (Lemonade) Bahan-bahan ( Sekeluarga ) 3 biji lemon 500 ml air soda 200 ml air 150 gm gula Ketulan ais secukupnya

Cara-cara 1. 2. 3. 4. Masak gula dengan air, jadikan sirap(sejukkan sebelum digunakan) Perah Lemon untuk mendapatkan Jus. Campurkan air soda, jus lemon dan sirap mengikut kemanisan yang digemari. Hidangkan bersama ketulan ais dan hirisan lemon @ oren

Ketuk ubi Bahan-bahan: 450gm ubi kayu- potong 2 inci panjang, kupas kulit, dan rebus hingga empuk (belah dua jika ubi tebal dan besar) 1 1/2 cawan kelapa parut putih 1/2 cawan gula pasir 1 sudu teh garam

Cara membuatnya: 1. Toskan ubi kayu yang telah direbus tadi. Buang uratnya dan lecek halus. Ketepikan. 2. Campurkan kelapa parut dengan garam dan gula. gaul rata. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan ubi yang telah dilecek dan gaul dengan campuran kelapa hingga sebati. 3. Gunakan tangan untuk mengepal campuran ubi menjadi bulat sebesar bola ping-pong. Buat hingga habis. Ketepikan dulu atau simpan dalam peti ais. Bahan tepung untuk menggoreng: 4 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi 1 sudu besar tepung beras sedikit garam

*** bancuh tepung dengan air secukupnya. Adunan agak pekat sedikit daripada adunan ketayap. 1. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi ke dalam bancuhan tepung. Goreng seperti pisang goreng hingga keperangan.

Anda mungkin juga menyukai