Anda di halaman 1dari 11

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

Tajuk 1

PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

SINOPSIS Adakah anda tahu tentang definisi dan konsep disleksia? Anda akan dapat memahaminya dengan jelas jika anda mengikuti modul ini dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Di samping itu, anda juga dikehendakki membuat latihan dan tugasan yang di berikan bagi memantapkan penguasaan anda dalam bab ini

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan definisi dan konsep pengamatan 2. Mengenal pasti kepentingan pengamatan dalam pembelajaran. 1.0 1.1 Pengenalan PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA DAN DEFINISI

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dalam lexis yang bermaksud bahasa. Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataanperkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama
1

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut: Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006). Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
Latihan 1.1

Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri definisi yang diberikan oleh kedua dua pengarang buku tersebut. Adakah definisi yang di berikan sama dengan definisi yang ternyata di dalam modul ini. Jika ada kelainan sila nyatakan kelainan dalam definisi yang di berikan

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

Pastikan simber rujukan di senaraikan seperti, nama pengarang,nama buku,muka surat,nama penerbit serta tahun terbitan 1.2 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

Malaysia Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada 13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas arus perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004, oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Luar Negara Singleton (1999) telah menjalankan kajian berbentuk digit span tasks ke atas kanakkanak yang mengalami disleksia dengan sekumpulan kanak-kanak normal. digit span tasks yang digunakan oleh pengkaji merangkumi aktiviti mengulangi siri nombor yang di beri secara hafalan ke hadapan atau ke belakang. Selain itu, dapatan kajian David (2003) ke atas 184 orang kanak-kanak disleksia juga di dapati menunjukkan ciri-ciri persamaan dengan kenyataan Singleton (1999) dan Riddick,Wolfie, serta Lumsdon (2002) iaitu pelupa,gagal mengikuti satu siri arahan

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

yang diberi, kesukaran untuk mengingati nama rakan, rima lagu, sifir dan apa apa informasi. Dr William Pringle Morgon telah menghasilkan sebuah artikel perubatan pertamanya yang berjudul A case of congenital word-blindness di English School Physician pada tahun 1896 (Critchley,1970). Artikel beliau telah menerangkan kesukaran mengeja yang berpunca daripada masalah perkembangan left angulargyrus yang di hadapi oleh individu kajiannya yang di anggap bijak dan berbakat tinggi dalam bidang sukan. Keadaan in telah diistilahkan sebagai disleksia perkembangan (Khadijah,1998) Tokoh-Tokoh Luar Negara Samuel.Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of Dyslexia (strephosymbolia). Pada tahun 1926,beliau telah melakukan pembentangan mengenai Interpretation of Developmental Reading Disability to The American Neurological Association.Di Amerika, Samuel Torrey Orton (1937) : berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa pesakit baliau selain memfokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan mendapati terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan faktor lain, seperti penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga mencadangkan teori strephosymbolia yang memfokus pada terbalik huruf atau perkataan dan beliau mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai kekurangan persepsi visual pada huruf, berkemungkinan berpunca dari ketidakfungsian otak (dalam Javier Gayan Guardiola 2001). Samuel.Orton juga mencadangkan teori strephosymbolia yang memfokus pada terbalik huruf atau perkataan. Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman, telah menulis dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak disleksia,
4

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

yang bertajuk (1946): Remedial Training for Children with Specific Disability in Reading, Spelling and Penmanship. Tokoh-tokoh Malaysia Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ seseorang Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000). Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting. Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga menyatakan bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali dititikberatkan oleh guru. Contohnya menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8 September 2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.
Latihan 1.2

Terdapat pelbagai tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan di dalam perkembangan disleksia.Selain daripada tokoh tokoh yang telah di sebutkan di atas sila perkenalkan beberapa orang tokoh dan institusi yang terdapat dlm negara dan luar negara dan terangkan peranan/ sumbangan mereka terhadap bidang disleksia.

1.3

FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; Keturunan atau genetic Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turuntemurun Congenital Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
6

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum Perkembangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanakkanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia Pemakanan Pemakanan adalah penting untuk pertumbuhan yang normal. Pemakanan yang cukup dan seimbang mestilah dapat membekalkan kalori yang mencukupi, di samping bahan-bahan makanan yang tertentu seperti protein, vitamin, zat galian(mineral) dan sebagainya. Bekalan kalori yang cukup bergantung pada fasa pertumbuhan kanak kanak. Sekiranya pemakanan tidak mencukupi semasa peringkat kanak-kanak sedang membesar dengan pesat, pertumbuhan akan terencat (Bernet,2005). Contohnya,kanak kanak pada tahun pertama dan remaja yang sedang mengalami pertumbuhan pada kadar yang pesat mesti mendapat bekalan kalori yang mencukupi ada fasa pertumbuhan yang lain. Tanpa bekalan kalori yang mencukupi pada fasa pertumbuhan cepat ini, proses pertumbuhan akan terganggu. Daripada jumlah 105 kanak-kanak yang diukur antropometri, hanya terdapat separuh daripada golongan tersebut mempunyai masalah pemakanan di awalnya.
Latihan 1.3

Rujuk kepada buku disleksia yang lain,rumuskan mengenai faktor-faktor berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai faktor faktor tersebut. Jangan lupa- seorang guru profesional tidak akan lupa memberi sumber rujukannya. Adakah anda seorang guru profesional?

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

1.4

JENIS JENIS DISLEKSIA

Congenital Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum Perolehan Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang di alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu : I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang menyebabkan makna berubah II. III. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan bukan perkataan Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama Perkembangan Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti
8

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan genetik. Berbagai genetik sudah ditemui merupakan penyebab disleksia.Individu disleksia, genetiknya tersindiri mengalami gangguan.Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di pusat bahasa terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi dengan perkembangan pada pusat lainnya.
Latihan 1.4

Terdapat 3 jenis Disleksia yang telah di senaraikan di atas, sila berikan contoh masalah disleksia berdasarkan 3 jenis ciri ciri disleksia yang telah di sebutkan di atas. Sila rujuk kepada beberapa buah buku disleksia bagi menjawab soalan di atas. 1.5 AKTA

Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang berkaitan dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan ini menyediakan peluang kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan untuk mendapat pendidikan secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta Dasar Pendemokrasian Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan Dasar Persekolahan Wajib. Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh dididik & mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lainboleh diterima bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

disediakan oleh kerajaan kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia antaranya

I. II. III. IV.

prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah sekolah menengah khas teknik integrasi atau pula vokasional, adalah dengan yang menggunakan bermasalah pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. pendidikan untuk pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah,antaranya I. II. III. IV. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun) Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan Akta orang cacat di malaysia pula adalah,
I.

Penyamaan

Peluang

Dan

Penyertaan

Penuh Aksesibiliti,

(pendidikan,perniagaan/pekerjaan, II.
III.

sukan,Pemulihan,

Perkhidmatan Sokongan, Keselamatan Sosial Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat pendakwaan) Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk: I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

10

PKP 3105 Pendidikan Disleksia

PISMP

II.

Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

III.

Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara ini.

Latihan 1.4

Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas dan terangkan maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat akta berkaitan dengan disleksia.
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan Tajuk 1, Unit 1, Pendidikan Disleksia. Semoga anda dapat memahami semua maklumat yang di berikan dan teruskan usaha anda pada tajuk yang selanjutnya. Selamat maju Jaya

11