Anda di halaman 1dari 17

Motor Kasar Dan Motor Halus Mengikut Usia Document Transcript

1. INI ADALAH UNTUK PENGETAHUAN TENTANG MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS MENGIKUT USIAUMUR AKTIVITI MOTOR KASAR AKTIVITI MOTOR HALUS2-3 Tahun Melompat dan berlari ulang-alik Suka menconteng mendiskriminasi objek tetapi Menunjukkan tahap aktiviti paling tinggi. tidak pandai melukis objek.3-5 Tahun Memanjat, menendang bola dan menunggang Memegang gelas dengan sebelah tangan. Mengutip basikal kecil. objek, menyusun blok secara menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air dari bekas dan boleh meniru bulatan serta melukis garis lurus.4-5 Tahun Melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf yang besar lasak seperti memanjat tangga dengan sebelah dan menggunakan guntig untuk memotong. kaki. Menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan melakukan aksi gimnastik yang mudah.5 Tahun ke atas Berlari dengan lebih laju dan suka berlumba lari Menarik zip, membutang baju, membina rumah dengan dengan rakan. Boleh melompat sejauh 3 kaki blok atau lego, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin dan setiggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah bentuk seperti segi empat tetapi tidak boleh melukis kaki dan melakukukan gerak kaki seperti bermula, bentuk diamond kerana tidak simetri. berpusing dan berhenti dengan berkesan. Boleh berjalan di atas palang, melontar dan menangkap bola.Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, ke-seimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata-tangan kanakkanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.Perkembangan motor seorang kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh: Latihan Peniruan Genetik Perkembangan otak Budaya Kemahiran Menyambut dan Membaling Bola Membaling dan menyambut bola adalah satu kemahiran motor yang agak kompleks pada peringkat perkembangan kanak-kanak. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak semakin matang mengikut peringkat umur: 2 tahun Menggunakan tangan tetapi pergerakan badan tiada. 3 tahun - Gunakan tangan dengan pergerakan badan tetapi kaki tidak bergerak. 5-6 tahun - Menggerakkan kaki serta pergerakan semakin meningkat. Kemahiran kanak-kanak menyambut bola semakin meningkat pada peringkat awal. Kanak-kanak dapat menyambut bola dengan me-letakkan tangan di hadapan pada umur 4 tahun. Pada umur 5 tahun, mereka dapat menyesuaikan pergerakan tangan bagi menyambut bola dengan lebih cepat. Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir.Kemahiran meng-gunakan jari dipengaruhi oleh

faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka: 2 tahun - Menyelak muka surat di buku dan membentuk menara daripada blok-blok mainan sehingga 8 blok. 3 tahun - Menggunakan sudu untuk makan, meniru bulatan. 4 tahun - Dapat memakai baju sendiri, melukis bentuk tangan manusia dan menggunakan gunting. 5 tahun - Membutangkan baju, membuka zip. Pemakanan dan Kesihatan Kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak banyak bergantung pada cara pemakanan dan tahap kesihatan mereka. Ini kerana perkembangan kanak-kanak tidak sekerap perkembangan semasa mereka masih bayi.

Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak Presentation Transcript


1. BANDING BEZA KONSEP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN 2. DEFINISI PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Pertambahan dalam saiz Perubahan kualitatif yang bahagian-bahagian tidak dapat diukur badan, ketinggian dan secara kuantitatif tetapi bilangan saraf-saraf ke dapat dilihat daripada otak sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal 3. FIZIKAL PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Perubahan tinggi, Kemahiran menggunakan pertambahan berat anggota badan badan, pertumbuhan gigi 4. KOGNITIF PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Keupayaan berfikir Kemahiran 3M, KBKK 5. EMOSI PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Gembira, sayang, marah, c Kemahiran mengurus emburu emosi 6. SOSIAL PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Menjalinkan perhubungan Kemahiran menjalinkan dengan ibu bapa, perhubungan sosial dan keluarga, rakan dan menunjukkan perlakuan orang di sekitar baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat 7. PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 8. KONSEP Perkembangan motor halus: perkembangan kemahiran kanak-kanak yang melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Pergerakan motor halus mempunyai hubungan yang rapat dengan lain-lain perkembangan kanak-kanak. 9. KEPENTINGAN Membina otot-otot tangan dan jari Membina koordinasi mata, jari dan tangan Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan Bermain dengan bongkah atau blok binaan Mewarna bentuk, corak dan objek Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir 10. FAEDAH PERGERAKAN MOTOR HALUS Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara mata dan tangan Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan harian mengezip, membutang Dapat menggunakan peralatan melukis dan menulis dengan betul 11. PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 12. KONSEP Perkembangan motor kasar: perkembangan kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contoh: - merangkak - berdiri berjalan - melompat - mengensot

13. KEPENTINGAN Membina otot-otot kaki Membina otot-otot tangan Membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki Membina koordinasi mata dan tangan Membina koordinasi tangan dan kaki Membina otot pada bahagian leher dan kepala Membina koordinasi otot-otot pada keseluruhan anggota badan 14. FAEDAH PERGERAKAN MOTOR KASAR Menggunakan motor kasar dengan keyakinan Berjalan menaik dan menurun tangga Berlari dengan mengawal arah dan kelajuan Melompat ke atas dan ke bawah tanpa jatuh Menggunakan otot dengan seimbang Menangkap bola atau pundi kacang Melontar objek dengan arah tertentu Mengimbangi badan semasa mengayuh basikal 15. RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohamad bin Aman, Kasim bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- kanak Tingkatan 4. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 4.5.2 Aspek Perkembangan Motor Halus Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.

Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk menguasai kemahiran motor halus anak-anak: 1. main pasir.( mungkin kotor, tapi ini ada manfaat untuk motor halus anak-anak.Cuci tangan anak-anak sehingga bersih selepas dia bermain ) 2. main doh ( sediakan doh tepung gandum dan biarkan anak anda mengulinya ) 3.menulis atas air ( air yang mengalir ada manfaatnya. Ajak anak anda menulis /melakar sesuatu di atas air semasa dia mandi ) 4. Rendam tangan /jejari anak di dalam air garam sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari 5.main tepung gandum .( sediakan tepung gandum di atas talam,biar anak menulis atau

melakar di atas tepung ) 6.main buih sabun ( beri peluang anak membantu anda mencuci pinggan . Dia akan mula bermain dnegan sabun . Selamat mencuba...demi masa depan anak-anak kita bersama

*..Ini aktiviti bermain tepung bagi meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak. Saya jalankan di kelas dan mereka sangat "happy".

* Ini aktiviti menguli tepung gandum .Mereka sangat kreatif. Natijahnya terhasillah burger ,donut dan aiskrim ala prasekolah.

Main Doh
PERMAINAN DOH PENGENALAN Permainan doh melibatkan penggunaan otot-otot halus pada bahagian jari tangan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Kepentingan permainan doh untuk perkembangan kanak-kanak ialah: o Memberi kebebasan dan peluang untuk berfikiran kreatif dan kritis. o Memperkembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka. o Menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka. Kemahiran, sikap dan pengetahuan yang boleh diperolehi melalui permainan doh adalah seperti berikut: 1. Kemahiran Koordinasi motor halus Menjalankan eksperimen Menyelesaikan masalah Bersosialisasi Berbahasa Mereka cipta Matematik Kreativiti dan imaginasi 2. Sikap Bekerjasama Kolaboratif Berkeyakinan Bertolak ansur Berdikari Hormat-menghormati Menghargai hasil dan pendapat orang lain Sabar 3. Pengetahuan Konsep matematik Bahasa dan literasi SUMBER / BAHAN Doh yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Murah dan mudah diperolehi Berwarna-warni Selamat digunakan

PENGURUSAN Guru perlu menitikberatkan aspek-aspek berikut dalam menguruskan permainan doh: Kawasan lapang dan beralas (karpet dan tikar mengikut keperluan untuk menjaga

kebersihan). Menyediakan rak / para yang telah berlabel dengan nama bahan-bahan yang disimpan. Menyusun bahan-bahan supaya mudah diakses oleh murid. Menerangkan peraturan-peraturan penggunaan doh seperti tidak boleh memasukkan ke dalam telinga, mulut, dan sebagainya. Bahan-bahan perlu diselenggarakan dari semasa ke semasa supaya sentiasa selamat dan tidak berbahaya. PERANAN GURU Peranan guru dalam aktiviti permainan doh ialah: Bertidak sebagai fasilitator dan pakar rujuk. Menerangkan rutin dan peraturan aktiviti dari semasa ke semasa. Menunjuk cara / demonstrasi. Melibatkan diri secara aktif dalam permainan doh bersama murid. Merancang dan menyediakan bahan-bahan tambahan dari semasa ke semasa. Peka pada minat murid terhadap jenis-jenis peralatan / aktiviti.

CARA-CARA MEMBUAT DOH 1. Cara Membuat Doh Segera o Bahan-bahan 300 gram tepung gandum 300 gram garam halus 200 ml air 30 ml / 2 sudu besar minyak masak o Cara-cara Membuat 1. Gaul tepung dan garam sehingga sebati. 2. Masukkan minyak sayur. 3. Apabila sebati, masukkan air dan uli sehingga menjadi doh. 4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 5. Doh sedia untuk digunakan. 6. Jika ingin membuat doh yang berwarna, campurkan dengan warna yang disukai. 7. Doh ini boleh dibentuk dan dibakar mengikut aktiviti yang dijalankan. 8. Jika hendak dibakar di dalam oven, oven mestilah dengan kepanasan 350 darjah celcius selama 45 minit.

2. Cara Membuat Doh yang Dimasak o Bahan-bahan 1 cawan garam halus 2 cawan tepung gandum 4 sudu the cream of tartar 2 sudu besar minyak masak 2 cawan air Sedikit pewarna makanan o Cara-cara Membuat 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali sambil dikacau. 2. Tambahkan pewarna ke dalam adunan. 3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau selama 3-5 minit. 4. Kacau sehingga doh menjadi sebati. 5. Sejukkan dan letakkan di dalam bekas kedap udara. 6. Simpan di dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.

LAporan Amali Alat: 1. Doh berwarna merah, biru, kuning dan hijau. 2. Acuan bentuk binatang dan bintang. 3. kadbod

Pelaporan Kumpulan 1

Main Doh Melalui aktiviti yang telah dijalankan, kumpulan 1 dapat menyediakan pelbagai jenis kuih dengan menggunakan doh. Mereka telah mencipta beberapa jenis kuih iaitu ladu, karipap, muruku dan sebagainya. Melalui aktiviti ini juga, mereka dapat mengeratkan lagi hubungan sesama mereka serta dapat menerapkan daya kreatif dan estetika..

Gabungan kumpulan 2 talah menghasilkan berbagai jenis kuih seperti burger, donat, keropok lekor dan sebagainya. Kumpulan ini berasa amat serronok bermain doh kerana permaianan ini boleh meningkatkan daya pemikiran dan cetusan idea-idea yang menarik

Kumpulan 3 sangat beminat untuk bermain dengan doh. Mereka amat tekun bermain doh kerana mereka dapat meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka. Mereka teleh membuat donat, karipap, biskut bintang dan kuih gajah. Menurut mereka, kuih gajah tidak pernah dimakan atau dilihat oleh mereka namum mereka mencipta sendiri kuih tersebut malalui daya kreativiti mereka. Dari segi cetusan idea, kumpulan 4 dapat berkongsi idea kreatif bersama ahli kumpulan. Mereka telah mencipta banyak jenis kuih-muih yang dihasilkan menggunakan doh

Tuesday, February 10, 2009


Aktiviti Pra-Tulis Kanak-kanak

Assalamualaikum..salam sejahtera..sy terfikir bagaimana sy mahu memulakan aktiviti menulis utk kanak-kanak yg tidak pernah menulis di awal2 kemasukan di prasekolah..jadi sy mencari beberapa aktiviti pra-tulis utk kanak-kanak ini..sebelum

mula menulis secara serius,mereka perlulah menguasai kemahiran motor halus..berikut adalah beberapa aktiviti yg bersesuaian:

'ribbon stick' atau ape2 shj yg ade stick yg selamat utk mereka gerakkan ke atas,ke
1. Ketika muzik dimainkan di prasekolah, berikan kanak-kanak

bawah, ke kiri, ke kanan dan serata tempat.


2. Beri peluang kanak-kanak menggunakan krayon,minta

mereka

mewarna secara berdiri atau meniarap. Sediakanlah ruang utk


kanak-kanak mewarna spt papan easel,atau lebih mudah tampalkan shj kertas mahjong di dinding. Ini mampu melatih mereka menggenggam tangan dan memastikan kedudukan pergelangan tangan mereka betul ketika menulis. 3. Berikan krayon kpd mereka,sesekali berikan juga krayon

patah-

patah/pendek

supaya mereka belajar pegang dgn betul,bukanlah pegang scr

genggam seperti penumbuk. 4. Ketika aktiviti mewarna, ajar mereka menconteng dulu,buat bulat2,segi2,bentuk awan,cengkerang siput dsbginya.

5. Ketika bermain doh,minta kanak-kanak potong

doh menggunakan pisau plastik secara melintang,menegak dan membulat.


*Ini adalah antara aktiviti awal bg perkembangan motor halus mereka. Seterusnya, aktiviti menulis menggunakan pensel boleh mula diajar bermula dgn bentuk2 geometri. Sumber : http://www.sensory-processing-disorder.com/pre-writing-activities-forpreschool-children.html Aplikasi dengan guna doh juga.. guna 2 warna ok macam gambar bawah ni untuk huruf k

Cara-cara buat doh yg amek kat intenet ..boleh tahan untuk 5 hari kalo letak dalam peti sejuk. EZ Play Dough What You Need: One-cup cold water One-cup salt Two-teaspoon vegetable oil Three cups flour Two tablespoons cornstarch

Tempera paint or food coloring (adjust amount for color desired) What You Do: Mix the water, salt, oil and paint together. Gradually work in the flour and cornstarch until you get the consistency of bread dough

KOMPONEN PERKEMBANGAN FIZIKAL BAHAN HASIL KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI /ALATAN PEMBELAJARAN /CATATAN 1.Perkembanganmotor halus 1.1.1 Bermain menggunakan Bahan-bahan Menggunakan jari pelbagai bahan untuk yang boleh 1.1 Menguasai untuk aktiviti seperti : membuat kolaj digunakan doh, kemahiran - meramas pasir, tanah liat, motor halus - menggentel Meramas, menggentel, paper mache - mengoyak mengoyak, mencubit, - mencubit menguli dan memicit Menyanyi dan membuat lakonan menggunakan jari

BENTUK-BENTUK PERGERAKAN MANIPULATIF ALATAN


Manipulatif alatan mempunyai pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak bagi meningkatkan lagi kemahiran motor kasar dan motor halus seseorang kanak-kanak itu. Antara bentuk-bentuk pergerakannya adalah menyambut, memukul, dan membaling. Di bawah pergerakan membaling ini terdapat 2 subtopik bentuk gerakan balingan iaitu gerakan balingan bawah paras bahu dan balingan atas bahu.

Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang pertama adalah gerakan menyambut. Gerakan ini mudah dilakukan oleh kanak-kanak samada berseorangan mahupun berpasangan kerana pergerakannya tidak susah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Pergerakan menyambut ini, boleh meningkatkan lagi motor kasar kanak-kanak dan dapat merenggankan otot-otot serta dapat menyihatkan tubuh badan. Walaupun aktiviti ini mudah dilakukan, ianya memerlukan cara yang betul bagi malakukannya. Cara-cara pergerakan menyambut dilakukan dengan seseorang penyambut haruslah berada setentang, tepat di belakang atau di bawah paras bola yang dihantar bagi memastikan tangkapan yang baik. Di samping itu, kedua-dua belah tangan dihulurkan ke hadapan bagi membuat tangkapan. Sebaik sahaja bola sampai ke tangan undurkan tangan ke arah badan untuk menghasilkan tangkapan yang sempurna. Contoh-contoh aktiviti pergerakan menyambut adalah melambung pundit kacang ke udara dan menyambut

semula, menyambut pundit kacang yang dilempar oleh pasangan, melantun bola di dinding dan menangkap semula.

Bentuk pergerakan manipulatif alatan yang terakhir adalah pergerakan membaling. Pergerakan ini terdiri daripada dua bentuk gerakan iaitu gerakan balingan bawah aras bahu dan gerakan balingan atas paras bahu. Bentuk gerakan balingan bawah aras bahu dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan bagi kanak-kanak yang tidak mahir lagi dan bagi yang telah mahir balingan bolehlah dilakukan dengan sebelah tangan sahaja menggunakan sebiji bola kecil. Pergerakan ini memerlukan cara balingannya yang tersendiri iaitu pembaling berdiri dengan merapatkan kaki menghadap sasaran, tangan kanan diluruskan ke bawah dan ke belakang. Pada masa yang sama, badan berpusing sedikit ke kanan dan berat badan disokong oleh kaki kanan. Seterusnya tangan dihayun pantas ke hadapan dan pada masa yang sama kaki kiri melangkah ke hadapan serta bola dilepaskan apabila bola berada pada sudut tepat bersetentangan dengan sasaran. Di samping itu, tangan kiri menghayun ke belakang untuk menyokong imbangan badan.

Bentuk pergerakan membaling yang kedua ialah gerakan balingan atas paras bahu. Aktiviti balingan ini memerlukan cara yang betul bagi menjalankannya, tidak kiralah dengan menggunakan bola atau alatan lain. Antara caranya, pembaling yang menggunakan tangan kanan mestilah berdiri dalam kedudukan kaki kiri ke hadapan dan sisi kiri menghala ke sasaran. Jejari menggengam bola dan tangan pembaling dihayun ke belakang sehingga kedudukannya menjadi sudut tegak dengan badan dan bola berada pada kedudukan di belakang telinga serta pergelengan tangan dikunci. Kemudian bawa tangan yang mengengam bola ke arah hadapan dengan siku mendahului dan bola dilepaskan pada paras bahu. Seterusnya keseluruhan tangan dilajakkan menghala ke arah sasaran dengan melangkahkan kaki kanan untuk membaiki imbangan.

Kesemua pergerakan manipulatif ini melibatkan penggunaan motor kasar dan motor halus. Penggunaan motor halus melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki dan lidah. Keadaan ini dapat dilihat di mana mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana kanakkanak perlu menggunakan otot tangan dan jari. Penggunaan motor kasar pula melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Penggunaan motor kasar dapat dilihat misalnya, semasa kanak-kanak terlibat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan bola. Bola inilah yang bertindak sebagai objek untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak tersebut. Oleh itu, kesemua bentuk pergerakan manipulatif alatan ini memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi yang lebih sistematik dengan organ deria yang lain seperti mata dan sentuhan bagi meningkatkan lagi perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak.

kemahiran Motor Halus


Antara ciri ciri general yang kita boleh perhatikan dikalangan kanak kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak tersebut belum boleh memasang butang baju, memasang tali kasut dan yang boleh menggangu pembelajarannya ialah ketidakupayaannya memegang pensel dengan baik menulis / mewarna dengan betul.

Apa yang dikatakan kemahiran motor halus? Kemahiran motor halus adalah koordinasi gerakan otot kecil yang berlaku, contohnya jari kita iasanya berkoordinasi dengan mata. Kemampuan / kemahiran yang melibatkan penggunaan tangan berkembang dari masa ke semasa. Untuk kanak kanak normal, perkembangan kebolehan motor halus mereka berkembang sesuai dengan usia mereka. Normalnya, perkembangan motor halus koordinasi tangan dan mata bermula dengan gerakan primitif seperti mengambil sesuatu dengan tepat. Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan penggunaan otot halus otot kecil yang mengawal tangan, jari dan ibu jari. Pembangunan kemahiran ini membolehkan seseorang untuk dapat menyelesaikan tugas seperti menulis, menggambar, dan mengancingkan.

Ketika anak memasuki usia pertengahan, dia membuat kemajuan besar dalam kemampuan artistik mereka. Mereka mula untuk mengekspresikan diri melalui gambar, mengukir, dan modeling tanah liat

Kemahiran Urus Diri Secara normalnya, anak anak mampu memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka mampu membantu diri sendiri dengan menyelesaikan kegiatan seharian tanpa bantuan orang lain / dewasa. Contohnya, kanak kanak pada usia 2 dan 3 tahun mampu membuka dan memakai pakaiannya sendiri. Kanak kanak pada usia ini juga boleh memanipulasi pakaian dengan menzip, menggunakan garpu sudu, memasukkan tali ke lubang (lubang besar) manikmanik dan membuka pintu. Ketika anak-anak berusia antara 3 dan 4, mereka boleh memanipulasikan pakaian dengan kekunci yang lebih besar, menggunakan gunting untuk memotong kertas, dan mampu menyalin bentuk berjajar sederhana dengan menggunakan pensil. Pada 4 hingga 5 tahun, anak mampu berpakaian dan membuka pakaian sendiri tanpa bantuan. Dan pada usia 6, seorang anakmampu memotong makanan lembik dengan pisau dan mampu mengikat tali kasut sendiri. Sebaliknya bagi anak anak khas adalah sebaliknya umpamanya kanak-kanak Down Syndrom yang belum boleh lagi memakai seluar tanpa bantuan orang lain pada usia 5/6 tahun.

Kemahiran Menulis Hal ini penting untuk memahami perkembangan kemahiran motor halus anak-anak untuk memahami alasan disebalik mengapa mereka menyelesaikan tugastugas tertentu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, kita memberikan lembaran kerja kepada anak anak, dan didapati hasilnya tidak seperti yang sepatutnya seperti ada tulisan yang besar, cacat dan tidak menampakkan apa yang ditulisnya. Jika perkara tersebut terjadi, maka perhatian perlu dilakukan terhadap masalah pengendalian pensil anak. perkembangan kemahiran menulis ini perlu diambil perhatian memandangkan dengan memperbaiki kemampuan motorik mereka, mereka juga mampu berkomunikasi dengan ekspresi yang ditulisnya. perkara ini dimulai dengan menconteng secara bebas dan ke kemahiran meniru dan seterusnya menyalin semula dan akhirnya menulis dengan baik.

Bagaimanapun, perkembangan kemahiran motor halus ini tidak berlaku pada semua kanak kanak sesuai dengan usia mereka. Ada juga kanak kanak yang memerlukan bantuan untuk satu tempoh masa bagi mengembangkan kemahiran motor halus mereka. pendekatan lain perlu diberikan kepada anak ini. Terapis kerja adalah pakar dalam bidang motorik halus dan pembangunan tulisan tangan.

Anda mungkin juga menyukai