Anda di halaman 1dari 17

3.

0 Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan

memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi focus kegiatan murid dan

menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual kesedaran terhadap asas

seni reka seperti warna, garisan, susunan dan

kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

3.1 Kolaj Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan rata atau 2D. Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu permukaan khas seperti kertas lukisan, bahan terbuang, dan sebagainya. Mempunyai satu tema bagi sesuatu karya seni kolaj. Contoh gambar:

3.2 Resis Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihantindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Contoh gambar:

3.3 Stensilan Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Contoh gambar:

3.4 Capan Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari. Contoh gambar:

4.0 Mencorak
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. seperti: A. Corak tidak terancang secara: Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan Antaranya melalui kegiatan

B. Corak terancang secara: Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

4.1 Tiupan Tiupan dalah warna air ditiup sama ada terus di atas kertas atau menggunakan straw untuk menghasilkan corak seperti ranting pokok dan sebagainya. Contoh gambar:

4.2 Titisan Titisan adalah warna yang dititiskan di atas kertas untuk menjadi motif yang menarik. Contoh gambar:

4.3 Ikat dan celupan Teknik ikat dan celup yang biasa digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Contoh gambar:

4.4 Lipatan dan guntingan Lipatan dan guntingan merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak. Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan

menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain Ianya menghasilkan corak positif dan negatif.

Contoh gambar:

5.0 Membentuk dan membuat binaan


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi Aspek

kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

5.1 Boneka Boneka adalah satu model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buahbuahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru. Terdapat 4 jenis boneka : 1. Boneka jari 2. Boneka tangan 3. Boneka tali 4. Boneka tongkat

Contoh gambar:

5.2 Topeng Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala. Ianya digunakan untuk persembahan tarian,upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding. Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dantopeng serkup. Topeng Serkup ialah topeng yang menutup keseluruhan bahagian kepala.

Contoh gambar:

5.3 Origami Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak. Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turuntemurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi. Contoh gambar:

6.0 Mengenal Kraf Tradisional


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. seperti: Alat domestik Alat permainan Alat pertahanan diri Perhiasan diri (ornamen) Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

6.1Anyaman Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, bertam, atau paku pakis ribu ribu dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. Prosesnya agak rumit dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. Daun akan di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendam dalam pewarna. Proses anyaman dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas. Contoh gambar:

6.2Tenunan Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun. Contoh gambar:

Anda mungkin juga menyukai