Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami
Tarikh

: SKTB/40/002/10 ( ) : 10 SEPTEMBER 2012

Kepada, MARKAS TENTERA LAUT, KEMENTERIAN PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR. (U/P : CAWANGAN SEKRETRIAT TADBIR) Tuan , PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE MARKAS ARMADA PERAK Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman Tuan, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Bersatu, Kuala Kedah akan mengadakan program lawatan sambil belajar ke Pulau Pangkor. Butiran aktiviti adalah seperti berikut:Tarikh Bilangan Pelajar Guru dan Waris : : : 18 - 19 September 2012 17 Orang 24 Orang

3. Berikutan dengan itu kami bercadang untuk mengadakan satu sesi lawatan ke Markas Tentera Laut Kuala Lumut untuk melawat kapal laut milik tentera pada butiran yang berikut :Tarikh Waktu Lawatan : : 19 September 2012 3.30 Petang - 6.30 Petang

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan agar dapat menerima lawatan daripada pihak kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid kami adalah kanakkanak istimewa dan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

5. Bersama-sama ini juga disertakan senarai nama ahli rombongan untuk makluman Tuan. Budi dan jasa pihak Tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MENDIDIK DAN MEMIMPIN Saya yang menjalankan tugas,

.............................................. (ZAIBAIDAHAINI BT ABDUL RAZAK) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu 06600 Kuala Kedah Kedah s.k Fail Sekolah Fail Pendidikan Khas

Anda mungkin juga menyukai