Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami
Tarikh

: IPDA 02/7/4J/D18( ) : 1/10/2012

Pengarah, Kementerian Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Aras Bawah, Blk C, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, 06550 Alor Setar, Kedah. Tuan, JEMPUTAN UNTUK PDK TELUK CHENGAL MENGADAKAN PAMERAN SEMPENA MINGGU KOKURIKULUM IPG KAMPUS DARULAMAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, IPG Kampus Darulaman akan mengadakan Minggu Kokurikulum Peringkat Institut bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2012.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput PDK Teluk Chengal untuk mengadakan satu pameran untuk memberi lebih pendedahan kepada bakal-bakal guru mengenai fungsi PDK seperti butiran program yang berikut :Tarikh Masa Tempat : : : 10 Oktober 2012 (Rabu) 9.00 pagi 12.00 tengahari Dewan Seri Banai IPGKDA

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran kepada PDK Teluk Chengal untuk sama-sama menjayakan program kami pada hari tersebut. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. MENDIDIK DAN MEMIMPIN BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(HAJI MOHD MUSTAFA BIN AHMAD) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman 06600 Jitra Kedah s.k Ketua Unit Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai