Anda di halaman 1dari 1

Kecerdasan emosi menjadi salah satu penentu paling penting untuk mengukur kejayaan dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.

Kecerdasan emosi melibatkan kualiti keupayaan individu untuk mengenal pasti dan memahami emosi sendiri dan orang lain, menguruskan konflik dan fleksibel dalam interaksi positif dengan persekitaran secara verbal dan non-verbal. Satu kajian telah dijalankan bagi menyelidiki kecerdasan emosi dan pengaruh faktor demografi ke atas kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah melibatkan empat konstruk kecerdasan emosi iaitu kawalan diri, motivasi, pengurusan emosi dan kemahiran sosial. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan jenis "cross-sectional" dan kaedah pemerhatian. Instrumen kajian ialah borang penilaian kecerdasan emosi dan borang senarai semak pemerhatian telah ditadbir oleh guru untuk menilai kanakkanak bermasalah pembelajaran (n=229) di sekolah rendah di negeri Perak dan negeri Kedah. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian MANOVA dan korelasi Pearson ProductMoment. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah adalah pada tahap sederhana (min = 63.345) iaitu sebanyak 39.1%. Kajian juga menunjukkan hanya 4.0% kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah menampilkan kecerdasan emosi sangat tinggi dan 21.8% adalah tinggi. Keputusan MANOVA menunjukkan terdapat kesan yang signifikan secara statistik antara jenis bermasalah pembelajaran, etnik dan umur dengan kecerdasan emosi kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat kesan yang signifikan secara statistik jantina ke atas kecerdasan emosi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan secara statistik antara kecerdasan emosi dengan prestasi kognitif. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini dapat memberi tunjuk arah kepada guruguru pendidikan khas bagi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dengan mempertingkatkan pendedahan kecerdasan emosi kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah rendah. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah peribadi pelajar remaja berdasarkan kategori yang telah ditentukan. Kajian ini juga mahu melihat sama ada terdapat perbezaan masalah-masalah peribadi antara pelajar sekolah menengah kebangsaan dengan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama. Seramai 384 orang responden dipilih daripada pelajarpelajar sekolah menengah di bandar dan di luar bandar Kota Bharu. Pelajar tersebut diminta menanda masalah-masalah yang berkaitan dengan diri mereka berdasarkan Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL). Data-data yang diperolehi dari kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Ujian t telah digunakan menguji lima hipotesis yang telah dibina. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa kategori masalah utama pelajar ialah masalah penyesuaian terhadap kerja sekolah (PKS), masalah aktiviti sosial dan hiburan (ASH) dan masalah hubungan personal psikologikal (HPP). Selain itu, beberapa kategori masalah-masalah didapati tidaklah menganggu pelajar, contohnya masalah rumahtangga dan keluarga (RTK) masalah Kesihatan dan perkembangan jasmani (KPJ) dan kategori masalah pergaulan, jantina dan perkahwinan (PJP). Oleh itu, bagi menolong remaja mengatasi masalah mereka, ibu bapa haruslah mewujudkan institusi keluarga yang bahagia. Para guru pula harus menggunakan pendekatan terkini dalam proses pengajaran dan keadaan sekolah haruslah ceria dan kondusif. PIBG pula mestilah menyokong segala aktiviti yang dirancang oleh pihak pentadbir sekolah.

Anda mungkin juga menyukai