Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Setelah bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja ini, akhirnya kami dapat menghantar kepada pensyarah pada waktu

yang telah ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah Pendidikan Jasmani saya, En Faizal Hakimi B Samsudin kerana telah banyak membantu dalam penyediaan kertas kerja yang lengkap tidak kira masa senggang ataupun terluang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam memberi idea-idea yang kreatif dan berkongsi pendapat dalam langkah pembentukan permainan kanakkanak yang menarik dan kreatif.

Selain daripada itu, pengetahuan dan pemahaman saya tentang pergerakan asas ini semakin bertambah kerana sentiasa membuat rujukan menggunakan pelbagai sumber seperti buku dan internet untuk menghasilkan permainan yang kreatif. Permainan yang saya lakukan bukan hanya permainan yang dinyatakan di dalam buku sahaja, tetapi hasil dari kreativiti dan tunjuk ajar daripada pensyarah bagi menghasilkan permainan yang baru. Dalam masa yang sama, nilai-nilai positif dalam diri saya dapat diperkembangkan secara tidak langsung seperti bekerjasama, kesungguhan dan keyakinan. Dalam membuat keputusan untuk memilih alatan yang ingin digunakan dan jenis-jenis permainan yang sesuai, kami perlu yakin dengan potensi diri yang ada dalam diri sendiri tanpa mengikut kata-kata rakan.

Berdasarkan kepada hasil permainan yang telah saya sediakan, terdapat juga kelemahan dan kekuatan dalam pelbagai perkara. Antara kelemahan yang dapat saya lihat. Saya juga banyak membuat kesilapan ayat tanpa mengikut kesesuaian gambar yang diambil. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat semula kertas kerja ini hasil bantuan pensyarah. Dari segi kekuatan pula, saya dapati permianan ini yang telah disediakan oleh kami yang terdiri daripada ansur maju.

Dengan adanya kertas kerja ini, saya dapat memahami dengan lebih terperinci tentang permainan kanak-kanak secara keseluruhannya. Banyak idea mengenai permainan kanak-kanak yang saya dapat terokai melalui kertas kerja ini. Justeru saya berharap saya dapat menguasai permainan kanak-kanak yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Penciptaan permainanan kanak-kanak yang kreatif serta idea-idea yang menarik akan menghasilkan kertas kerja yang lebih sistematik, teratur, kemas dan berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai