Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA TERAPI SOSIAL - KEMBARA BERSAMA KTMB 2012 PROGRAM INTEGRASI KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN SLIM, SLIM RIVER, PERAK

A. PENDAHULUAN Program Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB yang bakal diadakan ini, bertujuan memberi peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas meneroka dan merasai pengalaman menaiki salah satu dari pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia iaitu Keretapi. Di samping itu, terapi ini juga membolehkan murid-murid khas ini mendapat peluang yang serupa seperti murid-murid lain. Guru-guru juga dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, diharap agar terapi sosial ini dapat berjalan seperti yang telah dirancang. B. RASIONAL Program ini boleh menjadi satu landasan kepada murid-murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum mahupun sosial. Perlaksanaan program ini adalah dilihat sebagai satu langkah untuk memantapkan disiplin serta ketahanan diri setiap murid. Ini kerana kebanyakan murid Pendidikan Khas kurang terdedah dan terlibat secara langsung dalam kegiatan yang memerlukan murid berdikari dan bergaul dengan masyarakat sekitar. Selain itu juga, melalui program Terapi Sosial ini juga dapat melatih diri menjadi seorang yang peka dan sentiasa bersedia serta bertindak mengikut arahan. Secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah diri murid untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

C. OBJEKTIF Objektif utama bagi Terapi Sosial Kembara KTMB adalah untuk 1. Mewujudkan integrasi yang berkesan dikalangan guru-guru dan muridmurid Pendidikan Khas. 2. Mendedahkan murid-murid Pendidikan Khas dengan cabaran dan saingan berhadapan persekitaran serta masyarakat luar. 3. Memperkenalkan keretapi sebagai salah satu pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia. 4. Memberikan pengalaman baru murid menaiki keretapi melalui pendekatan pembelajaran secara pengalamian. 5. Meningkatkan disiplin diri, kawalan diri, kemahiran sosial dan daya tahan murid pendidikan khas. 6. Meningkatkan hubungan program pendidikan khas dan sekolah dengan organisasi luar lain melalui jalinan kerjasama yang berkesan. D. KUMPULAN SASARAN Terapi sosial Kembara Bersama KTMB ini akan disertai oleh murid Pendidikan Khas seramai 18 orang, guru seramai 5 orang dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Berikut adalah butiran lanjut mengenai peserta. Bil 1 2 3 Peserta Bilangan Lelaki Perempuan 3 8 1 Jumlah 5 18 1 24 Orang

Guru Pendidikan Khas 2 Murid Pendidikan Khas 10 PPM JUMLAH KESELURUHAN

E. BUTIRAN PROGRAM

Tarikh Hari Destinasi Aktiviti MASA 7.00 pagi

: 14 September 2011 : Rabu : Kuala Lumpur Sentral : Rujuk Jadual dibawah AKTIVITI * Berkumpul di SMK Slim * Taklimat ringkas dan semakan senarai penumpang * Bertolak ke Stesen Keretapi Slim River, Perak Semakan senarai penumpang. * Bertolak ke KL menaiki keretapi ETS (Silver) * Sampai di stesen keretapi KL Sentral * Bertolak ke stesen LRT Pasar Seni *Lawatan ke Pasar Seni * Makan Tengahari * Rehat & Solat Zohor *Berkumpul semula di KL Sentral * Bertolak ke Stesen Keretapi Slim River menaiki Keretapi ETS (GOLD) *Dijangka sampai di Stesen Keretapi Slim River *Sampai ke sekolah dan bersurai

7.15 pagi 7.50 pagi 9.00 pagi 9.30 pagi 9.45 pagi 12.00 t/hari

1.30 petang 2.00 petang 3.30 petang 3.45 petang

Nota : Jadual acara tertakluk pada perubahan.

F.JAWATANKUASA KERJA

Bagi melancarkan program, satu jawatankuasa telah dibentuk supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah senarai jawatankuasa JAWATANKUASA INDUK Pengerusi: Naib Pengerusi 1: Naib Pengerusi 2: Naib Pengerusi 3: Penyelaras: Setiausaha: Bendahari: AJK: Pn Hajah Siti Mariam Bt Hj Joned Pengetua SMK Slim Pn Hajah Salina Bt Shuib Penolong Kanan Pentadbiran SMK Slim Tn Hj Aman Shah Bin Idris Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Slim Pn Hjh Rusilah Bt Abd Rahman Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Slim Pn Asmahani Bt Jaafar En Anizat Bin Tarlan Pn Munira Bt Judin Pn Fairus Fariza Bte Abd Karim En. Yusmizal bin Mohamed Pn Nurazrina bt Mat Sharif

JAWATANKUASA PELAKSANA

Ketua Lawatan Pn Asmahani Bt Jaafar Penyelaras Lawatan En. Anizat Bin Tarlan

Pengurus Peserta Pn Fairus Fariza Bt Abd Karim Disiplin dan Keselamatan En. Yusmizal bin Mohamed Makanan & Minuman Pn Munira Bt Judin Pn Nurazrina Bt Mat Shariff Pengangkutan En. Yusmizal Bin Mohamed Jurugambar dan Dokumentasi En. Anizat Bin Tarlan

G. PENYATA KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Bil 1 Sarapan Pagi Murid Tengahari Murid Minum Petang Murid 2 Perkara ( 13 orang x RM2.50) Jumlah (RM) RM 32.50

( 13 orang x RM5.00 ) ( 13 orang x RM2.50)

RM RM

65.00 32.50

Tiket Tiket (Slim River KL Sentral) ETS sehala Murid (13 orang x RM14.00) Tiket (KL Sentral Slim River ) ETS Sehala Murid (13 orang x RM17.00) JUMLAH

RM

182.00

RM

221.00

RM

533.00

Anggaran Pendapatan

Bil 1 2

Perkara PCG Murid Sumbangan murid

Amaun RM31.00 X 13 org ibubapa JUMLAH

Jumlah (RM) RM 403.00 RM 130.00 RM 533.00

H. PENUTUP

Diharapkan Terapi Sosial Kembara Bersama KTMB ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Akhirnya, semoga program terapi ini dapat memberikan satu kenangan serta pengalaman yang tidak ternilai harganya dalam diri setiap murid Pendidikan Khas SMK Slim.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

......................................... (ANIZAT BIN TARLAN) Setiausaha, Program Terapi Sosial Bersama KTMB 2012

........................................ (ASMAHANI BT JAAFAR) Penyelaras Pendidikan Khas SMK Slim

Disahkan Oleh,

........................................ (PN HJH SITI MARIAM BT HJ JONED) Pengetua SMK Slim,

Slim River, Perak.

Anda mungkin juga menyukai