Anda di halaman 1dari 14

Page |1

5 KESILAPAN PELABUR EMAS

Oleh: Mohd Suhaimy a.k.a shuth www.WangEmas.com


Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |2

Pendahuluan
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaburan emas telah menjadi satu topik perbualan hangat di kalangan orang ramai. Pelaburan emas dikatakan sebagai satu pelaburan alternatif yang terbaik untuk melindungi kekayaan individu berikutan munculnya isu berkaitan wang kertas yang mungkin akan kehilangan nilainya. Ianya bermula pada tahun 1971 dimana Presiden US pada waktu itu, Richard M. Nixon, telah memutuskan untuk tidak lagi menyandarkan nilai wang kertas dollar kepada nilai emas. Ianya adalah satu permulaan musibah yang besar, kini, keadaannya semakin meruncing. Tindakan sesukahati negara US mencetak wang kertas, telah menyebabkan negara tersebut kini menangung bebanan hutang yang semakin tingi dari sehari ke sehari. Saban tahun, hutang negara US semakin meningkat, dilaporkan, pada tahun 2010, hutang mereka telah meningkat kepada $14 trillion dollar.

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/United_States_public_debt#Risks_to_the_U.S._dollar_and_economy

Hutang yang semakin meningkat, akan menyebabkan beberapa masalah di dalam ekonomi negara seperti peningkatan kadar inflasi, peningkatan kadar faedah dan sekaligus menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Semua itu adalah berita buruk berkaitan ekonomi bagi

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |3

sesebuah negara. Perkara ini juga sekaligus menyebabkan nilai matawang sesebuah negara itu akan menjadi susut.

Disebabkan US adalah merupakan ketua ekonomi dunia pada ketika ini, maka, jika US mengalami sebarang masalah ekonomi, ianya bermakna, seluruh dunia juga akan turut merasai kesannya. Peningkatan kadar inflasi, akan menyebabkan nilai matawang kertas semakin menyusut. Sebuku roti yang berharga RM2.00 hari ini, secara tiba-tiba boleh menjadi RM1300.00 pada tahun hadapan. Ianya tidak mustahil, dan ia telah berlaku di negara Zimbabwe, dimana, kadar inflasinya telah meningkat sebanyak 65000% hanya dalam masa 1 tahun (2006-2007). Peningkatan kadar inflasi yang sangat banyak dan berlaku secara mendadak ini, dipanggil Hyperinflasi. Tetapi disebabkan ianya adalah negara Zimbabwe, maka kita tidak merasa sebarang kesan daripadanya. Tetapi jika US? Serba sedikit, kita akan merasainya, ini kerana, negara kita Malaysia turut mempunyai hubungan perdagangan (export barang) dengan US. Jadi, jika apaapa berlaku terhadap ekonomi US. Ianya juga akan turut memberikan kesan serba sedikit kepada negara kita.

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |4

Contoh terdekat, masalah kegawatan ekonomi pada 2008 yang lalu, ianya berpunca dari masalah krisis sub-prima. Jika dilihat, krisis tersebut hanyalah berlaku di sekitar US sahaja, langsung tidak melibatkan negara kita.. tetapi kesannya, tetap juga kita rasai serba sedikit.

Persoalannya.... bagaimana untuk menghadapi masalah hyperinflasi ini?


Disinilah munculnya isu emas... di kala nilai wang-wang kertas semakin menyusut, nilai emas pula adalah sebaliknya, ianya semakin meningkat dari setahun ke setahun. Disebabkan itulah emas dikatakan, satu alat kewangan yang kalis inflasi dan dikenali sebagai alat penyimpan kekayaan. Saya berikan contoh bagaimana emas boleh melindungi wang kita dari susut akibat inflasi, Contohnya... Jika sebelum inflasi, perbelanjaan dapur sebulan bagi rumah anda adalah RM600, maka, apabila berlaku hyperinflasi, (katakan kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun hadapan), maka, anda perlu membayar RM1800 untuk barang yang sama. Tetapi jika sekarang anda menukarkan wang anda itu kepada emas, dimana, RM600 adalah bersamaan 1 dinar emas. Pada tahun hadapan, apabila berlaku hyperinflasi, (Dimana nilai emas tetap naik, dan selalunya melebihi kadar inflasi . Kemungkinan, harga 1 dinar emas pada waktu itu, mungkin sudah menjadi RM2,000 ) Ini bermaksud, anda masih tetap membayar 1 dinar emas juga untuk perbelanjaan barangbarang dapur rumah anda walaupun negara pada masa itu, sedang mengalami hyperinflasi. Ops! Jangan terkeliru, anda tidak akan membayar penjual itu dengan dinar emas tersebut, tetapi, anda perlu tukarkan 1 dinar anda itu kepada wang kertas terlebih dahulu. Apabila anda jual 1 dinar anda itu, anda akan dapat RM2,000 , selepas itu, barulah anda pergi membeli-belah di pasaraya. Disebabkan itulah, ramai rakayat US kini berpusu-pusu membeli emas, malahan banyak pakarpakar ekonomi dan pakar kewangan peribadi US termasuk Robert T. Kiyosaki (penulis buku Rich Dad, Poor Dad), menyarankan agar orang ramai membeli & menyimpan emas sebagai persediaan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi serta kejatuhan nilai matawang dollar. Namun begitu, masalah hyperinflasi ini hanyalah satu andaian sahaja, mungkin kita tidak akan mengalami situasi yang sebegitu teruk (saya sendiri mengharapkan ianya tidak akan berlaku). Saya percaya, pemimpin-pemimpin negara kita serta pihak-pihak yang berwajib, pasti akan menjalankan tugas mereka dengan baik dan berwibawa untuk menghadapi dan menangani

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |5

situasi tersebut. Malahan, nilai dagangan export negara kita ke US juga sudah mula dikurangkan, dan lebih ditumpukan kepada negara lain seperti China dan Singapore (tetapi China pula banyak export ke US, maknanya, sedikit sebanyak, negara kita juga pasti akan merasai kesannya jika ekonomi US benar-benar runtuh). Jadi, untuk langkah-langkah keselamatan, prepare for the worst orang kata. Beli & simpanlah emas! Insyallah, hidup kita akan lebih tenang & lebih mudah walaupun pada waktu-waktu yang sukar. Pada ketika orang lain masih lagi terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengapa hargaharga barang tiba-tiba menjadi sangat mahal dan mengapa diri mereka tiba-tiba menjadi miskin walaupun jumlah wang simpanan mereka di bank sangat banyak. Bersyukurlah, kita telah bersiap-sedia dan masih lagi mampu bertahan dan tidak begitu sangat tertekan menghadapi hari-hari yang mencabar. Jadi! Tahniah saya ucapkan keapda anda! Kerana anda telah menjumpai laporan ini dan sedang membacanya... saya harap, anda akan terus membaca laporan ini hingga ke halaman yang terakhir. Ini kerana, di dalam laporan ini, saya akan dedahkan anda, 5 kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai sewaktu mereka ingin melabur di dalam emas. Tindakan mereka ingin menyediakan payung sebelum hujan itu sangat bagus, tetapi malangnya, mereka tersilap membeli payung.. terbeli payung kertas pula. Aduhai..... Jadi, jangan lakukan kesilapan tersebut.. dan teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesilapan-kesilapan itu...

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |6

5 Kesilapan Pelaburan Emas!


1. Membeli Emas Barang Kemas.
Ramai orang yang tersilap faham tentang perkara ini, apabila berkata tentang pelaburan emas, mereka menyangka ianya bermaksud membeli emas barang kemas seperti rantai, cincin dan gelang. Walaupun ianya sesuatu yang bernilai, dan kelihatan anggun dan kaya apabila memakainya. Tetapi, dalam konteks pelaburan, ianya bukanlah suatu tindakan yang bijak. Mengapa?. Harga barang kemas selalunya adalah lebih tinggi dari harga semasa emas yang sebenar. Ini kerana, pihak penjual akan memasukkan kos upah , kos design dan juga harga brand mereka. Sebab itu, anda boleh lihat sendiri, mengapa harga emas di Poh Kong atau Habib Jewel lebih mahal dari harga emas di kedai-kedai emas biasa. Situasinya sama seperti perbezaan diantara harga air kopi yang dijual di warung dan juga di coffee bean. Ataupun kain batik yang dijual di kedai-kedai biasa dengan kain batik yang dijual di butik. Walaupun ianya adalah benda yang sama, tetapi disebabkan brand, maka produk itu menjadi sedikit mahal. Emas yang berbentuk barang kemas, sememangnya lebih mahal dari harga emas semasa. Sedangkan dalam prinsip pelaburan, apabila kita ingin melabur, kita perlu pastikan, caj-caj tambahan yang dikenakan, adalah paling minimum. Ini bagi membolehkan kadar pulangan pelaburan kita menjadi maksimun. Contoh mudah adalah seperti melabur di ASB dan juga di Unit Amanah. Di ASB, jika anda melabur RM10,000 maka, kesemua wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan anda. Manakala, jika anda melabur di Unit Amanah, apabila anda mendepositkan RM10,000, caj sebanyak 2.5% akan dikenakan, ini bermaksud, wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda hanyalah RM9750. Bukankah anda sudah sedikit kerugian disitu?

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |7

Jadi, sebagai pelabur yang bijak, kita perlulah pastikan kita dikenakan caj-caj yang tidak berkaitan ini dengan jumlah yang paling minimum. Begitu juga dengan pelaburan emas, jika harga emas semasa ialah RM140 se gram, maka, apabila anda membeli emas sebanyak 20gm, harga sepatutnya yang anda perlu bayar ialah RM2800. Tetapi, jika anda membeli emas yang berbentuk barang kemas, anda akan dikenakan upah workmanship, menyebabkan anda mungkin terpaksa membayar sehingga RM3000 untuk memilikinya. Tambah memeritkan lagi, apabbila anda ingin menjualkan semula barang kemas yang anda beli, harganya akan dipotong sebanyak 30% dari harga semasa. Pergh! rugi besar tu! Jadi, sekali lagi diingatkan, jika anda ingin melabur di dalam emas... jangan sekali-kali membeli emas di dalam bentuk barang kemas di kedai emas. Hanya beli barang kemas jika anda berhajat untuk memakainya atau ingin menghadiahkannya kepada orang tersayang. Jika untuk tujuan pelaburan... membeli emas dalam bentuk barang kemas, adalah merupakan satu langkah yang kurang sesuai.

2. Membeli Emas di Bank!


Emas-emas yang dibeli dari pihak bank dikenali dengan sikap cerewetnya. 1. Hanya cawangan tertentu sahaja yang ada menjual emas. 2. Emas di bank selalu kehabisan stok. 3. Emas yang dibeli di bank tidak boleh tercalar sedikit pun dan tidak boleh di buka plastiknya (jesteru ia tidak boleh dipajakkan, sebab apabila ingin pajak, bekas plastik mesti dibuka untuk emas ditimbang). Jika tercalar atau dibuka plastiknya, emas tersebut akan ditolak nilainya sehingga 20%, dan bagi sesetengah kes (syiling kijang emas), pihak bank tidak akan menerimanya langsung syiling yang sudah tercalar. Jika anda ingin membeli emas dari pihak bank, pastikan selepas anda beli, terus simpan emas tersebut di dalam safe deposit box dan peramlah ia disitu sehingga nilainya meningkat, dan kemudian, jual ia semula kepada pihak bank. Kerugian disini, anda tidak boleh menjadikan emas anda sebagai tool untuk menggandakan duit anda (money multiplier). Ia hanya boleh dibeli dan peram.

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |8

Apa itu money multiplier? saya akan terangkan di point ke-3 dibawah... teruskan membaca.

3. Membeli Emas Maya (Akaun Emas/Saham Emas/ Emas Reit)!


Membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas di bank-bank tempatan, kelihatan seperti satu tindakan yang bijak. Dengan memiliki akaun simpanan emas, maka, pemegang akaun emas tersebut, berpeluang untuk memperolehi keuntungan yang lebih besar (melebihi kadar dividen simpanan ASB). Ini kerana, sejak 5 tahun kebelakangan ini, harga emas telah meningkat secara mendadak, sekitar 37% setahun secara purata, manakala dividen ASB pula hanya mampu memberikan pulangan sekitar 8% setahun.

*Info dari http://www.goldprice.org , kenaikan harga emas dalam RM sejak 5 tahun lalu, kadar kenaikan adalah sebanyak 187.79% = ~37% setahun

Disebabkan itu, bukankah lebih bijak membuat simpanan di akaun emas berbanding simpanan di ASB? Namun begitu, jika dibandingkan diantara.. membuka akaun emas dengan membeli emas fizikal. Membeli emas fizikal itu adalah jauh lebih baik. Ini kerana, apabila anda membeli emas fizikal, maka, anda akan mempunyai kelebihan dari segi penggandaan wang.

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Page |9

Anda akan mendapat 2 manfaat apabila memiliki (memegang) emas fizikal tersebut. 1. Keuntungan dari kenaikan harga 2. Kebolehan untuk memajaknya dan melaburkan ia ke instrumen pelaburan lain yang boleh memberikan keuntungan yang lebih tinggi ( sama ada kepada perniagaan / membeli emas lagi dan sebagainya). Situasinya begini... Katakan anda mempunyai wang tunai sebanyak RM100,000. (kalau benar-benar ada lagi bagus) Jika anda menyimpannya di ASB. Maka, untuk mendapatkan dividen sebanyak 8% setahun, maka, anda tidak boleh sentuh wang tersebut. Anda perlu biarkan ia kekal terperap di di dalam akaun ASB anda tanpa disentuh. Begitu juga dengan akaun simpanan emas, jika anda inginkan keuntungan sebanyak 37% setahun, maka anda tidak boleh usik wang simpanan di dalam akaun tersebut. Jika diusik, ia akan mengurangkan nilai pokok dan sekaligus memberikan kesan dan mengurangkan kadar keuntungan anda. Berbeza jika anda membeli gold bar, dengan nilai RM100,000. Emas itu berada di tangan anda, anda boleh pajakkan ia bila-bila masa jika anda memerlukan wang. Wang itu pula anda boleh gunakan untuk melabur di dalam perniagaan atau membeli lebih banyak emas lagi. Dengan cara ini, anda akan memperolehi 2 keuntungan. Pertama, keuntungan dari kenaikan nilai harga emas (appreciation value) dan kedua, keuntungan dalam perniagaan. Maksudnya disini, wang anda tidak akan mati kutu. Dimana, anda ada duit tapi tidak boleh digunakan, semata-mata nak dapatkan dividen 8% dari ASB. Dengan emas di tangan, anda masih boleh rolling-rollingkan wang itu untuk kegunaan lain, dan dalam masa yang sama, masih boleh nikmati keuntungan dari peningkatan harga emas sebanyak 37%. Teknik ini dipanggil Money Multiplier.. Ianya sama seperti teknik OD-ASB. Suatu masa dulu, sesiapa yang mempunyai sijil simpanan ASB, mereka boleh cagarkan sijil mereka untuk mendapatkan kemudahan OverDraft (OD).

Join us @ www.facebook.com/wangemas

P a g e | 10

Tetapi sekarang, kaedah itu sudah tidak boleh digunapakai lagi, kerana, pihak bank kini sudah tidak memberikan kemudahan OD kepada individu. Kemudahan OD hanya untuk pihak syarikat sahaja.
Nota: mungkin anda boleh search di internet tentang teknik OD-ASB ini jika ingin tahu lebih lanjut mengenainya.. Tetapi, rasanya tak perlulah anda buang masa mempelajari teknik yang sudah lapuk dan tidak boleh digunapakai ini.

Jadi kesimpulan disini, belilah emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri (atau simpan di peti besi bank).

4. Menjual Di Tempat Yang Salah!


Tempat terbaik untuk menjual emas yang anda sudah miliki, ialah di tempat asal anda membelinya. Ini kerana, jika anda menjualnya di tempat lain, selalunya, harga emas tersebut akan ditolak antara 20-30% dari harga belian semasa!. Ia satu kerugian yang besar. Malahan, KEBANYAKKAN tempat, sama ada kedai emas atau bank atau syarikat pengeluar emas, TIDAK AKAN MEMBELI EMAS KELUARAN SYARIKAT LAIN. Jadi, ianya amat penting, apabila anda membeli sesuatu produk emas itu, pastikan ia boleh dijual semula kepada pihak tersebut dengan harga belian yang tinggi (spread rendah), serta ketahui syarat-syarat jualan semulanya. Pastikan juga, terdapat ramai agen/cawangan syarikat tersebut, untuk memudahkan anda menjual semula emas anda. Peraturan kedai emas.. Apabila anda membeli barang kemas di kedai emas, jika anda ingin menjualnya semula kepada mereka, mereka menetapkan syarat bahawa anda perlu sertakan sekali resit/kad pembelian yang anda perolehi sewaktu membeli emas tersebut dari mereka. Jika kad tersebut hilang, mereka tidak akan membeli semula barang kemas tersebut. Berkenaan harga pula, mereka akan membeli emas tersebut dengan harga belian semasa dan ditolak sebanyak 30%. Mengenai harga belian ini, anda boleh lihat sendiri di kedai emas tersebut atau dimana-mana website penjual emas. Selalunya akan terdapat 2 harga yang dipaparkan. Iaitu Harga Jualan dan juga Harga Belian.

Join us @ www.facebook.com/wangemas

P a g e | 11

Harga Jualan (We Sell) bermaksud harga yang dikenakan apabila anda ingin membeli emas dari mereka. Harga Belian (We Buy) pula bermaksud, harga yang dikenakan apabila anda ingin menjual emas anda kepada mereka. Perbezaan antara harga jualan dan harga belian ini pula, dipanggil spread. Spread akan diterangkan pada point yang seterusnya. Kesimpulannya disini, 1. Sebelum membeli, pastikan anda boleh menjual semula emas tersebut kepada penjual tersebut. Tanya mereka! 2. Ketahui apakah syarat-syarat jual semula. Adakah ia diterima jika calar? Plastik dibuka? atau Kad Emas tersebut hilang? 3. Ketahui spread antara harga belian dan juga harga jualan bagi emas tersebut. Ini anda perlu kira sendiri, jangan mudah percaya kata-kata penjual tentang spread ini.

5. Tidak Mengira Spread Emas Yang Dibeli

Spread adalah merupakan perbezaan harga belian dan harga jualan emas yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat penjual emas. Sebagai contoh, Jika anda membeli sesuatu emas 20gm, anda perlu membayar RM3151. Kemudian, jika anda ingin menjualnya semula pada hari yang sama (dimana harga emas masih belum naik dan masih tidak berubah), syarikat tersebut akan membeli semula emas tersebut dari anda dengan harga RM2962.
Join us @ www.facebook.com/wangemas

P a g e | 12

Perbezaan antara harga jualan dan harga belian, ialah sebanyak 6.3%. Maksudnya, jika anda ingin menjual semula emas tersebut pada harga yang sama dengan harga yang anda beli, anda perlu tunggu dulu sehingga harga emas itu naik sebanyak 6.3%. Formula pengiraan spread adaah seperti berikut. ((Harga Jualan - Harga Belian) / Harga Belian) X 100% = Nilai Spread Dalam % Contoh.. ((RM3151 - RM2962) / RM2962) X 100% = 6.3% Lebih rendah nilai spread, maka lebih cepatlah anda boleh untung dan boleh jual semula emas anda. Contohnya, katakanlah dalam masa 6 bulan, nilai emas meningkat sebanyak 10%. Jika anda membeli emas yang mempunyai nilai spread 6%, maka anda sudah boleh jual dan untung sebanyak 4%. Tetapi, jika anda membeli emas yang mempunyai spread 17%, anda masih belum untung, jika anda menjualnya semula, anda akan rugi 11% (anda akan dapat wang yang kurang sebanyak 11% dari yang pernah anda keluarkan sewaktu membeli emas tersebut dulu), jadi, anda perlu terus simpan ia lebih lama lagi, tunggu sehingga harga emas naik melebihi 17%. Jadi, anda boleh lihat disitu, lebih rendah nilai spread, bermakna, lebih cepat anda boleh untung. Berkenaan spread ini, saya telah membuat sedikit kira-kira dan analisa tentang nilai spread emas bagi setiap syarikat pengeluar emas di Malaysia.

Join us @ www.facebook.com/wangemas

P a g e | 13

Untuk tujuan perbandingan ini, saya memilih Emas 999 seberat 20gm yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Anda boleh lihat jadual perbandingannya dibawah.. Syarikat Public Gold Golden Crest Pavillion UOB Bank (PAMP Gold) UOB Bank (KINEBAR Gold) Harga Jualan RM3177 RM3200 RM3038 RM3090 Harga Belian RM2986 RM2720 RM2789 RM2775 Spread 6.39% 17.64% 8.92% 11.35%

Harga Emas pada : 1 March 2011 , pukul 10.00 malam. Laman rujukan: - http://www.publicgold.com.my/ - http://www.gcp.com.my/ - http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

Join us @ www.facebook.com/wangemas

P a g e | 14

Kesimpulan
Itulah 5 perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda melaburkan wang anda untuk membeli emas. Cuba elakkan diri anda dan jangan lakukan kesilapan-kesilapan tersebut.Diharapkan, info di dalam eReport ringkas ini dapat membantu anda serba sedikit di dalam membuat keputusan apabila ingin melabur di dalam emas. Insyallah, selepas ini, saya akan kongsikan pula, cara-cara yang betul melabur di dalam emas serta kelebihan dan keunikan pelaburan emas. Jadi, pastikan anda terus subscribe di dalam mailing list wangemas.com ini serta like fanpage wang emas di www.facebook.com/wangemas Lebih banyak info akan saya kongsikan dari semasa ke semasa! Sekian! Selamat melabur dan selamat menjadi jutawan emas! Wassalam Yang Benar

Mohd Suhaimy a.k.a shuth Registered Public Gold Dealer 012-3655625 Web : www.WangEmas.com FaceBook : http://www.facebook.com/wangemas P/s:- Kalau rasa-rasa nak beli emas dan dapatkan info berkaitan emas dengan lebih banyak dan cepat, boleh hubungi saya terus di 012-3655625 atau email terus ke admin@wangemas.com

Join us @ www.facebook.com/wangemas

Anda mungkin juga menyukai