Anda di halaman 1dari 3

TARIKH : 23 NOVEMBER 2011 (RABU) TEMPAT: PERPUSTAKAAN S.J.K (T) LADANG TANAH MERAH. MASA : 8.

30 PAGI

LAPORAN KURSUS DALAMAN KSSR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN2

SJK(T) Ladang Tanah Merah telah mengadakan Kursus Dalaman Dunia Sains Dan Teknologi pada 23 November 2011 yang lalu. Kursus tersebut telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi bertempat di perpustakaan sekolah. Kehadiran ke kursus tersebut adalah seperti berikut:

1. Pn. S. Krishnaveni (guru besar) 2. Cik M. Vennila 3. En. Mohd Nizam bin Abd Majid 4. Cik A. Jothilecheme 5. M. Anjalaithavee 6. En. R. Selvaraja 7. Pn. R. Nirmala 8. Pn. S. Yoges 9. Pn. Vejayaletchumy

Tidak hadir dengan kenyataan: 1.En. V. Jaganathan 2.Cik G. Asthalakshmi

Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Cik M. Vennila yang telah menghadiri kursus KSSR Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 selama lima hari bermula 3 hingga 7 Oktober 2011 di Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Antara

kandungan kursus dalaman Dunia Sains Dan Teknologi tersebut adalah

berkaitan agihan peruntukan masa bagi mata pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi seminggu. Selain itu Cik M. Vennila juga memberikan penerangan tentang setiap bahan untuk pelaksanaan KSSR Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 seperti Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard Prestasi, Pemetaan Pendidikan Jasmani, Buku Contoh Evidens Standard Prestasi serta beberapa contoh borang berkaitan.

Turut disentuh dalam kursus tersebut adalah tentang Elemen Merentasi Kurikulum dalam KSSR(EMK) iaitu Elemen Kreativiti, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat

Komunikasi(TMK).

Selain itu, Cik M. Vennila juga memberikan penerangan tentang isi kandungan Dunia Sains Dan Teknologi dan cara cara menyampaikan maklumat sains kepada murid dengan berkesan. Akhirnya Cik M. Vennila menerangkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu tentang band 1 hingga 6, eviden serta instrument penilaian. Cara penyimpanan eviden juga diterangkan iaitu merangkumi 2 fail iaitu Fail Perkembangan Murid (FPM) serta Fail Showcase.

Kursus dalaman seperti ini dapat memberikan pengetahuan berguna kepada semua guru terutama guru yang mengajar Dunia Sains Dan Teknologi untuk tahun 1 dan 2 nanti.

Laporan disediakan oleh,

24 NOVEMBER 2011

__________________ (VENNILA MUKAN) Guru Dunia Sains Dan Teknologi, SJKT Ladang Tanah Merah.

Anda mungkin juga menyukai