Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAWAR 45100 SG AIR TAWAR SELANGOR Nama Pengkaji
MOHD FEISAL B MOHD POP

Tajuk Kajian
MEMBANTU MURID LEMAH DALAM KUMPULAN D DAN E MENCAPAI SASARAN 4 MARKAH DALAM MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS UPSR, KERTAS 2, BAHAGIAN B(b) MELALUI KAEDAH CRT ( CONTENT REASON TABLE )

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU. Saya adalah seorang guru opsyen Bahasa Inggeris, yang telah mengajar subjek ini selama 12 tahun yang turut melalui berbagai pengalaman dan persekitaran yang juga berbeza. Mahu dari segi tempat, budaya dan juga penerimaan serta aras murid di kawasan yang ditugaskan. Saya mula mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas peperiksaan semenjak bertukar tempat bertugas dari SK Pulau Redang, Terengganu ke SK Seri Mawar, Sabak Bernam, Selangor pada awal Januari 2005. Pada tahun itu juga, format kertas soalan Bahasa Inggeris UPSR telah bertukar format. Sepanjang tahun tersebut hingga kini, saya masih mencari cari formula atau teknik tertentu untuk membantu murid - murid saya menjawab soalan peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris, Kertas 2, Bahagian B(b) melalui kaedah yang mudah dan mudah difahami. Sebagai guru, kita mungkin akan menjadikan buku buku rujukan atau tip serta panduan dari penceramah penceramah teknik menjawab soalan sebagai bahan untuk membantu ke arah kecemerlangan murid kita, akan tetapi situasi, fahaman, penerimaan murid adalah berbeza. Saya mengajar 2 kelas tahun 6 yang berbeza. Aras juga berbeza. Murid tahun 6 saya yang berada di kelas lemah mempunyai 95% masalah dalam menjawab soalan kertas 2, Bahasa Inggeris, UPSR. Mereka tidak berupaya menulis ayat ayat mudah malah tidak mampu menyusun fakta dengan baik. Jawapan yang diberikan amatlah mendukacitakan dan ini menyumbang kepada skala markah yang tidak membantu ke arah mencapai gred yang agak baik dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan. Kebanyakkan mereka mudah berputus asa dan ada yang meninggalkan soalan bahagian ini dari terus cuba menjawab. Saya katakan pada mereka yang saya sangat tersinggung setelah banyak latihan termasuk modul yang bekalkan oleh saya, mereka masih tidak mencapai apa yang diharapkan. Agaknya cara saya mengajar tidak menarik minat mereka mungkin disebabkan saya agak serius atau terlalu tegas. Saya

juga telah membincangkan masalah ini bersama-sama dengan rakan-rakan dan mereka juga mengalami masalah yang sama malah pencapaian pelajarpelajar dikelas-kelas yang lemah lebih mengecewakan. Rakan-rakan saya mengatakan bahawa kebanyakan murid ini menganggap ia adalah subjek sukar dan tidak berusaha atau mengambil peluang memperbaiki kelemahan mereka. Saya telah berusaha menyelaraskan modul pembelajaran di samping menyediakan set soalan yang pelbagai khusus meningkatkan kemahiran menulis yang baik dan betul. Malah masalah ini kerap di beri penekanan semasa pelaksanaan kelas tambahan dan kelas bimbingan UPSR. Melihat dari beberapa ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan, saya berasa amat dukacita sehingga tertanya dalam diri, dimanakah silap saya? Perlukah faktor persekitaran menjadi sebab untuk masalah ini? Atau rentetan rancangan mengajar saya yang membosankan? Adakah aras soalan terlalu tinggi atau mengelirukan? Adakah ayat atau frasa yang saya ajar itu terlalu sukar untuk difahami dan diingati? Perlukah saya mengajar semua isi dan fakta untuk memudahkan murid menjawab soalan, sedangkan sebagai guru tahun 6, saya sendiri tidak tahu apakah bentuk soalan sebenar yang akan dikeluarkan pada tahun semasa? Hal ini telah dibincangkan bersama guru guru Bahasa Inggeris yang lain di beberapa sekolah. Malah mereka juga mengalami masalah yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, yang fokusnya lebih kepada bahagian yang kita perkatakan sekarang ini. Pelbagai usaha telah dijalankan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namun masih gagal untuk memastikan murid murid saya memperolehi markah yang lebih baik. Saya berpendapat antara faktor dan punca kelemahan ini berlaku adalah kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya memahami kehendak soalan semasa proses pengajaran disampaikan di dalam kelas. Murid beranggapan setiap soalan yang diberikan semasa peperiksaan sebenar adalah sama. Kelemahan ini juga mungkin merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan 3

penguasaan dan kemahiran menaakul bentuk soalan dan apa yang perlu disampaikan atau diberikan mengikut soalan peperiksaan tahun semasa. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid kelas lemah ini atau dalam bahasa pasar perguruan kelas ujung ini tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya, walaupun hanya satu bahagian sahaja. 2.0 ISU / KEPRIHATINAN YANG DI KAJI ( FOKUS KAJIAN ) Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah kosa kata dan menyusun isi dengan baik. Murid saya mempunyai kosa kata yang terhad dan hanya mampu digunakan untuk waktu waktu tertentu sahaja. Mereka juga selalu melakukan banyak kesilapan apabila menulis jawapan. Kesilapan yang dilakukan oleh murid saya ialah : tidak menulis pilihan seperti yang diperlukan dalam kriteria

pemarkahan. menyalin semula frasa sama seperti yang terkandung dalam soalan. tidak menjawab soalan di bahagian ini dan membiarkan ianya kosong. isi tidak padan dengan bahan sokongan. ayat tidak gramatis. tidak cuba untuk membina ayat mudah. gagal memberi perkataan yang tepat dengan kehendak soalan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid murid adalah diharapkan akan mencapai objektif berikut : i. Objektif Umum Meningkatkan nilai GNP sekolah dengan peratus kelulusan subjek Bahasa Inggeris yang baik.

ii.

Objektif Khusus o Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan perkataan dan ayat baru dalam menjawab soalan. o Membantu murid menguasai ayat dan fakta mudah untuk menyokong mendapatkan markah yang diperuntukkan. o Membantu meningkatkan peratus lulus sekurang kurangnya C untuk murid lemah. o Memberi keyakinan dan motivasi kepada murid untuk menyiapkan diri sebelum peperiksaan sebenar.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 52 orang murid tahun 6 yang terdiri daripada dua kelas; 6 Maju dan 6 Jaya.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Tinjauan Masalah Sebelum langkah langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut : a. Ujian khas membina ayat berdasarkan pilihan yang diberi sama seperti bentuk soalan peperiksaan bagi menganalisis kelemahan penguasaan kosa kata dan pembinaan ayat mudah. b. Latihan karangan pendek yang mudah bagi mengesan kesilapan penggunaan perkataan. c. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah ( Bahasa Inggeris ) bagi mengesan penguasaan kosa kata murid. 5.2 Program LEARN A SENTENCE A DAY a. Guru akan meletakkan ayat berkaitan dengan contoh bentuk soalan. b. Murid akan menyalin ayat tersebut di dalam buku.

c. Di akhir waktu p&p, guru akan bertanyakan ayat yang dipamerkan di sudut Bahasa inggeris. d. Murid yang menyalin dan dapat mengingat ayat akan di beri hadiah. 5.3 Program GIVE ME A REASON ( GEAR ) a. Guru akan memberikan klu untuk setiap isi ayat. b. Murid akan memberikan ayat yang menyokong isi yang diberikan oleh guru. c. Guru akan menjalankannya dalam bentuk kuiz dan murid akan berada dalam kumpulan yang akan ditukar ahli untuk setiap sesi. d. Murid memberikan jawapan di atas sekeping kertas manila. e. Jawapan murid akan dipamerkan berserta jawapan yang telah dibincangkan bersama guru. 6. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bil 1 2 3 4 5 6 7 Bahan Kad Manila ( pelbagai warna ) Pen marker ( hitam ) Dakwat pencetak ( hitam ) Dakwat pencetak ( warna ) Fotostat Pen whiteboard marker ( hitam ) Kertas A4 pelbagai warna Jumlah 1 set 2 kotak 1 1 1 peket Jumlah Catatan RM 5.00 RM12.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM 6.00 RM 5.00 RM178.00

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 Aktiviti Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis Proposal Kajian Merancang tindakan ( individu ) Melaksanakan tindakan Aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1- (dalam panitia ) Melaksanakan tindakan Aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2- (dalam panitia ) Melaksanakan tindakan Aktiviti 1 Tarikh Pelaksanaan Minggu ke 2 , Januari Minggu ke 3 , Januari Minggu ke 4 , Januari Minggu Pertama Februari Minggu ke 2 , Februari Minggu ke 3, Februari Minggu ke 2 , Mac Minggu ke 3, Mac Catatan

9 10 11 12 13

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3- (dalam panitia ) Ujian dan pengesanan pencapaian pelajar Aktiviti 4 Refleksi kajian. Menulis Laporan Kajian Pembentangan Dapatan Kajian

Minggu ke 4, Mac Minggu pertama April Minggu ke 2, April Minggu ke 3 , April Minggu ke 4, Mei

Anda mungkin juga menyukai