Tajuk
Disediakan oleh
: (62288111045)
Zaid Harithah bin Zainulabid Nur Liyana binti Toharan Nur Atiqah binti Zulkafli Nadiah binti Sumali
Jumaat, 18 Mei 2012, Waktu yang dinantikan telah tiba. Kami bertolak ke Jakarta. Waktu penerbangan kami adalah pukul 11.30 malam. Kami dihantar oleh teman-teman sekursus kami.Kami sempat bergambar secara beramai-ramai sebelum berangkat. Sabtu, 19 Mei 2012 Indonesia mengubah persepsi kami. Tepat jam 12.30 pagi waktu Indonesia, kami sampai ke lapangan terbang antarabangsa Sukarno-Hatta. Kami bercadang ke Bandung untuk bersiar-siar kerana program kami di Sekolah Tinggi Ilmu Administrasi Mandala Indonesia (STIAMI) bermula pada 21 Mei. Namun, kami terkejut kerana sejurus sahaja selesai urusan imigresen, kami nampak dua orang pemuda menanti di ruangan menyambut tetamu dengan memegang kertas A4 yang bertulis MAHASISWA UNIKL. Rupa-rupanya, kehadiran kami memang dinantikan oleh mereka. Mereka merupakan staf-staf daripada STIAMI. Dua pemuda itu bernama Pak Dedy dan Pak Doni. Terdapat seorang lagi yang turut serta iaitu Pak Reda. Pak Reda merupakan salah seorang chairman STIAMI. Kami berkenalan dengan mereka. Kemudian Pak Reda membawa kami ke Restoran KFC untuk makan malam dan memberikan sedikit taklimat berhubung dengan tentatif program di STIAMI. Setelah itu, kami dibawa ke bilik penginapan kami yang terletak di Cempaka Putih Barat, Jakarta. Bilik kami terletak lebih kurang 5-7 km daripada kampus STIAMI. Jam 8.30 pagi, datang dua orang staf STIAMI ke bilik pelajar perempuan. Mereka adalah Ai dan Handini. Mereka akan menjadi tour guide kami di Indonesia. Program kami hari ini adalah bersiar-siar di Monas dan Masjid Istiqlal. Kami ke sana bersama Ai, Handini dan Pak Widi. Pak Widi merupakan salah seorang pensyarah di STIAMI. Kami bergerak ke Monas menaiki van STIAMI. Sepanjang perjalanan kami menyaksikan Bandar Jakarta yang kami rasa agak maju namun terdapat juga rakyatnya yang bersusahan menolak kereta roda untuk menjual makanan dan minuman. Sekitar Monas itu terdapat banyak bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan. Monas diambil daripada perkataan Mo dan Nas. Mo merujuk kepada Monumen dan Nas merujuk kepada Nasional. Monumen Nasional (Monas) ini mula
dibangunkan oleh Presiden Indonesia yang pertama iaitu Sukarno pada tahun 1975. Ia dibangunkan untuk mengenang pertempuran dan perjuangan rakyat Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Belanda. Tugu ini dihiasi simbol api yang dilapisi lembaran emas sebanyak 38 kg yang melambangkan semangat perjuangan yang menyala-nyala rakyat Indonesia. Kami turut bergambar di situ sebagai kenang-kenangan. Selepas itu kami menuju ke Masjid Istiqlal yang terletak berhampiran dengan Monas. Kami menunaikan solat zuhur jamak asar di situ. Masjid Istiqlal sangat besar, ia merupakan masjid terbesar di Asia tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Besar dan unik bukan menjadi ukuran sesebuah masjid. Masjid Istiqlal ini sangat mendamaikan kami. Suasananya tenang dan indah. Namun, kedamaian dan keindahan ini dicemarkan oleh segelintir peminta sadaqah yang kami kira mereka adalah sindiket. Kami berharap agar Indonesia juga negara tercinta kami Malaysia dapat membasmi sindiket peminta sedeqah ini. Selepas solat, kami ke restoran masakan padang untuk menjamu selera. Setelah itu kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk istirehat. Malamnya pula, kami dibawa ke Bebek Kaleyo yang terletak di Jakarta Timur untuk makan malam. Pelanggan di sini cukup ramai kerana makanan disini enak-enak. Antara menu yang popular ialah bebek bakar dan bebek goreng. Terdapat juga ayam penyet, jus buahan asli dan sup buah. Kami amat terkesan dengan keenakan makanan di sini. Apa yang penting hari ini adalah persepsi kami tentang Indonesia berubah secara total. Perasaan yang mulanya takut dan sentimen-sentimen anti Indonesia berubah sama sekali. Kami mula jatuh cinta dengan negara jiran ini. Mengapa kita perlu bergaduh sesama sendiri? Kita (Malaysia dan Indonesia) adalah negara serumpun. Kami merasakan hubungan antara Malaysia dan Indonesia perlu diperbaiki agar rakyat di kedua-dua negara ini dapat hidup dalam keadaan aman, makmur dan harmoni. Slogan-slogan Ganyang Malaysiadan Ganyang Indonesia perlu diubah kepada slogan Sayang Malaysia Saya Indonesia.
Ahad, 20 Mei 2012 Indahnya manusia terletak pada budi bahasanya. Program kami hari ini juga bersiar-siar di sekitar Jakarta. Kami memulakan perjalanan kami ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) yang terletak di Jakarta Timur. TMII merupakan satu kawasan taman wisata bertemakan budaya Indonesia. Area TMII itu melangkaui 150 hektar. Taman ini merupakan rangkuman kebudayaan bangsa Indonesia, yang mencakup berbagai aspek kehidupan seharian masyarakat 26 provinsi Indonesia yang ditampilkan dalam seni bina tradisional, seta menampilkan aneka busana, tarian dan tradisi daerah. Disamping itu, di tengah-tengah TMII terdapat sebuah danau yang menggambarkan susunan kepulauan Indonesia di tengahnya, kereta gantung, museum, dan Teater IMAX Keong Mas dan Teater Tanah Airku, dan taman rekreasi . Ini menjadikan TMIII sebagai salah satu kawasan wisata terkemuka di ibu kota. Sebelum kami meneruskan perjalanan, kami diperkenalkan dengan Pak Agus dan Pak Rusdi. Pak Agus merupakan rektor 3 STIAMI manakala Pak Rusdi merupakan staf pemasaran di STIAMI. Mereka lah yang menemani kami. Mereka membawa kami ke warung Soto Kudus milik kenalan Pak Agus untuk bersarapan. Sotonya enak dan mengiurkan. Selepas itu kami di bawa menaiki kereta gantung untuk melihat seluruh Taman Mini itu. Kereta gantung itu dikenali kereta kabel di Malaysia. Pemandangan dari atas sangat indah. Kami dapat menikmati keindahan rumah-rumah tradisional, replika pulau-pulau di Indonesia dan lain-lain lagi. Selepas kereta gantung, kami sempat melihat rumah tradisi masyarakat padang. Atas kesuntukan masa, kami tidak dapat ke rumah-rumah tradisi yang lain.Di rumah masyarakat Padang, kami sempat bergambar dan belajar sedikit sebanyak tentang tradisi masyarakat Padang. Setelah itu, kami dipelawa ke Museum Komodo. Kami ke sana untuk melihat binatang unik yang diberi nama komodo. Kelihatan Komodo seperti biawak besar. Namun, Komodo ini merbahaya kerana air liurnya dikatakan mampu melumpuhkan mangsa dengan cepat. Di musium ini juga kami dapat bemesra dengan biawak dan ular jinak. Setelah puas bersiar-siar kami dipelawa oleh Pak Agus untuk menjamu makan tengah hari di rumahnya. Setelah itu, kami dibawa ke kota cina yang terletak berhampiran dengan rumah Pak Agus. Kami tidak lama disitu kerana kami perlu ke Taman Wisata Mekarsari. Taman Wisata Mekarsari merupakan salah satu pusat buah-buahan tropika terbesar di dunia, khususnya jenis buah-buahan unggul yang dikumpulkan dari seluruh daerah di Indonesia. Di sana kami dibawa jalan-jalan melalui kebun buahan-buahan
yang indah dengan menaiki mini bus yang disediakan. Terdapat jurucakap yang menerangkan maklumat tentang buah-buahan di situ. Kami juga dapat menjamu buahan segar terus dari pokok yang rasanya enak dan segar. Setelah itu kami diberi cenderahati daripada Taman Wisata Mekarsari sebagai kenang-kenangan. Apabila matahari melabuhkan tirainya, kami dibawa ke restor sate kambing untuk menikmati sate kambing segar di situ. Setelah itu, kami pulang ke bilik penginapan masing-masing untuk beristirehat. Kesopanan dan keluhuran layanan daripada pihak STIAMI ini membuatkan kami merasa diri ini dihargai. Kami juga dapat merasakan jikalau seluruh Malaysia dan Indonesia dapat berakhlak sepertimana yang ditunjukkan oleh pihak STIAMI, maka kedua-dua negara ini akan bertambah maju dan bertamadun. Teori Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa Negara bertamadun itu terletak kepada pembangunan fizikal dan rohani (akhlak) itu dapat direalisasikan oleh Malaysia dan Indonesia. Isnin, 21 Mei 2012 Pembelajaran di STIAMI amat menyeronokkan. Pagi Isnin jam 7.00 pagi, kami semua bersiap untuk dijemput ke kuliah. Perasaan kami amat seronok kerana ini merupakan hari pertama kami menjejakkan kaki ke kampus STIAMI. Jam 8.00 pagi waktu Indonesia, kami dijemput oleh staf STIAMI dan dibawa ke kampus. Sepanjang perjalanan ke kampus, kami dapat melihat bertapa sesak dan padat nya Jakarta pada waktu pagi. Akan tetapi, sistem jalan raya mereka sangat kami kagumi. Sifat tolak ansur dan saling menghormati antara mereka harus di contohi oleh rakyat Malaysia. Kira- kira jam 8.30 pagi kami tiba di STIAMI. Ketibaan kami Mahasiswa Malaysia di sambut dengan mesra dan ramah oleh staff, pensyarah dan juga pelajar STIAMI. Kedatangan kami juga diraikan dengan majlis pembukaan dan perasmian Pertukaran Pelajar UniKL ke STIAMI. Turut serta di majlis perasmian itu adalah Dr Razak selaku wakil pensyarah dari UniKL. Setelah tamat majlis perasmian, Dr Razak pulang dan berpesan kepada kami supaya menjaga diri sepanjang di Jakarta. Kami merasa sangat teruja diatas layanan yang diberikan oleh pihak UniKL yang sentiasa mengambil berat dan juga layanan yang diberikan oleh pihak STIAMI. Selepas itu, kami diberi masa untuk berkenalan dengan Perwakilan Pelajar STIAMI. Ketua pelajar STIAMI iaitu Ilham banyak memberitahu kami mengenai STIAMI. STIAMI merupakan kampus swasta dan ianya mempunyai biasiswa bagi pelajar yang cemerlang di dalam pelajaran.
Visi STIAMI adalah untuk menjadi perguruan tinggi swasta unggul,berkualitas dan terbaik. Misi STIAMI pula ialah untuk melaksanakan pendidikan bernuansa humanis yang berorientasi kepada pendidikan,penelitian,pengabdian masyarakat, yang bermandiri dan berkualitas, beriman dan bertaqwa. Mereka bermotto untuk membangun intelektual dengan integritas moral & etika. Yuran pendaftaran di STIAMI di anggarkan dalam 10 juta rupiah per semester. Fakulti yang ditawarkan di STIAMI adalah Perpajakan (percukaian) dan Perniagaan. Selepas itu, kami semua menunaikan solat Zuhur dan selepas itu kami di suruh masuk kuliah. Kuliah pertama iaitu mengenai Kewangan Syariah. Pensyarah atau Dosen yang mengajar iaitu Prof. Dr Joseph. Beliau merupakan seorang pensyarah yang bagus dan kami juga dapat memahami setiap apa yang beliau sampaikan di dalam kuliah. Alhamdulillah, setiap soalan yang di tanyakan dapat kami menjawabnya dengan baik. Setelah tamat kelas, Prof Dr Joseph sempat berjumpa kami dan memberitahu kami jika ingin bertanya apa sahaja soalan boleh terus berhubung dengannya melaui email. Beliau juga merupakan rakan kepada Assc Prof. Dr Kamisan, salah seorang pensyarah kami di UniKL. Selepas tamat kelas pertama, jam 4.00 ptg kami masuk ke kuliah yang kedua iaitu kelas Pak Widi iaitu kelas Pengurusan Perniagaan. Pak Widi merupakan penulis buku mengenai Pengurusan Perniagaan. Pada waktu kelas, beliau ada membawa buku yang beliau tulis namun hanya ada dua buah buku sahaja. Jadi beliau memberi rambang dengan menyebut bulan kelahiran dan pelajar Malaysia yang bertuah mendapat buku itu ialah Zaid Harithah B. Zainulabid dan juga Nur Atiqah Bt. Zulkafli. Pak Widi tidak sempat mengajar kami kerana masa yang singkat. Akan tetapi beliau
mengajar kami cara untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri. Apa yang membuatkan kami tertarik di STIAMI ini ialah cara pengajaran oleh pensyarah mereka. Mere menggunakan konsep motivasi untuk menaikkan semangat para mahasiswa untuk menggali sebanyak ilmu yang boleh. Aktiviti ini amat menyeronokkan. Kami termotivasi dan berazam untuk berjaya dalam hidup. Selepas jam 5.00 ptg, kami di hantar pulang ke penginapan untuk berehat. Jam 8.00 mlm, kami semua keluar untuk makan malam. Jam 11.00 mlm, kami pulang ke penginapan dan tidur awal kerana keesokkan hari kami harus ke Parlimen Indonesia.
Selasa, 22 Mei 2012 Indonesia yang Demokratik Jam 7.00 pg kami dijemput dan terus dibawa ke Parlimen Indonesia untuk berjumpa Pak Ida, wakil ketua DPD. DPD memberi makna Dewan Perwakilan Daerah. Kalau di Malaysia, mungkin DPD ini merupaka ADUN. Pihak STIAMI memberitahu bahawa kami Mahasiswa Malaysia amat beruntung kerana Pak Ida amat susah untuk menerima tetamu kerana sibuk dengan tugasannya. Akan tetapi, kedatangan kami diterima dan disambut dengan layanan yang mesra. Bangunan Parlimen Indonesia amat luas dan besar. Kami di jemput ke latai 11 dimana Pak Ida berada. Kami diberitahu serba sedikit mengenai Parlimen. Rancangan awal kami iaitu ingin berjumpa dengan Wakil ketua dan terus beransur pulang. Akan tetapi, salah seorang Mahasiswa Malaysia iaitu Mohd Aliff Redzuan meminta kebenaran untuk melihat bagaimana pihak Parlimen berdiskusi dan bagaimana mereka berucap di dalam Parlimen. Dengan rasa senang hati, Pak Senator mengizinkan kami mengikuti setiap acara yang beliau hadiri pada hari itu. Kami merasa sangat gembira dan teruja dengan layanan yang diberi dan ini merupakan pertama kali kami memjejaki kaki di dalam dewan ala-ala parlimen dan melihat mereka berdiskusi. Ianya merupakan pengalaman yang paling sukar untuk kami lupakan. Jam 2.00 ptg, kami di ajak untuk mendengar forum mengenai "Ciri Capres yang Busuk". Capres disini membawa erti calon presiden. Tajuk yang di bicarakan agak lucu, namun ianya mampu memberi impak yang sungguh luar biasa. Mereka membahaskan tentang ciri bakal presiden yang berahklak buruk, cara-cara mengenali capres busuk dan situasi politik yang berlaku di Indonesia. Mereka sangat demokratik dan bebas. Berbeza pula situasi di Malaysia. Kami merasakan perlunya negara kami Malaysia juga perlu demokratik untuk membangun dan memajukan Malaysia pada masa akan datang. Pelbagai isu yang di keutarakan dan terdapat empat orang panel yang hebat di jemput. Mereka adalah sejarahwan, ahli politik, aktivis dan pemerhati politik. Setelah tamat sesi itu, kami di beri makanan tengah hari dan solat Zuhur. Sesudah selesai solat Zuhur, kami di minta untuk menunggu Pak Ida sebentar untuk memberikan cenderahati dan tanda penghargaan dari pihak STIAMI. Sementara menunggu, kami ternampak wakil dari pihak negara jiran Malaysia iaitu Singapura datang ke Indonesia untuk berdiskusi. Jam 4.30 ptg, kami berjumpa Pak Ida lalu bergambar dan bersalaman serta meminta izin untuk pulang. Setibanya di lantai bawah, kami bergambar sebagai tanda kenangan. Selepas itu, kami meminta izin pada staf STIAMI
untuk membawa kami ke pusat membeli belah kerana ada barang yang ingin kami beli. Pak Shafiq merupakan supir atau pemandu kami pada hari itu, dan kebetulan hari itu Pak Shafiq puasa 1 Rejab, jadi sebelum kami pulang ke penginapan, kami di ajak makan terus bersama Pak Shafiq di Waroeng Steak House. Harga makanan nya amat murah dan menyelerakan. Suasana kedai nya juga nyaman dan sungguh selesa. Makan malam ini dibelanja penuh oleh salah seorang staf STIAMI yang kami memanggilnya ibu kerana sifat dan peribadinya yang penuh dengan keibuan. Kami amat berterima kasih kepada beliau. Sesudah itu, Pak Shafiq menghantar kami pulang ke penginapan. Rabu, 23 Mei 2012 Pembelajaran bermotivasi. Pada tepat jam pukul 8.00 pagi pihak STIAMI telah menyediakan kami van untuk ke kuliah seperti biasa.Kami tiba di STIAMI pada pukul 8.30 pagi. Selepas itu, kami menuju ke kelas keusahawanan yang di ajar oleh Pak Muhammad Agus Cholik. Seramai 30 orang di tempatkan bersama kami untuk mempelajari pelajaran enterpreneur tersebut. Di awal pembelajaran, kami di tekan kan oleh Pak Agus supaya berani untuk berniaga. Pak Agus menyenaraikan alasan-alasan mahasiswa yang tidak berniaga. Antara sebab sebab kebanyakan mahasiswa enggan berniaga adalah takut akan saingan, tidak berminat dalam berniaga, tidak tahu apa yang hendak diniagakan dan lain-lain lagi. Pak Agus menyuntikkan semanggat usahawan tehadap kami semua agar menjadi usahawan yang berjaya kerana sumber rezeki 90% datangnya dari berniaga sendiri. Kami semua amat bersemangat dan ingin menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Selain itu, kami telah di beri tugasan untuk membuat satu perniagaan yang telah di tetapkan oleh Pak Agus. Kami di bahagikan didalam kumpulan.setiap kumpulan mengandungi 8 orang. Setelah semua siap dengan tugasan yang di berikan, kami semua dikehendaki membentangkan plan kami di depan kelas dan Pak Agus akan memberikan pendapat terhadap tugasan yang telah siap dibentangkan. Pada pukul 11.30 pagi kami disajikan makanan dari masakan padang. Setelah kenyang, Pak Agus membawa kami ke Pusat Glosir Cililitan (PGC). PGS terletak di barat jawa indonesia. PGC adalah satu tempat di mana terdapat pelbagai baju batik, telekung, tudung dan sebagai dengannya. Kami semua tidak melepaskan peluang dengan membeli pelbagai barangan untuk di bawa pulang ke tanah air. Setelah penat membeli belah kami pulang ke
asrama pada pukul 5.00 petang. Dari pusat membeli belah tadi dengan asrama yang kami duduki mengambil masa dalam sejam jika jalan raya sesak. Tetapi jika jalan lancar ia hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sesampai di penginapan,kami menyiapkan diri untuk makan malam. Kami makan malam di sebuah gerai tepi jalan yang berdekatan dengan asrama itu. Setelah makan malam kami pulang ke bilik masing- masing. Kami semua pulang awal untuk beristirehat kerana tidak sabar untuk pergi ke Bandung keesokkan harinya. Khamis, 24 Mei 2012 Perjalanan ke Bandung. Tepat pukul 8.00 pagi seperti biasa van STIAMI tiba di asrama kami dan membawa kami ke kampus STIAMI. Pada hari ini kami semua tidak sabar untuk ke Bandung. Sebelum kami berangkat ke Bandung kami memasuki kelas pajak yang di ajar oleh Bapak RS July Harto.Pak July pernah melanjutkan pelajarannya ke Universitas Indonesia dan sekarang menjadi pengajar di STIAMI bagi pelajaran Pajak. Di Malaysia kita menggelar pajak apabila kita mahu memajakkan sesuatu untuk mendapatkan wang. Namun pajak di indonesia di kenali sebagai cukai. Di dalam kelas tersebut kami mempelajari tentang pajak di Indonesia. Selain itu Pak July menyelitkan berbandingan antara cukai di Malaysia dan Indonesia. Kebanyakkan teorinya sama dengan cukai yang berada di malaysia. Mungkin perbezaannya dari segi undang undang negara masing masing. Setelah selesai matapelajaran tersebut, Pak July ingin merakamkan gamba untuk kali terakhir bersama kami. Pada pukul 11.00 pagi kami di bawa ke Perpustakaan Nasional di Jakarta Pusat. Kami di perkenalkan oleh seorang pegawai perpustakaan itu untuk menerangkan infomasi yang terdapat di perpustakaan itu. Permualaannya kami pergi ke tingkat satu. Di tingkat satu terdapat buku- buku pelajaran dari segi ekonomi, sejarah , agama dan lain- lain. Tetapi buku di sini tidak dibenarkan untuk mengambil sendiri. Buku buku ini akan di ambilkan oleh pegawai khas yang telah di tempatkan di depan kaunter. Begitu juga dengan tingkat dua. Di tingkat tiga terdapat pelbagai peta indonesia dari tahun 1950 hingga sekarang, juga petapeta sewaktu penjajahan Belanda. Paling kami tidak dapat melupakan adalah kami melihat barang barang kuno di tingkat lima. Kami merakam gambar untuk dijadikan kenangan.
Barang kuno tersebut tidak boleh di pinjam melainkan mereka ingin menyalin semula manuskrip tersebut. Di tingkat 6 dan 7 terdapat surat khabar dari tahun sebelum 50-an. Setelah selesai kami mengucapkan terima kasih kepada pegawai yang memberi maklumat tentang perpustakaan di jakarta itu. Pada pukul 2.30 petang kami semua berangkat ke Bandung yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami menaiki van yang telah di sediakan oleh STIAMI sendiri. Kebanyakan dari kami tidur kerana keletihan menghadapi jalan raya yang sesak. Kami tiba di kawasan rehat sebelum tiba Bandung dan berhenti selama 30 minit untuk solat serta makan petang. Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke Bandung. Kami tiba di Bandung pada pukul 8 malam. Kami menginap di sebuah hotel berdekatan dengan kedai Kartikasari, kedai kek terkemuka di Bandung. Setelah selesai solat maghrib dan isyak, kami beramai ramai makan malam di kedai makan berdekatan dengan hotel kami. Kami sempat membeli kek kukus di Toko Kartika Sari sebelum makan malam. Selepas kenyang, kami pulang ke hotel untuk berehat. Jumaat, 25 Mei 2012 We Love Bandung. Pagi pagi lagi kami semua sudah siap sedia untuk meneruskan rancangan kami ke Gunung Tangkuban Perahu. Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di provinsi Jawa Barat, Indonesia. Ia terletak lebih kurang 20 km dari arah utara Kota Bandung, dikelilingi dengan rimbunan pohon pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya. Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini kelihatan seperti perahu. Jenis batuan yang dihasilkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dihasilkan adalah belerang sulfur, mineral yang dihasilkan ketika gunung tidak aktif adalah wap daripada belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum/Pejabatan Perhutanan. Suhu hariannya adalah lebih kurang 17oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari.Kami bertolak ke sana pada pukul 7 pagi dan sampai di Gunung Tangkuban Parahu pada pukul 10 pagi. Di Gunung Tangkuban Parahu terdapat gunung berapi yang masih lagi aktif tetapi belum meletup selepas 40 tahun yang dulu. Terdapat ramai pelancong termasuk kami melihat kekuasaan
Tuhan yang Satu itu. Kami sempat membeli sedikit buah tangan untuk di jadikan ole- ole buat kenalan di Tanah air. Pada pukul 12 tengahari kami turun ke bandar bandung untuk membeli belah. Kami ke Cihampelas, dan Jalan Riau. Kami memasuki setiap kedai yang berada di situ. Sewaktu kami ingin membeli baju, terdapat penjual yang menjual beg, kasut dan sebagai dengannya mengikut kami agar kami membeli barangan mereka. Salah seorang dari teman kami membeli beg dengan harga 75000 rupiah. Terdapat 19 tempat-tempat menarik di Bandung namun kami hanya sempat melawati tiga tempat menarik sahaja. Kami juga sempat singgah di Summit Mall yang terdapat barangan import dari negara luar. Pada jam 6 .00 petang kami berangkat semula ke Jakarta Pusat. 26 Mei 2012 Menghadiri Seminar Nasional Restorasi Budaya Nasional untuk Indonesia yang Mandiri, Sejahtera dan Bermartabat. Pada hari ini, tepat pukul 7.30 pagi kami disuruh bersiap untuk mendengar Seminar Nasional yang berlangsung di Gedung BPPT, Jakarta dengan tajuknya Restorasi Budaya Nasional : Untuk Indonesia yang Mandiri, Sejahtera dan Bermartabat. Seminar yang berlansung sekitar pukul 9 pagi ini berdiskusi tentang bagaimana rakyat Indonesia boleh menjadi rakayat yang berjaya dan dan disegani. Dalam seminar ini juga, Dr Khairiah Salwa Mokhtar, perwakilan daripada Universiti Sains Malaysia(USM) hadir untuk menandatangani kesepakatan antara USM bersama Pascasarjana STIAMI. Usaha sama antara kedua pihak ini diharapkan akan member peluang yang lebih ramai kepada mahasiswa untuk salaing bertukar pendapat sesama sendiri. Dalam seminar ini, terdapat 3 panel yang membentangkan idea masingmasing bagaimana untuk mereka saling membangunkan negara Indonesia yang maju. Di akhir perbincangan, pengerusi majlis membuka soalan kepada umum untuk bertanyakan soalan kepada para panel. Zaid Harithah, wakil mahasiswa dari Unikl adalah antara salah seorang yang bangun dan bertanya soalan kepada para panel yang ada. Seminar ini berakhir pada pukul 1 tengah hari dan kami di jamu dengan makanan tengah hari sebelum pulang. Setelah selesai seminar, kami singgah di pusat membeli belah International Trade Center (ITC) yang terletak di kawasan Cempaka Mas untuk membeli sedikit cenderahati untuk di
bawa pulang ke Malaysia.ITC Cempaka Mas merupakan salah satu pasar barangan yang ada di Jakarta dan mendapat gelaran Mega Grosir terbesar di Asia Tenggara. ITC Cempaka Mas merupakan tempat berbelanja dan juga sebagai tempat rekreasi untuk seisi keluarga . ITC Cempaka Mas terdiri daripada 6 tingkat dan 12 area blok mulai dari Blok A hingga Blok L dan mempunyai luas sekitar 4.8 hektar. Tempat ini merupakan tempat memebeli belah yang terkenal di Jakarta yang menyediakan pelbagai jenis baju dari pelbagai daerah di Indonesia. Di sini, kami lihat terdapat pelbagai barang yang cantik dan menawan hati seperti telekung (mukana), beg, kasut dan juga tudung dengan harga yang berpatutan. Kami menghabiskan masa lebih kurang 6 jam di pusat membeli belah ini sebelum di hantar pulang oleh pemandu kami. Pada malamnya, sebelum kami meninggalkan kota Jakarta kami mengambil keputusan untuk makan beramai ramai di kedai Bebek Kaleyo yang menediakan pelbagai menu itik dan ayam dengan menaiki bajai, yang merupakan salah satu pengngkutan yang popular di kota Jakarta. Selesai makan beramai ramai kami pulang ke bilik penginapan masing masing dan berkemas untuk bertolak pulang keesokan harinya. 27 Mei 2012 Selamat tinggal Indonesia Hari ini merupakan hari terakhir di Jakarta. Kami akan pulang ke tanah air tercinta pada pukul 8 malam waktu Indonesia. Paginya kami ke Monas sekali lagi untuk mencari kaos atau t-shirt untuk diberi kepada kenalan-kenalan di Malaysia. Di sana terdapat demonstrasi oleh Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA). Di Indonesia memang kelihatannya sangat demokratik. Medianya bebas dan tidak hairanlah rakyatnya tidak takut mengkritik Presiden Susilo Bambang Yudiono secara terbuka dan pedas. Namun, menurut kajian kami Indonesia bakal bertambah maju pada 10-15 tahun akan datang disebabkan kebebasan bersuara ini. Setelah ke Monas, kami makan solat di Masjid Istiqlal dan kemudian makan tengah hari di restoran masakan Sunda, suku kaum yang terdapat di Bandung. Masakannya kering-kering dan panas tapi enak dihadam. Setelah itu kami ke Toko Gunung Agung yang menjual pelbagai bahan bacaan yang menarik. Kami membeli belah bahan bacaan di sana. Hampir 4-5 buku dapat dibeli. Karya Andrea Hirata dan Oki Setiana Dewi menjadi pujaan salah seorang daripada
kami. Seusai membeli buku, kami beransur ke Lapangan Terbang Antarabangsa SukarnoHatta untuk pulang ke tanah air. Kami tiba awal di lapangan terbang tersebut , kira-kira pukul 4 petang tetapi tiket kami pada pukul 8 malam. Oleh itu, kami mula cek in bagasi kami awal supaya dapat berjalan-jalan di sekitar lapangan terbang tersebut. Pada masa ini juga kami mengucapkan selamat tinggal pada pemandu kami dan Ai, wakil dari STIAMI yang hadir untuk menghantar kami ke lapangan terbang. Kami mendapat plat dari pihak STIAMI sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga atas layanan yang cukup mesra dan bagus sepanjang kami menginap di Jakarta. Selesai sesi bergambar di lapangan terbang, pihak STIAMI pulang dan kami pula menjamu makanan di salah satu kedai makanan yang ada di lapangan terbang tersebut sebelum berangkat pulang. Selesai makan, kami menunaikan solat dan menunggu sebelum bertolak ke Malaysia jam 8 malam dengan menaiki pesawat Air Asia. Penutup Kami merasakan program ini mampu menjadikan kami lebih berdedikasi dan berakhlak. Program-program ini juga mampu menyuntik semangat kami untuk membangunkan negara tercinta melalui konsep-konsep Islami yang mengambil kira dua perkara penting iaitu pembangunan akhlak dan fizikal dalam mencipta tamadun yang unggul. Pengalaman-pengalaman yang kami dapat di Indonesia ini akan digunakan sebaik mungkin amnya untuk kepentingan umat Islam dan khusus untuk umat Islam di Malaysia. Akhir kalam, kami amat berterima kasih kepada pihak UniKL dan STIAMI kerana dapat menganjurkan program-program seperti ini. Kami berharap agar hubungan kedua-dua institusi pengajian tinggi ini semakin akrab seterusnya menjadi pemangkin kepada hubungan baik antara kedua-dua negara. Di kesempatan yang terbatas ini juga, kami ingin menghargai dan berterima kasih atas sokongan Dr Azlan Ali dan Dr Abdul Razak yang kami rasa amat bernilai. Justeru, kami berharap agar program-program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang. Sekian.