Anda di halaman 1dari 3

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira Watak Utama Amira Amira ialah seorang pelajar dan berkawan

baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profe sor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekol ah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalan kan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak t unggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Mali que yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahi t iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, cont ohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua. Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suat u pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira di minta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. D ia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu y ang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar darip ada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup. Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seo rang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memic it bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunai kan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya d ia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau. Watak Sampingan Jacinta Jacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih dan gebu s erta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal dunia, dan ayahnya sekaran g berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dia tidak suka akan ibu tiri yang bar u dikahwini oleh ayahnya itu. Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan a tau tapak cari gali artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijal ankan oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah beberap a kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang arkeologi. Jacint a diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus. Dia dalam keadaan pengsan ke tika dijumpai oleh Tau di celah banir pokok balak yang besar. Jacinta menyukai D r. Zawawi iaitu pensyarah muda dan pembantu Profesor Zaidah. Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat merajuk ap abila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka menolong orang, contohnya di a bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dal am gerakan mencari Malique yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah, contohnya dia berhu jah dengan O Hara semasa mereka mencari Malique. Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya dia membawakan Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam.

Jacinta juga tidak pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka berlainan agama. Itai Itai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan su ku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah anak bukit. Sebenarnya It ai ialah adik Malique dan emak mereka ialah Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengena li tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan iaitu t anpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik sebagai ketua kampung y ang memahami alam di hutan itu, iaitu menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sed ang memegang jawatan ketua kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas p eristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas. Itai suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Itai membantu Amira untuk mencari Malique yang hilang. Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap m ereka. Itai seorang yang murah hati, iaitu dia dan Amira sanggup meredah hutan u ntuk mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dia sepe rti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang berbulu ketika bersama-sama de ngan Amira di dalam hutan dan seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu. Profesor Zaidah Beliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang tabiat ibunya suka memulakan ker ja sejak awal pagi iaitu ketika orang lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang, contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas Amira . Beli au seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta cedera. Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil berat kebaj ikan keluarga Pak Lias dan bertanyakan perbelanjaan keluarganya sebelum dia meni nggalkan mereka untuk bekerja di Bukit Mat Raya. Beliau pakar dalam bidang arkeo logi, contohnya dia mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau ri buan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima tahun dalam bidang itu. Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 9:43 PM 0 comments Latar Masyarakat Novel Kembara Amira 1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan Itai merupakan pelajar sekolah yang s edang bercuti. 2. Masyarakat yang mementingkan persahabatan - Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri. 3. Masyarakat yang sayang akan alam sekitar - Tau tidak suka akan orang yang mer osakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di dalam hutan. Malique juga tidak mahu hutan itu dirosakkan atau dimusnahkan. 4. Masyarakat orang Asli - Ludin, Tau dan Itai merupakan orang Asli yang tinggal di kawasan Bukit Mat Raya.

5. Masyarakat yang gigih berusaha - Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pela jarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan. 6. Masyarakat yang suka menolong orang - Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan Jacinta. 7. Masyarakat yang mementingkan muafakat - Masyarakat kampung berbincang untuk m embuat keputusan dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti peristiwa Itai y ang membawa Amira ke sungai yang ada ketulan emas. 8. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yan g mengurung Malique. 9. Masyarakat yang kuat semangat - Amira kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi ga gal kerana batu-batu itu licin. 10. Masyarakat yang penyayang - Profesor Zaidah merupakan ibu yang penyayang ker ana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat keselamatan Amira. Begitu juga den gan Tau yang sangat sayang akan anaknya iaitu Malique atau Sabi. 11. Masyarakat yang ikhlas - Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Ami ra yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah. 12. Masyarakat yang patuh akan arahan - Pak Lias menghormati dan taat akan araha n Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya i tu. Dr. Zawawi juga patuh akan arahan yang diberikan oleh Profesor Zaidah. 13. Masyarakat yang menghormati orang lain - Itai menghormati orang yang lebih t ua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah caka p mereka. 14. Masyarakat yang mahir dalam perubatan tradisional - Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunak an perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada aka r kayu. 15. Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Pro fesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Am ira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.

Anda mungkin juga menyukai