Anda di halaman 1dari 2

KARAMEL

Semasa akak menjenguk ke fp Feqah di http://srsfeqah.fotopages.com/ akak tengok gambar puding karamelnya sungguh menyelerakan. Jadi akak siarkan resipi dan gambarnya disini,bolehkan Feqah !Puding karamel adalah pencuci mulut yang enak dimakan sejuk. Jadi sejukkan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. Puding ini juga boleh dikukus ataupun di bakar secara waterbath(bain-marie). Tips membuat puding karamel: 1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit. 2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip. 3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair. 4. Telur dan susu dikisar hingga sebati. 5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang. 6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan. Puding Karamel Feqah Bahan-bahan : 1 cawan gula pasir 1 cawan air panas 4 biji telur 1 tin susu cair 2 sudu besar esen vanila 2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad Cara Membuatnya : 1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati. 2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati. 3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar. 4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding. 5. Kukus 20 minit hingga masak.

Anda mungkin juga menyukai