Anda di halaman 1dari 3

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin 2.

Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah.

3. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur

4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut

5. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!

6. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah

7. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

8. Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan

9. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kita

10. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.

11. Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan

12. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.

13. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh .

14. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang!

15. Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

16. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? Jawapan: Anak mancis daaa. 17. Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)